Sunday, May 5, 2013

Penyokong PAS Terlebih Konfiden

LAPORAN DARI KELANTAN                                                                                        

Malam tadi  berlaku perarakan kereta dan motosikal di bandar Kota Bharu dan bandar-bandar lain. Puluhan kereta dan ratusan motiosikal yang membawa bendera PAS, PKR menjelajahi di jalan-jalan utama menuju ke bandar Kota Bharu. Mereka bergerak dari arah semua bandar lain dan seolah-olah berhimpun di Kota Bharu.

Keadaan Kota Bharu dan bandar lain riuh randah dan bingit dengan bunyi kenderaan dan sesekali hon yang tidak putus. Perakan itu juga membabitkan beberapa buah lori yang membawa berbagai replika yang diarah masuk untuk menuju ke Kota Bharu dan bandar lain juga. Misalnya sebuah lori memasuki Kota Bharu seawal jam 9 malam yang membawa replika roket.

Beberapa buah lori yang memuatkan tidak kurang 20 orang kanak-kanak dipercayai murid sekolah dibawa dengan lori sambil mengibarkan bendera bulan dan juga dacing. Di jalan menuju ke Pengkalan Kubur Tumpat terdapat sembilan buah lori yang memuatkan anak-anak remaja yang membawa bendera PAS dan sebuah lari yang menghala ke arah bertentangan dengan lori PAS membawa bendera dacing.


Saya membuntuti lori yang membawa remaja yang memakai t shit dan topi berlambangkan dacing. Mereka menjerit-jerit dan melaung antara lain, TUKAR... TUKAR yang dimaksudkan agar menukar kerajaan PAS, dan juga laungan Umno Baik....Umno Molek daripada PAS.

Setiap kali lori berkenaan tiba di pos PAS mereka akan dijuah oleh penyokong PAS manakala mereka pula akan megacah-acah dengan bendera dari atas lori. Saya yang mengekori dari belakang bimbang melihat keadaan itu kerana ia boleh mencetuskan sesuatu kejadian tidak baik.

Ekoran berarakan itu juga jalan raya yang menerima jumlah kenderaan berlebihan menjadi sesak dan padat.

Hal yang sama juga katanya berlaku di Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tanah Merah. Ternyata perarakan malam tadi dimenangi oleh PAS dengan nisbah 10: 3.

Khabarnya perarakan bukan atas arahan parti tetapi ia atas inisiatif anak-anak Kelantan yang pulang dari perantauan. Tidak terdengar ada arahan dari mana-mana pihak agar mengadakan perarakan berkenaan.

Melihat kepada 'kegilaan' perarakan yang berlaku di seluruh bandar Kelantan semalam menunjukkan penyokong PAS (sekiranya yang memasang benderaan bulan itu benar orang PAS) mereka terlebih yakin atas kemenangan PAS. Atau boleh jadi juga perarakan malam tadi adalah pywar yang terakhir dari PAS kerana bimbang mereka akan kehilangan kerajaan Kelantan. Yang pastinya tentangan dari Umno kali ini adalah sengit.

Bagaimana pun fenomena yang berlaku malam tadi terutamanya ada lori yang membawa kanak-kanak sekolah sesuatu yang tidak baik kepada politik negara ini. Tidak seharusnya kanak-kanak diherek sama ke dalam kancah politik sebegitu rupa sekali.

Apa yang berlaku malam tadi wajar diberi perhatian oleh parti-parti politik dan juga SPR. Apakah perarakan berbentuk provokati begitu wajar dilakukan ataupun tidak. Kesesakan jalan raya malam tadi juga saya nampak kerana kelemahan pihak polis untuk mengawal keadaan ataupun membuat apa-apa hebahan agar tidak berlaku pesta perarakan.

Sehingga tengah hari ini beum ada indikator jelas di barung atau pos-pos untuk membuat prediction parti mana yang bakal membentu kerajaan. Cuma kalau berpandukan kepada indikator awal, nampaknya PAS masih mampu untuk mempertahankan kerajaan negeri tetapi dengan kejatuhan beberapa buah kerusi.

Sekurang-kurangnya dua kerusi Parlimen juga akan hilang. Cuaca di seluruh Kelantan hari ini baik jo'on. Di harapannya akan membawa ke tamat tempoh jam 5:00 petang. Bersambung. [kb.kel.12:11 pm 05/05/13]

No comments: