PADA hari perasmian kongres nasional tahunan Parti Keadilan Rakyat saya tidak hadir. Ada sikit masalah menghalang. Hari kedua baru saya sempat singgah. Jadi saya mengikuti perasmian itu dari internet dan mendapat maklumat tambahan menerusi beberapa orang kawan yang berada dalam dewan kongres dari mula hingga habis.
Gambaran sebenar tidak dapat dilihat dan dirasakan. Menurut rakan dan juga laporan menerusi internet kongres itu sangat meriah; hangat, hebat dan menyakinkan. Tidak hairan kerana saya sudah merasakan awal-awal lagi kongres kali ini hebat. Yang jelasnya ia berbeza suasana dan tempat kongres itu diadakan.
Inilah kongres atau himpunan rasmi Keadilan selepas pilihan raya ke-12 yang membawa kejayaan besar itu.
Kehadiran perwakilan dan pemerhati membanggakan. Semua tempat duduk dalam stadium yang boleh memuatkan penonton hampir 10 ribu itu, penuh. Paling menarik dan juga hebat bila kongres itu disiarkan secara langsung menerusi tv-web. Maknanya seluruh dunia dapat mengikuti kongres berkenaan.
Standard Keadilan sama dengan Umno atau Pas yang memancarkan kongres mereka ke seantero dunia. Tidak diketahui pula apakah MCA, Gerakan dan MIC juga berbuat demikian?
Kehadiran perwakilan dan pemerhati membanggakan. Semua tempat duduk dalam stadium yang boleh memuatkan penonton hampir 10 ribu itu, penuh. Paling menarik dan juga hebat bila kongres itu disiarkan secara langsung menerusi tv-web. Maknanya seluruh dunia dapat mengikuti kongres berkenaan.
Standard Keadilan sama dengan Umno atau Pas yang memancarkan kongres mereka ke seantero dunia. Tidak diketahui pula apakah MCA, Gerakan dan MIC juga berbuat demikian?
Selalunya parti-parti dimonopoli bukan Melayu ini mereka membuat sesuatu tanpa heboh dan selalunya mereka lebih advance dalam menikmati kecanggihan IT atau peralatan moden lain yang meledak dewasa ini.
Mudah-mudahan semangat ahli dan penyokong Keadilan jadi bertambah hebat. Iltizam untuk meneruskan perjuangan dan menganyang BN akan lebih bermakna lagi. Ucapan dasar dan ucapan 'pengemasan semangat' oleh Presiden dan Ketua Umum akan memberi semangat dan menginput idea dan pemahaman siasah baru.
Begitu juga dengan input dari berbagai perwakilan lain. Permasalahan atau teguran dan kritikan ke dalam dan keluar yang dilakukan perlu diberi perhatian dan tindakan segera dan bukan diterima sebagai satu kemestian saja.
Harapan Baru yang menjadi tema kongres ke - 5 itu akan dapat membawa satu skema baru dalam politik parti itu dan politik negara. Harapan Baru juga akan merubah senario Malaysia seluruhnya. Harapan Baru menjadi pencetus kesesedaran politik dan aksi politik baru oleh rakyat negara ini dalam usaha menggengamkan perubahan menyeluruh lebih berkesan dan adil lagi.
Harapan baru ialah mengubah paradigma politik negara ini yang ditunjangi BN yang dikira sudah lapok, usang dan sesetengahnya menjadi kurafat politik. Fahaman anamisme yang dibawa oleh pemimpin Umno kononnya parti itu saja tahu memerintah hendaklah dikikis dan dilempar dari pemahaman dan minda masyarakat Malaysia.
Sudah setengah abad pemimpin Umno dan BN menanamkan doktrin primitif itu. Mitos yang hanya BN mampu berkuasa dan mentadbir perlu dibuang dan dinyahkan dari minda. Tsunami politik yang berlaku dalam pilihan raya lalu adalah bukti keabsahannya. Kejayaan dan kecemerlangan dari beberapa sudut pentadbiran lima kerajaan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa politik baru dan Harapan Baru sedang mengembangkan bunga dan memutikkan buah.
Ada banyak huraian menarik mengenai Harapan Baru itu. Harapan Baru itu keazaman politik baru yang akan mengubah sistem pemerintah yang ada sekarang ini kepada politik dan sistem pemerintahan yang lebih efeksen, telus dan adil membela rakyat.
