Showing posts with label POLITIK PAS. Show all posts
Showing posts with label POLITIK PAS. Show all posts

Saturday, February 22, 2025

Kejahilan politik Abdul Hadi, merugikan Pas


Kebijaksanaan politiknya
boleh dipertikaikan.
PENDAPAT

PAS mengkultus Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti itu terbaik sepanjang sejarah kewujudannya 71 tahun. Rata rata ahli Pas dari peringkat cawangan sampai ahli jawatankuasa agung puji Hadi hebat, pemimpin supersonik tidak terlawan dek sesiapa.

Lagak mereka yang melihat kehebatan Hadi Awang ini tidak ubah seperti kisah tujuh orang buta yang mahu mengenali dan menganalisa seekor gajah. Mereka mengenali gajah dengan pengetahuan yang terbatas dan teori rigid.

Ketujuh tujuh orang buta yang mahu mengenali gajah dari persepsktif mereka tetap mengatakan gajah seperti apa yang dirasainya dengan deria rasa dan pancaraindra bukan dengan ainun, yang jauh menepeti hakikat haiwan berkenaan.

Yang megang ekor mengatakan gajah panjang seperti tali, yang memegang telinga mengatakan gajah besar dan lebar macam dulang. Manakala yang memegang tubuh gajah mengatahkan gajah seperti bukit. Yang memegang kaki mengatakan gajah seperti tiang.

Begitulah dengan para penyanjung dan pengtaksub Abdul Hadi sebagai presiden Pas. Kerana taksub kubra itu menyebabkan Hadi damai bersemayam atas singgahsana kemegahannya tanpa terusik. Hadi mendapat protection percuma walaupun ada tindak tanduk dan strategi politiknya ke laut. Sebab itu hari ini seorang demi seorang mengaku tidak sanggup untuk melawan Hadi.

Salah satu aspek orang Pas mengkukutus dan mengikhtiraf kehebatan Hadi ialah apabila Pas menang besar pilihan raya ke-15 dengan meraih sebanyak 43 kerusi dan mengekalkan Kelantan dan Terengganu serta menguasai Kedah dan Perlis. Memang diakui kejayaan itu terbesar dan sejarah buat Pas. Dari sisi ini benar kalau dikatakan Pas hebat sewaktu Hadi jadi presiden.

Dari sudut itu benar, tetapi masih ada sudut dan penilaian lain yang perlu diteliti untuk melihat apakah Hadi "sengoti" hebat atau pun tidak, apakah Pas mendapat manfaat dari kemenangan itu.

Untuk menilai Hadi sebagai presiden bukan setakat itu sahaja, banyak lagi aspek atau kriteria yang perlu diselidiki. Lagipun pencapaian itu bukan mutlak.

Kejayaan Pas capai 43 kerusi bukan mutlak kerana kejayaan itu hasil berkongsi dengan Bersatu. Kemenangan itu bukan atas kekuatan Pas, tetapi kerana perpecahan dalam kelompok Melayu. Pas hanya menumpang sahaja atas perpecahan Umno. Wave yang membawa kemenangan itu tidak semestinya berulang.

Justeru kemenangan hebat Pas itu kerana kelemahan lawan bukan kekuatan sejati Pas. Kemenangan atas takdir berkebetulan. Maka kondisi itu boleh berubah bila bila masa mengikut iklim dan situasi semasa.

Dalam politik kemenangan dan kebenaran seseorang ketua bukan atas sandaran kejayaan memenangi kerusi sahaja, tetapi banyak lagi juzu lain yang perlu ditenguk. Politik adalah untuk merubah suasana dan membawa iltizam dan harapan seperti mana diperjuangkan. Kekuatan 43 kerusi tidak dapat melakukan apa-apa melainkan menjadi pembangkang yang kuat. Kegagalan memanfaat kemenangan inilah kelemahan Pas dan Hadi.

Kelemahan besar Pas atau Hadi ialah kerana tidak bijak mengambil kesempatan atas kejayaan itu. Jumlan kerusi terbesar itu tidak dimanfaat sepenuhnya menyebabkan ia sia-sia. Belum tentu selepas ini Pas mampu mencapai jumlah kerusi itu. Itu realiti.

Dalam politik memerlukan kebijaksanaan, dan yang dikatakan bijaksana itu apabila dapat mengeksploitasi kemenangan untuk parti seoptimanya. Apa lagi kalau kemenangan itu kecil, tetapi memberi kesan besar, itu baru dikatakan bijaksana. Itulah falsafah politik.

Dalam hal ini Hadi tidak bijaksana kerana kemenangan besar gagal memberi impak besar buat Pas. Memilik kapal tetapi hanya sungai hendak direntasi.

Kemenangan besar itu tidak memberi manfaat kepada Pas. Hadi gagal meletakkan Pas sebagai parti signifikan dengan kejayaan itu. Hadi tidak tahu mengambil kesempatan atas kemenangan bersejarah itu apabila Pas menolak menjadi kerajaan Perpaduan.

Sepatutnya dengan jumlah kerusi itu Pas mendominasi secara bersama PH untuk bentuk kerajaan. Tampak itu tidak teraih oleh Pas gara-gara kelemahan dan kepandiran Hadi membaca falsafah politik.

Jadi peluang ini terlepas, macam mana kita hendak nobatkan Hadi sebagai presiden terhebat sedangkan dia gagal memanfaatkan kemenangan untuk parti. Keadaan Pas jadi seperti nasib Pak Kadok ayam menang kampung tergadai.

Seharusnya dengan kemenangan besar itu banyak perkara boleh dimanfaatkan oleh Pas. Ia boleh meletakkan Pas dipersada politik negara dan mendunia seperti dialami PH dan BN. Misalnya apa yang pernah dicapai oleh Mohd Asri Muda semasa menjadi presiden Pas, beliau telah meketakkan Pas dipersada negara dengan menjadi kerajaan bersama (BN).

Jasa terbesar Asri ialah berjaya menyatupadukan politik orang Melayu Umno dengan Pas. Dengan jumlah kerusi relatif jauh lebih kecil berbanding sekarang tetapi, Asri berjaya membawa Pas jadi kerajaan. Itulah kehebatan sebagai seorang presiden parti.

Banyak manfaat dengan strategi Asri itu. Ia bukan sahaja menguntungkan Pas, tetapi turut menguntungkan bangsa Melayu dan Islam. Umumnya langkah Asi membawa Pas bersama Barisan Nasional dapat menghormonikan negara dan mewujudkan kedamaian politik dan ukhwah sesama Melayu. Keadaan itu secara tidak langsung menggerumkan kaum lain.

Namun hal itu gagal dilakukan Hadi, justeru adalah tidak tepat untuk bangga dan kagumkan Hadi sebagai presiden terhebat. Kemenangan besar Pas mendapat 43 kerusi langsung tidak membawa apa-apa erti sebaliknya menggambarkan Hadi yang jahil berpolitik.

Inilah kelemahan Hadi sebagai presiden tidak bijak mengambil kesempatan untuk maslahat ummah dan kekukuhan parti. Dan Pas tidak akan mengalami anjakan kubra selagi Pas mengekalkan Hadi sebagai presiden dan mengekalkan cara politik Hadi. [wm.kl 11: 59 am 22/02/2025]
Mohd Asri bersama
arwah abang saya,

Friday, November 10, 2023

Gelora dalam Bersatu apa haluan Pas?

KHUTBAH

TINDAKAN empat orang ahli Parlimen Bersatu yang mengisytihar menyata menyokong kerajaan
Perpaduan dan perdana menteri Anwar Ibrahim, sama ada bermoral atau tidak, ia telah jadi satu masalah kepada parti itu khasnya dan PN amnya. Tindakan itu menyebabkan PN kini di tempuh badai dan bahan gelora. Dalam kata lain, ada keretakan yang serius dalam PN. Jika ibarat kepada sebuah kapal PN kini teroleng-oleng hilang haluan. 
Perikatan Nasional retak?

Malam tadi Bersatu terpaksa membuat mesyuarat tergempar membincang kejadian berkenaan. Antara diputuskan malam tadi parti itu bercadang untuk membawa kejadian itu kepada SPRM dan polis serta menuntut kepastian apakah tindakan mereka itu melanggar akta anti lompat parti atau tidak.

