Sunday, May 12, 2013

Bila Si Bangang Cuba Membuat Komen

MARAH PAGI                                                                                                               

Lama saya tidak melayan kerenah-kerenah otak kemetot pembaca blog saya di mana dengan kehadirannya kalau tidak sabar boleh menyebabkan saya tawar hati untuk terus berblong. Tetapi kebetulan pagi ini saya tidak ada apa-apa untuk diulas atau diperkemaskan, maka saya hendak singgung sedikit satu komen yang dihantar oleh penjenguk bernama FAIZAL FEEYCHILL (foto) yang mengupas catatan saya di bawah tajuk "Husam dan Azmin Senasib, Seirama."

Maaf saya panggil penjengok ini sebagai budak saja, (mungkin masih belum khatam dan berkelulut lagi). Saya tahu tidak sepatut saya memberi respon sebegini kerana komennya tidak berasas dan lebih kepada emosi. Membuang masa dan membazir ruang saja.

Tetapi saya tetap juga memberi respon untuk menceritakan masih ada penjengok yang berotak kemetot begini menulis mengikut rasa dan mahu membela seseorang tanpa maklumat yang kemas. Apa saya nak jelas bahawa ada keberanian yang sembrono di kalangan penjenguk blog saya.

Saya turunkan komenter si otak kemetot kelas gaban ini;

Faizal ferrychill has left a new comment on your post "Husam dan Azmin Senasib, Seirama":

dalam banyak2 aetikel dan ulasan MSO..ulasan dan teori yang dirungkaikan dalam artikel ini paling tidak senonoh dan agak keterlaluan terutama tentang Husam ytang saya rasakan sepatutnya MSO berpegang pada pendirian pada artikel MSO sebelum ini yang mana HUSAM DIPINGGIR DAN TERPINGGIR disebab konspirasi terancang oleh Nik Abduh !Percayalah jika Nik Abduh tidak menggunakan kelebihan tangan ghain dan kapisiti sebgai anak kepada Tok Guru Nik Aziz pasti hal ini tidak berlaku.Org seperti Husam pasti akan ramai musuh yang tidak diduga dan menunggu waktu untuk diamkan HUSAM SEKETIKA..PERCAYALAH jika bukan kerana HUSAM yang mengawal ekonomi dan mengawal kopiah putih dari mengambil rasuah dari para pembalak,pelombong dan perompak harta kelantan..pasti RASUAH lebih menjadi2 dan akan dilihat sama dgn rejim UMNO..sudah menjadi bualan dan semakin menjadi lumrah bagii geng kopiah putih kelantan mengambil suapan dan memberi balak sesuka hati mereka namum kerana husam gejala ini masih boleh dibendung dan terkawal...OLEH itu sukacita saya mengambil pendirian tanpa HUSAM dipentadbiran kelantan adalah pemerintahan terakhir Pas di kelantan dan hasrat Nik abduh untuk menjadi MB selepas Ahmad Yaakob hanya tinggal kenangan..

Tentang Azmin,Saya sekadar menghormati kesetiaan beliu sebagai org kanan anwar sejak dari dulu tidak pada kemampuan dan sikap beliu yang 2X5 dengan Nik Abduh (gila nak jadi MB).sejak dari tahun pertama Khalid jadi MB lagi beliu memekak dan memelakukan pelbagai cara bagi menunjukkan betapa bangangnya MB selngor nih namum tidak kesampian dan banyak ditangkis dan dipatahkan oleh Faekah (org kanan Khalid/PA x silap)..apalagi semasa kes pemilihan PKR dahulu sewaktu bertembung dgn Zaid bagi jawatan Timb presiden..Dia hanya pandai berlakon tentang ketokohan dan kewibawaan sama seperti adiknya Azwan Ali dan UMMI yang gila glamor tuh..Azmin better ko diamkan adik ko dahulu dari ko nak cita dan buat sarkis dalam PKR tuh..



Penjengok ini kata tulisan saya mengenai tajuk itu tidak senonoh. Siapakah yang paling tidak senonoh? Bila masa saya ada menulis artikel dibawah tajuk yang beliau nyatakan itu HUSAM DIPINGGIR DAN TERPINGGIR? dan mahu saya tetapkan pendirian dengan artikel itu. Saya rasa inilah inilah paling tidak senonoh sekali. Orang ini tidak berhati-hati dan sudah tersalah petik dan sudah tersalah orang.

Sebelum menulis fikir dan renungnya sedalam-dalam. Pastikan maklumat dan sumber anda tepat dan betul. Kalau tidak kebodohan kita akan terserlah.


Begitu juga lain kalau kalau ingin memberi pandangan atau mengkritik saya biarlah fakta itu tepat dan betul. Sepanjang tulisan saya berhubung isu Husam saya tidak memetik atau memasuk pun di mana-mana nama Nik Abduh. Saya malas untuk mengatakan penjenguk ini bengong atau 'deder' hukum sendirilah. Cuma saya nak tegaskan lain kali kalau nak buat teguran pandangan pastikan maklumat tepat dan jangan pakai pangkah sembarangan sahaja.


Saya nasihatkan kepada penjengok ini belajarlah biar dalam sikit kaedah menulis. Kalau kita masih belum cukup ilmu dan masih mentah, tulislah kritikan atau pandangan politik dalam diary atau coret di dinding rumah dulu jangan lepas kepada umum kerana buruk padahnya. Atau suruh kawan-kawan lain baca. Saya bukan marah kalau orang tidak cukup umur membaca blog saya tetapi itulah dibimbangkan mereka akan jadi mabuk menyebabkan salah tafsir buruk padahnya.


Anda mengatakan orang tidak senonoh tetapi yang lebih tidak senonoh dan meleleh hingusnya ialah anda.


Sekali lagi saya kata, saya tidak perlu layan pandangan sebigini. Tetapi kenapa saya layan juga untuk memberi pengajaran kepada yang lain juga yang berani membuat kritikan tetapi tidak tepat. Yang suka menabur perasaan dan emosi di ruang komenter blog dan bila saya tidak siarkan marahkan saya kononnya pengecut tidak adil dan sebagainya.

Bayangkan wajarkah di sinikan komenter seperti di atas itu yang tidak ada kualiti langsung. Yang kutip maklumat jalan dan bubuh dalam peti komenter blog saya. Membazir sahaja. Kalau boleh arah saya mahu mengarah orang-orang seperti ini tidak payahlah baca blog saya, kerana otak anda tidak layak nak capai apa yang saya cuba kemukakan.


Saya berharap manusia ini akan minta maaf atas ketidak-tepatan petikan sumber kerana ia menjadi fitnah yang beliau lemparkan. Kepada saya tidak perlu, tetapi kepada Nik Abduh yang beliau sebutkan itu. Buatlah kerja senonoh. Dan saya percaya Husam yang cuba hendak dibela itu juga tidak memerlukan budak-budak bangang seperti ini.  [wm.kl.6:57 am 12/05/13]

16 comments:

laskarfajar said...

hahaha... kan dah kena dekat Pak MSO. Dik, kalau kail panjang sejengkal jangan menduga lautan dalam. Muka hensem saja tak guna kalau otak haprak...

Gim Baran said...

Saya baca blok MSO setiap hari. Tak jumpa artikel yang tulis benda yang didakwa oleh Faizal Ferrychill ni. Tetapi yuppy biasalah...

Voice of SME said...

Dik jangan buta fitnah...

Voice of SME said...

Jangan main tangkap muat je..bila mana MSO sebut Nik Abduh terlibat? jangan tabur fitnah bro..

Remy Masron said...

Saudara MSO, saya adalah salah seorang yang mengikuti blog Tinta Merah..Harap Tuan dpt maafkan Saudara Faizal,,saya rasa memang patut jiwa orang muda sepertinya bergelora dan semestinya tulisanya juga akan terpacul idea dan warkah yang panas, mungkin tanpa tapisan mendalam,,sebenarnya orang muda seperti Faizal inilah yang menjadi penggerak generasi baru yang mengundi Pakatan dalam PRU 13 baru baru ini...Orang muda jiwa nya panas dan mereka tidak mahu tertipu atau di putarbelitkan oleh orang poltik.Mereka berpendirian bebas dan akan mengkritik "lepas mulut " kalau informasi masuk itu mereka rasakan tidak adil dan menzalimi pihak yang lain..Inilah generasi baru yang hakikatnya kita orang veteran dalam politik tidak boleh ambil pusing dan mesti bijak berjalan seiring dengan mereka dan membimbing mereka kearah demokrasi yang betul dan tepat.Generasi baru ini banyak terdedah dengan ledakkan IT dan semua perkembagan semasa politik ada didalam minda dan jiwa mereka.

irfan besar said...

salam MSO saya sependapat dengan saudara remy

aliazhar mamak said...

hahahahah.kan dah terkena.nak main boleh main JANGAN MAIN MAIN

mso.im said...

