Tuesday, May 7, 2013

Masalah Husam Isu Pertama PAS Selepas Ketiadaan Nik Aziz

ULASAN ISU                                                                                                                     

Naluri saya gemar untuk menyorot mengenai kekalahan PAS Kedah sehingga kerajaannya negeri 'rebah bertungging'. Saya geram dan berminat untuk mengulas fasal apa kerajaan PAS Kedah jatuh. Ada sesuatu yang hendak saya lepaskan mengenai PAS Kedah. Saya sudah lama menyimpan dendam ini dan akan meluah hari ini selepas PAS kalah teruk. Saya tidak mahu menjadi jahat mengkritik dalam masa Azizan atau PAS di ambang berperang.

Husam Musa
Tetapi memandangkan gelora politik di negeri saya Kelantan lebih panas apa berlaku di Kedah saya tangguhkan dulu. Rasanya ramai yang ternanti-nanti apakah komen dan ulasan saya mengenai Kelantan, bukan pencapaian PAS dalam pilihan raya tetapi pembentukan kerajaan Kelantan yang baru.

Di Kedah sudah sah Azizan Razak tidak lagi menjadi MB Kedah. Anak Mahathir, Mukhriz, 52 sudah pun mengangkat sumpah sebagai MB Kedah yang baru. Seluruh orang PAS Kedah perlu merasa malu dan Azizan Razak terutamanya kena tanggung kemaluan itu. Tahniah kepada Mukriz. Akhirnya permainan kali ini dimenangi anda dan bapa anda, Mahathir. Kemenangan disebabkan kerana pihak PAS degil dan keras kepala.

PAS Kedah hari ini senyap sendu. Negeri itu bagi PAS seperti dimakan geruda. Berakhirlah sebuah kerajaan yang diagung-agungkan. Ternyata PAS Kedah tidak pandai menjaga negeri. Apa dialami Terengganu tahun 1999 sama dengan dialami PAS Kedah. Kerajaan PAS Terengganu yang dibentuk tahun 1999 akhirnya meniarap makan tanah tahun 2004.

Kembali kepada Kelantan. Semalam Ahmad Yaacob sudah mengangkat sumpah menjadi MB Kelantan yang baru. Barisan Exco juga sudah dibentuk, khabarnya. Nama-nama atau senarai sudah disediakan dan akan mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing. Mohd Amar Nik Abdullah,51 yang sebelum ini galak menyusun calon-calon PAS bersama birasnya Zulkefli Mamat dilantik menjadi TMB. Akhirnya usaha tidak pernah mengenal kalah dan secara senyap Mohd Amar itu berjaya juga. Inilah politik dan keajaibannya.

Mohd Amar tidak boleh menafikan akan hakikat dan kerja ini. Kelelahan dan tidak berdaya Nik Aziz diambil kesempatan sepenuh olehnya. Saya ada maklumat kuat untuk menuduh perkara ini. Ia ditambah pula dengan sikap Husam Musa salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang jarang atau tidak begitu rajin untuk menghadiri mesyuarat. Kelewatan Husam tiba pada sesuatu mesyuarat telah diambil kesempatan orang Mohd Amar dan yang lain untuk mencatur mengikut kehendak mereka. Akhirnya Husam dimakan atau pun diperdaya dengan sikap acuh tidak acuhnya sendiri.

Usaha Mohd Amar berjaya. Pesepsi buruk ke atas Husam yang ditabur diserata tempat berjaya mencapai apa dihajatkan. Husam telah dinyahkan dari kerajaan Kelantan apabila beliau tidak disenaraikan sebagai Exco. Apakah Husam dipanggil sama semasa membincang untuk membentuk barisan Exco?

Hari ini Husam tidak disenaraikan bukan saja sebagai TMB, tempat yang dikira wajar dan tepat untuknya berdasarkan track rekod dan pencapaian, tetapi dia juga tidak dilantik menjadi Exco. Namanya tidak termasuk dalam sembilan nama Exco. Ketiadaan Husam dalam barisan kabienat Kelantan inilah yang anih dan ganjilnya dan menjadi isu di Kelantan kini. Husam memang kalah di perlimen Putrajaya, tetapi dia menang besar di Salor dengan majoriti, 3,683. Apakah mereka yang menyenaraikan nama Husam untuk dihantar kepada Sultan, terlupa yang Husam menang?