Sunday, November 5, 2023

Pas noktahlah menanti buah tidak gugur

SEMBANG MINGGU

19 HARI lagi genaplah setahun Anwar Ibrahim jadi pedana menteri ke-10. Beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri tanggal 24 November 2022. Keesokan harinya kemudian beliau menubuh kebainet dengan kerjasama dari BN-Umno dan juga parti-parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Politik Sarawak (GPS). 

Pelantikan Anwar sebagai perdana menteri ditolak oleh dua parti Melayu yang berkoalisi; Bersatu pimpinan Mahiaddin Yassin dan parti Pas pimpinan Abdul Hadi Awang. Mereka menolak kerajaan Perpaduan kerana kesal mereka tidak dapat menubuhkan kerajaan sedang dalam hisab politik mereka, mereka sudah mencukupi jumlah untuk membentuk kerajaan.

Cadangan Yang di-Pertuan Agung agar membentuk kerajaan Perpaduan bersama PH dan BN ditolak mentah-mentah oleh Mahiaddin dan Abdul Hadi atas kepercayaan dan keyakinan mereka yang lebih berhak. Bayangkan kalau mereka bersetuju untuk bersama membentuk kerajaan Perpaduan, keadaan negara tidak terus mengawat seperti hari ini dan kita dapat meredakan politik negara.

Saturday, April 8, 2023

Kenapa pembangkang tidak jumpa langsung dengan Perdana Menteri?

ULASAN

Tuan Ibrahim sendiri
patut jumpa dengan Anwar.
PEMBANGKAN mengambil sikap berlunak dengan kerajaan apabla sudah bersedia untuk berunding dengan kerajaan berhubung peruntukan untuk ahli Parlmen. Perkara itu dinyatakan oleh timbalan presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, yang memaklumkan pihaknya akan segera berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Fadzilah Yusof. 

Untuk tujuan itu menurut Tuan Ibrahim pembangkan telah melantik tiga orang ahli parlimenya sebagai wakil, mereka Hamzah Zainuddin (Larut), Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) dan Radzi Jidin (Puterajaya). 

Tuesday, December 20, 2022

Sanusi dan Takiyuddin perlu ambil tanggungjawab, letak jawatan

 ISI HATI

KESIAN dan simpati kita dengan nasib parti gemulah chek saya, Pas. Parti itu berada dalam keadaan seperti tidak tentu arah dan hilang pedoman, persis sudah tertukar dan tidak dapat mengenali di antara bintang dengan bulan purnama. Lantaran itu menyebabkan perjuangan parti itu, maksudnya kemenangan besar diperolehi dalam pilihan raya lalu macam sia-sia sahaja. 

Pas tidak reti dan bijak mengolah kemenangan untuk perkara serta faedah lebih besar lagi. Pas gagal memanfaatkan anugerah emas daripada Allah buat parti itu. Pas kini jadi laksana sang petani yang tahu menangkap Pelanduk tetapi tidak tahu untuk mengandangkannya.  

Sunday, October 30, 2022

Usaha pastikan Mohd Amar tidak jadi MB

ULASAN MINGGU

WALAUPUN ada tanda yang rakyat Kelantan tidak senang dengan pembawaan politik Mohd Amar
Nik Abdullah
namun tidak begitu kepada anggota Pas. Orang Pas termasuk pimpinan atas tidak dapat menghidu akan kesan buruk akibat pembawaan politik timbalan menteri besar Kelantan itu kepada parti berkenaan.

Jika melayari media sosial dengan mudah dapat ditemui kritikan, sindiran dan perasaan marah ditumpahkan kepada Mohd Amar oleh rakyat Kelantan. Setiap kali beliau memberi ulasan atau jawaban bersifat simplistik dan mengenakan orang beliau akan dikecam dengan pelbagai kata-kata huduh, setanding dengan apa yang tumpah dari mulutnya. 

Friday, October 22, 2021

Perang ghanimah dalam Pas (Bhg Kedua)

MENYELAK SENJA

"Sapa kata Pas nak bergabung dengan
Umno, orang tu gila..." 
DALAM siri pertama Perang Ghanimah Dalam Pas, dikisahkan bagaimana perang itu berlaku, sebab musabab dan puncanya. Ia mula dibingkai dengan sejarah perpecahan dalam Pas paling akhir tahun 2015. Perpecahan dalam Pas tahun 2015 itu dikeranakan pertembungan dua aliran yang didokong oleh dua pihak berbeza pegangan dan uslub politik, yang bernama golongan agamawan dan Prolib - profesional dan liberal.  

