Pasangan Emas dan Dua Cucu Sudah Dipindah
KURANG 48 jam selepas kisah pasangan warga emas bersama dua cucunya yang ketiadaan tempat tinggal dan tumpang berteduh di birai bengkel kimpalan besi dipostingkan dalam blog ini, nasib pasangan berkenaan dan cucunya mendapat perhatian dan pembelaan.
Hari ini dan malam ini pasangan berkenaan dan cucunya tidak lagi akan berembun dan kesejukan ditiup angin kerana mereka sudah dipindah ke penempatan baru.
Saya mengunjungi ke bengkel yang menjadi sarang sementara pasangan berkenaan lewat petang ini didapati mereka sudah tiada. Semua barangan mereka yang dibungkus dalam plastik dan sebuah tv usang juga tiada.
Menurut salah seorang pekerja bengkel bersebelah bengkel tempat pasangan dan cucunya itu tumpangi, Wakil Rakyat Ulu kelang atau wakilnya sudah memindahkan pasangan berkenaan ke sebuah rumah.
Menurut pekerja itu beliau tidak pasti di mana penempatan baru itu disediakan tetapi menyebut ianya di Taman Permata. Menurut pekerja itu Wakil Rakyat berkenaan juga turut hadir sama mengangkut barangan pasangan berkenaan.
Apakah pasangan berkenaan Sarif Niat, 71 dan Siti Ramlah Yaacob, 57 bersama cucunya Mohd Zulkeranian, 8 dan Siti Amira, 5 ditempatkan di Pusat Khidmat Masyarakat Adun berkenaan sementara mendapat penempatan baru, tidak dapat dipastikan.
Apa yang hendak dicatatkan di sini selepas kisah malang pasangan bersama cucu itu disiarkan dalam blog ini ianya telah mendapat perhatian ramai penjenguk blog ini. Masing-masing menytatakan kesal dan sedih atas nasib rakyat marhaen itu. Ada yang bukan sekadar melahirkan rasa sedih namun ada yang sedia menghulurkan bantuan kewangan.
Saya secara peribadi saya mengucapkan syabas dan tahniah atas tindakan pentas dan rasa kepedulian yang tinggi dari pejabat Adun berkenaan. Sesungguhnya wakil rakyat yang demikianlah yang diingini oleh rakyat agar senantiasa peka kepada nasib dan permasalahan mereka.
Orang seperti Sarif dan Siti Ramlah itu tidak mengharap pembelaan lebih besar dari itu seperti pemberian kawasan balak, tander projek, atau jawatan CEO di mana-mana syarikat GLC dan sebagainya tetapi cukup kalau diberikan sekawan atap dan sekeping papan untuk dijadikan tempat tinggal mereka bersama dua cucunya itu.
Sekiranya semua wakil rakyat bertindakan dan prihatin seperti Adun Ulu Kelang itu sudah pasti tidak ada insan yang melarat ataupun merepak di bumi sendiri.
Semoga apa yang diperlakukan Adun berkenaan akan diambil iktibar dan dicontahi oleh para wakil rakyat khasnya dan oleh kita semua sebagai hamba Allah.
Sekali lagi terima kasih dan syabas diucapkan kepada Wakil Rakyat Ulu Kelang atas keperihatian anda Tuhan juga yang membalasnya. [d'kota 6:00 pm 01/12/08]
4 comments:
Ini lah kehebatan yang Allah berikan kepada seorang Penulis.
Penulis boleh membuatkan orang politik tidak akan tidur lena.
Ini lah kuasa blogger.
Tidak hairan lah ianya menjadi ketakutan kepada UMNO/BN dalam PRU-12 lalu.... dan ianya tidak mustahil akan menjadi fobia juga kepada PR dalam PRU-13 nanti.
Saya juga ucapkan ribuan terima kasih kepada semua penjengok yang memberi komen kepada artikel yang berkaitan sebelum ini.
Sama-sama kita berganding tenaga untuk menegur dan memberi ingatan kepada pemerintah samada PR atau pun BN.
Kepada Sdr MSO teruskan coretan anda...
"Kita menegur bukan bererti benci, tapi kita sayang kepada kemenangan yang di anugerahkan oleh Allah"
NH Shah Alam
MSO,
Naluri saya kuat mengatakan masalah tersebbut akan selesai dengan kadar segera kerana sya yakin dan percaya ianya pasti 'berbisa'.kata-kat MSO sebelum ini yang menyatakan sesiapa yang masuk dalam blog ini pasti akan diberi perhatian.malahan menteri juga akan kepanasan jika kritikan MSO dimuatkan dalam blog ini.
inilah buktinya MSO bukan beromong kosng malahan ianya tepat dan benar dengan perkembangan semasa.teruskan menulis.salam.
Syabas kepada MSO kerana selepas menyiarkan kisah ini, mereka telah diberi tempat tinggal dalam tempoh yang singkat. Syabas juga kepada ADUN berkenaan kerana pantas dalam tindakan...
Keperihatinan MSO dan wakil rakyat ini patut dipuji kerana tindakan pantas wakil rakyat selepas kisah ini disiarkan amat dibanggakan...Syabas...
Post a Comment