BERITA MARAH
Seorang pemimpin Umno Kelantan yang ikut sama bertanding di dalam pilihan ke-13 lalu tidak dapat melindugi rasa marahnya dan melepas garam kerana Umno gagal kuasai Kelantan meminta saya memberi tahu Preiden Umno, Mohd Najib Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed supaya buang 'telor' mereka dan berikan kepada anjing.
"Demo tulislah apa yang 'kawe' (saya) nak kata ini. Kawe minta Najib dan Mustapa, buang 'telor' dia, dan bagi makan ke anjing lebih molek," begitulah tutur pemimpin berkenaan. Katanya tidak guna kedua orang itu memimpin Umno kerana mereka takut dan tidak berani untuk melalukan sesuatu yang boleh membawa keadaan positif kepada parti.
Beliau memberi contoh dan mendakwa Najib walaupun presiden parti tetapi tidak berani bertindak tegas dan masih takut kepada ugutan dan mempercayai kepada laporan palsu. Pemimpin itu tidak menyebut apakah bentuk laporan palsu itu tetapi dipercayai ia ada sangkut paut dengan jaminan yang Umno Kelantan akan menang dan dapat menguasai Kelantan kalau calon-calon tertentu yang buruk telinga diberikan peluang.
Tekan beliau juga Najib tidak boleh jadi pemimpin kerana pengecut; "Suruhlah Najib berhenti dia lebih pengecut dan lemah daripada Pak Lah (Abdullah BAdawi)," ujarnya penuh rasa geram dan marah. Difaham apa yang dimaksudkan oleh pemimpin berkenaan ialah kerana tidak ada apa-apa tindakan ke atas Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang enggan menyerahkan borang pencalonan kerana ingin memberi laluan kepada Inchek Ibrahim Ali.
"Apa yang boleh kita hormati kepada parti dan ketua kita kalau ada orang yang terang-terang buat kesalahan kita tidak mengenakan apa-apa tindakan, di sinilah menunjukkan integriti mereka sebagai ketua sudah hiulang. Jadi masam mana orang hendak hormati,?" tanya beliau.
Begitu juga dengan Mustapa Mohamed katanya, Mustapa juga tidak layak kerana dia seorang yang pengecut. Orang pengecut dan tidak berani membuat keputusan sendiri tidak wajar berada dalam parti. Sampai ke bila-bila pun kalau parti dipimpin oleh si pengcut dan masih membuat keputusan untuk diri sendiri tidak layak jadi pemimpin dan mereka harus ditolak. Kehadiran mereka akan menyusahkan rakyat saja.
Pemimpin itu mengecam Mustapa kerana masih mengekalkan calon lama dan tidak berani membuat perubahan dengan mengemukaka orang baru yang lebih bertenaga dan belum ada dosa dengan rakyat. Paling dikesali ialah apabila Mustapa masih mengekalkan orang lama yang bercepuah dengan dosa sebagai calon.
Katanya, Mustapa seorang yang lemah dalam tindakan politik dan banyak mementingkan dirinya serta tidak bijaksana. Menurutnya sepatut Mustapa bertanding di kerusi Negeri sahaja dalam pilihan raya lalu untuk memberi gambaran beliau dan Umno yakin akan ambil Kelantan dalam pilihan raya.
Tetapi apabila Mustapa bertanding di dua kerusi - parlimen dan state yang secara tidak langsung memberi gambaran Umno khasnya Mustapa sendiri tidak yakin akan dapat menguasai Kelantan. Jadi kalau pemimpin sudah tidak yakin macam mana dia boleh menyakinkan ahli dan penyokong bawahan.
Beliau yang membayangkan dirinya sudah tua kerana berusia 57 tahun, akan bertindak tegas kali ini dengan menjadi pengkritik kepada apa-apa yang tidak kena dalam parti dan apa dilakukan pemimpin tanpa perlu ada rasa segan silu dan hormati berlebihan. "KAwe tidak peduli kali ini kawe akan menjadi seorang pengkritik kepada parti dan orang parti atas nawaitu untuk kebaikan," ujarnya serius.
"Nak marah kepada kawe, marahlah kawe sudah nekad," tegasnya.
Sebelum mengakhiri perbualan beliau sekali lagi menegaskan kekalahan Umno Kelantan sehingga tidak dapat mengambil alih kerajaan Kelantan adalah disebabkan gaya politik takut Najib Razak dan Mustapa Muhamed. "Kedua-dua mereka itu dua kali lima saja," katanya. [wm.kl.4:48 pm 11/05/13]
2 comments:
Ambo nak bagitau kepada pembaca, sebenarnya Mustapa ambik Dun dengan menang 49 undi (tu pun sebab ditulon oleh geng polis saja) adalah dengan niat nak jadi MB kalu Kelantan berjaya ditukar. Sebenarnya ada benarnya hok tamu MSO ni tulih...Najib dan Stopa adalah sangat takut...Sifir nak rampas Kelantan ni sebenarnya amat mudah jah...tak payah sikit rabuk...tapi sebab penakut stopa jadi bodor, Najib jadi gilo.
Ambo nok royak 2 perkara jah sifir UMNO buleh menang di Kelantan.
1. Bagi royalti, hapuskan JPP
2. Buat apa saja yang rakyat Kelantan nak....
Sah menang selalu....sebabnya mudah...kalu kerajaan negeri ada pitih....BALOH selalu puak-puak PAS ni...berebut projek, berebut jawatan....tak cayo tra la buat, tengok projek bersih kawasan pun hok duk buleh puak-puak PAS belako...acu tanya sapodio buleh projek cuci bangunan KB Mall?
Tu baru projek kecik...kalu projek besar? Berebut gogeng-gogeng puak PAS sediri pun...tengoklah!!!
UMNO Kelantan selama 23 tahun doh duk bodor...sebab takut nak lepas pitih kor kerajaan PAS...
Kalu rakyat tengok UMNO buat belaka hak rakyat nak....mapuh kerah PAS pun...
betul betul umno ni jenis penakut
Post a Comment