Monday, May 6, 2013

Kelantan Dapat MB Baru, Ke Mana Husam?

PROMO                                                                                                   

Petang ini bekas Timbalan Mernteri Besar Ahmad Yaacob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dihadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V di istana di Kota Bharu.

Perlantikan Ahmad itu secara automatik menamatkan perkhdimatan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan. Selama kira-kira 23 tahun Nik Aziz berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan.

Dalam tempoh itu beliau melalui lima kali pilihan raya umum, 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 di mana kesemua pilihan raya dimenangi PAS. Dan pilihan raya ke-13 PAS berjaya mengekalkan penguasaan ke atas Kelantan.

Apa dicatat Nik Aziz itu satu sejarah yang belum pernah dicatat mana-mana bekas MB Kelantan.
Hari ini juga Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai TMB Kelantan. Mungkin pemilihan Ahmad Yaacob sebagai MB tidak mengejutkan kerana senioritinya dalam parti, tetapi pemilihan dan perlantikan Mohd Amar sebagai TMB sedikit ganjil.

Perlantikan Mohd Amar itu tidak mengikut senioriti di dalam parti seperti amalan sebelum ini. Mohd Amar adalah Timbalan Pesuruhjaya III, di mana Ahmad Yaacob adalah timbalan pesuruhjaya I, manakala Husam Musa adalah timbalan pesuruhjaya III.

Dari segi kemunasabahan Husam sewajarnya dilantik menjadi TMB.

Berdasarkan hirearki ini mungkin perlantikan Mohd Amar itu sedikit mengejutkan. Gabungan Mohd Amar dan Ahmad Yaacob menampakkan PAS cuba meletakkan dua ulamak di tunggak pentadbiran. Ahmad Yaacob adalah timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak Malaysia.

Manakala Mohd Amar seorang ustaz yang berkelulusan sekular. Beliau kelihatan ustaz atau mirip ulamak kerana bapanya dikenali sebagai seorang Ustaz dan bekas pemimpin PAS Kelantan yang juga kawan kepada Nik Aziz.

Saya akan ulas perlantikan kedua mereka ini dan menyentuh kenapa Husam Musa tercicir? Apakah kemisterian dan tidak kena dengan perlantikan ini. InysaAllah esok. Izinkan saya istirehat dulu. [wm/ kl/ 9:43 pm 06/05/13]

12 comments:

Unknown said...

Salam Tuan MSO,

Bagi saya Husam tak layak menjadi TMB, tapi MB.Kalau nak ajak rakyat terbanyak lebih-lebih lagi golongan muda dan professional terus bertambah menyokong PAS sebagai peneraju pakatan rakyat, kita memerlukan pemimpin muda seperti Husam Musa untuk mengepalai bala tentera.Politikus senior seeloknya duduk dikerusi penasihat agar Jenderal mampu membuat keputusan yang tepat.Kalau nak ajak rakyat berubah tapi trend kepimpinan masih lagi atas dasar menghormati usia sebagai ukuran, PAS takkan melangkah jauh.Menjadi spritual leader dan juga mentadbir negeri adalah dua perkara yang memerlukan dua set kriteria yang berbeza.Banyak yang PAS kene perbaiki untuk menongkah arus politik di Malaysia ini.Bangkitlah.

Unknown said...

Tuan Haji,

Perlantikan keduanya adalah kesinambungan apa yg dipanggil 'kepimpinan ulamak'.

Persoalannya ialah adakah ustaz memahami maslahah dan siasah ekonomi, sosial dan pembangunan negeri.

Saya berpandangan, pemerintah (MB, TMB dan Exco) perlu berwibawa dlm mengurus dan mentadbir negeri, serta amanah (soleh). Mampu baca kita atas masjid surau bukan sepatutnya menjadi kriteria utama kerana jika kegagalan mereka memerintah, sebuah negeri rosak.


Unknown said...

Bimbang takut seperti bekas MB Kedah. Bukan makin bawa PAS lebih cemerlang, hanya memporak perandakan PAS Kedah dan penyebab kehilangan PAS ditangan UMNO...Harap Kelantan tidak akan beralih kepada BN pada PRU14

Unknown said...

Salam Tuan,
TGNA seorang yang tawadduk. Beliau melalui saat PAS dalam BN dan semasa disish oleh Mahathir. Sebagai MP tunggal PAS dalam parlimen, beliau telah melalui semua pahit manis politik UMNO.
Pada masa ini emeritus MB Kelantan dan pemimpin paling berpengalaman dalam PAS, tugas beliau kini lebih kepada merancang pembangunan PAS peringkat PUSAT.
PAS perlu membentuk satu organisasi khusus untuk memastikan gerak kerja dan corak pembangunan organisasi Nik Aziz diterjemahkan di peringkat nasional.
PAS perlu mengembelingkan usaha ini bagi menghadapi PRU14.
Kekalahan di Kedah dan Perak perlu menjadi titik tolak memastikan minda Nik Aziz segera digerakkan diperingkat nasional PAS.
Kejayaan merampas Kelantan tahun 1990 adalah satu usaha gigih Nik Aziz dalam satu kerjasama pertama beliau.
Kemudian, kejayaan menghadapai 2 musuh S46 dan UMNO serentak menuju PRU 1995 dan seterusnya 1999 dan 2004 menunjukkan pengalaman Nik Aziz sebagai satu usaha yang besar kepada PAS.
Sudah sampai masanya PAS memastikan think tank Nik Aziz menjadi payung untuk menyediakan PAS menghadapi PRU14 kelak.

Unknown said...

Rakyat Kelantan Mahu Dato' Husam Musa

Unknown said...

Salam Tuan,
Husam Musa perlu berada diperingkat nasional sama seperti Salehudin dan Mat Sabu.
Walaupun mereka kalah di kerusi parlimen tetapi mereka telah membentuk kumpulan penyokong yang besar.
Mana mungkin Mahathir dan Daim turun berkempen dan mengutuk dengan bermacam komen kalau tidak pengaruh besar Husam di Putrajaya.
PAS perlu mengekalkan mereka di mana mereka bertandign dalam PRU13 untuk PRU14 kelak.
Kecuaii Mat Sabu. Beliau perlu pulang ke Pulau Pinang dan bertanding kerusi Tasek Gelugur atau pun Kepala Batas. Beliau perlu kembali ke negeri asalnya.

manjaisa said...

Salam Tuan MSO, saya sebagai rakyat Kelantan yg pertama kali mengundi pd thn 1990 yg membolehkan TGNA menjadi MB amat merasa sedih sekali mendengar berita bahawa TGNA melepaskan jawatan, sebak dan sedih tidak terucap, airmata sentiasa dibirai mata bila teringat, namun apakan daya, kami tidak dpt menahan kehendak TGNA, harapan kami agar MB baru dpt meneruskan perjuangan spt TGNA walaupun tidak sama, keciciran Dato Husam dari jawatan Exco jugak membuatkan saya terkesima.

Badai said...

Kawe harap MB dan Exco-exco baru kelantan dpt meneruskan kegemilangan dan kecemerlangan kelantan seperti semasa kelantan bawah pimpinan tok guru... Rasa sedih kerana YB Datuk Husam Musa tak ada dalam kepimpinan negeri kelantan... Moga Kelantan terus maju sokmo...

Md Zulkifli Bakar said...

Dulu salah satu faktor kenapa Husam diturunkan bertanding Dun adalah sebab untuk bantu TGNA dan disebut sebagai bakal MB Kelantan, bila TGNA sudah tidak berada sebagai MB, khidmat Husam terus tidak diperlukan lagi. Kalau begitu pendapat ambo adalah baik Husam bertanding Parlimen Kubang Kerian PRU13 lepas, sekurangnya suara beliau bergema untuk melawan BN di parlimen.

Anonymous said...

Rakyat kelantan keseluruhannya kecewa kerana semua orang tahu pemimpin paling layak dan disukai rakyat kelantan sebagai MB adalah Husam Musa.Kewajaran dan rasional meminggirkan pemimpin yang berkaliber dan pemisahan gabungan ulama' dan umara' dalam kerajaan Pas kelantan akan menyaksikan kejatuhan Pas negeri pada PRU 14 nanti.Ambil pengajaran dari kejatuhan Pas Kedah dan ambil kira sokongan rakyat kepada pemimpin yang layak.Kalau pemimpin UMNO hidup mewah dengan membolot keuntungan jawatan2 exco negeri,diharap exco2 baru Pas dikalangan ustaz2 tidak menjadikan jawatan sebgai pemudah untuk mendapatkan sebahagian kemewahan dunia.kami mahukan exco ustaz2 yang zuhud dan telus bukannya golongan ustaz2 yang mewah kenderaan dan rumah.jawatan adalah amanah,jgn berslindung kemewahan dgn nama 'perniagaan sendiri'.rakyat kelantan tidak bodoh untuk menilai sikap exco2 yang tidak pandai bekerja tapi ambil ksemptan utk hdup mewah..apa gunanya berkain pelikat dan kopiah dihadapan msyrkt tp garaj kereta diisi kereta mewah dan rumah besar..Zuhudlah dan berpadalah wahai pemimpin baru pas kelantan..kami benci korupsi BN tapi kami lebih benci golongan ustaz yang korup.

Unknown said...

bang mso mintak ulas pasal husam di kelantan xdpt exco..sy terkilan la bang..knp orang mcm husam yang berjaya naikkan ekonomi di kelantan xdikekalkan..adakh kepimpinan ulama kelantan berlagak mcm UMNO..pd pandangan sy tok guru haji haji, harun din, mustafa ali, harun taib x perlu ada dlm kepimpinan pusta..diorang xmcm tok guru nik aziz(tinggi ilmu agama dan cerdik berpolitik)..saya berharap sngt PAS dipimpin gologan profesional berlatar agama seprti husam musa,nizar jamaludin,salahudin ayub, mhhfuz omar, idris ahamd, dr dzulkefli, dr hatta, dr syed azman,khalid samad,saari sungip,hanipa maidin,dr khalil idhm lim,dr che rosli di peringkat pusat..barulah PAS boleh jadi seperti IKHWAN di MESIR dan parti Racep Tayip Erdogan di Turki..bagi saya ulama dalam PAS hanya perlu duduk di kerusi MAJLIS EKSEKUTIF ULAMA berfungsi sebagai penasihat..

tokjeng said...

Ketiadaan Dato Husam dalam barisan Exco Kelantan memang menimbulkan sedikit kegusaran di kalangan penyokong PAS sehingga ada yang kata ia perbuatan cah keting.Namun keadaan sebenar tidak begitu.Saya kira Pak MSO juga tahu kisah sebenar. Agak kompleks untuk dijelaskan di sini untuk mengelakkan timbul polemik lain. Hakikatnya dengan tiadanya tanggungjawab berat di Kelantan, Husam boleh menumpukan gerak kerja di peringkat nasional atas kapasiti sbg Naib Presiden PAS. PAS harus menggunakan sepenuhnya peluang ini kerana Husam adalah future leader PAS yang dianggap sebagai mampu menjadi frontline PAS dalam berdepan kawan2 dalam PR mahupun BN..