Tiga kali permintaan Anwar untuk bahas Pandora Papers ditolak. |
Mereka yang tinggal di hulu, persisir pantai, jauh di pedalaman ataupun peniaga kecil di kaki lima dan warung juga tidak tahu, apa dia PP.
Walaupun dunia sejak seminggu lalu kalut dan hebuh membicarakan PP, namun mereka tidak pun ambil peduli.
Bukan sahaja mereka, golongan yang lebih memikirkan soal hidup mati dan makan minum di era pandemik ini, juga tidak mempedulikannya. Bukan itu cuma, setengah wakil rakyat khasnya daripada kerajaan juga ada yang belum mengerti apa dia PP itu.

Mungkin sedang membelek mencarinya dalam kitab kuning yang lusuh.
Kita percaya tidak semua 220 orang ahli parlimen yang bersidang beberapa hari lalu, mengerti dan faham mengenai PP itu. Sebab itu ada ahli parlimen tidak mempeduli pun apa yang diperkatakan oleh wakil lain yang obsesi mengenai PP itu. Tidak berkibas telinga dan tercengik hidung pun, semasa orang lain sibuk mempersoalkan PP.

Malahan ada yang menganggapnya seperti Tissue Papers (TP) kertas lembut berminyak yang digunakan untuk mengelap hingus dan peluh saja. Selepas digunakan ia dibuangkan begitu merata. Atau pun ada yang menganggap PP itu seperti mask pelitup muka menahan virus.
Sebab itu mereka tidak concern. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengkritik tidak terdengar sepatah kata pun daripada wakil kerajaan khasnya daripada fraksi parti membela bangsa dan agama berhubung bahaya dan petaka yang didedahkan PP itu.
Mungkin hal sama turut dirasai oleh speaker dan timbalan speaker yang menolak atau tidak melayan permintaan Anwar Ibrahim (Port Dickson) yang meminta PP dibahaskan di parlimen. Tiga kali permintaan Anwar menerusi Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ditolak.
Penolakan dan keengganan speaker melayan perkara itu sebagai aneh oleh ketua pembangkang. Kerana perbahasan itu bukan untuk menghukum mana-mana individu warganegara ini yang nama mereka dikait dalam laporan PP itu, tetapi sekadar untuk diminta penjelasan dan menjawab, pun tidak dibenarkan.
Sebenarnya perbahasan PP di parlimen penting bagi mereka yang dikaitkan dalam laporan itu menyamak dan menyucikan diri mereka. Ia juga bertujuan untuk membersihkan persepsi awam terhadap laporan PP tersebut. Perbahasan akan membuat kesimpulan sejauh mana benar dan palsunya laporan PP itu.
Tidak semua mengerti.
Mengenai PP itu, kalau tidak rajin menekuni dan malas membaca sukar untuk memahaminya, ia akan berakhir membiarkan sahaja PP itu berlalu, seperti kertas tisu atau mask tadi. Sekiranya perkara dibangkit dalam PP itu benar ia penting untuk membaiki negara dan membela negara atas kerugian negara dan damage dengan pendedahan oleh PP itu, maka negara tetap akan merana kerana ia tidak dirawat.
Keadaannya seperti membiarkan luka tanpa dibaluti dan diubati. Maka negara terus luka dan berdarah terus sakit dan merana dengan apa yang berlaku seperti didedah oleh PP itu. Begitu juga dengan nama-nama mereka dikait dalam laporan itu akan terus diprejudiskan dan nama itu membusuk dalam benak khalayak.
Sedikit latar belakang PP.
Apa dia laporan PP? Ia merupakan suatu laporan mengenai kebocoran laporan dari 12 juta dokumen yang mendedahkan aktiviti penghindaran cukai, atau menyembunyikan kekayaan di luar negeri yang dilakukan oleh beberapa golongan; pemimpin negara, orang politik, hartawan, seleberiti, pemimpin agama dan juga pengedar dadah.

Mereka menyimpan wang mereka di bank-bank di luar negara yang kebal atau selamat untuk disiasat atau diketahui. Atau melaburkan aset dan hartanah atas nama syarikat yang tidak menyebut nama mereka dan menggunakan proksi.
Kegiatan itu seperti mana dilaporkan membabitkan beberapa nama pemimpin dunia, antaranya Raja Jordan Raja Abdullah II, bekas PM United Kingdom, Tonny Blair, bekas Perdana Mentri Pakistan Imran Khan, bekas Perdana Menteri Russia Vladir Putin dan lain-lain.
Dokumen berkenaan telah diteliti oleh lebih 600 wartawan dari 117 buah negara yang meneliti 14 sumber (firma) selama berbulan-bulan. Hasilnya mendapati 336 orang politik dari 90 buah negara memiliki akaun di luar pesisir dan 118 buah syarikat yang dimiliki warga Malaysia.
Data yang bocor itu diperolehi dari International Consortium of Inverstigative Journalists (ICIJ), di Washigton DC yang berkerjasama dengan 140 organisasi media global.
Modus operandi.
Perlu juga diketahui modus operandi mereka melakukan aktiviti mengebas dan membawa wang dari negara masing-masing itu. Mereka akan menubuhkan syarikat luar pesisiran (offshore) dan menyimpan di bank-bank di luar pesisiran. Mereka tidak menggunakan nama sendiri atau syarikat yang beridentiti, sebalik menggunakan proksi.

Terdapat negara yang membenarkan mereka berbuat demikian, yang dianggap negara syurga untuk golongan pengembas wang negara ini, antaranya negara Kepulauan Cayman dan Kepulauan Virgian Bratain, Swizerland dan Singapura.
Kenapa kita sibuk?
Kenapa kita sibuk dan pembangkang seperti kucing kejatuhan anak dalam parlimen menuntut kertas PP dibahas, kerana ia membabitkan individu dari warga negara kita sama. Beberapa orang ahli politik, hartawan disebut sama dalam laporan itu.

Sebenarnyan bukan itu sahaja, jauh untuk memburukan mereka, kenapa menyebabkan Ketua Pembangkang gegar, tentu maklumat yang diperolehi lebih daripada apa yang didedahkan itu. Mungkin baginya begitu bimbang dengan kegiatan itu maka ia perlu diledakkan kepada umum.
Dengan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang, pusat penyampai dan lapor maklumat, (information centre) Anwar tentu mendapat dan menerima maklumat lebih daripada itu atau setanding dengan maklumat diperolehi kerajaan menerusi pelbagai salurannya eksklusifnya. Apakah kerana terdapat maklumat yang sangat tidak wajar didedahkan maka speaker beriya-iya menguncikan ruang daripada laporan itu dibahaskan?
Secara logiknya kalau laporan PP itu tidak mencalarkan orang-orang tertentu khasnya dalam kerajaan atau hartawan yang menguasai politik Malayisa, tentu parlimen tidak keberatan untuk membenarkan laporan berkenaan dibahas. Tetapi apabila ia disekat demikian rupa, maka adalah sesuatu yang tidak kena. Jika tidak ada mengada tempua tidak mudah bersarang rendah.

Parlimen dalam menangani isu itu seperti cuba mengawal agar tempoyak, cencaluk dan budu tidak pecah dan terlerak begitu meluas.
Langkah parlimen itu menyebabkan timbul persoalan umum apakah parlimen bertindak untuk kepentingan awam atau pun menjadi pelindung kepada individu berkuasa tertentu.
Hal ini dipersoalkan oleh Ketua Pembangkang dengan penuh rasa hairan terhadap sikap speaker yang tidak membenar PP dibahas dengan menyoal apakah speaker sudah jadi peguam bela?
Suatu sikap kontradik dengan peranannya, dimana speaker seharusnya menjaga kepentingan awam bukan sesetengah individu.
Mungkin ada yang bertanya apakah hasil dan faedahnya kalau laporan itu dibahas. Jika ia dibahas, setidak-tidaknya ia dapat membuktikan tuduhan dalam kertas PP itu. Dan jika ada bukti jelas maka kerajaan boleh bertindak ke atas individu berkenaan dengan berkesudahan harta atau aset mereka dirampas dan dipulangkan kepada negara. [wm.kl. 8:04 am 14/10/2021]
No comments:
Post a Comment