Sunday, April 30, 2017

Debaran Azmin Ali sudah berakhir - Pas putus hubungan dengan PKR

LANGSUNG DARI KEDAH

Baru sekejap tadi Muktamar Pas ke 63 yang sedang berlangsung di Kedah telah melulus dan menerima usul memutuskan hubungan (tahalus syiasi) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Usul berkenaan dibawa oleh 23 Pas kawasan dan dua Dewan, Ulama dan  Dewan Pemuda. Usul itu datang dari kawasan di hampir seluruh negeri kecuali Kelantan dan banyaknya dari Terengganu.

Usul itu dibentangkan oleh wakil Dewan Ulama, Zulkifli Ismail (foto) kemudian ia disokong oleh wakil Pas dari kawasan Pasir Mas.

Pun begitu untuk urusan selanjutnya usul berkenaan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama (MSU) untuk membuat tindakan seterusnya. Apakah MSU akan mengadakan istikharah berjemaah atau pun cukup mengambil suara dari muktamar petang ini untuk mengutuskan surat rasmi kepada PKR, memaklumkan yang partinya sudah tidak ada hubungan dengan PKR lagi.

Tuesday, April 25, 2017

Muktamar Pas kenapa Azmin yang berdebar?

ULASAN 

Siapa berselfie dengan siapa, Hadi ke Azmin.
Mukatamar Pas ke-63 yang akan berlangsung empat hari lagi tidak mendebarkan banyak pihak dalam kalangan Pas terutama pemimpin tertingginya. Walaupun ada pencabar untuk jawatan naib presiden, tetapi ianya bukan suatu yang menarik untuk dinanti-nantikan dan tidak begitu mendebarkan. 

Sama ada berjaya atau tidak ahli Parlimen Temerloh, Nasaruddin Hassan menjadi salah seorang naib presiden, ia bukan perkara yang dinanti-tunggukan.

Umno Kelantan ada tiga kapten?

SESUDAH SUBUH

Mustapa kapten Umno Kel.
Semasa berucap pada majlis Makan Malam Gelombang Merah anjuran Himpunan Mahasiswa Kelantan (HIMSAK), Ahmad Zahid Hamidi memberi semangat kepada golongan mahasiswa di Kelantan supaya membawa perubahan berdasarkan perpaduan dan intelektualisme dan kerohanian.

Mesej disebalik saranan itu, apa yang TPM itu mahu mahasiswa menjadi agen membentuk gelombang untuk merampas Kelantan dari tangan Pas dalam Piraum akan datang.

Menurut Zahid pada masa ini adalah waktu terbaik untuk Umno dikuasai Kelantan kerana Yang Dipertuan Agong sekarang ini dari Kelantan. Apakah kaitan Agong dengan keperluan mengubah kerajaan Kelantan kepada Umno?

Sunday, April 23, 2017

Ladang Rakyat kalah dengan Orang Asli

LAPORAN

Tuduhan
dan tanggapan kumpulan pejuang hak asasi dan alam sekitar yang membela nasib Orang Asli di Ulu Kelantan yang diabaikan oleh kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yakob selama ini sebagai sangaja dilakukan untuk memburuk-burukkan kerajaan Kelantan, terbukti hari ini ianya satu tuduhan jahat apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah memutuskan tanah seluas 9,361.5 hektar di Pos Belatim, Ulu Nenggiri, Gua Musang sebagai tanah adat Orang Asli.


Wakil Orang Asli yang menyaman bersama peguam mereka. 
Keputusan semakan kehakiman terhadap tuntutan Orang Asli itu merupakan kejayaan dan "kebebasan" kepada Orang Asli yang nasib mereka sebelum ini diperkotak katikkan atau diperlakukan oleh kerajaan negeri tanpa peri kemanusiaan. 

Keputusan itu juga sebagai membenarkan perjuangan para hak asasi dan alam sekitar yang prihatin dengan nasib Orang Asli dan alam sekitar.

Cadangan Amanah untuk perkasakan syariah di Kelantan

DOKUMEN DAN JANJI

Husam bentang kertas dasar syariah.
Walaupun Parti Amanah Negara (Amanah) baru berusia setahun jagung tetapi idea dan gagasan yang dilontarkan pemimpinnya menunjukkan parti berkenaan sudah matang dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam setiap aspek yang diperjuangkan.

Kewujudannya dalam rangka mempersiapkan sebuah kerajaan yang mampan.

Ini dapat disaksikan kepada beberapa tawaran atau pun pelan tindakan bakal dilaksanakan sekiranya parti itu diberikan mandat oleh orang ramai untuk membentuk kerajaan. Terkhusus di Kelantan tawaran atau iltizam yang dilafazkan oleh parti itu menerusi penasihatnya yang juga Naib Predsien Husam Musa, menarik dan sungguh praktikal.

Thursday, April 20, 2017

Tutup perniagaan masa azan baik

SINGGUNGAN

Cadangan PBT Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKBRI) mengenakan peraturan para peniaga pasar malam menutup urusan perniagaan mereka menjelang masuk waktu Maghrib pada asasnya satu peraturan yang baik. Itulah sepatutnya dilakukan sebagai menghormati waktu solat.

Tidak perlu perkara itu menjadi kontroversi dan menjadi polemik sehingga orang melihat Islam itu menjadi huduh dan diberi gambaran ianya kasar. Walhal peraturan atau syariah Islam itu bertujuan baik dan membawa maslahat kebaikan untuk semua tanpa mengira penganut agama apa.

Tetapi kenapa ia menjadi masalah, sehingga ia menjadi polemik ialah kerana silap teknik. Kesilapan teknik ini bagi saya berlaku kerana kurang hati-hati Exco yang bertanggungjawab dengan arahan itu, Abdul Fattah Mahmood.

Tuesday, April 18, 2017

Najib terdesak di Sabah terpaksa hantar Hishamuddin

ULASAN

Hishamuddin Hussein menjelaskan tugas pertamanya sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas ialah untuk mengawal keselamatan di Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (Esscom). Katanya tugas itu bagi membantu perdana menteri Najib Razak. Najib Razak adalah pengerusi Esscom manakala TPM Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah Musa Aman adalah Timbalan Pengerusi bersama lembaga Esszone.

Apa boleh difahamkan, tugas Hishamuddin itu memberi pengertian bahawa Najib kini dalam keadaan terdesak untuk melihat Sabah menjadi negeri simpanan tetap kepada BN bagi memastikan dia kekal sebagai PM. Najib sendiri sudah menyedari bahawa dengan kudrat dan idarat, pengaruh peribadinya dan kapasitinya sebagai PM tidak mampu untuk menyakinkan rakyat Sabah.

Pelantikan Hishamuddin itu juga menunjukkan beliau tidak mempercayai kepada Zahid dan Musa Aman. Peranan Hishamuddin di situ ialah untuk memantau kerja-kerja Zahid dan Musa Aman, tetapi disebaliknya lebih untuk menjadi "mata-mata" kepada Najib.

Monday, April 17, 2017

Apa yang penceroboh pejabat MB Kelantan ingini?

Hari ini kita dikejutkan dengan laporan berlaku pencerobohan di pejabat MB Kelantan. Dalam laporan oleh media PB sekejap tadi menyebut antara yang diambil penceroboh ialah dua bentuk cincin zamrud, dan juga wang.

Polis sedang menyiasat kejadian itu. Katanya rakaman CCTV di bangunan menempatkan pejabat MB berkenaan tidak dapat mengecami penceroboh berkenaan. Penceroboh berkenaan saya difahami memakai topi dan bergaya macam James Bond. 

Persoalan kini untuk apa pejabat MB diceroboh? Apakah yang dicarinya. Apakah MB Ahmad Yakob ada menyimpan apa-apa dokumen di pejabatnya? Berapa banyak wang yang dikaut? Kita tunggu hasil siasatan pihak polis, dan juga penjelasan umum Ahmad Yakob berhubung kejadian itu sepulang dari luar negara nanti

Khabarnya hari ini beliau tidak ada dalam negeri kerana membawa rombongan seramai 21 orang ke luar negara. Kejadian seumpama ini belum pernah berlaku sebelum ini baik sejak zaman pemerintahan Ishak Lotfi, Mohd Asri Muda, Mohamad Nasir, Mohamad Yakob atau pun Nik Aziz Nik Mat.  [wm.kl.8:57 pm 17/04/17]

