Thursday, March 1, 2018

Pengakuan Nik Abduh pedih, tetapi boleh mensucikan Pas?

ISU PANAS

Nik Abduh bersama lima orang cahaya matanya. 
PENULARAN audio atau rakaman suara yang dikatakan sebagai mirip suara Nik Muhammad Abdul Nik Abdul Aziz mendapat perhatian ramai. Waktu ini ratusan bahkan jutaan sudah ditonton dan mendengarnya. Khabarnya media luar negara juga berminat dengan audio berkenaan yang disiarkan secara bersiri.

Bagaimana pun Nik Abduh sudah menafikan audio itu bukan miliknya dan menganggap ia suatu fitnah yang bertaraf sampah yang hanya dilahapkan oleh puak-puak parti PAN - Parti Amanah Negara. Di sini saya tidak mahu membuat analisa apakah penafian beliau itu diterima atau pun tidak.


Yang jelasnya, secara pantas audio atau pengakuan daripada Nik Abduh itu menjawab banyak persoalan selama ini mengusut di kepala umum khususnya mengenai perubahan politik dalam parti agama (Pas), terutamanya kerjasama atau kolaborasi alias ta'awun Pas dengan Umno. Pengakuan itu mendorong orang jadi clear dengan tuduhan yang Pas makan duit Umno selama ini.

Pengakuan atau suara audio yang rata-rata dianggap daripada Nik Abduh itu memberi kesan besar kepada parti agama itu. Audio itu menjadi bahana baru buat Pas yang tidak mudah untuk dihapuskan dengan solat hajat dan munajat minta yang mendedahnya buncit atau pecah perut.

Ia sedikit sebanyak boleh meggencatkan usaha Pas untuk mempengaruhi pengundi Melayu Islam agar menyokong parti itu. Ini kerana pendedahan itu membuka pekung Pas yang selama ini dinafikan.

Selama ini apa didedahkan baik oleh pemimpin pembangkang atau media sosial mengenai ulah Pas dinafikan oleh pemimpin parti itu. Para pendukungnya yang bertindak menjadi "mujhid siber", menjawab sambil memaki hamun sesiapa yang bercerita buruk mengenai Pas. Bagi mereka  mustahil orang yang berdaftar sebagai ahli parti Syurga melakukan kejahatan. Justeru segala tuduhan dan bukti disebut sebagai fitnah mentah semata-mata.

Isi audio.
Antara intipati yang dibawa oleh audio eksklusif itu ialah, pengakuan daripada Nik Abduh yang pemimpin parti agama itu benar menerima wang daripada Umno untuk membiayai program parti tersebut. Salah satu ialah perbelanjaan untuk Pas menghadapi pilihan raya negeri Sarawak, bernilai RM2 juta

Paling mengejutkan, apa didedahkan Nik Abduh itu, apabila beliau mengakui 10 hingga 11 aktiviti parti itu mengambil dan menggunakan wang Umno. Semua perkara dan maklumat itu dalam pengetahuannya. Ertinya Nik Abduh memantau perkembangan dalam parti peninggalan ayahnya itu.

Tanpa berselindungi beliau juga dalam audio itu mengakui turut menerima wang daripada Umno. Paling mengejutkan Abdul Hadi Awang juga turut sama mengambilnya. Kerana itu pengakuan Nik Abduh itu bukan sahaja benar, tetapi ikhlas.

Hal itu terkandung dalam pendedahan atau audio siri pertama. Transkrip daripada audio itu seperti berikut:

"Isu kerjasama yang minta duit, (RM2 juta) ana tahu dan memang daripada Tokguru (Haji Hadi), bukan tok guru suruh minta, tetapi dalam pengetahuan tokguru. Dia tak beritahu Ustaz Zaharuddin, (menantu) sebab Ustaz Zaharuddin tidak perlu tahu. Itu level lain, bukan level menantu.

"Ana tahu, cuma Dr  Sam (Samsuri adalah Setiausaha Politik Hadi Awang) ni betul dia beri tahu Dr Zuhdi, kerana Dr Zuhdi ni betul-betul juga tidak faham.

"Akhir sekali Dr Zuhdi jadi keliru, eh betul ke ni... jawabannya betul ana tahu.. ana tahu... pilihan raya Sarawak tu macam mana nak jatuhkan DAP, dan kerjasama dengan Umno ni wujud. Ana cuma minta jangan pecah...Tok guru Haji Hadi ambil duit Umno, ana ambil duit Umno.. semua (yang dituduh tu) ambil duit Umno. Dan kita berjaya antara dengan bantuan Umno. Umno menyebabkan kita berjaya, dalam 10 hingga 11 aktiviti..."

Itulah sedutan dalam audio siri pertama. Kesimpulan apa diucapkan Nik Abduh itu bahawa kerjasama Pas dengan Umno membabitkan pemberian wang seperti didakwa adalah benar. Nik Abduh bersungguh mendakwa dia tahu apa yang berlaku dan memberi gambaran kepada yang tidak tahu, yang berada dalam majlis penerangan itu.

Pendedahan atau pengakuan Nik Abduh itu sifatkan sebagai sangat rahsia, kerana sebelum beliau bercakap membuat pendedahan itu beliau memberi peringatan agar jangan sampai ada yang dedahkan percakapan itu. Bahkan beliau mengugut sesiapa yang tidak amanah dan mendedahkannya dia akan sumpah menjadi abu. Apakah beliau sudah sumpah atau masih bersiap sedia untuk menyumpah?

Memahami terhadap apa didedahkan Nik Abduh itu dan kenapa beliau sampai jadi "seceplat" (tersasau) itu kerana ingin menjawaban dakwaan sesetengah pihak yang sangsi yang Pas ada menerima wang daripada Umno. Dalam konteks ini mungkin membabitkan presiden sendiri, maka Nik Abduh tanpa segan silu menceritakan hakikat yang berlaku.

Setelah terbongkarnya audio ini, ia mengingatkan orang ramai kepada kekecamukan yang berlaku di dalam Pas ekoran terdedah satu percakapan dalam grup whatsaap suatu masa lalu yang ditular dalam media sosial. Dalam percakapan yang ditular itu, seorang pemimpin Pemuda Pas di sebuah kawasan mengakui yang presiden Pas Abdul Hadi Awang memberi tahunya halal mengambil wang daripada Umno.

Pengaitan nama Abdul Hadi itu menyebabkan timbul rasa kurang senang di pihak yang selama ini mensuci dan memaksumkan Abdul Hadi menyebabkan pihak itu mahukan kepastian. Dalam mencari kepastian itulah satu kumpulan telah bertemu dengan seorang pemimpin Pas, wakil rakyat di parlimen untuk mendapatkan penjelasan. Pertemuan itu hampir mencetuskan pergaduhan.

Difahamkan rentetan pertikaian itulah maka satu pertemuan bagi menjelaskan tuduhan dan tanggapan yang Pas makan duit Umno diaturkan, dan salah seorang tokoh yang menjelaskan apa yang berlaku itu adalah Nik Abduh. Dipercayai audio yang terdedah itu adalah apa yang berlaku dalam majlis itu penjelasan dan pengakuan itu yang katanya berlangsung di Subang, Selangor.

Audio itu tidak benar?
Huraian, pertamanya kita mengambil kepercayaan audio itu benar dan suara didalamnya adalah suara Nik Abduh bin Nik Abdul Aziz. Jika ia benar, saya tidak nampak apa diucapkan Abduh itu sebagai satu dosa yang boleh menghumbankan Pas ke dalam neraka. Nauzubalihiminazalik. Sebaliknya  apa dilakukan Nik Abduh itu satu jihad kubra yang perlu disanjungi tinggi.

Orang Pas harus berterima kasih kepada insan yang lahir dari benih dan baka Tokguru Nik Aziz itu kerana berani mengambil tanggungjawab. Dia mendedahkan hal sebenarnya apa yang berlaku dan terjadi dalam Pas. Mungkin tujuan pendedahan itu beliau tidak mahu menafikan sesuatu yang benar dan tidak mahu melindungi kebatilan kerana dia tahu akan dosa dan pahalanya.

Di sinilah sikap orang yang tinggi fakeh dan tasauf. Beliau sanggup melakukan kerana tidak mahu dihambat bayangan dosa di belakang yang semakin melebar. Saya tidak fikir beliau membuat pendedahan itu kerana beliau menanggung kerugian dengan ta'awun Pas dengan Umno. Semisalnya, tidak mendapat bahagian yang seimbang maka beliau kecewa dan membuat pendedahan itu. Tidak, saya tidak fikir sejahat itu Nik Abduh.

Boleh jadi juga dia sendiri sudah kesal dengan gejala itu menyebabkan dia membuat pengakuan itu sebagai persiapan untuk dia terjun dari bahtera Pas yang sudah kotor.

Berhubung dengan pendedahan dan pengakuan Nik Abduh itu maka Pas wajar membuat siasatan terperinci ke atas audio berkenaan dari segenap aspek. Pertama mengesahkan bahawa suara itu suara Nik Abduh. Penafian Nik Abduh tidak boleh diterima sebegitu sahaja.

Apabila suara itu sah suara Nik Abduh, maka Pas kena buat penyiasatan mendalam mencari siapakah yang mendedahkan atau memberi rakaman itu kepada pihak ketiga. Isi pendedahan Nik Abduh tidak salah, yang salah kini ialah macam mana audio itu boleh beredar.

Jawatankuasa disiplin Pas boleh membuat siasatan dengan memanggil semua yang terlibat dalam pertemuan, di mana Nik Abduh didakwa mengeluarkan pengakuan itu. Orang-orang itu harus disoal seorang demi soal. Setelah jawatankuasa itu menemui orang yang membocorkan maklumat itu, maka dia perlu disingkir daripada Pas. Pas tidak perlu menyimpan musuh dalam selimut atau pun memasukkan kucing jantan yang gatal dalam palikat. Bahaya.

Hal-hal lain yang mungkin boleh dilakukan oleh Pas dalam isu tersebarnya audio berkenaan ialah memanggil orang-orang yang disebut baik langsung atau tidak langsung dalam audio itu. Antara mereka ialah Zaharuddin, Dr Samsuri, Dr Zuhdi dan lain-lain. Jika mereka ini tidak mempunyai apa-apa akses dalam kasus ini untuk apa mereka disebut oleh Nik Abduh(?)

Mungkin Nik Abdu bersama Zaharuddin boleh dipanggil serentak untuk disemukakan. Bersambung dalam analisa kedua nanti. [wm.kl.1:49 pm 01/03/18]

21 comments:

Lelakidicermin said...

Walaun2 pas akan salahkan parti AMANAH...akhirnya salah DAP. byk blog2 buka artikal kesah àudio nik abduh ni.. yg seronoknya ratusan komen pelayar2 blog suruh saman sape tular audio tu..sekira ia palsu..tp komen fb nik abduh sepatah pun tak sebut pasal saman...sumpah org adalah..yang bikin aku ketawa bila ratusan komen cerita audio ni.. ada walaun kaitkan kesah banglow LGE dgn audio nik abduh.. walaun2.. jgn jadi maharaja lawak lah

awang kualaberang said...

salam pak sayuti,

kami di Terengganu tidak terkejut dengan pendedahan audio tersebut kerana kami sudah maklum ejen ejen umno/bn telah menyusup masuk dalam bilik tidor dan selimut pemimpin PAS sudah sekian lama...

hamizan said...

Kalau dh Nik Abduh dah menafikan.
Tak adalah apa2 lg yg perlu dikomen.

NASIR said...

waa ini sudah bagus...

Unknown said...

Salam
Husam telah menawarkan pada nik abduh 'jika bermaruah'SAMANLAH DIA',saya mengesyorkan nik abduh lakukanlah. PAS sekarang seolah-olah berada dlm ' KAPAL TERBANG YG MENGHARUNGI banyak AIR POCKET,di mana pilotnya sedang mabuk udara',bila pas dituduh menerima duit umno,penykong tegar mencabar beri bukti,bila diberi bukti,dikata fitnah,,,,TUGAS NIK ABDUH ,MENYAMAN HUSAM,buktikan itu 'FITNAH'.
kedudukkan pas sekarang cukup bahaya,rakyat memerhati.
wallah'ualam.

Anonymous said...

Masalah sebenar yang dialami olih Pas sejak beberapa tahun kebelakangan ini bolih difahami dengang merujuk pada andaian senario berikut.

Sekiranya pas diberi 1 diantara 2 pilihan, yang mana Pas akan pilih?
1. Pemerintah orang Islam. Tapi pemerintahan jauh dari Islamik. Rasuah berleluasa, raykat ditekan dengan bebeban hutang dan cukai.
2. Pemerintah bukan Islam. Tapi pemerintahan adalah yang dituntut olih islam. Adil, tak ada rasuah, telus. Raykat tidak terkenan. Orang Islam dan bukan islam bebas berugama.

Saya tidak pasti fatwa apa yang Hadi pakai, tapi nampak gaya Hadi dan pimpinan Pas memilih #1. Ini terbukti apabila mereka tetap mempertahankan kerajaan Najib walaupun sudah terang terbukti yang ianya kerajaan rasuah, kleptokrasi.

Yang menjadi masalah Pas sekarang ialah Hadi dan pimpinan Pas masih enggan berterus terang dengan pengikut2 mereka. Sebabnya ialah masih ramai diantara mereka masih percaya yang Umno adalah musuh mereka, lantaran amat sukar untuk mereka menerima kerjasama dengan Umno. Kalau pemimpin yang ada sekarang ini gagal untuk meyakinkan mereka maka pimpinan Pas mesti meletak jawatan. Adalah tidak wajar bagi mereka untuk terus menipu pengikut2 pas. Bagi saya ini sudah sampai ke tahap pengkhianatan.