Otak dan kepala orang politik tidak mungkin mudah lupa akan perkara-perkara sepeting ini. Fikiran orang politik senantiasa tajam dan cekap. Jadi untuk mengatakan lupa ia adalah mustahil. Ertinya keciciran nama Husam dalam senarai kabinet Kelantan bukan atas sifat kealpaan manusia tetapi disengajakan.

Siapakah yang bertanggungjawab mengugurkan nama Husam? Inilah yang orang ramai ingin tahu. Apakah Nik Aziz atau siapa? Saya mendapat tahu mulanya nama Husam disenaraikan sebagai TMB Kelantan. Ahmad Yaacob mahukan dia menjadi timbalannya. Mungkin Ahmad sedar akan kebolehan Husam. Walaupun Ahmad ada terasa dengan tindak tanduk Husam dalam beberapa hal, tetapi sebagai orang jujur, beliau tidak melupai akan hakikat kebolehan dan kemampuan Husam. Husam sangat diperlukan untuk membantunya terutama dalam menjana pembangunan ekonomi negeri sesuai dengan beberapa plan tindakan yang sudah diambil.

Malangnya ketika sampai ke pihak Istana nama Husam didapati tidak ada? Jadi tidak timbul nama Husam dipotong atau pun di delete oleh pihak istana? Katanya seawal pihak Istana menerima senarai barisan kabinet kerajaan Kelantan nama Husam sudah tidak ada. Ruang yang sepatutnya terletak nama Husam dibubuh dengan nama Mohd Amar. Jadi bila nama Husam sudah tidak ada, maka tidak adalah apa-apa ogehan terhadap Husam. Di sini macam berlaku kolobrasi penipuan Sultan?

Salah seorang pegawal di istana yang terlihat senarai nama itu telah menghubungi seseorang dan dia terkejut kenapa nama Husam tidak ada? Jadi ini mengesahkan bahawa nama Husam dibuang awal-awal lagi oleh pihak lain bukan oleh Sultan. Ertinya permintaan Ahmad Yaacon yang mahukan Husam ditolak sebelum senarai nama itu sampai ke Istana. Tidak tepat kalau ada pihak mengatakan sultan tidak mahukan Husam.

Majlis angkat sumpah jawatan MB dan TMB sudah agak pelik sedikit bila mana ia tidak dihadiri sama oleh Tokguru Nik Aziz. Ia sudah berlaku secara ganjil. Nik Aziz yang lurus dan tidak tahu bertindak sendiri katanya telah dinasihati agar tidak hadir? Beliau malahan dihantar untuk berihat di hospital. Apakah penghantaran Nik Aziz untuk menerima rawatan di hospital itu bagi memberi alasan kepada Sultan kenapa Tokguru tidak hadir? Ah sejahat dan seburuk itu politik PAS ini?

Dan dalam masa sama juga tidak mahu memberi tahu yang senarai kabinet itu tanpa nama Husam? Mati-matian Tokguru ingat majlis angkat sumpah itu akan dihadiri sama Husam. Begitukah. Tokguru yang jujur tidak hadir dan mungkin tidak dirujuk langsung mengernai senarai itu. Tokguru segera menjadi 'tongkorang' buruk dicampak ke tepi selepas nyiur didapati. Ini satu kesilapan dan satu tektik kotor yang cukup jelek kalau ia berlaku. Sebagai bekas MB Tokguru harus berada sama dalam majlis berkenaan. Walaupun ia bukan satu kemestiaan tetapi untuk merai majlis angkat sumpah beliau kena hadir sama. Kalau ini satu perancangan mereka yang memberi idea ini seorang yang jahat. Dan Tokguru jelas terkecong dalam kes ini.

Keciciran nama Husam menjadi tanda tanya dan terkilan besar kepada rakyat Kelantan yang sudah melihat kejayaan Husam sebagai Exco selama ini. Bagi mereka Husam patut diberikan kesempatan, kalaupun tidak sebagai TMB tetapi cukup sebagai Exco bagi meneruskan beberapa projek yang telah dirangkanya. Apa yang berlaku sudah ada 'kadas kenting' dalam politik PAS Kelantan mengenai perkara ini. Kalau sebelum ini perihal 'kadas genting' ini hanya diketahui dikalangan orang dalaman sahaja tetapi dengan apa yang tersembur kini menyebabkan semua orang tahu.

Saya tidak mahu menggunakan alasan Sultan yang bertanggungjawab dalam hal ini. Memang sultan boleh berbuat apa sahaja dengan kuasa sama ada ligal atau lisan ke atas sesuatu yang berlaku di dalam negerinya. Walaupun baginda tidak wajar campur tangan tetapi itu masih haknya yang diterima sebagai halal atas nama batang tubuhnya sebagai sultan. Berani saya mengatakan kalau Sultan memainkan peranan dalam hal ini menafikan keperluan Husam kepada kerajaan PAS Kelantan ia sesuatu yang tidak betul dan perlu diperbetulkan. Tetapi apakah benar sultan bersikap demikian? Saya rasa ia bukan atas ulah sultan tetapi pihak lain yang bijak mencuri keadaan dengan menggunakan nama baik Sultan. Sultan juga terkecong dalam kes ini?

Sebelum ini sudah terdengar cerita-cerita yang Sultan tidak mahukan Husam, tanpa memberi sebab-sebab dan dalil kuat kepada rakyat. Yang didengar ialah bisik-bisik kononya begitu dan begini. Situasi ini menyebabkan timbul tanda tanya sejauh mana akan kebenaran Sultan murka kepada Husam. Kalau benar Husam ada membuat kesalahan Sultan harus perjelaskan menerusi makenisme tertentu biar rakyat tahu. Dan apakah semua kesalahan itu tidak boleh dimaafi atau diperbetulkan? Rasanya ajaran Islam tidak menyarankan begitu. Sifat pengampun dan pemaaf adalah sifat terpuji.

Rakyat khasnya penyokong PAS terkilan dengan apa yang berlaku. Perkara ini perlu disedari oleh semua orang. Kalau Husam ada melakukan kesalahan seperti ditafsirkan oleh Sultan itu tetapi ia tidak melibatkan rakyat atau penyokong PAS. Maksudnya penyokong PAS tidak tahu kesalahan dan kesilapan itu. Apabila penyokong PAS tidak tahu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan ini bakal memberi penyakit kepada PAS.

Apa yang berlaku kini memberi senario yang tidak baik dan ia bakal menyusahkan kerajaan dan kepimpinan Ahmad Yaacob juga. Semua pihak kena tahu seorang menteri besar bukan saja setakat memerlukan mandat 2/3 di DUN tetapi sokongan berterusan dari semua peringkat. Penyokong atau kepercayaan rakyat yang diletak ke Husam bukan kecil. Tidak salah kalau saya katanya orang kedua selepas Nik Aziz mempunyai pengaruh terbesar di kalangan rakyat khasnya kalangan orang muda di Kelantan ialah Husam. Dan kini apabila Tokguru tidak lagi berada dalam 'hegomeni' kuasa, maka Husamlah menjadi ikon kepimpinan di Kelantan.

Sokongan untuk sesebuah kerajaan bukan saja dari kalangan ahli dan penyokong parti sahaja. Tetapi ia memerlukan sokongan rakyat dari semua lapisan masyarakat. Husam memiliki itu semua. Beliau dilihat dan dipandang bukan saja oleh golongan remaja di dalam PAS tetapi di kalangan pegawai-pegawai kerajaan juga. Orang kampung yang dapat mengecapi nikmati menerusi projeknya juga suka. Atau setidak-tidaknya rakyat Kelantan boleh menjadi halwa telinga dengan berbagai-bagai projek pembangunan yang dirancangnya. Setidak-tidaknya dalam keadaan Kelantan tidak mempunyai wang tetapi dia boleh berkhayal untuk mewujudkan projek, sementara orang lain usah nak melaksanakan, hendak berkhayal pun tidak mampu.

Penampilan, cara dia berfikir di respact oleh banyak pihak. Semua itu adalah modal utama untuk pengukuhan kerajaan Kelantan.

Saya tidak mahu memperkecilkan kebolehan Mohd Amar sebagai timbalan menteri besar. Tetapi hakikat apa yang saya sebutkan disaksikan oleh dunia. Justeru pembarisan kabinet Kelantan tidak perlu dibuat atas rasa sentimen peribadi atau kepuakan atau kumpulan, tetapi harus meletakkan kepentingan bersama dan satu keputusan rasional. Kesalahan Husam letak dibelakang bina keyakinan dan harapan baru bersamanya, itu sepatutnya... bukan terus membunuh kerjaya politiknya secara kejam.

