Sunday, November 23, 2008

Celoteh Murai 17

Orang Melayu Macam Penghidap Kencing Manis

MURAI naik kesian dan simpati kepada orang berbangsa Melayu di negeri Murai bermukim ini. Kesian.... kesian sungguh! Murai tengok orang Melayu seperti dalam keadaan berkrisis sesama sendiri dalam mencari nilai dan identiti diri yang beransur hilang. Macam-macam yang keluar dari kepala orang Melayu dalam usaha hendak memartabatkan diri mereka.

Apakah orang Melayu sudah kekeringan idea dalam memikirkan nasib mereka?

Bila Lim Guan Eng sudah menunjukkan taringnya di Pulau Pinang negeri yang dibawah pemerintahannya dengan menamakan jalan-jalan di Pulau Pinang dalam tulisan Cina dan Tamil, orang Melayu jadi melenting-lenting macam keropok lekur dalam kuali panas. Bukan main lagi dengan hembur dan lepaskan kegeraman kepada Guan Eng.


Murai percaya kalau mereka terjumpa Guan Eng jalan bersendirian mereka akan pukul Guan Eng sampai tersungkur makan tanah.

Tengoklah surat khabar kepunyaan orang Melayu dari kelompok Umno hari ini (23 November). Baca petikan di muka depannya. Kata-kata dan komen mereka macam pahlawan tikam tak lut bakar tak hangus saja lagaknya.

Kata orang Melayu dari Melaka, apa yang dibuat Guan Eng itu dengan menamakan jalan dengan berbagai bahasa tidak pernah berlaku di dunia ini.


Murai nak jawab kepada orang Melayu dari Melaka itu, kini ia suah bermula di Malaysia. Khasnya di Penang. Itulah kehebatan dan kejayaan Guan Eng. Tidak sampai setahun memerintah Pulau Pinang sudah dapat membuat sesuatu menurut nalurinya dan idealisme perjuangannya tanpa perlu memikirkan perasaan orang macam orang dari Melaka itu.

Murai percaya selepas ini Guan Eng akan melakukan sesuatu yang lebih daripada itu. Sesuatu yang disifatkan sebagai tidak pernah berlaku di mana-mana dalam dunia ini.

Berkata pula seorang lagi Melayu tindakan Guan Eng itu degil dan tidak bertanggungjawab. Murai tolong nak jawab kepada Melayu seorang ini, dia profesor dan juga berasal dari negeri pahlawan yang hilang (pahlawan penakut), (Melaka) juga. Untuk melakukan sesuatu yang besar dan berat seseorang itu kena degil dan keras kepala. Apa yang Guan Eng buat itu dia bertanggungjawab kepada parti dan ethniknya. Tanpa bersikap keras kepala ia mungkin tidak akan berjaya.

Macam nak pecahkan batu atas gununglah, kalau asyik duk guna air dan angin saja tak menjadi, sesekali kena pakai bom atau 'boldrozar'.

Manakala seorang lagi Melayu, asalnya dari Kelantan... berkata tindakan kerajaan Pulau Piangn itu angkuh dan tidak ada masalah kalau mereka batalkan rancangan itu.

Menghimpun semua kata-kata orang Melayu itu, apa yang Murai rasakan mereka meluahkan perasaan saja. Mereka hanya boleh berkata-kata tetapi tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Sikap mereka itu samalah seperti penghidap dabetis yang kadar gulanya sudah melebihi hak. Jadi apabila mereka cuba nak kawal gula dalam tubuhnya sudah tidak berhasil lagi.

Jadi orang Melayu hari ini sepertilah orang kena kencing manis. Sudah tidak ada penawar lagi kecuali setakat bertahah saja sebelum maut datang menyambar. Selalunya bila dah kena kencing manis ia akan berjangkit pada jantung, buah pinggan dan silap hari bulan jadi 'bolel' (buta).

Murai jamin bagi Guan Eng tidak pun merasa apa-apa dengan kata-kata itu. Apa yang dilemparkan itu bak mencurah garam ke laut saja. Yang penting semasa papan tanda jalan itu dibangunkan tidak ada siapa berani mencegah atau mecabutnya balik. Jadi setakat berkata-kata ia tidak memberi bekas samalah dengan tindakan anjing menyalak bukit. Bukit tidak akan runtuh pun.

Pada Murai kalau ketiga orang Melayu itu benar-benar berani pergilah ke Pinang dan cabut papan tanda itu! Berani ke? Kalau kita benar-benar pahlawan cubalah, usah takut kepada penjara. Keberanian Guan Eng sudah pun teruji beliau dah pun meringkuk dalam penjara kerana mempertahankan kebenaran yang diyakini.

Biarlah di sini Murai hendak ingatkan kepada orang-orang Melayu seperti yang dipetikkan kenyataan mereka oleh akhabr itu, berhentilah berfikir mengikut rasa sebaliknya kembalilah kepada realtii. Mereka harus faham kenapa orang Melayu tidak tergerak (berdegis) untuk mengikuti seruan mereka kerana perjuangan mereka itu tidak relevan lagi.

Maka elok sangatlah kalau mereka termasuk Umno juga melakukan perubahan, pandangan dan pegangan. Nah, Murai rasa untuk tidak sakit kepala mulai hari ini jangan lagi kita berjuang untuk mencari idetiti dan nilai diri yang sudah hilang itu. Marilah kita sama-sama menjadi mahkluk macam robot yang bergerak kerana mengikut monitor tuannya! Ha...haha.

Murai: Didik anak sejak dari dalam telor lagi.

3 comments:

ainon mohd said...

Tuan MSO yang dihormati,

Saya pejuang Bahasa Melayu.

Saya setuju papan tanda menggunakan bahasa-bahasa, sebab ia membantu orang awam dan pelancong. Di semua negara di dunia yang ekonomi sektor pelancongan maju, mereka menggunakan banyak bahasa pada papan tanda tempat-tempat awam.

Yang lebih kritikal kepada nasib Orang Melayu, dan pelajar-pelajar luar bandar dan anak-anak keluarga miskin bukan papan tanda!

Yang lebih kritikal adalah Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sains dan matematik.

Hati-hati, media UMNO sedang mengalihkan perhatian kita daripada isu Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidikan nasional kita kepada isi papan tanda yang bukan isu.

PKR dan PR akan mengembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan.

Perang saraf media UMNO sedang menggunakan isu papan tanda sebagai modal supaya penyokong PKR dan PR mula salah faham akan pengkhianatan sebenar yang dilakukan oleh UMNO terhadap Bahasa Melayu, dan terhadap Orang Melayu.

Anonymous said...

Saya sangat setuju dengan Puan Ainon, Ini adalah permainan politik yang hebat supaya orang melayu akan rasa tertekan di sebabkan isu yang salah, isu utama adalah menyelamatkan pelajar melayu di kampung tu dengan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar untuk sains dan matemetik.Kalau betul pejuang melayu kenapa tak tukar sahaja kembali pelajaran tu ke bahasa melayu.

-thethinker- said...

Jangan dilupa bahawa papan tanda jalan di Lebuh Acheh dlm bahasa Arab. Selagi bahasa Melayu didaulatkan , diberikan tempat utama ( spt lebih besar , teratas di papan tanda ) , tak nampak apa salahnya..
Yg salah , parti Pekembar yg namanya dlm bahasa inggeris , pastu kata nak daulatkan bahasa melayu.. buat lawak pukul 4 petang.