Sunday, November 30, 2008

Susupan Senja

P Raya Kecil Kerusi Kuala Terengganu
Anwar Beri Jaminan Akan Kerja Keras

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi sokongan sepenuhnya kepada mana-mana calon Pakatan Rakyat yang akan diletakkan bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan 58 hari dari sekarang.

Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim memberi jaminan itu ketika berucap menggulung perbahasan pada hari akhir kongres nasional parti itu di Stadium Melawati Shah Alam sekejap tadi.

Menurutnya, pihaknya akan mematuhi apa-apa saja keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung parti manakah yang akan meletakkan calon.

"Di sini saya tegaskan bahawa Kadilan akan memberi sokongan sepenuhnya untuk merampas kerusi berkenaan," ujarnya.

Beliau memberi reaksi itu apabila ada perwakilan yang mahu supaya kerusi Parlimen Terengganu itu diserahkan kepada PKR.

Tegas Anwar kerana kerusi itu tradisinya adalah hak Pas pihaknya menghormati apa yang akan dipersetujui kelak. "Apa yang penting ialah kita kena rampas kerusi berkenaan," tegasnya disambut tepukan bergemuruh.

Kerusi Parlimen berkenaan kosong ekoran kematian wakilnya, Razali Ismail 62, Jumaat lepas selepas terjatuh ketika bermain badminton di Institiut Aminuddin Baki di Bentong, Pahang.

Sementara itu beberapa nama telah disebut dari kalangan Pas untuk berhadapan dengan Umno. Dua nama dari kalangan tokoh veteran Pas ialah Mustafa Ali dan Wan Mutalib Embong. Mustafa adalah Pesuruhjaya Pas Terengganu.

Selain dua nama itu terdapat beberapa nama lain dari kalangan pemimpin muda Pas Terengganu yang dikatakan layak untuk dipertimbangkan. Satu sumber Pas Terengganu menyebut kedua nama pemimpin pelapis itu akan dimasukkan dalam senarai calon Pas. [wm.kl 7:30 pm 30/11/08]

1 comment:

- said...

Pada pandangan saya elok Mustafa Ali jangan bertanding lagi. Tak tahu kenapa sebab saya tengok muka mustafa ali sudah tiada aura politik lagi.

Wan mutalib kira okey jugak lah.. tapi kalau boleh carilah orang lain yang mampu membawa suara rakyat ke parlimen.

Mat sabu masih releven untuk kerusi tersebut tapi apakan daya rakyat terengganu memang assobiyah. Taksub kepada rakyat negeri sendiri...

Kita dok kata UMNO Assobiyah tapi kita yang Assobiyah yang sebenarnya.

-Rintihan Rakyat-