Wednesday, May 15, 2013

Orang Pak Lah Menang, Orang Najib Kalah?

SESUDAH SUBUH                                                                                                          

Ada beberapa fakta menarik dalam pilihan raya lalu yang boleh dijadikan bahan renungan. Salah satu ialah mengenai kekalahan orang-orang Najib Razak, maksudnya para pegawai atau setiausaha politiknya. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa beberapa orang setiausaha politik Najib tewas dalam pilihan raya lalu.

Ramzi menang di Dabong.
Sebaliknya kontras pula beberapa orang bekas pegawai atau setiausaha bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) ramai yang menang. Ini merupakan satu ironi yang menarik.

Pegawai atau setiausaha Najib yang kalah ialah yang bertanding di kawasan pengundian anak-anak saya di Wangsa Maju, Shafei Abdullah. Shafei merupakan setiausaha politik Najib kalah kepada calon PKR Dr Tan Kee Kwong dengan kekurangan undi sebanyak 5,511. Shafei mengutik sebanyak 26,130 manakala Kee Kwong sebanyak 31,641 undi.


Seorang lagi setiausaha politik Najib yang kalah, Mohd Fatmi Che Salleh yang bertanding di parlimen Kota Bharu. Beliau kalah kepada Takiyuddin Hassan dari PAS dengan kekurangan undi sebanyak 15,970. Fatmi mengutik 24,650 manakala Takiyuddin yang juga Naib Setiausaha Agung PAS mengutik 40,260.

Kekalahan Fatmi ini merupakan paling parah dan menyebabkan jiwa terseksa.

Sementara seorang lagi setiausaha Najib juga tertumus makan pasir ialah, Sahlan Ismail tewas kepada Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar di Pokok Senan Kedah. Sahlah yang juga abang kepada Saifuddin Nasution Ismail kalah 3,935 undi. Beliau mengutik 32,263 manakala Mahfuz 36,198.

Seperti dikatakan tadi keadaan jadi terbalik kod, bila mana ketiga-tiga bekas setiausaha politik bekas PM Pak Lah kesmeuanya menang, walaupun kemenangan tipis.

Mereka ialah Alwi Che Ahmad yang menang di kerusi Negeri di Kok Lanas Kelantan mengalahkan calon PAS Nik Mahadi Nik Mammod dengan kemenangan kecil 169 saja. Alwi kutip 10,040 undi manakala Nik Mahadi 9,871 undi saja.

Seorang lagi setiausaha politik Pak Lah yang menang ialah, Ramzi Abdul Rahman di kerusi Negeri, Dabong. Ramzi juga menang tipis dengan majoriti 229, beliau mengutik 4,612 undi manakala lawannya Tok Imam Ku Zaki Ku Hussein mengutip 4,383.

Bekas setiausaha politik Abdullah di MOF Reezal Marican Naina Marican yang mengganti Abdullah di Kepala Batas menang 4,176 mengalahkan calon PAS Afnan Hamimi Taib Azamuddin. Reezal mengutip 25,128 manakala Hamimi 20,952 undi.

Tidak terlupa seorang lagi bekas setiausaha politik Pak Lah yang juga menang ialah Mahadzir Khalid yang bertanding di kerusi Padang Terap. Mahadzir menang dengan Mohd Nasir Zakaria dari PAS dan seorang bebas Mohd Badzli Abdullah. Mahadzir menang dengan 4,442 apabila berjaya mengutik undi sebanyak 20,654 undi dan Mohd Nasir penyandang mengutik 16,212. Manakala bebas 243 undi saja.

Apakah kemenangan 'orang-orang' Pak Lah menunjukkan Pak Lah lebih popular dari Najib? Mungkin juga perbandingan begitu boleh dibuat. Yang jelas prestasi Najib lebih buruk berbanding dengan prestasi Pak Lah yang dikatakan terburuk apabial UBN menang 140 kerusi. Kalau prestasi UBN ditangan Pak Lah terburuk maka prestasi UBN ditangan Najib paling paling dan paling terburuk.

Dan jika Pak Lah diasak agar letak jawatan atas kegagalan UBN mendapat majoriti 2/3 di parlimen maka Najib juga sepatutnya dinyahkan dari menduduki kerusi presiden Umno dan PM kerana prestasinya paling paling dan paling terburuk. Ataupun Umno menggunakan kayu pengukur lain pula apabila sampai giliran anak 'bangsatwan' ini. [wm.kl. 7:38 am 15/05/13]
Post a Comment