TAZKIRAH JUMAAT
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah telah meletakkan pelancongan sebagai sandaran untuk menjana ekonomi negeri Kelantan. Tindakan itu untuk tidak begitu bergantung kepada hasil balak yang merupakan penyumbang kewangan utama bagi negeri Kelantan sejak berdekad lalu.
Langkah itu sesuatu yang tepat sekali memandangkan Kelantan mempunyai berbagai produk pelancongan yang masih belum dikomersilkan. Apa lagi kapastiti balak yang boleh ditebang sudah berkurangan. Mungkin juga kuota kawasan balak yang dibenarkan sudah pun habis atau melewati had dibenarkan.
Mengenai aset pelancongan ini disedari sejak lama dulu lagi. Selain daripada hasil balak serta bahan meneral lain; biji, besi, tembaga atau emas, pelancongan dan pertanian merupakan dua bidang yang perlu diberi keutamaan. Negara-negara yang ketiadaan sumber asli telah menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan negara.
Tampaknya pengalaman yang dilalui negeri Sabah menjadi ikutan Mohd Amar. Katanya satu masa dulu Sabah juga bergantung kepada hasil balak untuk menjana ekonomi dan pembangunan sosial di negeri berkenaan. Hari ini ternyata Sabah menjadi negeri destinasi pelancongan utama.
Untuk melontarkan harapan dan impian seperti apa dilakukan Mohd Amar itu mudah. Tetapi untuk melaksankannya bukan perkara gampang, ia memerlukan pengetahuan dan kepakaran untuk mengolahkan Kelantan sebagai sebuah negeri pelancongan. Untuk tujuan ini Kelantan jangan saja bergantung kepada modal atau aset tradisi untuk mewujudkan keadaan ini.
Misalnya Kelantan jangan berharap kepada aset pelancongan tradisi seperti budaya dan batik serta kraftangan lain. Aset atau modal pelancongan juga harus berkembang dan selari dengan putaran alam dan tuntutan kontamporari manusia. Permainan tradisi dan batik dan kraftangan mungkin ia menjadi tarikan atau perkara baru kepada pelancong luar tetapi tidak lagi untuk pelancong tempatan dan dalam negara yang sudah arif mengenainya.
Sebaliknya produk-produk baru atau destinasi palancongan baru hendaklah dijelmakan bagi menarik minat orang luar ke Kelantan. Untuk memastikan industeri pelancongan lebih maju pastikan pelancong luar negara ikut serta. Tanpa sumbangan pelacong atau pelawat luar negara tidak mungkin industri pelancongan menjadi penyumbang ekonomi negeri. Sebab kuasa pembeli pelancong luar negara adalah tinggi.
Dalam hubungan ini saya tampak satu produk atau pun aset pelancongan yang belum dibangunkan secara serius oleh kerajaan Kelantan ialah beberapa lokasi atau pun tempat menarik yang ada di sekitar negeri Kelantan. Apa dimaksudkan itu ialah alam sekitarnya yang tidak kurang hebat berbanding dengan Sabah dan Sarawak.
Negeri Kelantan mempunyai beberapa lokasi atau panorama alam semula jadi yang menarik dan unik. Banyak kedapatan gunung ganang atau tanah tinggi yang sesuai untuk pelancong berihat dan menikmati alam semula jadi tanpa diunsuri pemodenan. Antaranya seperti gunung Ayam di Kuala Krai, gunung Stong, Dabong, Lata Ikan dan sebagainya serta tanah Tinggi Lojing. Semua loksi ini menarik dan boleh dijadikan produk atau destinasi pelancongan menarik.
Seperti mana kita sedia maklum keistimewaan yang ada di gunung Stong ialah air terjun yang ketinggiannya dikatakan tertinggi di Asia. Ini satu produk pelancongan yang sungguh berharga. Sudah pasi bagi mereka yang suka memanjat gunung boleh mencabar ketinggian gunung berkenaan. Bagi memeriahkan lagi kawasan berkenaan berbagai prasarana atau pun kemudahan lain boleh dibina di situ. Satu plan pembangunan khas untuk gunung Stong boleh dirancangkan mulai sekarang.
