Sunday, May 12, 2013

Mohd Amar Harus Bijak Membuat Anologi

ULASAN RASA                                                                                     

Baru enam hari Tokguru Nik Aziz tiada dalam kerajaan sudah ada kenyataan yang cuba menafikan kehebatan dan keagungan Tokguru sebagai pemimpin yang menjadi 'bulan' kepada PAS Kelantan selama ini.

Mohd Amar
Kenyataan atau ulasan Timbalan Menteri Besar Kelantan baru, Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan kekuatan PAS kerana dasar dan bukan kekuatan individu semacam mahu menolak kelebihan atau sumbangan peribadi yang ada kepada Nik Aziz selama ini serta menyindir orang lain.

Mungkin apa yang beliau katakan adalah hakikat, tetapi dengan begitu cepat mengulas demikian setelah baru enam hari Tok Guru tidak menjadi MB Kelantan ianya agak canggung dan semacam tidak menghormati kepada Tokguru.


Dalam edah Nik Aziz baru bersara dan melepaskan jawatan kepada Ahmad Yaacob dan membolehkan beliau mengambil tempat Ahmad, seharus Mohd Amar menyebut-nyebut jasa dan budi Nik Aziz serta kelebihannya sebagai dijadikan azimat dan semangat kepada ahli.

Kenapa Mohd Amar tidak mencari ayat lain untuk menafikan peranan individu? Dalam keadaan penyokong PAS bersedih atas ketiadaan Husam Musa dalam anggota kabinet Kelantan tidak seharusnya Mohd Amar mengulas demikian, mengatakan kekuatan PAS bukan kerana individu.

Walaupun beliau tidak terniat untuk memperkecilkan pengaruh Husam tetapi para penyokong Husam dan pemerhati politik akan menduga demikian. Politik penuh dengan persepsi dan juga spekulasi. Mohd Amar justeru harus bijak bercakap dan pandai menjaga mulut.

Bukankah isu kenapa Husam tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat Dewan Harian 6 Mei lalu maih hangat diperkatakan dan belum tuntas lagi? Daripada membuat ulasan demikian Mohd Amar patut menjelaskan apakah benar atau tidak Husam tidak dijumput menghadiri mesyuarat berkenaan.

Dalam kenyataan kepada media Mohd Amar mengatakan Husam dijemput tetapi Husam tidak hadir. Husam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan. Sehingga kini Mohd Amar atau pihak Dewan Harian gagal memberi jawaban tuntas mengenai perkara ini. Sekiranya benar tiada jemputan kepada Husam, Mohd Amar dan Dewan Harian perlu membuat apologik kepada Husam dan ahli PAS.

Apa salah kalau kita mengakui sesuatu kesalahan yang dibuat. Ia tidak akan dimarah malah akan dianggap sebagai mulia kerana kita gentlemen? Tidak akan hilang bisa ular kalau ia menyusur akar.


Umum tahu ia soal tidak jemput Husam itu soal teknik, perkara kecil tetapi dari sudut kebenaran dan keikhlasan atau praktikal sebuah parti Islam tidak wajar perkara begitu berlaku. Kalau soal-soal sekecil itu tidak dapat diurus dengan lendik, macam mana soal lebih besar di hari muka mampu untuk diuruskan? Untuk masa akan datang kerajaan negeri akan menghadapi berbagai masalah dan isu lagi yang menuntut kepada perjelasan.

Kenyataan Mohd Amar semasa majlis kesyukuran di rumah Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan PAS Kelantan, Fauzwi Ismail di kampung Pak Mayong di Bachok semalam sepatutnya digunakan cuba untuk menuteralisasikan isu yang berlaku ke atas Husam Musa.

Dakwa Mohd Amar lagi, ahli PAS memang diterbiyah dengan Islam dan beliau memberi contoh macam mana walaupun Asri Muda (Allahyarham) meninggal PAS tetapi PAS tidak mati, satu jawaban dan kenyataan yang tidak bijak dan relevan saat ini. Dalam saat begini beliau tidak patut memberi anologi demikian kerana ia boleh membangkitkan kemarahan yang sudah mulai mereda.

Kenyataan atau anologi Mohd Amar bersifat 'membidas" orang begitu tidak kondusif dan bukan cara untuk mendamaikan PAS. Saya hendak peringatkan Mohd Amar atau sesiapa saja yang perkecilkan pengaruh seseorang individu, ia adalah perbuatan merbahaya dan tidak baik buat PAS.

Sememangnya hakikat parti lebih perlu diutamakan oleh sesiapa, tetapi individu berpengaruh juga tidak boleh di kesampingkan. Apa lagi kalau mereka mempunyai sumbangan yang signifiken kepada parti. Semoga kenyataan dan sindiran-sindiran sebegitu tidak akan dikeluarkan lagi di masa hadapan.

Kenyatan mengajak, membujuk dan memberi pandangan positif lebih baik daripada mengeluarkan kenyataan beruapa kiasan-kiasan dan sindir persis dalam Hikayat 1001. Politik 'bergelar' hendaklah dihentikan apabila kita sudah menjadi orang besar. [wm.kl.12:21 pm 12/05/13]
Post a Comment