Friday, May 10, 2013

Tugas Untuk Exco Baru Kelantan Sudah Diagih

LAPORAN LEWAT                                                                                                                

Semalam Khamis, Menteri Besar Kelantan yang baru, Ahmad Yaacob telah mengumumkan portfolio untuk semua barisan anggota Exconya. Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan yang dipengerusi oleh Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Pengumuman itu menampakkan sedikit perubahan atau pun pertukaran potfolio di kalangan anggota Exco. Perkara ini tidak pelik kerana pengubahsuaian itu perlu dilakukan kerana ada muka baru menyertai barisan Exco Kelantan itu.

Keseluruhan pembahagian tugas dan tanggungjawab itu nampak kemas dan Ahmad tidak melakukan perubahan besar untuk mencerminkan stail atau pun bentuk pentadbirannya. Belau masih mengekalkan komposisi tugas dan tanggungjawab seperti mana yang dilakanakan sebelum ini. Tampaknya Ahmad tidak membuat penyalinan anggota Exco dan masih yakin Exco sebelum ini mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.



Seperti dikatakan tadi kerana ada empat muka baru; Hanifa Ahmad, Muntaz Nawi, Dr Ramli Mamat dan Nasaruddin Daud, hendak tidak hendak perubahan dan penyesuaian dilakukan. Tiga muka lama yang tidak disenaraikan dalam barisan Exco ialah Husam Musa, Wan Ubaidah Wan Omar dan Takiyuddin Hassan yang berpindah ke kerusi parlimen.

Ketiadaan Husam Musa yang sempat menimbulkan sedikit keributan dalam 'telak' bagaimana pun reda dan selesai apabila Husam sendiri dapat menerima ketiadaanya dan menyatakan kesediaan membantu kerajaan negeri jika khidmatnya diperlukan. "Saya berjuang bukan kerana jawatan tetapi kerana Islam" begitulah kira-kira gambaran Husam mengenai pendiriannya. Ketiadaan Husam sempat yang sempat menghangatkan suasana politik di Kelantan, tetapi atas kebijaksanaan Husam ia dapat dikawal. Alhamdulilah.

Mereka yang dikekalkan tetapi bertukar atau berlaku perubahan tugas ialah Annuar Tan Abdullah, Mohd Anizan Abdul Rahman, Abdul Fatah Mahmod, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi. Manakala Mohd Amar Nik Abdullah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Besar.

Dalam pembahagian tugas itu Ahmad Yaacob memegang portfolio Pentadbiran Awam, Perancangan Eokonomi dan Kewangan di mana portfolio ini dahulu dipegang oleh Husam Musa. Bagaimana pun portfilo Kebajikan yang turut dipegang Husam dilepaskan kepada orang lain.

Manakala Mohd Amar Nik Abdullah diberi tugas untuk memegang potfolio Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli di mana portfolio ini dahulunya dipegang oleh Ahmad Yaacob.

Mohd Anizan Abdul Rahman pula diberi tugas dan tanggungjawab baru dengan memegang portfolio Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan di mana dulunya ia dipegang oleh Annuar Tan Abdullah. Perubahan ini dikira wajar memandangkan portfolio yang dipegang oleh Anizan sebelum ini memerlukan seseorang yang berkebolehan tinggi dalam bidang berkenaan.



Annuar Tan Abdullah pula kini memegang portfolio Perindusterian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat.

Sementara itu Abdul Fatah Mahmood yang dulu memegang portfolio Belia, Sukan dan NGO kini diberi tanggungjawab untuk memegang portfolio Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dulu dipegang Takiyuddin Hassan. Pertukaran ini juga merupakan satu perluang baru untuk Fatah memperluaskan pengalamannya dalam aspek pentadbiran pengurusan.

Che Abdullah Mat Nawi masih dikekalkan dengan portfolio asalnya Pertanian  Bio Teknologi dan Teknologi Hijau.

Begitu juga dengan Mohd Fadzli Hassan diberi tugas dan tanggungjawab baru dan ini boleh dianggap sebagai satu peluang mempeluaskan pengalaman beliau dalam aspek pentadbiran. Beliau ini diberi portfilo Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

Sementara tempat beliau kini diambil alih oleh muka baru Nasaruddin Daud yang akan bertanggungjawab ke atas portfolio Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau di mana portfolio ini kena dan sesesuai dengan kebolehan yang dimilikinya.

Dua lagi muka baru Muntaz Nawi diberi portfolio Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat. Dulunya portfoilo ini dipegang oleh Wan Ubaidah.

Manakala Dr Ramli Mamat mengambil portfolio Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dulunya dipegang Abdul Fatah Mahmod.

Kepada Ahmad Yaacob dan semua barisan Exconya diucapkan syabas semoga mereka akan menjalankan tugas dengan baik dan komit dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Setidak-tdiaknya untuk tempoh lima tahun ini kpesatan, kemajuan atau kemunduran atau kelemahan Kelantan akan menjadi tanggungjawab mereka. Rakyat akan menanti suku tahu pertama apakah perubahan dan pendekatan baru yang bakal dibuat oleh setiap daripada mereka. [wm.kl.11:36 am 10/05/13]

No comments: