SEBAIK Parlimen berhenti rihat tengah hari tadi, seorang kawan ajak untuk makan tengah hari di luar. Pekena kepala ikan kari. Mula janji nak makan dengan seorang ahli Parlimen Pas, kebetulan YB itu kena uruskan bininya, temujanji itu dibatalkan.
Tempat kepala ikan bukan jauh sangat. Tetapi kerana jam, perjalanan memakan masa hampir satu jam. Dalam tempoh satu jam, macam-macam yang sempat dibualkan.
Kawan itu bertanya apa yang saya postkan dalam blog hari ini (semalam). Rupanya kawan ini belum lagi jenguk blog saya. Dia adalah antara penjenguk setia blog saya. Begitulah dakwanya.
"Belum baca lagi?" tanya saya dan terus memberi tahu bahan yang dipostkan pagi tadi sebelum turun rumah menuju Parlimen. "Umno sebuah universiti rasuah," kata saya.
Kawan itu ketawa besar. Ketawa ala orang Umno, kaya, berkuasa dan tidak hairan kepada sesiapa. Kalau nak dengar gaya orang Umno ketawa silalah ke coffee house. Dia ahli Umno yang tegar dan tebal dengan cauvinis Melayu. Dua lagi kawan hanya diam membisu. Kawan di sebelah tersenyum, dia sudah membaca catatan saya pagi ini. "Betul yang kau tulis, Umno sudah teruk," balas kawan di sebelah mengiyakan apa yang saya luahkan dalam tulisan.
"Memang Umno sudah berada di peringkat paling (dia menekankan suaranya) palinggggg....parah.! Parah... Ti..." katanya terus memandu di celah-celah kesesakan lalulintas. "You tahu berapa wang yang digunakan pada setiap persidangan Umno bahagian," kata kawan itu. Semua telinga tertumpu kepada cerita kawan ini.
"Ha berapa?' tanya kawan yang berada hadapan penuh minat.
"Banyak... *** **, banyak. Untuk satu kawasan di Kelantan dia orang minta RM150.00 untuk seorang perwakilan. Cuba kali dengan 500 perwakilan, sudah jadi RM75,000. Kalaulah semua bahagian meminta jumlah itu berapa yang harus kena bayar?," katanya.
"Itu harga paling rendah, tetapi ada sesetengah perwakilan dibayar hingga RM500 sampai RM1,000 seorang. Bayangkanlah..." katanya kawan itu lagi kesal.
"Iya ke...!?" tanya kawan itu hairan.
"Iya... I tahu I terlibat. Dalam satu bahagian I berjumpa dengan orang bahagian, setiausaha ada, ahli jawatakan kuasa PUN ada. Mereka berterusn terang kalau bagi sekian-sekian baru mereka akan calonkan... kalau tak dak... maka tak daklah," jelas kawan itu lagi yang mengakui telah turun ke 80 bahagian Umno sejak dua tiga bulan Lepas kagi. Apa yang dicakapnya mungkin betul sebab dia adalah pengurus kempen kepada seorang calon jawatan tertinggi.
"Kalau macam ni teruklah Umno," tekan kawan di hadapan bimbang.
"Memang sudah teruk. Umno sudah punah jahanam," kata kawan itu lagi. Saya dan kawan di belakang hanya jadi tukang dengar.
"Dari mana dia orang dapat duit begitu banyak?" tanya kawan di hadapan buat-buat tidak tahu.
"Inilah *** **, kerja Umno. Umno sudah nak menjual negara ini. Semua pakai duit..." dia berhenti kerana sebuah kereta melintas liar di hadapannya. "Cis.... ha ini orang Umnolah ni... kalau orang Pas dia tak bawa kereta macam ni...," sumpah kawan itu marahkan kereta yang tidak beradat.
"Macam mana you cam orang Umno," tanya saya.
"Hai... Ustaz.... takkan tak kenaL!" kawan itu memperli saya dan terus bercerita.
