Friday, October 22, 2021

Perang ghanimah dalam Pas (Bhg Kedua)

MENYELAK SENJA

"Sapa kata Pas nak bergabung dengan
Umno, orang tu gila..." 
DALAM siri pertama Perang Ghanimah Dalam Pas, dikisahkan bagaimana perang itu berlaku, sebab musabab dan puncanya. Ia mula dibingkai dengan sejarah perpecahan dalam Pas paling akhir tahun 2015. Perpecahan dalam Pas tahun 2015 itu dikeranakan pertembungan dua aliran yang didokong oleh dua pihak berbeza pegangan dan uslub politik, yang bernama golongan agamawan dan Prolib - profesional dan liberal.  

Hasil pertembungan itu menyebabkan Pas berpecah sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah). 

Apakah pula sebab musabab perpecahan yang sedang berlaku dalam Pas kini? Walaupun di pihak Pas cuba menafikan atau melindungi perpecahan itu tetapi ia sudah terdedah kepada umum. Mereka yang makrifah dengan politik dapat membacanya. 

Ia berlaku kerana ada dua kumpulan juga, yang satu masa dahulu sekongkol untuk menghalau golongan Prolib. Mereka kini berpecah jadi dua kumpulan, bermula, sebaik sahaja parti itu mula mengecapi nikmat kemenangan menjadi sebahagian kerajaan 18 bulan lepas. Kuasa dan pangkat tetap menjadi ukuran keampuhan dan kesejatian jiwa pejuang. 

Kesempatan menjadi kerajaan dengan beberapa ahli parlimen mereka dilantik jadi menteri, timbalan menteri, menyertai badan berkerajaan (GLC), menyebabkan berlaku "pinaran" (pesil" anak mata sehingga terjadi perebutan jawatan atau mula meresa syok dengan kedudukan. Itu sebab dinamakan perpecahan kini adalah perang berebut ghanimah.

Elok kita telusuri bagimana ia bermula dan berlaku. Ia cambah daripada hasil kerjasama politik antara Pas dengan Umno selepas Piraum ke-14. Sebelum ini Pas menanfikan mereka akan bekerjasama dengan Umno malah ada yang menganggap sesiapa menganggap Pas akan bekerjasama dengan Umno orang itu gila.  

Ertinya hanya orang gila yang memikir dan beranggap demikian. Selagi Pas waras maka kerjasama itu tidak terbentuk. Itulah yang menjadi pegangan Pas.

Hari ini, setelah tidak sampai 10 tahun, sindiran itu kembali kepada Pas. Orang yang mengatakan gila kepada orang menganggap Pas akan bekerjasama dengan Umno itu, gilanya telah kembali kepada si pengatanya.

Naib presiden Pas Mohd Amar Nik Abdullah dalam usaha untuk menyakinkan ahli dan penyokong Pas bahawa parti itu tidak akan sesekali bekerjasama dengan Umno, membuat penegasan berbunyi "kalau ada orang kata Pas nak bekerjasama dengan Umno, orang itu sudah gila."

Bukan sahaja BNA yang berkata demikian tetapi termasuk juga Tuituman dan lain-lain menafikan dan menolak kalau berlaku kerjasama dengan Umno. Mereka seolah bertaklid tidak akan bekerjasama sama sekali dengan Umno. Hari ini apa sudah terjadi, apa ytang dinafikan itu sudah berlaku. Mereka yang mencemuh orang menuduh Pas akan bekerjasama dengan Umno gila, tetapi merekalah yang sudah sakit mental (gila). 

Untuk merangka kerjasama itu, mulanya Pas menjalani maufakat dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN). Pas dan Umno bersetju menanda tangan piagam Muafakat Nasional. Orang Pas dan Umno berjumpa, berpelukan dan menangis di PWTC. Saat itulah pertama kali orang Pas menjejak karpet haram di PWTC.

Pemimpin Pas dan Umno bukan sahaja bertepuk bahu tetapi berpelukan. Muslimat dan wanita Umno menangis macam budak kehabisan susu, atau menunggu suami tidak pulang berminggu-minggu, kerana sedih dan pilu melihat pertautan antara Pas dengan Umno yang kesekian lama bergaduh. Mereka tidak sangka. 

Sebenarnya Umno juga berasa mujur atas kesudian Pas untuk menjalani kerjasama itu. Mereka bergabung dari rasa insaf dan kecewa sesudah kalah. Cuba kalau mereka masih menang dan berkuasa, usahkan untuk berjabat tangan menjeling mata kepada Pas pun tidak mahu. Situasi inilah mereka yang kurang senang dengan "taawun" itu beranggapan Pas telah terpeda dan tertipu dengan Umno.  

Pertautan dan pembentukan kerajaan sama itu dalam masa Umno hilng kerajaan manakala Pas pula gagal mendapat kememangan besar dalam Piruam ke-14 ekoran berpecah wujudnya amanah. Yang merujakan Pas apabila Amanah menang 11 kerusi, yang sepatut jadi kerusi Pas, 29 kerusi. Kerana bimbang pengaruhnya semakin menirus maka satu muafakat perlu diadakan dengan Umno.

