MODAL politik terbesar pembangkang, khususnya Umno dan Pas, ialah DAP. Kedua-dua parti itu menjadikan DAP sebagai alasan dan sasaran utama dalam kempen politik mereka. Naratif yang dibina ialah DAP kononnya menjadi punca keretakan perpaduan orang Melayu dan ancaman kepada kedudukan mereka.
Pada hemat saya, tuduhan itu tidak berasas dan lebih merupakan naratif politik yang sengaja direka untuk menimbulkan kebimbangan. DAP sengaja dijadikan hantu untuk memomokan mereka yang cetek ilmu pengetahuan dan siasah.
Hakikatnya, keterdesakan Umno dan Pas untuk terus menggunakan isu DAP menunjukkan kemuflisan idea politik mereka. Mereka sudah hilang akal untuk mencari perkara lain dijadikan modal politik. Dalam banyak perkara dalam politik orang Melayu menjadikan sebagai kambing hitam bagi menutup kelemahan sendiri.
Secara jujur, sebagai orang Melayu saya juga pernah bersikap skeptikal terhadap DAP kerana ia dilihat sebagai parti yang majoriti ahlinya berbangsa Cina, sebagaimana Umno pula sering dilihat sebagai parti orang Melayu. Namun, dari sudut kenegaraan, saya tidak mempunyai masalah dengan kewujudan DAP. Ia ialah sebuah parti politik yang sah di sisi undang-undang dan dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk bergerak dalam sistem demokrasi negara ini.
Malah, DAP telah berkali-kali menyatakan pendiriannya bahawa mereka menghormati empat perkara asas yang sering dibangkitkan oleh orang Melayu, iaitu kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, serta Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Setelah hampir 70 tahun negara mencapai kemerdekaan, belum ada pelanggaran yang serius terhadap empat perkara asas tersebut dilakukan oleh DAP melalui proses perundangan negara. Apakah kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan telah tergugat? Tidak. Apakah hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera telah dihapuskan? Juga tidak. Yang sering kita dengar hanyalah kebimbangan dan dakwaan bahawa perkara-perkara itu akan berlaku, lalu segala keresahan itu ditujukan kepada DAP. Kebimbangan itu pula dicipta oleh strategis politik untuk kepentingan mereka. Disebab itulah mereka yang menggunakan modal yang direkaya itu terpaksa berhadapan di mahkamah apabila disaman oleh Dap, dan kalah.
Sikap prejudis itu tidak baik. Kebimbangan yang berlebihan akhirnya melahirkan ketakutan terhadap bayang-bayang sendiri. Keadaan ini berlaku berpunca daripada hilangnya keyakinan diri. Sikap seperti ini ialah sikap negatif yang boleh melemahkan, malah memundurkan orang Melayu sendiri.
Permusuhan yang melampau terhadap DAP juga tidak membantu usaha membina persefahaman antara kaum untuk memajukan negara. Sebuah negara yang bertamadun tidak dibina atas rasa curiga dan kebencian yang berpanjangan, sebaliknya atas keyakinan kepada Perlembagaan, undang-undang dan institusi negara.
Hakikat yang kena diterima Dap atau orang Cina adalah rakyat dan warganegara sama dengan Melayu. Mereka setengahnya bukan pendatang tetapi dilahir dan beranak pinak disini. Status mereka itu tidak dapat dilupuskan kecuali berlaku sebuah perang besar yang juga bukan sahaja menghancur bangsa lain, tetapi bangsa Melayu juga. Lidah api tidak pernah mengenali warna dan bau darah.

Justeru rakyat negara ini tidak perlu hidup dalam ketakutan terhadap momokan yang sengaja dicipta selagi negara ini mempunyai Raja-Raja Melayu sebagai payung Perlembagaan dan selagi Perlembagaan Persekutuan terus dipertahankan serta dihormati.
Apabila kita kehilangan keyakinan terhadap diri sendiri dan terhadap kekuatan sistem negara, kita akan menjadi lemah. Keadaan itu ibarat seorang pesakit yang disahkan menghidap kanser. Jika dia terus berputus asa dan menyerah sebelum berjuang, penyakitnya akan lebih cepat menguasai dirinya. Begitu jugalah dengan sesebuah bangsa. Bangsa yang sentiasa dibelenggu ketakutan akhirnya akan kalah bukan kerana musuhnya terlalu kuat, tetapi kerana keyakinannya sendiri telah runtuh.
Terbaik marilahkan kita mengenali isu isu yang sengaja direkayasa untuk dijadikan hantu bagi memomokan rakyat negara ini. Kita kenal mengenali hantu itu agar kita tidak merasa takut dan mlarikan diri setiap kali namanya disebut. Kita jangan jadi bodoh, melarikan diri dari sesuatu yang tidak wujud secara nyata. [wm.kl. 25/07/2026 11:37 am].
No comments:
Post a Comment