Thursday, May 2, 2013

Hindraf Dijangka Sokong Pakatan Rakyat?

SESUDAH SUBUH                                                                                                               

Kalau petunjuk sokongan masyarakat India terhadap UBN dan Pakatan Rakyat boleh dilihat kepada perkembangan atau situasi dalam Badan Hak-Hak Kepentingan India (Hindraf), sekarang ini boleh dikatakan masyarakat India masih konsisten menyokong Pakatan Rakyat. Boleh dianggarkan 60% masyarakat India masih bersama Pakatan Rakyat untuk melihat kejatuhan kerajaan UBN pada 5 Mei nanti.

Sekiranya angka itu tepat ini bermakna UBN akan mendapat hanya 40% sahaja sokongan dari masyartakat India, jumlah itu sudah cukup untuk menjadikan Umno khasnya bersendirian dengan sokongan Melayu. Hindraf adalah badan terbesar yang berperanan menentukan arah mana sokongan politik masyarakat India di negara ini. Ia bolehlah disama dengan Dong Zong pertubuhan kebudayaan dan pendidikan Cina yang berpengaruh itu.

Sebelum ini timbul juga keraguan terhadap masyarakat India yang dianggap golongan yang mudah menukar haluan dan prinsip diri apabila Hindraf yang satu masa pernah mengejutkan negara amnya dan memberi tekanan kepada UBN dilihat berpecah.

Ekoran tekanan kerajaan menangkap beberapa orang pemimpin mereka dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) serta ada yang melarikan diri ke luar negara ekoran tunjuk perasaan besar-besaran kumpulan itu tahun 2007, kepaduan badan berkenaan retak dan berpecah. Sebahagian menyatakan sokongan kepada kerajaan manakala sebahagian lain tetap dengan pendirian mereka menuntut hak mereka yang dikesampingkan dan ditindas oleh kerajaan UBN.

Penubuhan parti Makkal Sakti sempena dengan pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan (keumudian parit itu mampos) serta pengembalian salah seorang pemimpin Hindraf yang lari ke luar negeri Waythamoorty antara faktor kenapa Hindraf retak dan berpecah. Penubuhan Makkal Saktinya kata atas biaya UBN untuk memastikan masyarakat India di Negeri Sembilan menyokong UBN. Ternyata projek itu berjaya apabila lebih 70% masyarakat India di Bagan Pinang mengundi Isa Samad calon UBN.

Makkal Sakti terang-terang menyatakan sokongan kepada UBN begitu juga dengan Waythamoorty yang cuba menggunakan penyokong Hindraf untuk kepentingan dirinya dengan berbaik-baik dengan Najib Razak. Bagaimana pun tindakan Waythamoorty itu tidak diterima oleh masyarakat India manakala Makkal Sakti yang gah itu akhirnya berkubang dalam gong gendang.

Tindakan Waythamoorty juga disifatkan cuba merampas Hindraf dari abangnya kini dianggap sebagai pengkhianat oleh masyarakat India dan tindakan beliau menanda tangani MoU mengatakan sokongan kepada Najib dikecam hebat.

Apa yang berlaku di Kulim Kedah semalam di mana kratusan orang India berarak dan membakar patung Waythamoorty menunjukan usaha Waythamoorty untuk mendapat sokongan masyakat India kepada UBN dibantah. Pembakaran patong di masyarakat India adalah kemuncak mesej kemarahan kaum itu.

Tindakan Waythamoorty itu juga tidak akan dimaafi oleh masyarakat India. Perkembangan yang berlaku di Kulim itu memberi petunjuk jelas yang Hindraf berpecah dan majoriti dari mereka menyokong Pakatan Rakyat. Tindakan penyokong Hindraf Kulim itu juga akan berjangkit dan memberi kesedaran kepada masyarakat India di tempat lain.

Apa yang boleh disimpulkan ada tanda-tanda mungkin sokongan Hindraf kepada Pakatan Rakyat seperti ditunjukkan pada pilihan raya 2008 akan pulih sepenuhnya. Mood kemenangan Pakatan Rakyat yang kini tersebar di seluruh negara akan turut mempengaruhi masyarakat India. Dan mereka (bagi yang menolak Pakatan) masih ada waktu untuk kembali sokongan demi sama-sama merayakan kemenangan. [wm.kl.6:57 am 02/05/13]

2 comments:

cikgukamal said...

Assalam,

Bang, tolong tulis sikit ingatan kepada semua ahli politik PR terutama pimpinan atasan agar JAGA MULUT dalam 3 hari terakhir ni....Kesian la kepada petugas akar umbi.... INI KALILAH

Unknown said...

Calon2pr jgak espcially d felda2n9...jaga reputasi parti...rajin2la mendekati pengundi d saat2akhir ni...