Budak ni nak baca blog orang tua tetapi tak hati-htai, dia buat petikan ikut dia suka. Sebelum dimaaf dia kena minta maaf.

Muhammad Syafiq Abdul Latiff said...

Tepat dan padu penyampaian ini kepada semua umat penggunj dan pengomen blog.Di kesempatan ini.amatlah saya berharap agar umat islam saling bermaafan, bersikap keterbukaan dan meletakkan minda diluar kotak.Agenda yg lebih besar dan penting agar perinsip satu hati sesama umat teguh dan xgoyang.Ada satu pantun yg saya belajar di sekolah dulu buah cempedak di luar pagar. Ambik galah tlg jolokan.kami budak baru belajar.kalau salah tlg tunjukan.kerana “hanya anak muda sahaja yang dapat mengubah dunia kerana dunia akhirnya kepunyaan anak-anak muda.”

Razi Bab said...

Biasalah budak baru belajar....Apa pun saya perhatikan segelintir pemimpin PR suka melontarkan pandangan mereka tanpa memikirkan situasi yg mendatang bisa mengguris perasaan hati rakan /2.Lebih parah lagi akan mecacatkan keharmonian yg terjalin serta menyusahkan parti..Itulah sebabnya saya lebih senang sebagai pengundi atas pagar...

Razi Bab said...

Biasalah budak baru belajar....Apa pun saya perhatikan segelintir pemimpin PR suka melontarkan pandangan mereka tanpa memikirkan situasi yg mendatang bisa mengguris perasaan hati rakan /2.Lebih parah lagi akan mecacatkan keharmonian yg terjalin serta menyusahkan parti..Itulah sebabnya saya lebih senang sebagai pengundi atas pagar...

mohd zakiman zakaria said...

...Pak MSO, artikel-artikel tuan dlm blog ni walaupun hebat-hebat, kadang-kadang tak sampai akal nak jijak kpd org2 kampung dan jugak puak2 muda.Nah...bgitu la jadinya...nya pakat bbijok sediri. Tak baca kan rugi, baca kan nya jadi komen2 kodi la blakanya...

Niesa Norzanisa said...

Betul tu Tuan Mso yg muda kena minta maaf dulu,buang yg keruh ambil yg jernih.

Rez said...

Pakcik MSO berlagak nak mampos tak mahu terima pendapat orang Muda. PAkcik MSO lagi banyak tabur fitnah dan nampak sangat anti dengan majlis syura ulamak pas.

pakcik mso letakkan gambar nik zawawi tunjuk isyarat 1 malaysia dan membiarkan orang lain yg komen dan mengutuk nik zawawi. Pakcik MSO sengaja lepaskan komen2 yang mengutuk nik zawawi dan suka dengan kutukan tersebut tapi diri sendiri tak berani nak kutuk.

Ingat aku tak tau macamana permainan orang tua macam ko pakcik??

Kalo orang tua macam ko tak nak terima pendapat orang muda, selamatlah dengan tulisan2 ko yang syok sendiri ni!

syahruddin said...

saya rasa FAIZAL FEEYCHILL tertukar or salah pandang nama Muhammad Amar Nik Abdullah sbg Nik Abduh. org muda begitulah....cepat sgt baca dan cepat sgt nk buat alasan...biasalah org muda biasa nk tunjuk lagak! dia patut minta maaf dgn mso

Jokay said...

Saya rasa Faizal Feeychill menyebut Nik Abduh bukan mengambil dari kata-kata tuan MSO. Ianya mungkin dari pengamatan beliau berdasarkan cerita-cerita yang berlaku sebelum ini. Cuma kenyataannya dirangkaikan dalam satu ayat seolah-olah dia "quote" sepenuhnya dari kenyataan tuan MSO sebelum ini.