Wednesday, March 28, 2018

BN tidak boleh rasa selesa dengan persempadanan baru

ULASAN RENGKAS

USUL pindaan persempadanan kawasan pilihan raya yang dibawa oleh Perdana Menteri Najib Razak di parlimen hari ini akhirnya diluluskan dengan undi belah bahagi, 80 menolak 129 undi menyokong. Usul itu dibahas hangat dalam parlimen sepanjang hari ini bermula lewat tengah hari.

Seramai 11 orang wakil rakyat enam (6) dari BN lima (5) dari oposisi  mengambil bahagian membahas usul berkenaan.

Semua wakil pembangkang membahas memberi alasan dan hujah kenapa usul berkenaan perlu ditolak. Antara alasan diberi kononnya usul itu melanggar perlembagaan. Pihak SPR yang bertanggungjawab mengemukakan cadangan pindaan itu banyak yang mendapat kritikan pihak pembangkang dan dituduh menjadi "lembu bodoh" kepada Najib Razak.

Sekiranya SPR khusus pengerusinya Hashim Abdullah bertanggungjawab terhadap setiap apa yang dilemparkan kepadanya, wajar beliau meletak jawatan. Peletakan jawatan boleh dilihat sebagai tanggungjawab beliau serta untuk menjaga integriti suruhanjaya berkenaan.

Walaupun apa-apa yang dicadangkan oleh SPR itu masih memenuhi kehendak perlembagaan tetapi ada elemen-elemen yang terdedah menjelaskan ia dibuat atas kehendak parti memerintah atau melabakan parti pemerintah. Misalnya paling jelas bagaimana perseimbangan jumlah pengundian di setiap kawasan perbezaanya sangat ketara di antara satu lain.

Pindaan itu juga disifatkan sebagai pemusnahan kepada semangat nasional, perpaduan dan intgrasi kaum bila mana ada kawasan dilonggokkan dengan satu-satu kaum sahaja; kaum Cina diletakkan dalam satu kawasan manajala Melayu pula disatu kawasan.

Semasa menggulung perbahasan usul berkenaan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menyenaraikan 14 perkara dibangkitkan oleh pembahas dan semuanya diambil kira.  Bagaimana pun isu dibangkitkan oleh wakil Sempurna, Shafei Afdal berkaitan pertambahan kerusi di Sabah yang telah diluluskan oleh DUN Sabah tetapi dibatalkan, tidak diulas Zahid.

Pindaan itu seperti mana dituduh pembangkang ia adalah untuk memberi kelebihan kepada parti UBN menjamin UBN terus mengekalkan kerajaan. Sekiranya tuduhan itu ada kebenaran namun UBN tidak boleh optimis sangat dengan pindaan itu akan berpihak kepadanya.

Pengundi yang terbabit dengan persempadanan baru itu belum pasti semuanya akan mengundi BN. UBN hanya boleh mengubati kebimbangannya sahaja dengan pindaan yang penuh kontroversi tetapi tidak dapat menjamin kemenangan mudah. Sekiranya peratus mengundi tinggi di semua kawasan pindaan dilakukan hari ini tidak menjamin UBN akan selamat.

Apa yang perlu dibimbangkan UBN ialah penolakan rakyat kepada UBN ke belakangan ini semakin ketara. Perpecahan dalaman Umno berikutan wujudnya parti PBBM dilihat memberi masalah baharu kepada UBN dan Umno yang sebelum ini dilihat selesa apabila Pas sudah tidak bersama komponen Pakatan Harapan sedikit tergugat dengan keaktifan Dr Mahathir menyerang Najib.

Sikap diambil oleh Pas terhadap usul dibentang Najib itu, dimana mereka turut mempertikai dan menolaknya akan mempengaruhi pengundian Pas di luar sana untuk tidak mengundi UBN. Apa lagi kalau tiba-tiba terbentuk persefahaman baharu dalam PH di mana Pas akan bersama pakatan itu ini boleh menyebabkan UBN akan menangis tidak berlagu. [wm.kl.5:51 pm 28/03/18]

No comments: