Thursday, November 20, 2008

Ulasan Isu

Penjelasan 'Rojak' Tidak Akan Lenyap Persepsi Buruk Kepada Najib

ROJAK Baginda (Abdul Razak Baginda) telah tampil ke khayalak media hari ini. Setelah kesekian lama ditunggu bekas tertuduh bersubahat membunuh Altatuya Shaariibuu itu akhirnya mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan media. Beliau ditemani dan didamping oleh peguamnya di sepanjang sidang akhbar khas.

Seperti mana dipetik antara apa yang dicurahkan dalam sidang akhabr sulungnya itu, Rojak menafikan yang Mohd Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor terlibat dengan pembunuhan Atantuya. Menurut Rojak Najib dan Rosmah juga tidak kenal pun dengan Altantuya.
Bagi Rojak apa yang dilemparkan kepada Najib dan Rosmah itu adalah fitnah. Justeru beliau meminta supaya menghentikan fitnah itu. Kata Rojak pihak yang melemparkan fitnah itu tidak ada bukti kukuh untuk mengaitkan dengan Najib dan Rosmah.
Di sini kita tidak boleh mempertikaikan apakah kenyataan Rojak itu benar atau tidak. Bagaimana pun orang ramai berhak meragui akan kata-katanya itu. Persoalan timbul kerana kenapa Rojak terus menafikan pembabit Najib dan Rosmah dan seterusnya meminta menghentikan fitnah sebaik dibebaskan oleh mahkamah.
Tindakan ini menyebabkan orang akan mempunyai pandangan seorang kepada beliau termasuk akan menuduh pembebasan itu ada campurtangan Najib?
Lantaran itu rayuan Rojak tersebut tidak akan mudah diyakini. Seperti mana kata Rojak penuduh fitnah kepada Najib dan Rosmah itu tidak mengemukakan bukti kukuh mengenai fitnah itu, maka Rojak juga perlu mengemukakan bukti kukuh bagi menafikan kemungkinan penglibatan Najib.

Tuduhan ke atas Najib dan Rosmah berhubung pembunuhan itu perkara besar. Ia dibuat dalam akuan bersumpah. Perkara ini di peringkat perbicaraan. Jadi kenyataan dan juga rayuan Rojak itu sama sekali tidak boleh diterima dan dipercayai. Perlu diingat orang bersalah seperti orang lemas akan mengguna dan mengambil kesempatan apa saja untuk menyelamatkan diri.

Untuk meleraikan ini elok bagi Rojak mencerita secaca detail kepada umum bagaimana penglibatan beliau dengan Altantuya dan kenapa sehingga wanita Mongolia itu dikaitkan dengan Najib. Apakah asas-asas dan kemungkin membawa kepada keadaan itu!

Kalau setakat menafikan secara kering begitu ia tidak akan menyelesaikan masalah. Persepsi umum bahawa Najib dan Rosmah terlibat tetap bersarang dalam minda orang ramai. Maka kalau Rojak yang yakin Najib boleh jadikan Perdana Menteri yang baik seperti mana katanya, silalah buat pendedahan secara kronologi sehingga segala tanggapan buruk itu terhakis dalam kepala rakyat. [wm.kl 11:00 am 20/11/08]

5 comments:

Mankanan said...

Saya tak ikuti penjelasan Razak Baginda dalam sidang akhbar tapi saya dah agak bahawa jawapan yang diberi pasti tidak akan menjawap keseluruhan persoalan yang dah terbuku dalam benak kepala otak kita. Razak juga perlu ingat, setakat buat sidang akhbar kononnya untuk buat penjelasan tapi apa yang diharapkan amatlah mendukacitakan. Saya pun bukan nak tuduh Najib dan Rosmah terlibat tapi cuma mahukan jawapan yang benar-benar meyakinkan semua pihak...

ainon mohd said...

Semakin dinafikan, semakin orang percaya Najib dan Rosmah memang ada kait-mengaitnya.

mountdweller said...

Betul cakap saudara. Dalam bab ini semua rakyat sudah pahat di minda yang sedikit sebanyak najib ada saham. Jadi penafian razak perlukan penjelasan yang konkrit.

donribwan said...

TUAN

betapa 'cerdik'nya mereka yang dibelakang semua ini. begitu mudah mereka cuba memper'bodoh'kan rakyat.....makin menjelaskan kekaburan selama ini.

aNaK BaPaK said...

rojak kata dia tahu najib dan rosmah tak terlibat dalam kes ni..mana dia tahu? kan pelik..!!!!