Wednesday, November 26, 2008

Terlambat Posting

Bila lagi Nik Aziz hendak berhenti
Jangan Jadikan Orang Kempunan


KATA Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat keadaan politik semasa menyebabkan beliau tidak boleh melepaskan jawatan. Bagaimana pun katanya kalau ada desakan daripada parti beliau akan melepaskan jawatan itu sesegera mungkin. "Masih tak terdengar di telinga saya lagi orang suruh saya berhenti, kalau ada saya akan berhenti la ni (now) juga!".

Ada dua mesej ataupun maksud dari marfum kata-katanya itu. Pertama beliau tidak akan berhenti meskipun keadaanya kini dalam keuzuran selalu sakit dan berjalan kini pun dengan bertemankan tongkat. Maknanya beliau tidak akan mengalah dengan keadaan almiah dirinya itu dan mungkin akan meneruskan tugas dan tanggungjawab hatta sedang baring.

Kedua, jika parti berkehendaklah beliau berhenti beliau akan akur dan melepaskan jawatan itu.
Apakah keadaan politik semasa yang beliau maksudkan itu? Hendak dikatakan Pas Kelantan kini dalam keadaan kritikal seperti tahun 2004 dulu di mana Pas memerintah Kelantan dengan kelebihan satu kerusi saja, tidak lagi.

Kedudukan Pas kini sungguh selesa. Pas kini mendapat majoriti mewah di DUN Kelantan dengan mendapat 38 kerusi daripda 45 kerusi. Masalah kerajaan Pas akan tumbang dengan cara berlaku penyemberangan dan pembelian kerusi tidak akan berlaku lagi. Pas dalam keadaan stabil dari segi kerusi pada masa ini.

Apakah masalah politik semasa yang beliau maksud dan sembunyikan itu? Apakah kerenah Pas di bawah masih bercakaran sesama sendiri itu yang dikatakan masalah semasa yang tidak memungkinkan Mursyidul Am berumur 78 tahun itu melepaskan jawtaan MB yang dipegang selama 18 tahun itu?

Umum sudah tahu bahawa ada orang yang berangan dan disebut-sebut untuk menjadi MB Kelantan. Orang ini sudah membuat persiapan dari semua sudut mental dan fizikal sejak beberapa tahun lalu. Dia juga sudah membina tapak politik dan kelab penyokong (penyoraknya) sendiri. Masalaah calon tidak timbul lagi kerana tokoh ini sudah ada dan sudah lama bersiap sedia untuk mengambil alih kerusi Tok Guru berkenaan.

Cuma apa yang menjadi masalahnya orang ini tidak mendapat sokongan semua pihak di Kelantan. Ada yang bergurau menyifatkan angan-angan itu tidak lebih dari angan-angan Mat Jenin yang sukar menjadi kenyataan. Beliau memang popular diperingkat pusat tetapi sayang tiak mendapat sokongan Pas Kelantan sendiri.

Daripada 14 kawasan Pas Kelantan tidak sampai tiga kawasan yang cocok atau bersetuju kalau beliau diangkat menjadi MB menggantikan Nik Abdul Aziz. Hampir semua Yang Dipertua Pas Kawasan kurang senang dan tidak sebulu dengannya. Setengah Ketua Kawasan bernazar akan sembelih gajah kalau orang ini menajdi MB. Pada saya nazar itu teruk sangat dan sudah takabul.... walaupun ia ingin menunjukkan betapa orang ini bermasalah untuk dilantik menjadi MB.

Jadi kalaulah itu masalah semasa yang dimaksudkan, Nik Aziz boleh mengatasinya. Beliau kena mencari jalan dan berikhtiar bagiaman supaya Pas akar umbi menyokong orang berkenaan. Lagipun beliau sendiri dikatakan bermiant dan kagum dengan gerak kerja orang berkenaan. Beberapa kali beliau telah terlepas cakap memuji kehebatan dan kepintaran orang itu dalam menjana ekonomi dan membawa pendekatan baru politik Kelantan.

Nah tunggu apa lagi. kalau sudah berkenaan ‘kahwin’ sahaja. Nik Aziz boleh lakukan. Dengan kedudukannya sebagai tok guru dan MB beliau boleh menyihirkan orang Pas Kelantan agar menerima orang itu.

Kalau beliau sungguh sayangkan kepada orang itu beliau perlu melakukan sesuatu. Beliau tidak boleh membiarkan begitu lama orang itu terjeruk dengan perasaannya untuk jadi MB. Tunggu lama-lama tidak baik juga. Jika diibarakan kepada orang perempuan kkalau dibiarkan lama-lama ia akan menjadi anak dara tua. Bila sudah jadi anak darah tua benihnya kurang subur dan jika mengandung pun banyak implikasinya.

