Monday, May 13, 2013

Perlantikan Mahfuz Sebagai Pesuruhjaya Tepat

SESUDAH SUBUH                                                                                                            

PAS telah membuat pertukaran ke atas Pesuruhajaya PAS Kedah dengan melantik Mahfuz Omar sebagai  Pesuruhjaya baru bagi mengganti Azizan Razak yang kini keuzuran. Perlantikan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasapas PAS Pusat semalam dikira tepat dan cepat memandangkan PAS Kedah kalah dalam pilihan raya.

Mahfuz Omar
Perlantikan atau pertukaran Pesuruhjaya itu sebenarnya lewat sedikit. Sepatutnya PAS peka terhadap masalah PAS di Kedah dan perlu menukarkan Pesuruhjaya selewat-lewatnya sebulan sebelum pilihan raya. Tetapi kata orang takdir tidak siapa tahu. Walaupun sudah banyak suara yang menyatakan kebimbangan dan kurang senang dengan gaya kepimpinan Azizan Razak, tetapi PAS semacam sengaja membiarkan kerana tidak mahu bergaduh dengan Azizan.

Sikap tidak mahu bergaduh atau tunduk kepada individu yang tidak menguntungkan perjuangan satu pegangan yang tidak benar dan tidak sepatutnya dijadi amalan. PAS Pusat khasnya presiden seharusnya berindak tegas dari awal lagi bagi mengelakkan apa yang sudah berlaku. Seorang presiden sepatutnya sapat membaca apa-apa nyang berlaku yang boleh membawa kecelakaan kepada parti.


PAS Kedah bersama PKR dan DAP kehilangan kerajaan dalam pilihan raya itu. Antara puncanya ialah kerana sikap 'cenging' Azizan Razak yang tidak peduli kepada pandangan orang lain. Ekoran itu berlaku perbalahan di antara beliau dengan timbalannya Pesuruhjaya I, Fakharorazi. Perbalahan itulah itu menmgheretkan PAS Kedah tidak tenang sehingga ke hari mengundi.

Perbalahan Azizan dengan Fakhrorazi sesuatu yang dramatik dan ia tidak dapat dilengsaikan dengan baik keadaan ini menyesalkan ahli dan penyokong PAS yang mana akhirnya membawa kekalahan.

Selain itu sikap degil Azizan yang tidak mahu menerima pandangan orang lain dan ralik dengan ideanya sendiri dalam beberapa isu menyumbang kepada kekalahan. Antara tindakan Azizan yang tidak disenangi ahli tetapi diteruskan ialah dasar berbaik-baik dengan Umno berlebihan. Ternyata dasar ini tidak memberi keuntungan kepada PAS apabila gagal menarik sokongan tambahan dari orang Melayu. Azizan sila membaca perkara ini.

Apa yang berlaku perlu diambil iktibar oleh semua pimpinan PAS Kedah. Dengan perlantikan Mafzuz menjadi tanggungjawab besar Mahfuz untuk memulihkan semangat ahli dan penyokong PAS Kedah. Paling penting ialah merapatkan saf kepimpinan PAS negeri berkenaan.

Dalam hal ini Mafuuz perlu menggunakan hubungan baik beliau dengan semua orang untuk memastikan barisan kepimpinan PAS Kedah untuk lima tahun akan datang dapat bekerja dengan baik dan penuh iltizam untuk merampas balik Kedah.

Yang sudah berlalu biarlah berlaku. Ambillah iktibar atas apa yang terjadi. Mungkin kekalahan dan kehilangan kerajaan minggu lepas Allah hendak berikan dan gantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna dari itu kepada PAS Kedah.

Mahfuz inysaAllah akan berjaya memimpin dan memberi semangat baru kepada masa depan PAS Kedah dengan syarat semua pihak tidak dengki dan khianat dan memberi kerjasama. Paling penting bagi Mafuz ialah membersihkan segala tohmohan yang dilemparkan ke atas PAS Kedah selama ini yang kebanyakannya dilakukan oleh ahli jemaah parti itu sendiri. Elemen gunting dalam lipatan yang wujud di Kedah hendaklah dibenteraskan.

Kegagalan Azizan mengatasi masalah yang ditimbulkan ahli jemaah sendirilah antara punca besar kenapa PAS Kedah apabila hilang tumpuan dan terpaksa menghabis masa untuk menjawab apa yang ada di dalam kain sendiri. Tidak mengapa kejahatan ahli jemaah sendiri itu boleh di atasi apabila semua ahli PAS nekad dan sekata dalam melaungkan takbir Allhuakbar untuk mencapai kemenangan di masa depan.

Apa yang Allah takdirkan ke atas muka bumi ini baik kepada kita atau kepada orang lain semuanya ada hikmah. PAS Kedah harus belajar kesilapan pertamanya itu. [wm.kl. 8:21 am 13/05/13]

5 comments:

Unknown said...

tahniah

Maaf Sebut said...

Bagi saya apa yg penting x kira pr atau bn, adelah utk menunaikan tanggungjawab sbaik mungkin sbg kerajaan yg dipilih rakyat krn kami sbg pengundi senyap nk tgk adakah berbaloi atau tidak pemimpinan yg dipilih. Jgn lah terlalu asyik dgn election yg dikira lambat lg. Buktikan pr atau bn anda berbaloi dipilih. Maaflah tp kalau duk asyik dgn election kdg2 menyampah jugak kat ahli politik nie. :-)

Unknown said...

Tuan MSO....telahan pas akan kalah di kedah ternyata benar. Kesalahaan terbesar patut ditujukan juga kpd pimpinan pusat kerana terlalu menjaga hati sesetengah pemimpin senior yang ternyata tak cekap memimpin . TQ

Unknown said...

Tuan MSO...sampai hari ini, saya masih hairan mengapa Presiden PAS tidak memberikan respon yang baik kepada Dewan Ulama PAS kedah berhubung desakan supaya Azizan berundur sebelum PRU13. Apakah laungan Kepimpinan Ulama sekadar retorik semata-mata .

Unknown said...

Saya pernah mengkritik hebat YB Mahfuz di atas ulasannya tentang bekas kebajikan saya. Tak perlu dinyatakan syarikat apakah itu. Cuma pandangan beliau pada masa tu lebih bersifat logik tanpa beliau tahu yg majikan tersebut terbatas kuasanya lantaran tertakluk kepada beberapa akta & perjanjian. Ketika itu beliau mengatakan satu "bencana" yg berlaku dinegara kita disebabkan oleh syarikat tersebut. Saya ketika itu berada dlm team pelaporan & fakta2 yg dinyatakan beliau salah belaka. Namun, ia tak menggugat sokongan saya pd organisasi yg perjuangkan Islam.

Saya amat berharap beliau lebih berhati-hati dgn jawatan itu agar fakta2 yg diucapkan sentiasa dgn fakta yg tepat. Jgn kerana mulut, PAS binasa