Harapan Baru merupakan anjakan permainan (pratis) politik yang akan merakyatkan kuasa kepada rakyat bukannya kuasa menjadi milik taukeh-taukeh politik yang diperolehi daripada rakyat.
Anwar Ibrahim menerusi Harapan Baru itu akan cuba memulangkan kuasa yang diberikan rakyat menerusi pilihan raya kepada rakyat manakala pemimpin, wakil rakyat adalah pelaksana aspirasi rakyat dan bukannya menggunakan kuasa itu untuk menggemukkan diri dan kroni sendiri.
Sebagai pemerhati tekun politik Pakatan Rakyat khasnya Keadilan saya berpuas hati dan merasa terpesona apa yang sedang diusaha untuk dibawa oleh Keadilan. Semangat solidariti (ukhwah) di kalangan pemimpin semua kaum juga sungguh menakjubkan dan ia menjadi satu realiti yang realistik.
Kini dengan slogan dan keazaman baru "Harapan Baru", Keadilan nampaknya membuka langkah mereka ke Sarawak dan Sabah pula. Menjadikan Sarawak sebagai barisan hadapannya dalam jihad untuk mengambil kuasa pemerintahan negara ini.
Jelas iltizam perjuangan Anwar atau Pakatan Rakyat bukan saja berlegar di Semanjung saja tetapi turut menjenguk dan menghayati rasa penderitaan dan keperitan rakyat di Sabah dan Sarawak yang masih ketinggalan dan terjajah oleh berjois dari Semanjung. Sebenarnya rakyat di Sabah dan Sarawak mewah, senang dan bahagia dalam ucapan retorik para pemimpin BN saja sedang hakikinya begitu memedihkan.
Demikian juga persefahaman dalam menangan isu dari kalangan pemimpin dan pembahas dalam kongres. Mereka nampaknya tidak membeza isu dan begitu sentimental kepada hak-hak peribadi dan naluri kepada satu-satu kaum saja. Isu rakyat telah digabungkan menjadi isu global kepada Keadilan. Isu kaum dijadikan isu rakyat dimana ia menuntut kerajinan dan pengorbanan semua kaum. Kemampuan melaksanakan inilah keunikkan dan kehebatan aura kepimpinan yang ada kepada Anwar Ibrahim.
Pendekatan dan praktikal ini sesuatu yang menarik dan ia dirasakan dapat mengatasi masalah yang timbul dalam BN kini. Kalau BN sedang menyelesaikan isu perkauman, soal Cina, Melayu dan India yang tidak ketuntasan, malah semakin rumit, namun Keadilan sudah berganjak jauh melangkau ke lautan Cina Selatan dan melihat masalah rakyat adalah masalah bersama tanpa prejudis dan diasingkan dengan tata budaya dan fahaman agama sempit.
Syabas dan tahniah kepada Keadilan.
Bagaimana pun apabila mengenang kepada kongres semalam ada dua subjek yang ingin disebut dan mungkin ia boleh melukakan hati banyak pihak. Namun pada saya wajar ianya diangkat di sini untuk dinilai dan diperhatikan.
Pertama ialah mengenai kerjasama atau semangat ukhwah pada saya tidak begitu menonjol dari kalangan Pas, khasnya Pas Selangor bersama Keadilan menerusi Pakatan Rakyat.
Pun begitu saya tidak tahu isi dalamnnya yang sebenar! Cuma apa yang saya dapati tidak ada tokoh tertinggi Pas Selangor menghadiri kongres berkenaan sebagai tetamu. Yang nampak tercokol dan wajahnya ini sudah biasa dalam majlis Anwar hanya bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Abdul Khalid Samad. Ke manakah perginya Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Mohamad Ali. Disebabkan Selangor selaku tuan rumah kongres berkenaan, mustahil kalau Keadilan Selangor tidak mengundangnya disebabkan wujud perbalahan kecil sebelum ini.
Adalah tidak bijak bagi Hassan kalau beliau dijemput tetapi tidak menghadirinya kerana menjadikan alasan perselisihan kecil yang timbul waktu ini. Sebagai seorang ahli politik beliau harus mengenepikan itu dan sekaligus menyembunyikan perbalahan daripada umum. Apakah beliau tidak diundang?
Begitu juga dengan tetamu dari pucuk pimpinan tertinggi Pas. Umum sudah mengetahui bahawa Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sedang mengerjakan haji di Makkah. Tempat beliau itu sepatutnya diganti oleh timbalannya Nasharudin Mat Isa dan bukannya oknum lain? Apakah Keadilan tidak menjemput Nasarudin Mat Isa?
Walaupun orang berbaju petak-petak merah (Husam Musa) hadir namun darjah dan segi hierarkinya tidak sama dengan Abdul Hadi atau Nasharudin. Kehadiran Husam lebih dilihat sebagai penghormatan seorang kawan kepada kawan, dari beliau kepada Anwar. Mungkin Husam mendapat jemputan dengan sampul perak bertulis dakwat emas dari Anwar sebagai mengenang jasa Husam di Permatang Pauh dulu!
Ketiadaan mereka itu makin terasa lagi apabila semua pemimpin tertinggi DAP hadir menjadi tetamu kongres berkenaan. Apakah hubungan Pas dengan Keadilan waktu ini dalam keadaan runcing? Keretakan yang sedikit ini tidak bolehkah dipadukan dengan sama-sama menghayati falsafah dan aspirasi Harapan Baru itu yang saya kira ia juga menjadi keazaman Pas?
Subjek kedua yang ingin saya sentuh ialah tentang backdrop... kongres berkenaan. Mungkin hal ini kecil dan tidak ternampak oleh banyak orang tetapi ia menyentuh perasaan saya. Tulisan yang digunakan pada backdrop kongres itu begitu bergaya dan simbolik sekali menunjukkan kesatuan dalam Keadilan. Semua tulisan dari kaum terbesar di negara ini digunapakai; tulisan bahasa Melayu, tulisan dalam bahasa Cina dan tulisan dalam bahasa Tamil.
Nampak ia menzahirkan kerjasama dan keikhlasan yang tulen. Sekali lagi di sinilah uniknya Keadilan. Bagaiamana pun pada pengamatan saya kalau ada sedikit pindaan kepada backdrop itu ia menjadi lebih cantik dan kemas lagi, iaini kalau bahasa Melayu itu dibuat dalam huruf Jawi. Kerana dengan wujudnya tulisan Jawi yang mendominasi dua tulisan Cina dan Tamil itu ia akan memberi erti dan simbol yang amat menyenangkan.
Sejajar itu juga secara tidak langsung menampakkan Keadilan memperjuangkan tulisan Jawi yang menjadi satu daripada kesenian bangsa Melayu yang sudah dianaktirikan oleh kerajaan BN hari ini. Kita tidak boleh dinafikan di dalam tulisan Jawi itulah tersemennya roh Melayu. Apakah Keadilan juga dalam soal ini bersekongkol dengan kerajaan BN/Umno! Perhatian: Berlaku kesilapan maklumat, sebenarnya Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Hassan Mohad Ali turut hadir majlis perasmian kongres nasional Keadilan pada Sabtu lalu. Beliau dilaporkan duduk berdekatan Abdul Khalid Samad. Atas kekhilafan ini dipohon maaf! [d' kota kl. 5:30 am 02/12/08]
7 comments:
PAS Selangor bertindak selaras dengan kehendak Umat Islam Selangor yang inginkan PAS menjadi pembela Umat Islam dan menerapkan nilai Islam, bukan menjadi pak turut yang menghalalkan cara untuk mendapat sedikit kuasa.
Inilah bentuk Parti Islam yang kami idamkan, bukan Parti Islam yang seribu satu kecelaruan, yang sentiasa bertukar kulit mengikut keadaan semasa.
Kerana Islam itu tiada kompromi. Terus pertahankan prinsip Islam yang syumul ini Dato Dr Hassan Ali. Kami umat Islam Selangor sentiasa akan menyokong mu! Allahuakbar!
salam tuan...
kerjasama kita dengan PKR telah menzahirkan kekalahan 2/3 BN.
cuma saya harap pemimpin kita lebih tegas memperjuangkan perjuangan kita kerana PAS dilihat didimonisai oleh PKR dan DAP.
mungkin satu bentuk pendekatan politik, tetapi saya tidak fikir hingga perjuangan kita ditidakkan.
saya sokong pandangan tuan, moga-moga pemimpin kita berbaju petak dapat kenang kembali perjuangan kita, dan bukan dipimpin untuk memperjuangkan Islam.
salam tuan
pengalaman saya dari universiti sampailah sekarang ini, yang saya dapat ketengahkan apabila golongan parti islam ini suka nak menjenamakan parti mereka di merata tempat.sesiapa yang ada pengalaman ini mesti tahu sesetengah perangai yang kononnya mahu menegakkan islam.
tidak dapat tidak sehingga ke hari ini, saya masih lagi sangsi dengan keupayaan PAS untuk memerintah di negeri yang pelbagai kaum.
PAS for all?mungkin pas perlu memikirkannya balik.saya tak cakap bahawa PKR itu yang terbaik, tapi PAS perlu belajar kaedah seperti yang diperjuangkan oleh wali songo dalam melangsungkan ajaran islam.
Pemerhati Rock
Saya setuju dengan pendapat dr_Solehin, PAS kena ada jati diri dan bukan jadi pak turut.
Tetapi dalam keadaan negara kita yang terdiri dari masyarakat majmuk, berbilang kaum (tidak seperti di negara Arab yg majoriti rakyatnya orang Islam) PAS kena bijak mengambil pendekatan check-and-balance. Jangan kerana sikap bodoh sombong dan menyalahtafsirkan "Islam tidak berkompromi", sampai bila-bila pun PAS tidak mahu didekati oleh masyarakat bukan Islam.
Buanglah sikap tersebut, gunakanlah pendekatan lembut, berhemah dan mesra rakyat. Belajar dari pendekatan Rasulullah saw mengambil alih negara dari perjanjian Hudaibiyah, dalam masa yang sama dakwah kepada masyarakat bukan Islam sampai kepada matlamatnya. Bukan dengan cara pendekatan yang keras dan bodoh sombong serta politik yang jumud/sempit.
Dr_RW
Komen-komen yang banyak memberikan pendapat tentang PKR dengan PAS ini semata-mata untuk memecahkan PAKATAN RAKYAT yang berjaya menumbangkan BN di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, disamping memperkukuhkan pemerintahan PAS di Kelantan!
Orang-orang PAS termnasuk Dr. Hassan Ali dan Ir Khalid Samad di Selangor bukan budak-budak politik boleh diadudombakan oleh Umno/Bn! Pemimpin PKR - PAS - DAP di Selangor bukan pemimpin yang membeli undi dengan politik wang! Mereka berjuangan untuk melepaskan rakyat Selangor dari belengu kezaliman moden Umno/Bn!
Pada Saranan MSO tentang tulisan Jawi ianya amatlah baik dan pemimpin PKR harus mengambil perhatian di masa akan datang!
Salam,
Ulasan MSO inisaya anggap begitu melankolik tetapi dalam masa sama penuh pengharapan agar pada suatu hari nanti akan terbentuk satu pendekatan politik sama seperti seperti Rasulullah membentuk Masyarakat Islam Madinah.
Sesiapa berhak untuk mempertahan parti yang didokonginya, tetapi, parti yang mempelopori perjuangan Islam harus ingat Islam tidak akan tertegak tanpa istiqamah dan strategi, kaedah, teknik, dan cara. Ilmu dakwah dan ilmu politik perlu didalami. Bukan hanya bergantung pada kata-kata. Masyarakat kini begitu kompleks seiring dengan perubahan ilmu dan teknologi.
Jangan salahkan orang lain dan Islam kalau kita gagal. Pertama, didik dulu diri sendiri. Dalamilah tasawuf. Syariat dan feqah tanpa tasawuf masih lagi pincang, dan tidak berimbang.
Inilah yang diharapkan kepada pejuang-pejuang Islam hari ini agar kesederhanaan dan keindahan Islam itu tergambar jelas. tergambar dalam bentuk didambakan oleh manusia bukan dalam bentuk ditakuti dan dibencikan oleh orang lain.
Sekali lagi, hafal dan ambillah inti sari perjuangan Nabi kita dalam melaksanakan Islam di Tanah Arab.
kalau kita terlalu berprasangka, kita takkan ke mana-mana, sedangkan orang lain telah jauh meninggalkan kita, dan masyarakat kian rosak. Peluang harus direbut. Dan PKR adalah peluang PAS untuk merealisasikan matlamatnya.
Contohilah MSO dalam ulasannya ini. Berimbang dan ulasan yang berhati-hati, penuh dengan bunga harapan. Pada masa sama tidak lupa untuk menegur mana yang salah.
Tahniah, saya seronok membaca ulasan ini.
Wassalam.
kebanykan komen di atas adalah dari penyokong umno yang cuba menimbulkan perpecahan.
lebih lebih lagi dr_solehin tu , itu bukan gaya PAS bercakap. Itu gaya UMNO...
sekilas ikan di air.. sudah kutahu UMNO ke bukan...
Post a Comment