Sunday, May 19, 2013

Poll Tentang Zahid dan Ahmad Maslan Diganggu

PERHATIAN                                                                                         

Saya terpaksa menarik balik poll untuk menamakan (menggelar) dua orang menteri Ahmad Zahidi Hamidi dan Ahmad Maslan yang kedua-duanya telah mengeluarkan kata-kata huduh (yang tidak menggambar ketamadunan mereka sebagai menteri kabinet) kepada mereka yang memprotes keputusan pilihan raya lalu, kerana poll berkenaan diganggu.

Poll yang dimulai semalam telah pun menerima lebih 250 undi tetapi hari ini jumlah undi telah menjadi 177 lebih. Ini bermakna ada gangguan terhadap poll berkenaan. Poll itu akan berlangsung selama lima hari dan dijangka akan mengutik antara 2,000 hingga 3,000 undia berdasarkan kepada poll sebelum yang tidak diganggu.

Jam 8:00 malam selepas tidak sampai empat jam dilancarkan ia telah mengutik undi sebanyak 158 undi, manakala menjelang pukul 12:00 tengah malam jumlah pengundi 258 tetapi anihnya pagi ini jumlah undi turun kepada 177 dan terus turun ke angka 171. Ini bermakna ada gangguan.


Poll untuk menamakan Zahid dan Ahmad Maslan dengan empat nama, Kerbau Air, Kancil Ekor Kontot, Merak Berkilau dan Gajah Mandul, manakala satu ruang no komen.

Keputusan setakat semalam ia menunjukkan 83 pengundi atau 46% pengundi bersetuju menggelakarkan mereka sebagai Kerbau Air, manakala 52 pengundi atau 29% bersetuju mereka digelajar Gajah Mandul, dan 33 pemilih bersetuju mereka digelar sebagai Kancil Ekor Kontok. Hanya enam undi saja tidak mahu komen.

Poll ini ditarik kerana mungkin jumlah pengundi akan menjadi semakin susut kerana ada pihak yang tidak suka dengan poll ini dan akan berusaha terus menganggunya. Kejadian seperti ini pernah berlaku sebelum ini terhadap poll yang melibat sokongan ke atas Anwar Ibrahim di mana akhirnya saya terpaksa hentikan.

Gangguan ke atas poll ini menunjukkan kesan buruk telah menimpa Zahid Hamidi khasnya ekoran kelancangan beliau menghalau warga negara ini yang tidak mahu menerima keputusan pilihan raya agar berpindah ke negara lain.

Kepada mereka yang belum sempat mengundi tetapi ingin meluahkan rasa terkilan kepada kedua menteri berkenaan boleh komen di dalam blog. Terima kasih. [wm.kl.10:17am 19/05/13]

1 comment:

Unknown said...

salam tuan Mso..

Suasana politik lepas pilihan raya ni ada sedikit berbeza,di mana sebelum pilihanraya,tidak ramai dari kalangan penyokong bn yg berbunyi cakap-cakap politik.kemeriahan Mereka hanya di lihat melalui cybertrooper bn yg hari hari menegakkan benang yang basah.Tapi kini semakin ramai yg tumbuh berbalah,menjadi malaikat politik yang tahu.Sesekali saya membayangkan mereka ini seperti banyaknya melayu diera pra kemerdekaan.Orang melayu itu tidak percaya bahawa bangsanya boleh merdeka dan berpijak atas kaki sendiri tanpa bantuan british.Angin nya sama kini masih berlaku.Rakyat Malaysia takkan aman kalau bukan BN memerintah.Oh malaysia ku...saya vote for kerbau air