Saturday, April 15, 2017

Rafizi tuntut Nasharuddin istyhar semua harta menerusi Akuan Bersumpah

KENYATAAN 

Tembak menembak dan serangan balas terus berlaku di antara Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dengan bekas Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa. Hari ini Rafizi membuat tuntutan baharu mengasak bekas Timbalan Presiden Pas itu agar membuat kenyataan bersumpah (Akuan Berkanun) mengistyharkan segala harta yang dimilikinya selama ini dan mendedahkan bagaimana pendapatan itu diperolehi serta termasuk yang disalurkan oleh pihak tertentu. 

Rafizi juga menuntut Nasharuddin mengityharkan pendapatan Yayasan Nassar yang dimilikinya sejak ia mula ditubuhkan hingga ke hari ini. 

Friday, April 14, 2017

Dakwaan Rafizi terhadap Nasharuddin boleh disahkan oleh SPRM?

ULASAN

Bekas timbalan presiden parti agama (Pas) Nasharuddin Mat Isa telah pun menjawab kenyataan berupa dakwaan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli semalam yang mengatakan ada pengaliran wang dari akaun Najib Razak ke dalam akaunya.

Nasharuddin Mat Isa
Rafizi Ramli
Bagaimana pun Nasharuddin tidak mengaku dan menganggap dakwaan Rafizi itu sebagai berniat jahat.

Sehubungan itu beliau juga menyerahkan kepada pasukan peguamnya untuk memulakan tindakan terhadap Rafizi. Nasharuddin tidak pula membuat Akuan Bersumpah menafikan dakwaan Akaun Bersumpah Rafizi.

Thursday, April 13, 2017

Apakah Najib sudah lama sangkut loceng di leher Zahid?

ULASAN 

Ketika tirai parlimen penggal ke 13 sudah hendak dilabuhkan tiba-tiba Najib Razak membuat suatu keputusan memeranjatkan, melantik sepupunya Hishamuddin Hussein memegang jawatan Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas. Pelantikan itu dilihat satu pelantikan berstrategi? Dari sisi lain pemerhati melihat tindakan Najib itu membawa dua pengertian, beliau terdesak atau menunjukkan keberaniannya.

Zahid 19 tahun lalu di rumah Anwar
Najib mungkin terdesak kerana memikirkan kedudukannya kini yang tidak begitu menyenangkan. Maka beliau terpaksa mengambil keputusan itu walaupun ia memberi kesan jiwa kepada Zahid dan penyokongnya. Kenapa?

Kalau bukan kerana kepentingan sesuatu yang terdesak tidak mungkin Najib berbuat begitu kerana ia tentu menyinggung hati kawan baiknya Zahid Hamidi dan para penyokong TPM itu. Namun kerana ada sesuatu lebih besar maka beliau sedia mengorban dan mengenepikan persahabatan, maka Najib terpaksa berbuat begitu. Pelantikan itu suatu perjudian berisiko besar?

Wednesday, April 12, 2017

Pelantikan Hishamuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas isyarat jelas buat Zahid?

STOP PRESS

Wah..dalam diam-diam Umno rupanya bergolak? Hari ini Najib Razak telah melantik sepupunya Hishamuddin Hussein menjadi Menteri Dengan Tuga-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri. Kebiasaanya porfolio ini bertanggungjawab khusus kepada perdana menteri.

Untuk apa dan kenapa pelantikan ini dibuat? Apakah ianya dalam proses Najib untuk menyalinkan kekuasaanya kepada Hishamuddin. Maka Hishmuddin perlu diletakkan di situ untuk melakukan apa yang patut?

Dalam Umno mungkin senyap dengan pelantikan itu tetapi di luar pasti riuh. Akan ada berbagai spekulasi mengenai hal ini. Orang Umno tidak berani untuk membuat apa-apa spekulasi dengan pelantikan ini walaupun ia memberi cabaran kepada Zahid Hamidi. Mereka yang digamkan mulut oleh Najib dengan wang ringgit, taubat tak berani bersuara.

Esok terbongkarlah pemimpin Pas yang makan duit 1MDB?