Saya ingin kata orang yang berusaha menyingkirkan Husam atau mempengaruhi Sultan (tetapi saya tidak percaya sultan tergamak) agar Husam tidak disenaraikan, jangan bergembira sangat dan seronok dengan apa yang terjadi. Sebuah kerajaan bukan berusia setahun, tetapi lima tahun dan tahun-tahun mendatang. Dalam tempoh itu kerajaaan Kelantan memerlukan gabungan tenaga semua para pemimpinnya. Sekiranya gabungan ini gagal diwujudkan saya membayangkan kerajaan Kelantan yang ada hari ini akan goncang.

Kegoncangan ini bukan saja dari segi perpaduan parti, tetapi juga kegoncangan dari segi kewangan dan lain-lainya. Justeru tanggungjawab Ahmad Yaacob kini besar untuk mencari seorang Husam baru bagi menggati Husam lama itu. Kegagalan Ahmad mendapat pengganti atau seorang yang setaraf dengan Husam dari segi memiliki intelektual politik dan ekonomi menyebabkan Kelantan bermasalah. Kegagalan mendapat pengganti Husam akan dipertanggungjawab kepada beliau. Saya yakin kalau diadakan usaha, apa disebut sebagai perselisihan Husam dengan sultan seperti mana dijaja itu dapat dilendekkan, kerana tidak ada masalah tidak dapat diselesaikan.

Saya pernah menyebut keadaan Nik Aziz dengan Tuanku Ismail Petra semasa menjadi sultan dulu lebih dahsyat lagi sehingga Tuanku enggan bersalam dengan Nik Aziz di Balai Islam, dan Nik Aziz pernah mengangap sultan sebagai bukan manusia, tetapi akhirnya mereka berdua dapat berdamai dan duduk sekali membangun dan memakmurkan negeri. Apa disebut kononnya sultan ada masalah dengan Husam belum sampai ke tahap 'pergaduhan' ayahandanya dengan Nik Aziz satu ketika dulu.

Kepada Husam, biarlah dan redha atas apa yang berlaku. Perkuatkan iman dan kejapkan semangat. Banyak berzikir dan berdoa. Anggaplah apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan saya yakin kebenaran itu akan tetap menang dan ia menjelma selalunya lambat selepas terburainya kepalsuan. Rakyat yang akan bersama kamu. Terbaik, kalau Husam sudah tidak disenaraikan sebagai Exco kerana kononnya Sultan tidak mahu, ambil dan tempatlah Husam di mana-mana institusi pembangunan ekonomi di Kelantan. Jangan sia-sia kepakaran dan kebolehan yang beliau ada. PAS akan rugi besar kalau abaikan Husam kerana PAS telah melantih dan membentuk Husam menjadi Husam lebih 20 tahun tiba-tiba disia-siakan saja.

Ahmad Yaacob boleh memikirkan tempat yang sesuai untuk Husam. Saya percaya Ahmad sedang memikirkan masalah ini dengan serius. Beliau diharap tidak mudah terminum racun dari orang membenci Husam kerana amarah. Untuk ini ia terletak ke atas kebijaksanaan Ahmad Yaacob sendiri. Ujian pertama bagi Ahmad Yaacob sebagai MB ialah menghadapi isu mengenai Husam ini barulah selepas itu rakyat dan serangan-serrangan Umno. Kegagalan menyelesaikan isu Husam dengan baik akan menunjukkan kegagalan beliau juga.

Mohd Amar yang sudah mengangkat sumpah menjadi TMB dan ia tidak boleh diundurkan lagi. Hajat lama yang terpendam sudah diraih. Setelah menjadi TMB seharusnya persepsi, cara berfikir dan melihat sesuatu masalah kena berubah. Dalam melayan kawan-kawan anda yang berdendam dengan Husam jangan berlebih-lebih sangat, sebab mereka adalah tukang halak dan sorak, tetapi yang akan memikulnya anda bersama Ahmad Yaacob. Ingat teman ketawa ramai, teman menangis hanya sedikit atau tidak ada langsung. Yang mengukuhkan kedudukan anda bukan 'desperado' tetapi ahli dan penyokong parti.