Pada pendapat saya orang melayu/islam yang tinggal di bandar tidak akan teragak2 untuk memilih #2. Bahkan besar kemungkinan majoriti pimpinan dan pengikut2 Amanah juga begitu.

Adn said...

Elokla tu..
Dekat2 pru ni. Pandai cari masa untuk mengeluarkan material ini. Betul2 menyukarkan lawan. Kalu main bola, inilah taktik yg paling digemari.

Hj Aduka said...

Saman HUsam....jangan tak sama baru ada maruah.

ZAIYU said...

Puak2 Taliban semua ikut sunnah Nabi...berjanggut dan berserban.Dlm penilaian org2 kampung mereka kata akan kata puak2 Taliban ni org2 beriman .
Tapi jangan tak tahu , sumber pendapatan Taliban ialah menjual Popi utk di jadikan dadah.
Jadi jika Pas berkulitkan Islam mcm Taliban ianya bukan suatu yg pelik. Maknanya jika Pas di suap duit oleh umno ianya bukan suatu yg pelik.

9097 said...

Kalu saman sekarang, lagi clear, jelas dan confirm, tanpa ragu2, PAS makan duit UMNo.

mssod said...

di ulang ulang fitnah sehingga bukan lagi di anggap fitnah. terima kasih kerana memanjangkan fitnah.

Unknown said...

Saman jgn tak saman

abu bakar said...

Tembelang sudah pecah, Aku Tak heran jika mereka ni Tak lawan umno

Din said...

Kasihan walaunta2 yg taat suci pada lobai2 songsang politik nihh... masih ada yg nak mempertahankan nik abduh, sudah2 la dn sedarlah bahawa Pasesat hari ini bukan lg pas semasa zaman TGNA . Mereka telah lari jauh dr perjuangan Islam, bermusuh dgn ramai org Islam dn bukan Islam.

Unknown said...

hanya anjing gila saja akan baham samada benda baik ke buruk yang ada depan mata.

SalamHamKa said...

Salam Saudara MSO. Kesimpulanya Cash is King. Jadi segala Audi, Velfire Dan segalanya terjawab. Menyesal jadi ahli saumur hidup.

Unknown said...

Hairan juga aku mengapa sekian lama party syurga tidak mendapat kemenangan rupanya penyamun bertopengkan serban.

Unknown said...

pada saudara yg kata fitnah pas diulang2,bagaimana sesaorang yg takut pada allah memberi peluang untuk 'MENAFIKAN'nya!.Rafizi sanggup tanggung 'resiko ditangkap' buat SD BERSUMPAH...sudah lebih 2 tahun tak ada respond.cara yg terbaik pada pengikut2 pas,yg takut allah nasihatkanlah mereka,stopkanlah fitnah2 yg dikata ulang2 tu 'SAMAN'.

fryshadow said...

Panjang lebar tuan komen, semuanya andaian belaka. sampah

lan said...

Klu nafi sila saman... Jgn cemarkan imej agama

Unknown said...

audio tu ada bukti...

penyingkiran geng 'jebon' terdedah.

dan ianya berlaku dan bukan berita palsu.

amat sukar nk mereka2 plot cerita dlm audio tu.

beberapa nama individu yg memang ujud dan hidup lagi
disebut oleh nik abduh.

jika bicara mahkamah, ust zaharuddin akan jadi saksi utama
audio tu.

mudah2an ust zaharudin diberi kekuatan dan keberanian utk
menyatakan kebenaran tentang kejahatan dlman pas demi agama
dan umat.

kita yakin ada pihak yg bertentangan dgn nik beduh yg menyebarkan
audio itu. takkan nik beduh ckp depan cermin pasangan perakam suara.
gila ke apa gitu.

jika pas terima bulat2 penafian abduh maka dap juga akan buat penafian
semua tuduhan pas terhadapnya termasuk tuduhan panglima ATuMno yg memfitnah kunun dap akan bubar RAMD.

dh sah2 kem sg besi yg bubar dan terjual, dap pulak dituduh nk bubar RAMD.

dpd dap bubar RAMD lebih penting bubarkan BN.

anyway tqvm dan tahniah pihak yg dedahkan audio tu. ianya satu jihad besar utk mendedahkan agen2 cia illuminati yg berlegar dalam pas memakai ketayap dan jubah yg dilihat suci selama ini oleh penyokong pas.

sikit hari lagi semuga Allah dedahkan pula agen syiah dlm pas.