TERKINI

Seperti mana yang dijanjikan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, beliau akan mendedahkan nama bekas pemimpin kanan Pas yang dikatakan menerima dana haram dari 1MDB yang mengalir ke akaun peribadi Najib Razak ke akaun bekas pemimpin Pas berkenaan.

Beliau akan membuat pendedahan itu dalam sidang akhbar khas yang akan disiarkan secara langsung menerusi Facebooknya tengah hari esok.

Sementara itu keesokannya Rafizi akan membuat laporan SPRM bersama dengan maklumat yang diperolehi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Tuesday, April 11, 2017

Ke arah gabungan politik agama (Islam) - bangsa Melayu terbesar

LONTARAN CITA

Dalam muktamar parti agama (Islam) se Malaysia (Pas) hujung bulan ini ramai pemerhati dan mereka yang concern dengan politik mahu melihat ada pertandingan merebut jawatan penting dalam parti itu setidak-tidaknya untuk jawatan naib presiden kalaupun bukan timbalan presiden. Perebutan itu dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu untuk dibuat tafsiran akan berlaku ethnik clensing kedua dalam parti itu sesudah ia dilakukan pada tahun 2015 di Kuala Selangor.

Kuala Selangor telah menjadi pengkalan untuk menghanyutkan orang-orang yang dikatakan cuba menukar isme politik Pas selama ini. Selamanya Kuala Selangor dikenang sebagai tapak pembunuh beramai-ramai dalam Pas. Dengan penyingkiran secara "seraga ayam" itu maka kukuhlah kedudukan orang yang berasa dirinya berpegang kepada isme agama sebenar, menguasai parti itu.

Monday, April 10, 2017

Saya kena individu dimaksudkan Rafizi terima dana 1MDB

BERITA PETANG

Hari ini Rafizi Ramli mendedahkan orang yang menerima dana daripada 1MDB ialah bekas pemimpin kanan parti agama Pas. Walaupun Rafizi tidak menyebut namanya tetapi orang dapat membayangkan siapa individu tersebut. Rafizi dalam pendedahannya membayangkan individu berkenaan pernah dimarahi oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu masa dulu.

Dalam peristiwa itu bekas Mursyidul Am Pas itu meminta individu berkenaan keluar sahaja dari Pas kalau dia beriya hendak mengajak Pas bersama Umno.

Apabila ahli Parlimen Pandan itu seminggu lepas mendedahkan bahawa ada pemimpin Pas mendapat manfaat daripada 1MDB, saya sudah dapat mengagak orang berkenaan. Dalam status di Facebook saya menyatakan saya seperti tahu orang itu.

Dan hari ini dengan pendedahan dan bayang diberikan Rafizi itu maka jelas firasat saya benar dan tepat sekali.

Saturday, April 8, 2017

Hardtalk cerminkan pemikiran Husam setanding Dr Mahathir

ULASAN HARDTALK

Husam sedang memberi buah fikirnya dalam Hardtalk.
Mungkin sudah ramai menyaksi atau mengikuti Hardtalk Dr Mahathir Mohamad - Husam Musa yang berlangsung di Shah Alam malam tadi.

Majlis itu anjuran Masyarakat Penyayang Selangor (Ehsan) sebagai mengganti kekosongan "waktu kerja" Dr Mahathir Mohamad apabila debat beliau dengan Nazri Aziz pada tarikh sama dibatalkan, apabila polis menarik balik permit yang diberikan pada mulanya.

Hardtalk malam tadi mengemukakan tiga orang penyoal (interculator) untuk bertanya dan mengasak kedua tokoh itu dengan apa-apa sahaja soalan. Dalam majlis seperti itu biasanya penal akan disoal dengan soalan-soalan terjun yang dijangka tergagak-gak atau rumit untuk dijawab oleh ahli penal.

Thursday, April 6, 2017

Pandikar Amin: Speaker powerful yang bloodyfool

MARAH PETANG

Pandikar Amin Mulia
1. Saya rasa bukan sahaja saya kecewa dengan apa yang berlaku di dewan rakyat hari ini, di hari akhir persidangan, tetapi orang lain juga apabila Speaker Pandikar Amin Mulia tidak menunjukkan profesionalisme sebagai seorang pengendali mesyuarat yang sepatutnya adil dan saksama kepada semua anggota dewan.