"*** ** tahu macam mana dia orang bawa balik duit dari luar negera? RM750 juta....duit dari Switzerland dibawa balik.... " Kawan itu terngangga dan saya juga terkejut. Percaya dengan tidak bercampur gaul.
"Macam mana tu? Mana boleh bawa begitu saja?" tanya kawan di sebelah saya yang hanya diam membisu. Sejak tadi asyik menggaru-garu gatal dibetisnya.
"Dia orang ada kemudahan *** **. Duit itu diangkut ke Singapura. Semua duit dalam not Singapura. Dibawa masuk dengan menggunakan jet tentera!"
"Ha..." kawan itu terkejut beruk sekali lagi.
"Jet tenteraaaa....*** **. Kalau dah masuk dengan jet tentera.... sapa nak ganggu? Begitu juga orang yang ke Switzerland tu pakai jet persendirian..... Ini Umno... bukan Pas!" jelasnya lagi.
Saya tidak terbayangkan dengan apa yang diceritakan kawan itu. Dalam hati berdoa semoga ianya tidak benar. Kalaulah begitu lagak Umno tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi. Suara untuk menghapuskan politik wang hanya sia-sia sahaja. Ia hanya sebuah retorik yang panjang saja.
Kalau dengar cerita para taukeh judi melambakkan duit kepada tokoh-tokoh tertentu yang hendak bertanding dalam pilihan raya memang biasa dan pernah nampak dengan mata sendiri. Kerja angkut duit dalam karung guni macam penyamun memang dibuat oleh Umno pun.
Sesampai di restoran kepala ikan kami baham dua ketul kepala ikan sebesar buah kelapa muda. Kelazatan dan kesedapan kari kepala ikan menyebabkan cerita tentang bagaimana wang sebanyak RM750 juta dikatakan dibawa masuk itu sudah tidak ingat lagi. Sambil makan terbetik dalam hati saya, jangan-jangan wang yang hendak dibayar kepala ikan itu nanti juga termasuk wang RM750 juta itu. Jangan! [wm.kl. 10:00 pm 04/11/08]
2 comments:
Amww guru:
Di Pasir Mas orang muda terima paling minimum RM2000.00 seorang. RM1500 dari calon yang telahpun menang dan selebihnya dari calon yang kalah.
Pemberian tu sebelum pemilihanlah. Itu cash dan tidak termasuk hotel, makan minum dll.
Mana rakan yang liar lagi, selain dari calon ketua bahagian, demo bantai dari ketua pemuda juga.
Itu hal kami budak kg.
Tak hairanlah kalau yang berjuta tu melibatkan pimpinan atasan.
Semoga Allah memgeluarkan kita semua dari kehancuran.
Salam jihad.
Salam MSO dan pembaca sekalian.
Rasuah dikalangan pimpinan UMNO bukan sesuatu yang baru dan menghairankan.Bagi UMNO rasuah adalah keperluan dan diperlukan.
Bagi UMNO rasuah bukan hanya berlaku sewaktu pemilihan UMNO sahaja tetapi rasuah juga berlaku sewaktu pilihanraya Umum.Pengundi diberi, wang tunai,surah Yassin,kain pelikat,kain batik dan sebagainya.
RM 750 juta dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan memberi rasuah adalah logik dan munasabah kerana bersesuain dengan lavel pertarungan.RM 50,000. dibawa pulang oleh seseorang perwakilan bukanlah sesuatu yang tidak menusabah malah dijangkan melebihi angka tersebut.
Rasuah dalam UMNO umpama barah ditahap 4,ia perlu dibuang/bedah dan menjalani kimotrapi sebagai usaha untuk diselamatkan atau sebagai langkah melambatkan/bertahan dari ajal.
Saya yakin rasuah dalam UMNO melalui zaman gelap untuk dibenteras, UMNO hanya menanti masa untuk menerima kemusnahan dan menerima pembalasan Allah di dunia lagi . UMNO akan ditalkinkan oleh rakyat Malaysia.
afja02.
Post a Comment