Friday, May 17, 2013

Meninjau Emas di Tapak Tuan Aceh Selatan

CATATAN PERJALANAN                                                                                               

Semasa mengunjungi kota Tapak Tuan di Aceh Selatan dua minggu sebelum pilihan raya lepas saya sempat singgah di sebuah perkampungan yang kini menjadi sebutan ramai kerana kawasan itu kaya dengan bahan galian (mineral) terutamanya emas, biji besi, kuprom dan lain-lain. Kampung dimaksudkan itu ialah Sawang.

Kiri kanan adalah bangsal kilang emas di Sawang.
Sawang terletak kira-kira 30 km dari bandar Tapak Tuan yang dikenali dengan Kota Singa. Adapun ia disebut Tapak Tuan sempena dengan seorang pertapa yang alim. Nama pertapa itu tidak diketahui. Kesan tapak kakinya ada tertinggal di atas sebongkah batu di sebuah telok di pantai Aceh Selatan, maka itu bandar itu dinamakan "Tapak Tuan". Saya percaya kesan tapak kaki itu adalah replika atau pun bukan yang original.

Penemuan emas di Sawang sejak beberapa tahun lalu. Tepatnya selepas Aceh dilanda bencana tsunami 2004. Ia menjadi tumpuan penduduk Aceh bukan saja dari Aceh Selatan tetapi sampai dari Bandar Aceh atau Aceh Besar juga. Bahkan mereka yang datang mencari rezeki di daerah Sawang, nun jauh dari Jawa Timur yang bertindak sebagai penggali. Orang Jawa terkenal dengan kepakaran dan berani untuk melakukan kerja-kerja pengerudian di bawah tanah hingga sampai 60 hingga 100 meter ke dalam.

Hari ini kerja menggali dan membawa turun bongkah batu dari gunung atau memproses emas dari ketulan batu batan merupakan kerja utama penduduk di daerah berkenaan di samping kerja-kerja kampung lain, bertukang rumah, nelayan ataupun bersawah padi dan menanam sayur-sayuran.

Proses menghancurkan batu.
Boleh dikatakan hampir seluruh penduduk daerah itu terlibat dengan kerja atau industri berkenaan. Masing-masing terlibat mengikut kepakaran dan kebolehan masing-masing. Dari menggali emas di sebuah kawasan terletak di lembah gunung Sawang itu, membawa turun sampailah kepada mengayak atau mengasingkan emas dari selut dan pasir di kilang-kilang yang terletak di kaki gunung sejauh 5 km.

Khabarnya kehidupan penduduk kampung berkenaan dan kampung berdekatan berubah wajah dan roma sejak penemuan bahan paling bernilai itu. Penemuan logam itu memberi sumber pendapatan baru kepada penduduk setempat.

Menyaksikan industri berkenaan dilakukan secara total tradisional mengasyikkan. Sekaligus ia menggambarkan bahawa masyarakat Aceh masih jauh ketinggalan dan masih hidup seca tradisi tetapi mereka mahir mengenainya. Semua mereka yang terlibat dengan kerja menggali sampai ke mengayak adalah kaum lelaki. Inilah keistimewaan orang Aceh mereka tidak menggalak kaum perempuan berkerja di luar rumah kecuali bertani.

Sekali pandang kegiatan penduduk di situ tidak ubah seperti kumpulan semut yang berkerja dalam satu kumpulan besar menguruskan kehidupan mereka secata tersusun dan semuljadi. Di kiri kanan jalan memasuki ke perkampungan itu sepanjang kira-kira 20 km dari jalan besar, terlihat oleh kita rumah-rumah kecil alias bangsal yang ditempatkan kilang memproses atau mengasingkan emas. Keadaanya persis seperti sebuah pekan cowboy yang sibuk dengan kenderaan motosikal yang menjadi kenderaan utama memunggah bongkah-bongkah batu ke kilang pemecah.

Salah satu mesin penggiling batu.
Bangsal itu didirikan di sepanjang jalan. Di sebelah kanan masuk ke kampung itu ia di dirikan di atas sepanjang tebing sungai Sawang. Kejerinihan air sungai ini mendamaikan. Mengikut hitungan rambang saya lebih 100 buah rumah atau bangsal yang dibina dengan kayu dan beratapkan daun nipah. Di setiap bangsal itu ada sebuah mesin untuk mengasingkan tanah, batu-batan dari emas.

Proses mengasingkan serbuk emas dari batu dan pasir ringkas saja. Mulanya batu-batu yang dibawah turun diketuk agarnya pecah kemudian digiling dengan mesin yang mempunyai empat atau lima roller.  Habuk gilingan akan dialirkan menerusi satu saluran untuk dimendapkan ke dalam air yang bercampur dengan selut. Selut yang mengandungi serbuk emas itu akan disaring menggunakan kain atau penapis.

Bentuk serbuk emas yang sudah disebatikan.
Melihat rupa bentuk atau teknik mesin itu ia adalah made in Sawang, 100% ertinya mereka mencipta sendiri mesin pengasing berkenaan. Mesin itu menunjukkan daya kreatif dan inovatif masyarakat Aceh yang suka mencipta barang-barang berkaitan mesin untuk kegunaan sendiri. Selepas diasing debu-debu yang sudah dihancurkan akan disaring dan mendapkan ke dalam air kemudian serbu emas itu, yang merupakan bintik-bitik dipadukan dengan raksa.

Itu kegiatan di bawah bukit, tetapi berlainan pula kegiatan menggali dan menggerudi ketulan batu emas di lembah gunung Sawang yang terletak kira-kira 5 atau 6 km dari kawasan pemerosesan (kilang). Di atas bukit Sawang dan lembahnya kedapatan ratusan lubang yang ditutupi dengan khemah biru. Kerja-kerja menggali emas ini sungguh mengkagumkan dan ia merbahaya. Lubang seluas 4 kaki pesegi digali atau memuatkan seorang untuk turun ke bawah. Kedalamannya mencecah sehingga 60 meter hingga 100 meter dalamnya. Menurut maklumat pernah berlaku kemalangan jiwa di dalam lubang berkenaan.

Bentuk jalan untuk naik ke gunung Sawang.
Untuk naik ke puncak gunung Sawang saja sudah meletihkan. Kita akan berjalan atau menaiki motorsikal yang dibawa secara lasak sejauh kira-kira 2 km. Untuk naik dan turun memerlukan masa kira-kira 1 jam setengah.

Sepanjang jalan menuju ke gunung itu berliku-liku dan di tengahnya berlorong macam laluan gajah atau kerbau. Hanya pemandu yang cekap saja dapat menunggang motorsikal dijalanan berkenaan. Terdapat ratusan motor yang naik turun untuk mengambil bongkah dan membawa turun ke bangsal penghancur. Laluan itu menjadi seolah-olah trek perlumbaan motorsikal lasak.

Di bawah khemah inilah lubang untuk turun ke bawah.
Mereka yang bekerja membawa bongkah batu dan pasir ke bawah itu kebanyakan penduduk tempatan terdiri dari kaum remaja. Ada juga yang datang dari luar Aceh Selatan. Setiap buah motorsikal akan membawa lima hingga tujuh bongkah dengan kadar upah satu bongkah atau satu guni RM1.50

Mereka mula berkerja dari seawal pagi jam 8:00 pagi hinggalah ke waktu senja dan ada kalanya membawa ke malam tanpa ada rihat. Mereka bekerja tujuh hari seminggu. Ditanya pendapatan pemunggah bongkah atau guni batu ini seharian mereka akan memperolehi di antara RM20 hingga RM30.

Lubang yang hanya muat seorang untuk turun ke bawah.
Manakala pendapatan bagi sehari untuk satu kilang sekitar 1 mayan emas, atau sekitar RM100 hingga RM150. Emas-emas yang sudah ditepukan dengan raksa akan dijual. Pengilang tidak perlu membawa emas ke bandar kerana sudah ada taukeh-taukeh yang datang membeli di kilang, atau mereka sudah menempah awal-awal.

Menurut satu sumber kapasiti emas yang terdapat di gunung Sawang dan disepanjang lembahnya dianggar 30 kilometer tidak terhitung. Masih kedapatan kira-kira 300,000 ekar kawasan yang masih belum terusik dan dipercayai kawasan ini mempunyai kepadatan emas yang tinggi.

Tidak anihlah kalau Tapak Tuan kini sedanag menjadi tumpuan para taukeh emas di beberapa negara jira termasuk Cina dan Malaysia. Pelabur asing juga sudah mulai meninjau ke situ dan sekiranya tidak ada apa-apa aral melintang Tapk Tuan akan menjadi pusat pelombongan emas terbesar di Aceh dalam sedikit masa lagi. [wm.kl.8:50 pm 17/05/13]

3 comments:

Unknown said...

Salam tuan MSO,

Laporan tuan setanding national geographic...saya amat terharu apabila tuan menyatakan penemuan emas ini berlaku selepas Acheh dilanda bencana tsunami 2004...maha suci dan maha kaya Allah swt...

Unknown said...

"inilah keistimewaan orang Aceh mereka tidak menggalak kaum perempuan berkerja di luar rumah kecuali bertani"- kedengaran diskriminasi.Sejujurnya,memang saya tidk perlu ada perempyan di ofis,di lapangan kerja.Kerna masalah pelbagai timbul dengan gosip nya,sukar di kawal,sensitif,dan kinu terlalu ramai perempuan.. malas membaca,cuba bercerita politik secara extream,mengutuk sesiapa yg tidak.menyokong kerajaan secara emosi bukan fakta.Fakta kalau ada cedok tv3. maaf ,tuan.terkeluar sedikit dari tajuk,phrase tuan yang di tulis tuan mencetus pandangan dalam.minda saya.Sebab juga, kini ramao perempuan yg tidak cerdik,tidak peka hal semasa dan malas membaca walaupun seorang graduan.

Unknown said...

MAAF saudara ku,kita di aceh memang menjaga marwah seorang kaum perempuan yg tak terbiasa dgn kebebasan di luar dan selaku perempuan mesti punya sikap malu,perempuan aceh dia menunggu di rumah dan si lelaki yg cari rezeki...heheeeee