Mereka yang mengikut sidang hari ini juga hampa dan marah dengan apa yang berlaku. Semuanya, kerana dia menggunakan kuasa vetonya untuk menutup sidang bagi mengelakkan perbahasan usul RUU 355 yang dibentang oleh wakil Marang, Abdul Hadi Awang dengan alasan ia akan dibuka pada sessi akan datang.

Wednesday, April 5, 2017

Halang RUU 355, apakah Tawfik alat Umno?

ULASAN MALAM

Tawfik tunjuk notis saman.
Semasa jam kian hampir untuk menentukan apakah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali (RUU 355) sama ada akan dibenarkan untuk dibentangkan dalam sidang parlimen esok atau tidak menjadi tanda tanya apabila Spekaer Dewan Rakyat Pendikar Amin Mulia menerima notis saman pemula tengah hari ini.

Notis itu dikemukakan oleh Muhammad Tawfik Ismail, anak bekas TPM Dr Ismail Abdul Rahman yang disampaikan oleh peguamnya Mansoor Saat dan diterima sendiri oleh Pendikar Amin Mulia.

Shafei sedang rintis jalan untuk lakari sejarah

CATATAN SABAH (2) 

Shafei cetus fenomena di Sabah.
Mampukah Mohd Shafei Afdal melakari sejarah yang dicatat oleh Harris Salleh dan Fuad Stephens pada tahun 1975 dan Jesoph Pairin Ketingan pada tahun 1985 yang menggoncangkan dua kerajaan Sabah ketika itu.

Haris dan Fuad menumbangkan kerajaan USNO pimpinan Datu Mustapha Datu Harun 1975 manakala Pairin Ketingan pula tumbangkan kerajaan Berjaya pimpinan Harris Salleh 11 tahun kemudian pada tahun 1986.

Sementara kerajaan PBS pimpinan Pairin Ketingan pula tumbang 10 tahun kemudian ditangan Umno bersama lain-lain parti pada tahun 1994.

Tuesday, April 4, 2017

PKR pemimpin politik pembangkang dan Malaysia

HUT PKR KE 18

Kerana ternanti-nanti untuk melihat bagai mana nasib RUU 355 samada akan dibentang atau tidak di sidang  parlimen sessi ini yang akan berakhir lusa, ramai pemerhati politik dan juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR - Keadilan) sendiri tidak menyedari yang parti itu kini sudah berumur 18 tahun.

Dalam usia itu Keadilan sudah melewati zaman gadis sunti dan akan melangkah ke alam dewasa beberapa tahun lagi jika usia kedewasaan itu diambil hitung 21 tahun. Sudah pasti bila ia melangkah ke takah itu PKR akan berhadapan dengan pancaroba lebih mencabar lagi sesuai dengan usianya. Gelagat dan perangai kebudak-budakan juga kian menghilang daripada Keadilan dan proses kematangan menjadi makin laju lagi.

Monday, April 3, 2017

Sabah di bawah Umno tidak banyak berubah?

CATATAN SABAH (1)

Bersama Ustaz Halim Abbas "Pengembara Dakwah".
Agak lama juga saya tidak ke Sabah. Rasanya sudah lebih dua tahun. Kali terakhir saya ke Negeri Bawah Bayu itu ialah pada tahun 2015. Paling kerap saya turun naik ke Sabah ialah tahun 2013, sebelum Piraum ke 13. Paling lama saya ke Sabah dan menjelajah beberapa daerah ialah semasa kejadian pencerobohan di Lahad Datu, beberapa bulan sebelum itu.

Dalam kunjungan itu saya memulakan perjalanan dari Kota Kinabalu, Papar, Beaufort. membawa ke Kudat, Sandakan, Semporna dan titik di Tawau.

Sunday, April 2, 2017

Perhatian...

Dua tiga hari saya tidak update blog ini kerana berada di Sabah. InsyaAllah esok saya akan kembali berblog. Ada cerita menarik di Sabah. Saya turun khas ke sana untuk melihat dan merasai sendiri akan kehangatan iklim politik di negeri Bawah Bayu itu. Wassalam Mso.