Jadi kalau benar mahukan orang itu jadi MB biarkan ketika benihnya subur; semangat dan keinginannya tinggi jangan sesudah orang itu sudah tidak bersemangat lagi.

Sebenarnya masalah orang itu tidak akan disokong oleh akar umbi tidak menjadi masalah. Saya yakin kalau sesiapapun diberikan kedudukan dan kuasa dia akan disokong. Orang ada kuasa (lebih-lebih lagi MB) sepertilah orang yang memilih beras dan mempunyai banyak sagu. Tabur saja beras dan belah saja sagu tentu akan bercemperian ayam dan itik menerkamnya. Jadi sementara Nik Aziz ada beras dan sagu buatlah sesuatu.

Dan kepada Tok Guru juga tidak baik kalau menjadi MB lama-lama. Alasan beliau mengatakan tidak ada desakan daripada Pas, rasanya kurang tepat. Dengan kapasitinya hari ini siapalah dalam Pas yang berani dan sampai hati nak nasihatkan beliau. Jadi kita sebagai orang bijaksana dan tahu melihat panjang pendek bayang kita ketika di mana matahari berada harusnya bertindak sebelum orang lain menunjukkinya.

Ikhlas dikatakan saya bimbang takut terjadi apa-apa kepada Tok Guru seperti terjatuh sewaktu bersyarah atau sedang mengajar baru nak berhenti ia adalah satu keadaan yang tidak seharusnya berlaku.

Yakin dan percayalah walaupu tidak menjadi MB beliau tetap akan dipuja dan dihormatinya kerana status beliau bukan saja sebagai tokoh politik tetapi yang lebih penting ialah beliau menjadi seorang tok guru. [klia 11:30 am 26/11/08]

3 comments:

Anonymous said...

Saya sangat setuju dengan saudara MSO, saya sebagai anak Kelantan diperantauan amat setuju supaya saudara Husam menjadi Menteri Besar Kelantan mengantikan Tok Guru. Pemimpim Pas Kelantn hendaklah berhenti barmain politik dan sama sama memajukan negeri kita. Berapa ramai anak Kelantan macam saya teringin untuk bakil ke Kelantan dan memajukan Kelantan , tapi peluang yang bersesuain dengan kerja jaya tiada di sana , diharap pemimpim Pas Kelantan lebih bijak dalam perkara ini dan jangan sibuk bermain politik sahaja.

John said...

Saya setuju dgn saranan saudara MSO walaubagaimanapun, saya rasa lebih baik sekiranya peralihan kuasa dilakukan dgn berhati2. Ibarat mengeluarkan rambut dari dalam tepung. Supaya kebanyakan (bukan semua) pihak boleh menerima dgn hati yang terbuka.

Saya belum lagi nampak tokoh yang boleh menyatukan penduduk Kelantan tidak kira usia, pangkat dan warna kulit di bawah satu kepimpinan. Banyak personaliti yang sudah dilatih oleh TG Nik Aziz tetapi saya rasa mungkin pada pandangan personaliti2 tersebut masih belum cukup matang hendak menangkis hujah pengkhianat2 agama Islam.

Saya bukan orang Kelantan tetapi tak sebodoh pemberi komen anonymous. Masalahnya sekarang bukan isu siapa jadi MB Kelantan . Bukannya TG jadi MB Kelantan tak maju (mengikut pandangan sesetengah pihak) tapi lebih kepada pengkhianatan oleh pihak kerajaan pusat. Bantuan kewangan dinafi atau dilambatkan. Orang Kelantan tak bayar cukai ke sehingga hak mereka untuk bantuan dari kerajaan perseketuan dinafikan? (Banyak lagi yang boleh didedahkan tentang penyelewengan kerajaan PM yang memerintah selama 23 tahun terhadap agama bangsa dan negara.)

Bagi saya, saya cadangkan jawatan MB diserahkan kepada yang tokoh yang layak dengan syarat TG Nik Aziz (berkuasa) bertindak sebagai mentor sehingga tokoh tersebut betul betul layak dan boleh berdiri di kaki sendiri dan tahu menangkis hujah hujah dangkal pengkhianat agama Islam.

Maafkan kekasaran bahasa.

Awok said...

Kenapa tak lantik TMB yang ada sekarang jadi MB....adakah beliau tidak dikenali atau tak pandai mentadbir?.
Saya lebih cenderong seorang MB Kelantan adalah dari kalangan ulamak sesuai dengan jolokan 'Serambi Mekah'nya.