Isu Husam ini adalah isu pertama PAS Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz? [wm.kl.6:10 pm 07/05/13]

19 comments:

Hyuuga said...

saya sangat kecewa apabila mendapati nama YB Husam tiada dalam senarai Exco kalaupun tidak sbg TMB...

Unknown said...

Memang macam ada yang tak kene bila nama Husam tercicir.Ramai jugak nak tahu sebab musababnya.Harap Tuan MSO mendapat maklumat yang tepat tentang ini.Di peringkat nasional, khusunya selepas menjadi calon PAS di Putrajaya, saham Husam telah meningkat tinggi dihati para penyokong.Apabila di negeri sendiri bagaikan terpinggir, ia menjadi satu hal yang maha pelik.Begitu juga dengan salah satu artikel dalam Harakahdaily semalam yang terang-terang tertulis "...Husam terkeluar ".Kenapa sampai begitu sekali.

KASIHCIKGU said...

TUAN MSO, jika tidak diperbetulkan tak mustahil dlm PRU14, Kelantan akan ikut jejak Kedah....krisis dalaman PAS lebih jelek bagi rakyat...

Azm said...

PAS Kelantan jgn jadi bodoh macam PAS Kedah dan Terenganu. Kalau nak kalah dalam PRU akan datang cubalah teruskan perangai buruk tu.

bat8 said...

Tuan,

Akhirnya penyakit PAS Kedah sudah berjangkit kepada PAS Kelantan. Penyakit berpuak-puak yang menyebabkan UMNO mengambil kesempatan untuk memerintah Kelantan tahun 1978 dulu sudah berlaku.

Syabas PAS Kelantan. PRU 14 nanti bersedialah untuk menjadi pembangkang. Puak-puak PAS Kelantan lupa bahawa rakyat kelantan bukan penyokong tegar PAS sampai kiamat. Rakyat Kelantan adalah begitu pragmatik, tidak taksub kepada PAS maupun UMNO. Selagi mana-mana pihak yang diberi mandat tidak menyeleweng dan mengkhianati amanah, rakyat akan sokong 100% sebagaimana mereka menyokong Tok Guru walaupun sehebat mana tekanan yang terpaksa dihadapi.

SYABAS PAS KELANTAN!

bat8

ps: Tuan, penyakit pemimpin PAS ni memang sama je ke kat negara ni?

jhass said...

Persepsi orang luar terhadap kepimpinan kerajaan Kelantan pasti akan berubah sekiranya YB Datuk Husam dilantik sebagai Menteri Besar, beliau memang menpunyai karisma sebagai seorang pemimpin yang boleh menjadi pelapis kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.
Dengan perlantikan Ahmad Yaacob, Kelantan akan terus di cap sebagai negeri mundur yg lebih mengutamakan akhirat tanpa memikirkan jalan perubahan hidup yg lebih selesa di dunia.Rakyat Kelantan bertempiaran mencari rezeki di luar yg mana akhirnya membawa mereka ke arah maksiat. Percayalah, lima tahun lagi Kelantan akan jatuh ke tangan BN.

Unknown said...

saya setuju dgn tuan...selain ikon anakmuda,Husam diperlukan utk menjana ekonomi kelantan di saat kerajaan pusat masih di tangan BN..apatah lagi ujian kerajaan kelantan ialah menyiapkan lebuhraya dan stadium.

Unknown said...

Bagi saya anak Kelantan di perantauan
Sdra Husam mempunyai "aura" yanh kuat. Sukar bagi saya nak jelaskan apa dia aura dalam politik... Tapi di Putrajaya tempoh hari, saya nampak Sdra Husam telah membina aura nya sendiri..Individu seperti ini boleh pergi jauh dalam politik dan boleh menjadi pemimpin negara kalau di beri peluang dan tidak di cantas oleh mereka yang cemburu dengan kehebatan Sdra HUsam.

mc said...

Saya merupakan anak kelantan yg bekerja di luar Kelantan. Rata-rata kenalan dan rakan sekerja bertanyakan siapa dilantik menjadi MB Kelantan dan apakah jawatan yang dipegang oleh Husam.

Ini bermakna Husam merupakan ahli PAS yang tersohor di Kelantan dan dikenali oleh penyokong2 di luar Kelantan selepas TGNA.

Saya percaya kehilangan Husam drpd barisan exco menyebabkan suaranya sunyi dari arus perdana.

Ini akan menyebabkan ramai pengundi di atas pagar/pengundi simpati golongan profesional dan anak muda tidak lagi berminat dengan perjuangan PAS.

Adakah ini dimahukan oleh juak2 ulama' di dalam barisan pemimpin PAS Kelantan. Lihatlah nasib Kerajaan PAS Terengganu dan Kedah yg dipimpin oleh Ulama'. Belajarlah dari sejarah.

Unknown said...

sy yg rindukan ulasan mso terasa teramat tepat isu ini dibicarakan terlebih dahulu krn turut merasakan kerugian daripada kehilangan tokoh terbakat husam.... usah dibiarkan tiada kesudahan cah keting sesama sendiri...bknnya luahkan pekung di dada.tp penyelesaian secara jujur dan ikhlas harus dicari...

pas kota damansara juga mohon mso utarakan ke atasan pas... sakitnya hati bila lihat kedegilan puak2 dlmn pas yg satu ni...

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Dah lama saya tak menulis dalam blog tuan. Hari ini saya terasa nak menulis dan nak leaskan geram terhadap PAS Kedah.

Bagi saya, hanya satu kesimpulan mudah yang boleh saya buat kberkenaan PAS Kedah. Pimpinan PAS Kedah memang cekap mengulas sejarah Uhud di zaman Rasulullah SAW tetapi Uhud di dalm parti mereka sengaja tak sedar. Itulah yang mengakibatkan UMNO berjaya naik ke Gunung Jerai dan mengatur panah untuk dilepaskan kepada PAS dan PAS pun tertiarap hari ini.

PAS Kedah hanya mengulangi kesilapan PAS Trengganu pada tahun 2004.

Semoga perkara ini tak berulang lagi pada PAS di negeri-negeri lain. Insya Allah.

wahbah said...

saya lihat masalah ini saling berkait dengan apa yang berlaku dalam pilihanraya yang lepas . cuba perhatikan semua klik modernis utama dalam pas tumbang semua tumbang husam , salahudin , Dr Zulkifli , dan mat sabu . perhatikan pula klik yang dianggap ulama seperti Ust nasarudin , nik abduh pula menang . adakah ia satu kebetulan . saya rasa tidak . cuba lihat komen bersahaja ulama senior seperti ust hadi , Tuan Man tentang kekalahan yang dialami PR dalam pru amat kontradik dengan reaksi Anwar Ibrahim .
di satu pihak pula puak ultra melayu dalam umno dan blogger mereka mulai meniup api perkauman dan memainkan isu penggabungan antara Pas dan Umno dan meminggirkan parti komponen yang lain . Ia dikuatkan dengan alasan gabungan ini akan mengukuhkan melayu dalam menghadapi cina dap yang mendapat banyak kerusi parlimen dan menggugat kekuatan orang melayu .
tidakkah situasi ini akan disusuli dengan langkah pihak pimpinan umno untuk mengajak pas bersatu . ini sejajar dengan apa yang diramal oleh Muhyidin sebelum pilihanraya pas akan keluar dari pakatan kerana mendapat kerusi parlimen paling sedikit dan rasa dipinggirkan oleh paksi Anwar dan Lim Kit Siang . keputusan pilihanraya ini seolah telah dirancang oleh umno untuk kepentingan dan kelestarian kuasa mereka dalam pilihanraya mereka dengan membentuk kerajaan perpaduan yang akan melemahkan pakatan rakyat apatahlagi tiada lagi kebijaksanaan husam musa , kekerasan mat sabu serta pandangan jauh dr zukifli dan salahudin .. sekian

ZaimaZ said...

Insiden ini bukannya penyakit org PAS, tetapi ia adalah penyakit gerombolan UG yg sememangnyta dari dulu lagi nampak YB Husanm sebagai opnghalang. . YB Nik Ammar tika jadi eksko tak mampu selesaikan konflik dalaman YIK dan gagal menaiktarafkan sekolah maahad sehingga kini. Anda gagal YB Nik AMmar! Jgn tempa kegagalan baru lagi dan jgn heret kegagalan anda sehingga meruntuhkan Kerajaan Kelantan yg telah sekian lama di buna oleh Tok Guru dan YB Husam.

Unknown said...

As Salam,
Barisan exco tanpa Husam Musa adalah satu kegagalan besar dalam Kerajaan Kelantan. Banyak isu dari segi ekonomi yang dapat diselesaikan oleh Husam. Perlu diperhatikan perancangan pembangunan Kelantan belum lagi selesai. Tika dan saat ini Kelantan masih lagi dalam era pembangunan. Kerajaan PAS di Terengganu & Kedah sudah cukup menjadi pengajaran. Banyak pelajaran yang boleh diambil. Kerajaan PAS di Kelantan senantiasa akan diperhatikan oleh juak2 umno. Hati-hati dengan ketamakan PAS yang sedang berlaku sekarang. Mudah-mudahan Kerajaan Kelantan terus ditadbir oleh PAS dengan bijaksana dan saksama.

ambo said...

Syabas pd Tuan Mso merakam apa yg terbuku di hati ramai orang. Soalan saya pd pemimpin PAS kelantan ,siapakah yg berkaliber menjadi jambatan penghubung dengan orang muda dan juga dengan pakar ekonomi dalam dan luar negara? Berikan satu nama.

darussalam said...

Baru lepas menonton penjelasan Husam di youtube, saya anak kelantan diperantauan merasa amat sedih dan marah bila ini berlaku, sungguh tidak disangka ini boleh berlaku, buat2 lah berbincang sebelum ianya menjadi parah, jangan marahkan nyamuk kelambu di bakar, ingat sebelum nasi menjadi bubur, jimat sebelum habis

antahberantah said...

Saya bukan anak Kelantan, ttp saya amat berminat mengikuti senario politik Kelantan. Merasa sedih apabila mendapat berita YB Husam tidak tersenarai dlm barisan exco.YB Husam adalah ikon anak muda yang educated.....beraura......energetic professional berfakta dan berfigura apabila berbicara...seorng ekonomist.(mungkin l/belakang agamanya tak sehebat ustz2 YB lain) Ttpi itulah Husam Musa. Banyak tulisan2 beliau yang dibukukan menampilkan banyak facts & fiugures .....dia mengkaji melalui homeworknya. Kenapa dia ditinggalkan????? Saya kira tulisan Pak MSO baru2 ini ada kebenarannya.

Unknown said...

Sebelum PRu13 lagi bisik2 permainan Nik Amar dan teamnya telah tersebar, umum mengetahui Husam tidak berminat kearah Politik berpuak seperti team Nik Amar, saya meluahkan atas apa yg saya dengar cakap2 masyarakat dan ahli2 PAS di epringkat akar umbi. Kalau dikatakan Husam tak menepati masa, bagi saya itu bukan masalah Husam seorang, itu masalah semua pemimpin, baik Umo ataupun PAS. Mereka yg menerajui Kelantan pd hari ini lupa bahawa yg menaikkan mereka adalah rakyat, pengaruh Husam yg kedua tertinggi slps Tok Guru. Bg rakyat Kelantan peringkat bawahan, Nik Amar jauh letinggalan berbanding Husam. Jika PAS Kelantan gagal menempatkan Usam ditempat sebaiknya, saya rasa apa yg berlaku di Kedah dan Terengganu, tak mustahil akan berlaku di Kelantan. Saya taknak ulas kekecewaan pendokong PAS di Kedah di era PAS, ramai org2 yg hebat diketepikan, bahkan dilayan lebih teruk berbanding layanan kpd Umno. Kesimpulannya apa yg telah berlaku sukar utk ditarik balik, tetapi MB baru perlu fikirkan isu Husam, isu mi adalah 50% markah utk PAS Kelantan lingkup pd PRU14, seterusnya jgn lupa utk meneruskan projek2 yg telah dilancarkan, teutamanya Stadium dan Lebuh Raya Rakyat. Kalau anda gagal, seluruh rakyat akan menyalahkan kalian, Husam dahpun terlepas dari bebanan tersebut, bagi team Nik Amar, rakyat memerhatikan anda

abdulhalim mustafa. said...

baca tulisan mso 7.5 2013 dan hasil darpada tulisan itu dan apa yang dibimbanngi oleh mso itu benar2 terjadi hari ini dikelantan.ertinya pandangan luas mso cukup2 dikagumi.