Bermakna kesanggupan Pas bekerjasama dengan Umno itu bukan ikhlas atas landasan perpaduan ummah tetapi menjaga kepentingan, begitu juga dengan Umno. Justeru kerjasama politik itu sebenarnya sandiwara untuk menipu rakyat.  

Umno amat terkesan dengan kekalahan Piraum ke-14 sehingga hilang kerajaan yang ditunjangi selama 61 tahun menjadikan parti itu hilang "gedebe", ego dan mangak lantas menghulur tangan persabahan dengan Pas. Untuk menghalakan tindakan mereka digunakan alasan untuk menentang kerajaan PH yang ditunggai DAP dan menyelamatkan negara atas prinsip menyatukan ummah. Dicipta teori kospirasi untuk memburuk kerajaan PH yang dipilih rakyat.

Semua itu alasan dan bohong belaka. Hari ini kedudukan dan kepentingan Melayu masih ditakak lama. Bahkan dari berbarapa sudut kedudukan orang Melayu masih ke belakang. Isu-isu diperjuangkan Pas seperti arak, aurat, RUU 355 untuk laksanakan hudud, sudah ke sungai dan terampung di Luat Cina Selatan. Lidah Pas sudah jadi lembek macam mentega di luar petis ais.

Sebenarnya MN suatu persepakatan diterima umum. Rakyat Malaysia yang sudah penat berkekah kerana perbezaan politik bersyukur atas apa berlaku jika ia ikhlas. Ada yang berpuasa sunat 18 hari dan menyembelihkan lembu untuk kenduri kesyukuran atas persefaman Umno dan Pas itu. Orang Melayu khasnya dan umat Islam penasaran dengan kerjasama seperti itu yang sudah terlambat 50 tahun.

Tetapi kerana persefahaman itu bukan dibangunkan dengan nawaitu baik, usia MN tidak begitu panjang. Kejayaan dan bukti keampuhan tidak dapat dibuktikan seperti diidamkan. Hanya ia terbukti dengan kemenangan beberapa kerusi dalam pilihan raya kcil (Pirake) sahaja. Sesungguhnya hasil itu membimbangkan pembangkang (PH).

Keampuhan dan kepaduan taawun itu tidak berpanjangan. MN diganggu oleh Mahiaddin Yassin dan Azmin Ali yang keduanya melakukan pengkhianatan kepada parti masing-masing. Mahiaddiin membawa keluar Bersatu meninggalkan PH manakala Azmin menarik 10 orang ahli Parlimen Keadilan merupakan pengikutnya termasuk Jaafar Kamaruddin untuk bergabung bersama Mahiaddin. Keduanya memanggil pula Umno dan Pas, maka jatuhkan kerajaan PH.

Kewujudan kerajaan PN yang dimonitor Mahiddin inilah menyebabkan MN berkucar Wak Yeh sehingga berlaku pula perpecahan dalam Pas seperti apa yang sedang terjadi kini. Dari rentetan itu semua dapat difahami bahawa kuasa, kedudukan dan pangkat menjadi punca perpecahan dalam Pas. Sebab itu dinamakan perpecahan dalam Pas waktu ini sebagai perang ghanimah.

Kesempatan menjadi sebahagian kerajaan PN kemudian disambung dengan kerajaan Mail Beranoko lah meletuskan perang. Kalau tanpa kerajaan PN perang ghanimah tidak akan berlaku kerana jika tidak ada kerajaan maka "ghanimah" tidak akan ada. Rupa-rupa perjuangan orang Pas yang melaung soal agama, reda dan demi agama palsu semata-mata. Species mereka lebih kurang sahaja dengan perjuangan parti-parti lain.

Dari satu sisi kerjasama Pas dengan Umno walaupun membimbangkan PH, tetapi ia menguntungkan PH dari segi hisab dan sains politiknya. Itulah kalau sesuatu itu tidak dibangunkan atas nawaitu tulus dan ikhlas dan berlandaskan kebendaan. 

Lumrah manusia tidak mudah tertahan dengan dugaan kebendaan. Tembelang Pas juga mula pecah apabila lebih rapat dan akrab dengan Bersatu berbanding dengan Umno. Mereka mula perlahan-lahan melupai sumpah dan ikrar untuk bersama Umno dalam MN dan juga mengencin piagam MN yang mereka tanda tangani. 

Jabatan salam dan air mata yang tumps diatas karpet jijik Umno di PWTC kering dan hamis. Pas lebih rapat dengan Bersatu. 

Ada sebab dan alasan kukuh yang tidak dapat difahami oleh umum kenapa Pas rapat dengan Beratu, khasnya Mahaiddin bukan dengan Umno, khsusnya (Zahid dan Najib). Ia bukan soal jawatan dan ghanimah semata-mata tetapi kepercayaan dan sejarah. Pas sebenarnya bimbang dengan Umno ayng selalu memperdayakannya. Peristiwa tahun 1974, amat lekat di sanubari orang Pas. 

Adapun Bersatu dan Mahiaddin belum berdosa kepadanya. Bahkan mereka menganggap Mahiaddin  sebagai melaikat membawa rahmat buat Pas. Tanpa Mahiaddin mungkin Pas tidak memilik empat orang menteridan lima timbalan menteri serta karung ghanimah yang dipeluk kini, Bersambung. [wm.kl.8:10 pm 21/10/2021]  * tanpa edit.

No comments: