Friday, November 7, 2008

Celoteh Murai 13

Mengapa Muhyiddin Cakap Bahasa Inggeris?

MURAI kurang pasti dan kurang periksa apakah orang lain sedar atau tidak. Tetapi Murai sedar mengenai kejadian ini. Perihal Obama Muhyiddin Yassin tampil dalam siaran berita Buletin Utama TV3 yang bercakap dalam Bahasa Inggeris. Hilang pelek dan telor Jawa bila Muhyiddin speaking.

Apakah ianya disengajakan oleh TV3 menyiarkan kenyataan akhbar Muhyiddin dalam bahasa Inggeris untuk mencemarkan Muhyiddin atau memang Muhyiddin akhir-akhir ini bercakap menggunakan bahasa Inggeris? Selalunya begitulah pemimpin kita termasuk menteri ketika memberi kenyataan akhbar suka menggunakan dua bahasa, Inggeris dan Melayu.

Kalau Anwar Ibrahim dia akan mendahului kenyataan dalam bahasa Inggeris baru bahasa Melayu. Nampak layanan double standard kepada bahasa Melayu. Begitu juga kalau wartawan Mat Salleh nak adakan temujanji cepat-cepat dilayannya.

Mereka berbuat begitu kononnya untuk memberi peluang kepada wartawan Melayu yang tidak berapa faham orang putih. Itu mungkin pandangan Anwar. Ini Murai akui, sebab kadang-kadang wartawan Melayu tidak begitu fasih dengan istilah politik dalam bahasa orang putih.


Misalnya political animal, ada yang menganggap politik itu binatang. Disebabkan politik itu kata nama, maka pemakai kata nama itulah binatang, seperti ar...ar katak misalnya! Jadi orang politik itu bagi mereka ialah binatang. He he... bukan he he... Murai kenapa pakai cip...cip... cip...

Sudah tiga kali Murai menonton Muhyiddin bercakap orang putih dalam TV3. Bukan main lagi bergaya, terangkat-angkat keningnya macam Ziana Zain menyanyi lagu Madah Berhelah. Terkumit kumit mulutnya, macam orang tua terminum air panas! Hebat. Sengau Jawanya hilang langsung. Kalau orang Muar dengar tanpa tengok wajah tentu beranggapan yang bercakap itu George W Bush atau kegilaan baru Obama. Obama Muar!

Kenapa begitu? Kenapa harus bercakap orang putih dalam TV3? Apa buruk sangatkah untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Kurangkah istilah bahasa Melayu. Harap-harap Johan Jaaffar juga orang Muar yang jadi Pengerusi Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) peka mengenai hal ini. Tolong arahkan DBP agar buat istilah politik atau ekonomi banyak mungkin dalam bahasa Melayu.

Apakah kerana Muhyiddin pegang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri maka dia kena bercakap orang putih kepada wartawan surat khabar Melayu. Inilah yang menyebabkan Murai tidak faham dari dulu sampai sekarang. Kononnya kita ingin daulatkan bahasa Melayu, suruh orang kampung belajar bahasa Melayu, tetapi menteri sendiri tidak mahu menggunakannya. Semacam tidak ada stail kalau menggunakan bahasa Melayu.

Barangkali itulah juga yang berlaku kepada Muhyiddin Yassin. Bahasa Melayu tidak standard, (tidak ada darjah/nilai/mutu), tidak global dan tidak glokal. Apa lagi dalam persiapaan untuk jadi Timbalan Perdana Menteri, timbalan kepada Obama Najib harus kena cair bahasa Inggeris. Kena tahu slig Mat Salleh yang betul. Begitulah mungkin yang beliau fikirkan.

Kalau begitulah fahaman orang politik kita betapa dangkalnya mereka. Selagi mereka meletakkan bahasa ibunda sendiri di kaki dan menjunjung bahasa orang lain sampai bila pun bahasa ibunda akan jadi bahasa kelas dua. Bermaknaya... bermaknanya... apa yang dilakukan oleh pemimpin hari ini adalah satu hipokrasi sahaja. Satu kepuraan-puraan namun hakikatnya mereka tidak serius.

Sebab itulah dasar dan polisi kerajaan termasuk dasar bahasa kebangsaan tidak berjaya walaupun ianya sudah diperjuangkan sejak lebih 50 tahun lalu. Orang yang mengkhianati dan memperlekehkan bahasa Melayu ialah orang seperti Muhiddin Yassin itulah.

Murai: Dari dulu sampai sekarang menggunakan bahasa ibunda walaupun nak menyumpah si Saleintia itu.
[wm.kl. 7:00 pm 07/11/08]

9 comments:

Anonymous said...

Takkan cakap BI pun mso nak kondem? Janganlah macam ni. Apa salahnya. BM ke BI ke sama-samalah. Jgn dikutuk pulak bila seseorang tu bertutur dlm BI. Sejak bila mso hidup di bawah tempurung ni?
To learn another language is never a mistake, what more to speak that language

. said...

MSO,

Saya fikir Muhyiddin cakap untuk international press tu. Kalau cakap bahasa jawa, nanti Mat Salleh tu tak faham pulak.

Anonymous said...

Saudara MSO,
Biarkan mereka nak cakap omputih. Baru glamor sedikit. Biar lagi cepat hilang bahasa melayu di bumi Malaysia. Maka makin berjayalah rancangan Dr Mahathir untuk menjahanamkan Melayu. Sekarang byk Mahathir celup, dulu Mahathir seorang saja yang "bunuh" bangsa melayu, la ni dah makin banyak melayu "bunuh" melayu. Hidup Mahathir, panjangkan umur Mahathir, harap dimakbulkan doa Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Amin.

luaskanmata said...

Amww guru:

Sedar tak amalan di universiti tempatan yang tindakan cendikiawan seolah-olah menganaktirikan Bahasa Melayu?

JadinyBegini, setiap artikel yang disiarkan dalam majalah antarabangsa akan memperolehi markah yang tinggi. Sedangkan, artikel yang diterbitkan dalam negara akan memperolehi markah yang rendah.

Untuk artikel diterbitkan dalam majalah antarabangsa, sekurang-kurangntya perlu ditulis dalam bahasa inggeris.

Justeru, para cendikiawan universiti pada hari ini lebih cenderung untuk menulis dalam bahasa inggeris berbanding dalam Bahasa Melayu dengan harapan artikel tersebut diterbitkan dalam majalah antarabangsa. Malangnya, kebanyakan majalah antarabangsa jarang menerima hasil artikel dari Malaysia yang rata-rata kajiannya ketinggalan.

Ha, ha ha, terlingkup lagi lah kita dalam ilmu angan-angan. Pemimpin politik begitu, ahli akedemik begini, hmmmm, malangnya.

Wajarlah kita terus mengejutkan masyarakat dari lena dibuai sikap tidak yakin dengan bahasa ibunda.

Salam jihad.

Tepi Sungai Batu said...

Minta maaflah kepada saudara dan saudari yang menyokong Muhyiddin cakap bahasa penjajah. Pak Man sama sekali tak setuju.
Bukan nya kita 'Katak bawah tempurung' kalau cakap Bahasa Melayu. Ini negeri kita! cakaplah bahasa kita.Kalau di luar negeri tu lantak lah.Jangan nak layan sangat dengan orang yang tak tahu cakap Melayu.Kalau dia nak berita kita, dia usahakanlah.Tenguk macam pemimpin Iran..selamba saja cakap bahasa mereka.Maaflah , Pak Man agak emosional sikit. Mula-mula bahasa kita di ketepikan...lama-lama bangsa kita pula...ingatlah!

Anonymous said...

Saya setuju dengan Pak Man...
Cuba kita tengok Negara China & Taiwan. Dia orang guna bahasa ibunda mereka. BI dia orang tak peduli.

Dia orang datang ke tempat kita pun sama. Bantai bahasa Mandarin dia je... Kita pulak yang tekebil-kebil nak faham.

Kalau kita nak berita, pandai-pandai lah kita cari translation.

Teringat masa pegi Taiwan dulu.. KIta bukan main lagi speaking tapi dia orang buat tak tahu aje.. Bermula dari Airport sampai lah ke hotel penginapan. Nasib baik pegi dengan Kawan yang berbangsa Cina. Dapat lah dia orang jadi jurubahasa kita..


NH Shah Alam.
8/11/08

Yanaam said...

Ia sebenarnya satu cabaran kepada pesaingnya, Mat Taib yang khabarnya pernah mengaku tak tahu bahasa Inggeris.

Dia tak tahu yang Mat Taib sekarang dah banyak meningkat penguasaan bahasa Inggerisnya walaupun sibuk dikerumuni JKKP.

shahrilhakime said...

Apalah yang nak kita hairankan bila Muhyiddin berbahasa Inggeris. Sedangkan parti yang dianggotai beliau juga menggunakan akronim Bahasa Inggeris UMNO (United Malays National Organisation) bukannya PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Itu belum campur lagi dengan Wilayah-wilayah ekonomi yang diwujudkan. Kesemuanya menggunakan akronim Bahasa Inggeris. Bagaimana pula dengan penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Jadi janganlah kita marahkan sangat Muhyiddin bila beliau berbahasa Inggeris.

YAHYA SAHRI said...

Salam, sdr MSO rasanya tak benar kalau DSAI selalu gunakan Bahasa Ingeris dahulu baru Bahasa Melayu. Setahu dan seingat saya dalam setiap kenyataan media dia akan mulakan dengan Bahasa Melayu baru Bahasa Inggeris.
Bagus le Muhyidin sesekali buat kenyataan media dalam dua bahasa.