Friday, May 17, 2013

Zahid Hamidi Yang Sombong Dan Angkuh

ULASAN PAGI                                                                                                                  

Luahan kemarahan Menteri Dalam Negeri Negeri yang baru Ahmad Zahid Hamidi kepada tindakan anak-anak muda yang memprotes keputusan pilihan raya lalu agar keluar dari negara ini dan mencari negara yang sesuai yang mengamalkan sisitem pilihan raya seperti mereka gemari adalah satu tindakan yang tidak bijak, bersifat sombong dan angkuh.

Sebagai seorang menteri Zahid seharusnya memahami jiwa anak muda yang memberontak kerana sebab-sebab yang mereka yakini benar. Anak muda walaupun emosi tetapi tindakan mereka berdasarkan fata yang rasional. Zahid sebagai orang separuh tua (kerana belum bongkok tiga) sepatut melayani anak muda dengan berhemah dan sopan bukannya dengan mengherdik penuh emosi.

Tidak perlu Zahid menunjuk bengkeng mentang-mentang dia baru dilantik menjadi menteri yang menjaga polis dan FRU. Sebengkeng Zahid pun mustahil taring akan tumbuh di mulutnya seperti kera atau singa.


Kita sebagai menteri adalah pemimpin untuk semua rakyat tidak kira lapisan masyarakat. Seorang menteri walaupun dia dari Umno tidak perlu bersifat seperti orang Umno semasa berdepan dengan pembangkang yang hilang kewarasan dan kesopanan adat. Zahid harus membezakan dia sebagai seorang menteri yang dibayar gaji oleh rakyat dengan dia sebagai seorang Naib Presiden Umno.

Kalau seorang pemimpin tidak dapat menguruskan suasana kebangkitan anak muda, macam mana kita dapat menangani isu-isu jenayah yang besar dan bergerak secara tersusun. Cabaran lebih besar kepada Zahid bukan menangani pesta demokrasi anak-anak muda di jalanan tetapi jenayah global. Zahid perlu memperbetulkan indeks jenayah di negara ini dengan angka yang realistik.

Kejadian tembak curi yang kerap berlaku ke belakangan ini adalah urusan utama Zahid. Zahid perlu mengherdik para penjenayah berkenaan bukannya menghalau anak muda mencari negeri baru.

Anak muda sedikit pun tidak peduli dengan herdikan Zahid itu tetapi mereka akan ketawa dan akan mengatakan; inikah kualiti menteri di bawah kabinet Najib Razak. Selepas itu mereka akan ketawa beramai-ramai hahahaha....

Zahid semalam dalam artikelnya disiarkan dalam media PB Utusan Malaysia telah melepas geram kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya 5 Mei lalu. Katanya ada yang cuba mengelirukan anak-anak muda dengan keputusan itu bagi menunjukkan pilihan raya di negara ini tidak telus.

Lantas itu beliau menghalau anak-anak muda dan mereka yang tidak dapat menerima sisitem pilihan raya negara ini dengan berkata; “Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.” 

Sebagai menteri dan pemimpin Zahid tidak sepatut membuat halauan demikian sebaliknya beliau kena berdepan dengan anak-anak muda atau mereka yang enggan menerima keputusan pilihan raya dengan mengemukakan bukti-bukti bahawa sistem pilihan raya di negara ini adalah terbaik.

Beliau juga kena berhujah mempengaruhi anak-anak muda sisitem diguna pakai hari ini adalah adil dan saksama, bukannya dengan mengambil tindak menghalau mereka ke negara lain. Beliau juga perlu membantu SPR untuk mempertahankan tuduhan dan dakwaan kononnya SPR gagal mewujudkan sebuah pemilihan yang bersih. Cara Zahid itu tidak ubah sebagai seorang bapak yang tidak berilmu tetapi berperangai pongoh.

Sudah tentu sikap Zahid yang bereng itu tidakakan dihormati oleh generasi muda dan kesannya orang akan mengatakan bahawa semua pemimpin Umno khas yang berada dalam kabinet semua sama, pemarah, tidak dapat menerima kritikan dan sombong serta angkuh. Pemimpin Umno jadi panas kepala apabila mereka kalah dan tidak mendapat sokongan anak muda dan orang Cina.

Saya bimbang kalau Zahid tidak menyejutkan dirinya dan cuba menunjuk perangai seperti sesetengah ketua polis, beliau akan hilang sokongan dan boleh menyebabkan kedudukannya sebagai Naib Presiden Umno akan terlepas. Seperkara yang Zahid harus sedar generasi muda di dalam Umno juga tidak senang kalau ada veteran Umno seperti Zahid memandang enteng kepada anak-anak muda dan bersikap yang tua itu serba tahu. 

Tanpa ada kelunakan kepada anak-anak muda yang boleh menyebabkan anak-anak muda bangkit menjalankan kempen untuk mengalahkan Zahid dalam perhimpunan agung Umno akhir tahun ini. [wm.kl.11:01 am 17/05/13]

6 comments:

pok amid littor said...

Hoi si menteri bangang, Apa lu ingat negara ini kepala bapak hang punya ke? Kalau tahap menteri macam ini, macam mana pula tahap pemikiran JKKK?

Pak Nik Bekeng said...

Walaupun tak dak lagi orang bengkeng tumbuh taring dalam dunia ni, tapi ramai dah orang terlajak bengkeng jadi kera dan anjing.

akulah69 said...

Dia ingat dia mampu menongkat langit....

sizzly7761 said...

Inilah hasilnya kalau seseorang itu naik kerana kuat bodek dan mengampu.Ini semua jenis pemimpin 'poyo' dan takda 'wisdom' dalam memberi pandangan dan memimpin! Ini antara jenis2 pemimpin yang tugasnya mungkin hanya menjaga kedudukan 'bos' takut2 terbarai skandal atau rahsia yang tak sepatutnya rakyat tahu!

CULA TUPAI said...

MENTERI UMNO SEMUA NYA SOMBONG BONGKAK ZALIM TAPI MEREKA LUPA SIKSAAN KUBUR PADANG MAHSYAR MUNGKIN MEREKA TAK PERCAYA INI SEMUA . INGAT WAHAI MENTERI UMNO INGAT LAH HIDUP KITA MACAM RODA..

wahid iman said...

YB janganlah mudah lupa era 46 dulu, bagaimana nasib YB ketika itu diketepikan? Dua-tiga hari sebelum PRU13 YB ada beritahu ttg penglibatan Ketua Parti Pembangkang terlibat dgn kes Lahat Datu, apa cerita sebenarnya?Sekarang dah lepas p'raya ,bolehlah YB dedahkan & tangkap mereka yg terlibat.