Sunday, April 23, 2017

Ladang Rakyat kalah dengan Orang Asli

LAPORAN

Tuduhan
dan tanggapan kumpulan pejuang hak asasi dan alam sekitar yang membela nasib Orang Asli di Ulu Kelantan yang diabaikan oleh kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yakob selama ini sebagai sangaja dilakukan untuk memburuk-burukkan kerajaan Kelantan, terbukti hari ini ianya satu tuduhan jahat apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah memutuskan tanah seluas 9,361.5 hektar di Pos Belatim, Ulu Nenggiri, Gua Musang sebagai tanah adat Orang Asli.


Wakil Orang Asli yang menyaman bersama peguam mereka. 
Keputusan semakan kehakiman terhadap tuntutan Orang Asli itu merupakan kejayaan dan "kebebasan" kepada Orang Asli yang nasib mereka sebelum ini diperkotak katikkan atau diperlakukan oleh kerajaan negeri tanpa peri kemanusiaan. 

Keputusan itu juga sebagai membenarkan perjuangan para hak asasi dan alam sekitar yang prihatin dengan nasib Orang Asli dan alam sekitar.
Dalam keputusan hari ini Hakim Zainal Azman Ab Aziz juga turut membatalkan pembangunan Ladang Rakyat seluas 1,000 yang dibangunkan kerajaan negeri terbabit dalam kawasan tanah adat Orang Asli. Dalam kata lain pihak Ladang Rakyat perlu membatalkan perjanjian atau kontrak membangun kawasan yang terbabit itu serta merta.

Keputusan itu juga menunjukkan apa yang didakwa oleh pejuang hak asasi dan alam sekitar selama ini jelas bahawa kerajaan negeri rakus dalam membangunkan Ladang Rakyat atau pemberian kawasan pembalakan tanpa yang mengambil kira kepentingan Orang Asli dan kemusnahan alam sekitar yang banyak.

Ladang Rakyat adalah projek sosio ekonomi yang dibangunkan oleh kerajaan untuk meringankan bebanan sara hidup rakyat Kelantan yang miskin. Pengerusi Lembaga Pengarahnya adalah Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan.

Keputusan Makamah Tinggi Kota Bharu hari ini itu memberi kesan tersendiri dan implikasi kepada Ladang Rakyat dan juga MB Kelantan. Beliau bukan sahaja perlu mengarahkan membuat ukuran sempadan baharu seperti perintah mahkamah tetapi juga perlu memohon maaf terbuka kepada masyarakat Orang Asli atas kekhilafan berlaku.

Untuk lebih harmoni lagi elok kalau Ahmad mengarahkan satu penilaian dibuat untuk membayar pampasan kepada masyarakat Orang Asli terlibat dengan kes itu sebagai ganti rugi dialaminya selama ini.

Sesuatu mendukacitakan Ahmad yang dianggap pemimpin yang ikhlas, jujur dan baik tetapi turut tersangkut dengan tindakan menganiaya Orang Asli. Beberapa pandangan dan tuntutan secara baik sebelum ini dikemukakan tidak dihiraukan.

Permohonan semakan kehakiman tersebut dibuat 800 Orang Asli Pos Belatim diwakili Rosli Along, Angah Along dan Hassan Alang dengan menamakan Kerajaan Kelantan dan Pengarah Tanah dan Galian negeri sebagai responden pertama serta kedua kes.

Dalam pada itu keputusan Mahkamah yang berpihak kepada Orang Asli itu, adalah satu lagi kekalahan kerajaan dalam siri-siri saman awam terhadap kerajaan pimpinan Ahmad Yakob yang dilakukan oleh pelbagai pihak. Terdapat sembilan kes saman yang dikemukakan kepada kerajaan Kelantan selepas Nik Aziz tiada sebahagian besarnya dalam proses perbicaraan. [wm.kl. 8:48 23/04/17]

2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah.

Buruklah... Islam yang dibawa oleh puak2 PAS ni...tak ada perasan malu pada non muslim ke...!!?

PokAmid said...

Ostad2 ni bukan lah bijak dalam pentadbiran....mereka bijak dlm ceramah, kuluah dan usrah je.

Sikap mereka yg sentiasa bodoh sombong dlm menilai peraturan dan teknik kehidupan, amat merugikan kerajaan dan parti mereka.