Tuesday, May 7, 2013

Nik Aziz Perlu Jelaskan Keadaan, Elak Kekeliruan

GELEGAK MALAM                                                                                                               

Penciciran nama Husam Musa dari barisan Exco Kelantan sudah menjadi isu hangat dewasa ini. Perbincangan dan perbicaraan mengenainya bukan saja di Kelantan tetapi tersebar di seluruh negara. Banyak yang melahirkan rasa terkejut dan kesal atas apa yang berlaku. Bagi mereka yang tidak pernah mengetahui 'masalah' Husam di Kelantan terperanjat besar dengan apa yang berlaku.

Selama ini Husam digambarkan sebagai bakal pengganti Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan. Atau setidak-tidaknya sebagai timbalan menteri besar Kelantan. Tetapi apabila namanya langsung tidak terdapat dalam senarai barisan Exco ia sesuatu yang anih. Walhal bagi orang ramai Husam tidak ada cacat celanya.



Elok rasanya PAS Kelantan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Satu penjelasan perlu dibuat segera. Orang bertanggungjawab ialah Nik Abdul Aziz Nik Mat sebab beliau adalah Pesuruhjaya PAS Kelantan. Selagi beliau tidak melepaskan jawatan itu Nik Aziz perlu bertanggungjawab. Sikap mendiam diri Nik Aziz dalam hal ini kurang bijak dan boleh memarahkan keadaan. Penjelasan Nik Aziz akan dapat diterima oleh semua pihak.

Apa yang orang ramai ingin mengetahui ialah kenapa Husam tidak disenaraikan sama. Apakah penyakit dan masalahnya. Nik Aziz atau PAS Kelantan tidak perlu merasa gentar dan takut untuk menyatakan kebenaran. Apa lagi cuba mendiamkan perkara ini dan dilepaskan kepada orang ramai membuat telahan sendiri.

Misalnya kalau penciciran nama Husam itu di atas kehendak Sultan, nyatakan dengan jelas, jangan berdolak dalih. Tidak perlu merasa malu muka untuk menyatakan kebenaran. Kalau benar Husam tidak disenangi oleh Sultan, rasanya mereka yang kesal atas apa yang berlaku boleh menerima hakikat itu. Husam juga menerima dengan baik.

Siapa yang boleh mengatasi kuasa dan kehendak sultan? Hanya Tuhan.

Tanpa memberi penjelasan ia menyebabkan isu ini mengelirukan. Ahmad Yaacob yang mengambil alih tanggungjawab juga tidak senang duduk dan merasa serba salah. Isu ini nampaknya sudah mulai berputik memberi masalah kepada Ahmad Yaacob padahal ia tidak perlu disangkutkan kepadanya.

Kalau penjelasan itu tidak mahu dibuat secara umum menerusi sidang akhbar, ia boleh dibuat secara tertutup. PAS Kelantan boleh penggil semua pemimpin peringkat negeri dan kawasan dalam satu majlis tertutup di Dewan Zulkefli Kota Bharu. Panggil sama Husam untuk mendapat penjelasan. Selepas ia dijelas, maka ketahuilah kedudukan yang sebenarnya. Dengan masing-masing mendiamkan diri, dan 'sok sek sok sek' begitu begini menjadikan ia semakin bingung.

Ada beberapa perkara yang perlu diketahui baik oleh para penyokong Husam atau Husam sendiri;

1. Benarkah Sultan tidak mahukan Husam.. dan kalau ia, bagi bukti dan tunjuk dalil-dalilnya.
2. Apakah semasa berbincang untuk membentuk kerajaan Husam sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dipanggil atau pun tidak?
3. Apakah Nik Aziz selaku orang tua di Kelantan telah bertindak adil didalam hal ini, maksudnya berterus terang kepada Husam awal-awal lagi? Apakah Nik Aziz pernah memberi isyarat kepada Husam?
4. Apakah nama Husam memang dihantar kepada pihak sultan atau tidak?

Saya yaking kalau penjelasan ini dapat dibuat ia akan meredakan keadaan yang berlaku hari ini. Perkembangan mengenai isu ini cukup membimbangkan. Ia mungkin dianggap perkara biasa oleh orang tertentu (dan isu kecil oleh mereka yang merancangnya) di dalam PAS Kelantan, namun kesannya kepada politik PAS Kelantan sangat besar.

Masing-masing pemimpin ada pengikut dan penyokongnya sendiri. Penyokong boleh bertindak di luar kawalan pemimpin kalau mereka tidak dilayan dengan adil dan bila perasaan marah sudah naik ke kepala. Contohnya sudah ada sekelamin penyokong kuat Husam yang mendaftar mengundi di Kelantan sejak bertahun lalu, hari ini sudah meminda nama mereka untuk mengundi di Shah Alam. Tindakan ini adalah simbolik kepada masalah yang berlaku kini dan ia memberi implikasi besar kepada pengundi yang tergilakan Husam sebagai pemimpin masa depan.

Kalau ia dijelaskan dengan baik dan teratur dan tidak ada unsur-unsur sobataj dan pengkhinatan masalah keciciran atau ketiadaan nama Husam ini tidak menjadi masalah. Orang ramai akan menerima apa yang ada dengan seada-adanya. Isu ini akan menjadi seperti angin lalu saja. Tetapi kalau tidak kena gaya ia akan bakal menjadi barah yang akan boleh membunuh kestabaliti PAS Kelantan.

Penjelasan ini pohon disegerakan. [wm.kl.9:32 pm 07/05/13]

1 comment:

sizzly7761 said...

Salam MSO, seperti yang dijangka, tak sampai 2 hari TGNA meninggalkan kerusi MB maka riak-riak tidak puashati dari kelompok pemimpin tertentu dah timbul. Seolah ada perancangan untuk mencantas kerjaya politik tokoh tertentu seperti yang Tuan MSO pernah bangkitkan dalan N3 terdahulu. Kalau tak ditangani kemelut dan 'sikap gila kuasa' yang mulai berputik pada pemimpin PAS ini, maka PRU14 ni saya hampir pasti Kelantan akan bertukar tangan kepada BN! Benarlah kata orang bahawa serban sebesar bakulpun masih tidak mampu menahan kipasan helaian ringgit dan kuasa.Ringgit dan kuasa ini akhirnya sampai kematlamat politik sekular iaitu kekayaan ekonomi untuk diri,keluarga dan kroni!