Hasil pertembungan itu menyebabkan Pas berpecah sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah). 

Monday, October 18, 2021

Perang ghanimah dalam Pas (Bhg Pertama)

SESUDAH SUBUH

SEMASA muktamar Pas ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor tahun 2015 golongan agamawan juga dikenali golongan ustaz dalam Pas beraya sakan apabila mereka dapat menyingkirkan puak profesional - liberal (Prolib) dalam parti itu. Semua golongan Prolib dalam parti itu yang memegang jawatan dalam parti, termasuk timbalan presiden dan naib tresiden kecundang.  

Sunday, October 11, 2020

Kenyataan Takiyuddin memerangkap Pas?

SOROTAN MALAM

TIDAK sampai 20 jam saya melepaskan artikel berjudul "Anwar perlukan Hadi bina Malaysia", https://msomelayu.blogspot.com/2020/10/anwar-perlukan-hadi-untuk-bina-malaysia.html#more Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan satu kenyataan yang memberi tahu kesemua 18 orang ahli parlimen Pas berdiri teguh di belakang Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri. 

Dalam kenyataan itu Takiyuddin berkata (Pas) tidak terkesan dengan langkah Anwar Ibrahim untuk menghadap Yang diPertuan Agong untuk memaklumkan yang beliau sudah mempunyai sokongan bagi mengambil alih kerajaan.

Friday, July 17, 2020

Pas berhak menerajui PN memimpin Piraum ke 15

PANDANGAN

PARTI politik tertua selepas Umno adalah Parti Islam se Malaysia (Pas). Pas ditubuhkan pada tahun 1951 kira-kira selepas lima tahun Umno wujud. Umno ditubuhkan tahun 1951 dalam kobaran asap dan laungan Merdeka. Demikian juga penubuhan Pas untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah.

Cuma bezanya, Pas dilahirkan dari rahim Umno, setelah berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin Umno dengan biro agamanya yang diketuai oleh Ahmad Puad. Pertelingkahannya kerana tidak sependapat mengenai kerjasama di antara kaum ekoran mewujudkan Perikatan. Manakala Umno lahir hasil kongres Melayu pertama di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Thursday, March 1, 2018

Pengakuan Nik Abduh pedih, tetapi boleh mensucikan Pas?

ISU PANAS

Nik Abduh bersama lima orang cahaya matanya. 
PENULARAN audio atau rakaman suara yang dikatakan sebagai mirip suara Nik Muhammad Abdul Nik Abdul Aziz mendapat perhatian ramai. Waktu ini ratusan bahkan jutaan sudah ditonton dan mendengarnya. Khabarnya media luar negara juga berminat dengan audio berkenaan yang disiarkan secara bersiri.

Bagaimana pun Nik Abduh sudah menafikan audio itu bukan miliknya dan menganggap ia suatu fitnah yang bertaraf sampah yang hanya dilahapkan oleh puak-puak parti PAN - Parti Amanah Negara. Di sini saya tidak mahu membuat analisa apakah penafian beliau itu diterima atau pun tidak.

Saturday, May 6, 2017

Lubang besar Pas hampir siap?

KABINET PAS

Umpama perjalanan rombongan membawa anak teruna (pengantin) menuju ke pelamin untuk dipersandingkan, semakin lama ia semakin dekat menghampiri pelamin yang dibina bersebelahan kamar tidur. Pembawa bunga manggar dan penjunjung pulut kuning dan segala macam barangan (mahal hantaran) atas "par" juga bersemangat mengiringi perjalanan pengantin.

Mustapa dibuang ke laut.
Tuan Ibrahim bersedih?
Kompang juga semakin rancak dibunyikan. Tum tum tum... bertalu-talu diselang dengan tepuk tangan bergemuruh. Dibantu pula dengan cuaca dan suasana yang "ceria-mera" sekali. Perjalanan sang pengantin lurus dan lawas tiada tersekat-sekat lagi apabila setelah segala onak dan duri menghalang jalan laluan sudah ditebas tebang dan dibuang lempar jauh.

Friday, November 4, 2016

Pas sedia bergabung jika Hadi sebagai PM

SESUDAH JUMAAT

Subky Latif sudah memberi ingatan sombong supaya parti-parti pembangkang khasnya yang bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) jangan menanti parti Islam itu lagi. Kata Subky parti-parti pembangkang boleh jalan terus tanpa menanti Pas. Erti baginya Pas sudah tidak akan berpaling kepada pakatan pembangkang itu lagi.

Mungkin mengambil kira peringatan sombong Subky itulah maka Husam Musa telah meminta parti-parti pembangkang yang sudah bersetuju untuk berada dalam satu blok pembangkang menggerakkan ke arah penyusunan untuk berhadapan dengan UBN. Hari ini lima buah parti; PKR, DAP, Amanah, Warisan dan Bersatu, boleh memperkukuhkan gabungan itu dan memulakan gerakkerja.

Apakah Pas akan bersendirian atau akan bersama entiti lain, Subky tidak cuba memberi bayangan. Hanya apa yang diketahui kini Pas menjalini hubungan dengan dua buah parti bilis pimpinan Kadir Sheikh Fadzil dan parti "hidup segan mati tidak mahu" Berjasa yang kemudian membentuk blok ketiga dinamakan Gabungan Sejahtra.

Monday, August 8, 2016

Benarkah ada pemimpin Pas terima RM90 juta?

JEJEMPUT PETANG

[kemaskini] Mungkin hari ini ada yang terkejut besar dengan pendedahan web Sarawak Report mendakwa pemimpin parti agama (Pas) mendapat RM90 juta daripada wang 1MDB. Yang terkejut bukan sahaja orang ramai, tetapi pemimpin Pas juga terjungkit ekor. Barang kali ada yang sampai terjatuh serban dan terselak jubah?

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) membuat kenyataan segera untuk menyaman laman sesawang berkenaan. Beliau menganggap laporan itu fitnah dan berniat jahat serta boleh "mendawaskan" laporan-laporan hebatnya sebelum ini.

Tindakan saman itu menggambarkan apa yang didakwa Sarawak Report itu sebagai palsu. Sama ada laporan itu palsu atau tidak, ia tidak dapat diterima dengan tuntas. Tegasnya setakat hari ini, laporan itu sesuatu yang menarik dan memberi impak baharu kepada Pas. Laporan itu masih valid.

Friday, May 27, 2016

Teori taawun pemuda Pas separuh belut separuh ular?

SINGGUNGAN

Sebuah portal berita melaporkan Ketua Pemuda Pas mengesahkan yang RUU persendirian yang dibawa oleh presiden Pas untuk meminda Akta 355, diterima oleh Parlimen semalam akan digunakan sebagai modal kempen dalam dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Modal itu akan digunakan oleh Pas dan juga Umno.

Ketua Pemuda itu yang juga ahli Parlimen Pasir Mas, mengesahkan "kejayaan" usul berkenaan dibaca untuk kali pertama di Parlimen adalah hasil kerjasama erat antara Pas dengan Umno.

Usul berkenaan sebagai perca tanda terasminya "taawun" di antara Pas dengan Umno dalam hal-hal berkepentingan bersama khasnya agama. Kejayaan atau bentuk taawun itu bagaimana pun kalau mengikut dakwaan oleh beberapa pemimpin Pas ia tidak akan membawa kepada kerjasama politik. Ertinya Pas dan Umno tidak akan berkolaborasi dalam pilihan raya.

Wednesday, March 16, 2016

Menanti pengumuman kuasa ketiga politik Malaysia

NOTA PAGI

Hari ini seperti mana diuar-uarkan parti agama (Pas) akan mengumumkan bentuk blok ketiga politik negara yang juga akan menjadi kuasa ketiga politik Malaysia. Sejak ia diumumkan cadangan pembentukan itu, ramai yang tertunggu-tunggu apakah bentuk dan rupa kuasa ketiga berkenaan.

Ada yang konfius dan ada yang bingung dengan tindakan Pas. Cadangan parti itu dilihat tidak relevan dan membantu kepada pembangunan politik di negara ini terutamanya dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN yang dianggap korupsi, melakukan pelbagai kemungkaran serta sikap pemimpinnya yang tidak berair muka.

Mereka yang yakin politik Malaysia boleh berubah daripada tgerus dibajaki kuasa oleh Umno dengan sistem dua parti, tidak berkenaan dengan tindakan Pas itu, dan menganggap parti berkenaan tidak mursyid berpolitik.

Tuesday, March 8, 2016

Cadangan agar Pas tukar presiden tepat

ULASAN ISU

Cadangan dilontar oleh Husam Musa agar Pas menukar presiden parti itu daripada Abdul Hadi Awang kepada Tuan Ibrahim Tuan Man adalah cadangan yang tepat, rasional dan memenuhi kehendaki semasa. Cadangan itu juga dianggap ikhlas untuk mengembalikan Pas menjadi sebuah parti yang dihormati dan disegani di mata umum seperti lebih sedekad lalu.

Tentu cadangan itu bukan untuk merendah-rendahkan kepimpinan dan kebolehan Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin, tetapi dibuat demi mengekalkan keperkasaan Pas sebagai parti alternatif kepada Umno. Bukan bermakna Abdul Hadi tidak layak, tetapi masa yang diperuntukkan kepadanya untuk memimpin lebih satu dekad sudah mencukupi.

Tuan berundurlah demi perkasakan Pas.
Husam membuat anologi Pas kini bukan lagi seekor singa gagah digerumi seperti dahulu tetapi merupakan seekor kucing yang tidak tahu ke mana hala tuju dan arah politiknya. Anologi itu sesuatu yang sangat buruk kepada Pas sebenarnya, tetapi perlu diterima dengan tasamuh. Justeru cadangan Husam itu perlu dikaji dan jangan melihat ia bersifat politikal.

Saturday, March 5, 2016

Politik Islam Pas makin abstrak

SESUDAH SUBUH

Apa sudah jadi dengan parti agama (Pas). Apakah ini tanda-tanda parti itu makin tidak berkualiti, terhakis wibawa apabila hampir seluruh golongan profesional yang celik dan arif politik sudah lari daripada parti berusia 65 tahun itu kerana dihalau secara berpasukan penuh taktikal pada akhir tahun lepas?

Tindakan, keputusan dan pendirian politik parti itu sukar untuk difahami dan berkedut-kedut macam jubah dan serban tidak digosok. Apa yang sudah terjadi kepada parti itu yang pernah menjadi harapan umum sebelum ini sebagai alternatif kepada Umno.

Takiyuddin Hassan
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ia semacam tidak ada fokus, naif berpolitik dan "kementot" dalam memahami siasah moden menyebabkan Pas kehilangan punca dan menjadi macam koleh "pok pik". Seolah-olah pimpinan baharu parti itu tidak tahu sifir politik dan tenggelam punca dalam politik Islami ciptaan mereka yang abstrak pula untuk difaham generasi baharu.

Saturday, February 13, 2016

Seperti disaran Husam dihadap ke Jawatankuasa Disiplin

TERKINI

Tiada tindakan drastik terhadap Husam Musa diambil oleh Pas hari ini apabila mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas memutuskan bahawa bekas Naib Presiden Pas itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti dalam kadar segera.

Ertinya tidak ada apa-apa tindakan terhadap Husam seperti didesas desuskan termasuk sama ada dipecat daripada Pas atau digantung keahliannya.

Menurus laporan dipetik, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan Abdul Hadi Awang memutuskan Husam dirujuk kepada jawatankuasa disiplin selepas meneliti laporan berhubung salah laku Husam ada kes.

Wednesday, January 13, 2016

Pas meraih modal di sebalik bantah TPPA?

SUSUPAN TENGAHARI

Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan taklimat mengenai TPPA kepada Ahli Parlimen yang berlangsung di Kuala Lumpur. Taklimat ini penerusan kepada siri taklimat menjelas dan menerangkan TPPA yang diadakan kepada berbagai pihak.

Sebahagian Ahli Parlimen yang hadir.
Tujuan majlis itu ialah untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada ahli parlimen mengenai TPPA secara mendalam sebagai persiapan untuk dibahaskan di parlimen kelak.

TPPA akan dibawa ke parlimen pada 26 Januari depan untuk dibahas oleh ahli parlimen kemudian menentukan apakah perjanjian itu akan diluluskan atau tidak. Bagi Menteri MITI, Mustapa Mohamed taklimat dan penerangan itu penting yang memerlukan komitmen semua pihak untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubungan perjanjian berkenaan yang dikalan ini menjadi sedikit kontroversi.