Selalu para Exco dan juga pegawai kerajaan Kelantan mengadakan lawatan ke luar negara terutamanya bila akhir tahun. Apakah pengalaman yang ditimba di negeri-negeri asing itu tidak dapat dibawa balik dan dimanfaatkan untuk membangun industeri pelancongan di negari ini. Kita berharap mereka bukan saja sekadar pergi membeli cenderamata dan 'pukul gambar' di situ kemudian balik dan tunjukkan kepada anak-anak dan isteri serta rakan-rakan sekepergian.
Sebaliknya aktiviti pelancongan atau prasarana pelancongan yang wujud di sekitarnya hendaklah diimport balik dan dibangunkan dilokasi-lokasi seperti di gunung Stong itu. Dalam kata lain hendaklah diaplikasikan di dalam negeri sendiri.
Seperkara lagi bila bercakap soal pelancongan ia bukan saja terbatas kepada produk atau hasil keluaran negeri atau tempat-tempat menarik seperti gunung, pantai dan bukit bukau, dunia pendidikan juga boleh dijadikan produk pelancongan yang baik dan menguntungkan. Pendidikan boleh dijanakan menjadi serampang dunia mata. Selain daripada mengubah landskap negeri ia juga dijadikan pusat kependidikan negeri.
Apa yang dimaksudkan di sini Kelantan boleh muncul menjadi negeri yang mempelopori pendidikan Islam. Gelaran Kelantan sebagai Serambi Makkah tidak digunakan sepenuhnya. Umum membayangkan bila Kelantan disebut Serambi Makkah ia adalah negeri yang hampir sama atau di segi kemakmurannya dan kegloblisasi pendidikan seperti di Makkah dan Madinah. Kelantan sudah lama terkenal dengan negeri tadahan wahyu kerana kewujudan banyak instutusi pengajian pondok di sana.
Masa sudah berubah. Pondok kini sudah beransur menghilangkan identiti diganti dengan institusi moden yang masih megekalkan ciri-ciri atau konsep agama dan Islamnya. Ertinya tunjang dan benih Islam masih berada di bawah bumi Kelantan. Bumi Kelantan masih subur untuk menumbuhkan biji Islam. Mengapa tidak Kelantan dijadikan korido pendidikan Islam yang tersusun, kemas dan bersistemetik? Jadikan Kelantan lembah ilmu sesuai dengan kedudukan dan gelaran yang diterimanya sejak lebih 100 abad lalu.
Mungkin keewangan menjadi masalah. Diskirminasi dari Pusat menjadi penyebabnya. Sebenarnya itu tidak menjadi penghalang utama. Kembalilah kepada fitrah di dunia ini. Semua negara bermula dengan miskin dan ia menjadi kaya kerana usaha penduduknya. Tidak ada negeri di dunia ini dilambakkan dengan wang ringgit, tetapi Tuhan hanya membekalkan kita sedikit kekayaan (material). Yang penting ialah sikap dan cara kita berfikir.
Contoh klasik untuk kita mengambil perhatian atas ini ialah mengenai Makkah. Makkah dulu negeri yang kering garing dan tidak ada apa-apa sumber lain. Makkah menjadi tumpuan para kabilah apabila air zam-zam ditemui. Air zam-zam bolehlah diibartkan kepada sumber mineral asli Makkah. Nah, Kelantan memiliki sumber mineral yang berbagai dari apa yang ada di Makkah itu. Kemajuan dicepai selepas itu ia bergantung kepada bagaimana kita berfikir untuk menguruskannya. Tidak mungkin kita akan diberikan seorang Nabi seperti Muhammad, tidak mungkin. Tetapi yang pastinya di Kelantan ramai mereka yang mengetahui ajaran dan risalah dibawa Muhammad?
