Saturday, March 24, 2018

Kalau sudah kenal orang jahat, tangkap sahaja..

KOMEN MALAM

Mohd Arshad Raji
APA dirasai oleh Presiden Persatuan Kebangsaan (Patriot) Mohd Arshad Raji mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Muhammad Fuzi Harun yang kemudian diperkuatkan oleh Menteri Pertahanan Hisamuddin Hussein kononnya pihak PDRM telah mengenal pasti 1,100 individu termasuk beberapa kumpulan akan membuat kacau menjelang pilihan raya umum ke-14 adalah sesuatu yang pelik, adalah benar,

Selalu polis mengumumkan sesuatu yang berbentuk rahsia kepada umum di mana dengan pengumuman itu menyebabkan rahsia itu terdedah menyebabkan kumpulan yang dipantau itu sempat menyelamatkan diri. Apakah itu satu bentuk psikologis atau reverse psikologis dalam pasukan itu?

Bagi Arshad kenyataan itu memelikkan kerana baginya apakah untung dan logiknya kumpulan seperti itu ingin menyerang pilihan raya pada saat akhir. Beliau berpendapat mereka yang bertindak begitu hanya mereka yang berada di bawah pengaruh dadah sahaja.

Patriot pertubuhan bekas-bekas tentera ini dilihat satu kumpulan yang bersuara lantang terhadap kepincangan negara dewasa ini. Patriot berbeza dengan pertubuhan-pertubuhan dianggotai bekas tentera atau polis yang lain.

Benar kenyataan dikeluarkan Fuzi itu pelik serta tidak perlu kerana dari kenyataan itu menyebabkan orang akan membuat berbagai tafsiran dan tertanya-tanya apa sebenar peranan PDRM dalam menjamin keselamatan dalam negara ini. Tugas polis menjaga keselamatan dan bukan membuat provokasi.

Dalam kenyataan itu Fuzi bukan sahaja menyebut jumlah individu seramai 1,100, tetapi turut sama menyatakan kawasan yang berpotesi berlaku serangan itu, yaitu 116 kawasan di Semenanjung dan 22 kawasan di Sabah dan Sarawak. Ertinya ancaman keganasan itu bakal berlaku di seluruh negara.

Satu keganjilan belum ada kenyataan menggerunkan begini dikeluarkan oleh PDRM menjelang pilihan raya umum sebelum ini. Apa yang sering berlaku polis memberi jaminan pilihan raya akan berlangsung dalam keadaan selamat, keselamatan terjamin.

Tetapi apabila sudah membuat kenyataan menggerunkan awal-awal ia dirasakan pelik.

Apa lagi hampir serentak dengan kenyataan Fuzi itu, Hishamuddin pula membuat pengumuman yang polis dan tentera akan berkerjasama untuk mengatasi kekacauan itu. Kenyataan Hishamuddin itu seakan membenarkan apa yang disuarakan Fuzi.

Soalnya kenapa bagi pihak tentera Hishamuddin yang membuat kenyataan bukan Ketua Turusnya. Dan kenapa pula bagi pihak polis bukan Zahid Hamidi sebagai menteri bertanggungjawab terhadap PDRM, tetapi ketua polis?

Memang dalam suasana pilihan raya tidak boleh dinafikan ada elemen atau anasir jahat. Mereka yang tidak menerima konsep pilihan raya dan demokrasi berparlimen akan berusaha memusnahkan. Bagaimana pun bukan saat menjelang pilihan raya. Golongan atau puak menentang demokrasi ini perlu menggerakkan penentangan atau kempen mereka sejak dari awal lagi.

Atas kemunasabahan itu maka benar kata Arshad itu mereka yang mahu melakukan serangan kepada pilihan raya disaat-saat akhir adalah mereka dibawah pengaruh dadah.

Individu atau kumpulan yang dimaksudkan dalam jumlah 116 itu saya tidak fikir mereka dari kumpulan yang menganjurkan kempen boikot pilihan raya. Golongan itu tidak pun memberi kesan apa-apa kerana kewunjudannya laksana melukut patah tiga yang berada di hujung gantang sahaja.

Lantaran itu apa dipersoalkan oleh Arshad itu seharusnya menganggu minda ramai. Jika pihak PDRM sudah mengenal pasti kumpulan dan individu itu kenapa ia tidak diambil tindakan awal? Atau pun kenyataan Fuzi itu lebih merupakan provokasi atau ugutan yang ada motif politik.Kalau ia sebagai ugutan persefikasi PDRM dalam hal ini sangatlah dangkal.

Adalah sesuatu yang sangat malang kalau telahan ini benar, polis mengeluarkan kenyataan itu atas motif politik. PDRM atau mana-mana pasukan keselamatan tidak seharusnya melencungkan tugas dan tanggungjawab mereka daripada menjaga kepentingan umum kepada menjaga kepentingan individu atau personaliti lain yang rapat degan mereka.

Ditegaskan sekali lagi jika PDRM benar-benar sudah kenal pasti indivdu yang dikatakan itu, PDRM perlu memberkasnya segera tidak perlu tunggu sehingga mereka sempat menyalakan api kekacauan. Tindakan sesudah api sudah dinyalakan ia terlambat dan bukan tindakan profesional oleh PDRM. [wm.kl.9:27 pm 24/03/18]

4 comments:

Wan Hamzah Wan Ismail said...

Dalam sejarah pilihanraya umum, parti pembangkang tak pernah menang Dan selalu sahaja kalau tetapi huruhara tak pernah berlaku.

Huruhara hanya akan berlaku apabila parti kerajaan kalah.

Lihat saja apa yg berlaku pada PRU14 1969. Tragedi tersebut berlaku kerana parti ke jalan hampir kalah. Jadi suasana pada masa ini hampir2 sama dgn tahun 1969.iaitu kerajaan sangat Lema.

Sebagai rúmusannya kekacauwan hanya akan berlaku apabila parti pemerintah tidak boleh terima kekalahan

Shafiek Abdat said...

Berita yang sebegini semata-mata hanya untuk menakutkan rakyat supaya tidak berani keluar mengundi,,dan dengan yang demikian BN akan mudah memenangi pilihanraya 14 nanti ......!!

antiug said...

Persempadanan semula, % mengundi rendah dan tarikh mengundi pd hari bekerja adalah senjata ampuh ammo, berhatilah wahai rakyat Msia...

HASSAN SHEIKH SEYLAN said...

Ayuh, 100% rakyat keluar mengundi. Kalau Polis tidak tahu menjaga keslematan pengundi, kita selaku pengundi ganding tangan tangkap dan kerjakan mereka yang cuba hendak melakukan musibah sebelum, semasa dan sesudah GE14 nanti. Jangan takut mati, kurung diri dalam bilik tidur sendiri pun boleh dihempap kipas angin dan mampus serta merta. Insya-Allah 75% kumpulan askar dan polis sedia membantu keselamatan rakyat/pengundi.