Monday, May 13, 2013

Pandangan Dari Seorang Hakim Yang "Sakit"

SUSUPAN TENGAH HARI                                                                                                   

Ulasan politik terhadap kekalahan kemerosotan sokongan orang Cina terhadap Umno dalam pilihan raya lalu oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah tidak wajar dan ia tidak menggambarkan pandangan aris dari seorang bekas Hakim. Seorang hakim sepatutnya berpandangan terbuka dan jauh sekali untuk menanamkan unsur kebencian sesama rakyat Malaysia. Tugas dan tanggungjawab hakim ialah membaik dan mendamaikan.

Seorang hakim memastikan keadilan tertegak bukannya berpihak kepada mana-mana pihak walaupun demi kepentingannya sendiri. Integriti dan penghormatan kepada hakim akan hilang apabila ia bias atau bertindak berat sebelah serta tidak berfakta.

Kita tahu Mohd Noor orang Melayu yang mungkin mempunyai sentimental value yang tinggi dengan Umno kerana memungkinkan beliau pernah berada di persada yang ada hari ini, sebagai hakim. Tetapi beliau sepatutnya lebih peka dan bertanggungjawab terhadap apa yang diluahkan itu. Beliau kena hormat kepada profesyennya sendiri kalau pun tidak mahu hormat kepada 'kasut' yang pernah dipakai untuk melangkah ke mahkamah bersematkan piagam perkhidmatan yang hebat.

Mohd Noor dalam satu forum telah mengecam orang Cina kerana tidak menyokong Umno dalam piliihan raya lalu dengan menyifatkan orang Cina inginkan kuasa dan mengkhianati ikatan kerjasama dengan Umno. Naif sangat sebagai seorang bekas hakim kalau tidak menyedari atau pun menolak realiti sebenarnya terhadap kaum Cina di negara ini. Hak orang Cina yang dibenarkan tidak boleh dinafikan seperti juga orang Melayu.

Kalau orang Cina telah bertindak tidak mengikut undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan kenapa tidak disyorkan tangkap dan humban saja mereka ke penjara?

Apakah Mohd Noor ada deraf undang-undang atau perlembagaan sendiri untuk mengatasi masalah orang Cina dan dalam masa sama pertahankan kedudukan kepentingan orang Melayu untuk dikemukakan kepasa Najib Razak? Untuk pengetahuan Mohd Noor perlembagaan yang ada sekarang ini yang membenarkan orang Cina berpolitik dipersetujui oleh pemimpin Umno juga. Cuba bca sejaraha dan jangan tafsir sejarah dan perlembagaan negara mengikut Zainal Kling dan Ramlah Adam. Status kita sebagai hakim bukan boleh menutup kebenaran dan sejarah yang ada.

Perlembagaan tidak menghalang orang Cina untuk mendapat kuasa di negara ini menerusi politik. Perlembagaan juga tidak pernah memuktamadkan bahawa orang Cina kena undi Umno sampai kiamat. Jadi macam mana kita sebagai seorang pengamal undang-unang menjadi bingung mengenai hal ini, apakah sampah sebesar gajah masuk ke dalam mata?

Bukan saja marah kepada orang Cina beliau juga mahu adakan rezeb orang Melayu dibandar. Beliau juga juga mahu sekolah vanarkular, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dibuabrkan kerana ia tidak diiktirf oleh perlembagaan dan menjana perpecahan kaum. Sekali lagi bekas Hakim ini bingung dan 'semabur' dalam memahami amalan pentadbiran negara ini.

Mengenai rrzab bekas hakim ini rabun mata tidak mahu melihat apa yang berlaku. Sebelum ini setiap bandar tanah rezab Melayu sudah pun ada tetapi siapa yang mencerobohnya. Yang ambil tanah rezab Melayu atas nama pembangunan tetapi tidak digantikan. Bukankah Umno yang ada pertahankan itu?

Mengenai sekolah vanarkular sejak kesekian lama sekolah itu berjalan dan mendapat bantuan kerajaan tiba-tiba dicadangkan agar ianya dibubarkan. Sepatutnya Mohd Noor menyuarakan perkara ini sejak lama dalu bukan hari ini setelah Umno hampir padam. Malang negara ini, dan tidak mustahil akan berlaku berantakan kalau mempunyai hakim-hakim seperti Mohd Noor ini yang jadi gelap mata dan gelap otak mengenai perkembangan negara sendiri. Mungkin inilah hakim Melayu yang totali menganuti fahaman Umno yang sesat.

Mungkin inilah silapnya kalau semasa menjadi hakim hanya mendengar penghujahan pendakwa dan pembelaan dari dalam mahkamah tetapi tidak cuba turun ke lapangan untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. Jadi hari ini selepas bersara dan kena menapak kaki ke bumi, baru Mohd Noor tahu yang bumi negara senget ataupun penuh dengan lumpur. Baru dia tahu bahawa kuasa hakim di dalam kamar itu tidak boleh hendak menentukan masa depan negara. Harapnya Mohd Noor akan berjalan lebih jauh dalam memahami senario politik Malaysia.

Semoga hakim yang menunjukkan sikap rasis melampau seperti Mohd Noor ini tidak ramai dan rakan-rakan hakim lain dapat perbetulkan pandangan sengit Mohd Noor ini. Jadi mereka yang terkilan dengan pandangan Mohd Noor ini anggap sajalah dia sakit. Pandangan dan cadangan beliau itu adalah idea yang sakit. [wm.kl.1:59 pm 13/05/13]


2 comments:

apimerah75 said...

Semoga negara kita terselamat drp rasukan sebilangan kecil hakim atau bekas hakim yg sakit mcm ni....Amin.

Tokki said...

Hakim yg semacam inilah yang selalu kita hadapi, membuat keputusan berat sebelah yang selalu dipertikaikan.