Saya yakin kalau semua Exco dan pihak tertentu di Kelantan menggabungkan pemikiran, mereka dapat mewujudkan lembah ilmu di Kelantan dengan pembangunan sekolah atau pun pendidikan Islam yang terbesar dan hebat. Nah, apabila sudah wujud institusi inilah maka pendidikan itu nanti akan menjelma menjadi produk pelancongan kepada Kelantan. Sudah pasti orang akan berbondong-bodong untuk ke Kelantan bagi menimba ilmu di sana.
Yang hadir nanti bukan saja orang dalam negera, atau negeri-negeri jiran negara kita tetapi nun jauh dari benua Afrika, Timur Tengah hatta dari Altartika sekilipun. Sudah menjadi lurmah manusia di mana ada air dan cahaya di situlah mereka akan berkumpul. Kedatangan dan pengumpulan itulah nanti akan memberikan sumber kewangan kepada Kelantan.
Apa yang hendak saya tegaskan dalam 'khutbah' ini, apabila Mohd Amar menyebut pelancongan akan dijadikan sandaran utama, janganlah lupa masukan juga pendidikan itu sebagai salah satu daripada cabang yang akan mendatangkan sumber kewangan kepada Kelantan. Jangan melihat pendidikan hanya menghabiskan wang bukan boleh menjanakan kewangan. Berfikirlah secara kolektif bukannya secara individulistik. [wm.kl.12:10 pm 31/05/13]
4 comments:
Jikalau pendidikan hendak dijadikan produk pelancongan di kelantan maka patutnya TMB kelantan (bekas Exco Dakwah dan Pendidikan) telah rancangkan semenjak 2 penggal yang lalu.. Tp sayang, setelah disedari hasil balak kian menipis baru terfikir utk pelancongan?? Tp saya tak salahkan exco kelantan dlm hal ini krn sememangnya utk mningkatkan sektor pelancongan modalnya adalah besar.. ianya seolah habis modal utk menebas, membersihkan ladang dan menanam sblm kita tuai hasil. Namun semoga perancangan yg baik dari kerajaan negeri berjaya hendaknya wpun byk halngan dan rintangan
Untuk memajukan sektor pelancongan, ambil Melaka sebagai contoh. Apa yang dimulakan oleh Rahim Thamby Chik di Melaka itu telah terbukti berjaya dan tidak ada mana-mana negeri pun di Malaysia yang dapat menandinginya. Sedangkan Melaka bukan ada apa pun sekadar peninggalan artifak sejarah. Negeri pun kecil tidak seperti Kelantan. Tetapi kejayaan Melaka adalah kerana kejituan perancangannya dan keazaman teguh penjawat awam untuk menjayakannya. Jika diambil 'blue print' Melaka diubahsuai menjadi 'blue print' Kelantan, saya yakin Kelantan akan lebih berjaya, InsyaAllah.
majukan pantai PCB , tok bali n pantai bachok sebagai tempat pelancongan utama .... buat macam port dickson ..... bina hotel banyak-banyak.... buat acara air n tepi pantai macam bola sepak pantai, bola tampar pantai.... pertandingan bina istana pasir ke....
Ha, ha yb nye rancangan memang bagus, cuma tak practical, kalau nak tingkatkan hasil negeri mana boleh melalui Perlancongan, lagikan pulak pendidikan. Rujuk perlembagaan Persekutuan hasil negeri Adalah tanah dan hasil bumi Serta hasil agama Islam.
Jika kerajaan negeri melabur dlm pembangunan kawasan Perlancongan hasil hanya secara tak langsung boleh diperolehi melalui anak Syarikat kerajaan negeri yang maju Kan atau urus sesuatu kawasan perlancongan.
PnL (Profit n Lost) kerajaan negeri seringgit pun tak terjejas. Yg dapat secara langsung Adalah cukai korporat(lhdn) cukai jualan n perkhidmatan(kastam) ni semua agensi federal.
Post a Comment