Sunday, May 12, 2013

Mohd Amar Harus Bijak Membuat Anologi

ULASAN RASA                                                                                     

Baru enam hari Tokguru Nik Aziz tiada dalam kerajaan sudah ada kenyataan yang cuba menafikan kehebatan dan keagungan Tokguru sebagai pemimpin yang menjadi 'bulan' kepada PAS Kelantan selama ini.

Mohd Amar
Kenyataan atau ulasan Timbalan Menteri Besar Kelantan baru, Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan kekuatan PAS kerana dasar dan bukan kekuatan individu semacam mahu menolak kelebihan atau sumbangan peribadi yang ada kepada Nik Aziz selama ini serta menyindir orang lain.

Mungkin apa yang beliau katakan adalah hakikat, tetapi dengan begitu cepat mengulas demikian setelah baru enam hari Tok Guru tidak menjadi MB Kelantan ianya agak canggung dan semacam tidak menghormati kepada Tokguru.


Dalam edah Nik Aziz baru bersara dan melepaskan jawatan kepada Ahmad Yaacob dan membolehkan beliau mengambil tempat Ahmad, seharus Mohd Amar menyebut-nyebut jasa dan budi Nik Aziz serta kelebihannya sebagai dijadikan azimat dan semangat kepada ahli.

Kenapa Mohd Amar tidak mencari ayat lain untuk menafikan peranan individu? Dalam keadaan penyokong PAS bersedih atas ketiadaan Husam Musa dalam anggota kabinet Kelantan tidak seharusnya Mohd Amar mengulas demikian, mengatakan kekuatan PAS bukan kerana individu.

Walaupun beliau tidak terniat untuk memperkecilkan pengaruh Husam tetapi para penyokong Husam dan pemerhati politik akan menduga demikian. Politik penuh dengan persepsi dan juga spekulasi. Mohd Amar justeru harus bijak bercakap dan pandai menjaga mulut.

Bukankah isu kenapa Husam tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat Dewan Harian 6 Mei lalu maih hangat diperkatakan dan belum tuntas lagi? Daripada membuat ulasan demikian Mohd Amar patut menjelaskan apakah benar atau tidak Husam tidak dijumput menghadiri mesyuarat berkenaan.

Dalam kenyataan kepada media Mohd Amar mengatakan Husam dijemput tetapi Husam tidak hadir. Husam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan. Sehingga kini Mohd Amar atau pihak Dewan Harian gagal memberi jawaban tuntas mengenai perkara ini. Sekiranya benar tiada jemputan kepada Husam, Mohd Amar dan Dewan Harian perlu membuat apologik kepada Husam dan ahli PAS.

Apa salah kalau kita mengakui sesuatu kesalahan yang dibuat. Ia tidak akan dimarah malah akan dianggap sebagai mulia kerana kita gentlemen? Tidak akan hilang bisa ular kalau ia menyusur akar.


Umum tahu ia soal tidak jemput Husam itu soal teknik, perkara kecil tetapi dari sudut kebenaran dan keikhlasan atau praktikal sebuah parti Islam tidak wajar perkara begitu berlaku. Kalau soal-soal sekecil itu tidak dapat diurus dengan lendik, macam mana soal lebih besar di hari muka mampu untuk diuruskan? Untuk masa akan datang kerajaan negeri akan menghadapi berbagai masalah dan isu lagi yang menuntut kepada perjelasan.

Kenyataan Mohd Amar semasa majlis kesyukuran di rumah Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan PAS Kelantan, Fauzwi Ismail di kampung Pak Mayong di Bachok semalam sepatutnya digunakan cuba untuk menuteralisasikan isu yang berlaku ke atas Husam Musa.

Dakwa Mohd Amar lagi, ahli PAS memang diterbiyah dengan Islam dan beliau memberi contoh macam mana walaupun Asri Muda (Allahyarham) meninggal PAS tetapi PAS tidak mati, satu jawaban dan kenyataan yang tidak bijak dan relevan saat ini. Dalam saat begini beliau tidak patut memberi anologi demikian kerana ia boleh membangkitkan kemarahan yang sudah mulai mereda.

Kenyataan atau anologi Mohd Amar bersifat 'membidas" orang begitu tidak kondusif dan bukan cara untuk mendamaikan PAS. Saya hendak peringatkan Mohd Amar atau sesiapa saja yang perkecilkan pengaruh seseorang individu, ia adalah perbuatan merbahaya dan tidak baik buat PAS.

Sememangnya hakikat parti lebih perlu diutamakan oleh sesiapa, tetapi individu berpengaruh juga tidak boleh di kesampingkan. Apa lagi kalau mereka mempunyai sumbangan yang signifiken kepada parti. Semoga kenyataan dan sindiran-sindiran sebegitu tidak akan dikeluarkan lagi di masa hadapan.

Kenyatan mengajak, membujuk dan memberi pandangan positif lebih baik daripada mengeluarkan kenyataan beruapa kiasan-kiasan dan sindir persis dalam Hikayat 1001. Politik 'bergelar' hendaklah dihentikan apabila kita sudah menjadi orang besar. [wm.kl.12:21 pm 12/05/13]

27 comments:

mohamad said...

Setuju sangat ambo dengan pendapat abe ti, parti adalah subuah instutusi, ia benda mati, hanya satu badan yaang dibentuk oleh individu, baik individu yang menguruskan nya baiklah organisasi tersebut, lemah individu yang membawa nya layu lah organisasi itu. Malah kadang-kadang terdapat institusi yang amat kecil tapi usaha individu yang hebat menguruskan nya, ternyata kelihatan hebat sesebuah intitusi dari dari kewujudan nya. Pertubuhan greenpeace, freemason atau microsoft merupakan contoh terbaik. Cekapnya kepimpinan mereka, mantapnya strategi mereka walaupun kecil pertubuhannya boleh menggoncang masyarakat dunia. Berbalik soal kelantan, kalau nak disorot kisah dato Asri amatlah tidak relevan dari segi fakta sejarah. Lihat pula kenapa peristiwa itu berlaku, sudah memang sama sekali tidak sama dengan apa yang berlaku kepada Husam. Husam tidak meninggalkan parti, husan tidak meletakkan jawatan. Tok guru pula seakan sama, melepaskan jawatan secara baik kepada hj mohamad yaakob. Jauh sekali keluar parti malah masih memegang jawatan mursyidul am dan ketua perhubungan. Masalah disini adalah adab sopan berjemaah. Tidak comel dan tidak lendik mendapatkan sebuah parti yang kuat dan gah hasil usaha bersama tapi mengepikan seseorang yang sama berusaha menaikan parti dalam keadaan macam berlaku perebutan. Kalau berebut untuk memegang amanah, amat besarlah jiwa orang itu, tapi masalahnya betul ke begitu. Amat jarang diketemui orang semacam itu, malah sejarah telah mengajar kita betapa ramai ulama yang amat takut memegang amanah kepimpinan ini, tak kurang juga melarikan diri takut takut kalau tidak mampu meaksanakan tanggungjawab dan akan berhadapan dihadapan Allah di yaumilmahsyar nanti. Perlu disoroti kembali zaman dato asri dulu, peristiwa yang berlaku ketika pelapis parti amat kuat dan bersedia memkiul tanggung jawab. Individu yang bersedia memikul tanggungjawab ketika itu disokong secara jitu oleh pengikut, lantas banyak resolusi baru terhasil sehinggakan pemergian dato asri tidaklah ditangisi dan tidak dirasakan sebagai kehilangan. Berbalik soal nik amar dan groupnya haruslah memikirkan bahawa dimasa yang akan datang adakah penyokong akan menaruh harapan besar kepada mereka. Seandainya sesuatu perkara atau pengaruh pas mula terhakis, untuk menarik semula kepercayaan dan kebergantungan harapan amatlah sukar tambahan pula dengan hasil negeri yang tidak seberapa, serangan umno yang istiqomah, mampukah Pas bertahan, mampukah muka muka baru untuk mengekalkan PAS. Tiap tiap hari berceramah mengenai hukum hakam dan halal haram mungkin tidak menjadi satu tarikan lagi. Memang perkara itu menjadi kewajipan, tetapi pengisian islam itu perlu diterjemahkan secara praktikal dari sudut perundangann ekinomi, pendidikan, pembangunan sosial selaras dengan kehendak islam. Kalau individu ini tidak boleh menampakkan kreativiti dari segi strategi, harapan rakyat kepada PAS akan menurun, tambahan pula kalau ada yang berfikir kenapa harus kepada PAS sahaja tempat bergantung sebagai jamaah untuk merealisasiklan islam. Jangan satu hari nanti Nik Amar akan kelihatan sebagai pencvetus kepada kehancuran PAS. Sebenarnya tidak mudah mengurus kepercayaan maknusia. Kalau mudah, tidak adalah pula nabi nabi yang berpangkat ulul azmi. Sekali lagi saya amat berharap abe ti terus memantau dan menegur jika ada kepincangan yang bakal berlaku. Walaupun pedas, kadang-kadang pedas itu boleh melupakan lauk lain tidak seda, sendawa panjang kenyang !

sizzly7761 said...

Ini boleh dianggap sebagai kenyataan dari pemimpin mulut 'boros' dan kurang berwibawa! Agaknya kalau tidak kerana 'wisdom','pesona' dan 'karisma' TGNA, saya yakin PAS tidak akan berada di tahap ini sekarang. Dasar PAS dari dulu memang kekal begitu, tiada yang menafikanya! Namun Dasar yang termaktub tidak akan dapat menarik ramai sokongan dan penerimaan rakyat jika tidak ada 'individu' atau 'batang tubuh' yang dikagumi dan diakui sebagai seorang yang hidup dan amalan harianya menepati dasar parti! Saya sendiri tidak mengenali Nik Amar mahupun TGNA secara dekat. Namun saya tidak akan tertarik kepada PAS jika yang mengetuainya individu seperti Nik Amar! Saya tertarik kepada PAS dan menyokong PAS kerana pesona TGNA. Jadi jangan sembang dan dengan boros mengatakan kekuatan PAS bukan kerana kekuatan individu! Dasar yang baik jika tidak digerakkan oleh individu yang berwibawa takkan kemana! Period!

Unknown said...

Parti yang kuat adalah kerana adanya individu yang kuat. Itulah realitinya. Mana ada parti kuat kalau individu tak kuat. Janganlah sampai memadamkan usaha yang dilakukan oleh orang yang terdahulu yang menyebabkan anda sekarang berada ditampuk kekuasaan.

awekaste said...

Salam

Saya sekeluarga termasuk mak mertua balik mengundi pada 5 mei hari tu. Kami sekeluarga balik walaupun terpaksa mengorek tabung dan berhutang dgn kad kredit semata2 nak pertahankan kelantan di bawah kepimpinan pas dan tok guru.

Tetapi dengan yg berlaku dalam pentadbiran kerajaan pas kelantan sekarang. Saya sekeluarga yang menetap di selangor tidak akan balik mengundi lagi di kelantan kebetulan pula selangor juga kekal di bawah pakatan rakyat dan menjadi kewajipan saya sekeluarga untuk memperkukuhkan kerajaan pakatan rakyat selangor tempat saya sekeluarga mencari rezeki dan pengakhiran hayat saya insyaallah.

Jadi untuk pru 14 nanti datuk amar, mb dan barisan exco kena buktikan kemenangan pas waktu itu nanti bukan kerana individu tapi adalah kekuatan dasar pas semata mata.

Wasalam

Unknown said...

Biarkanlah dia....Macam tu la ianya umpama " Teori Darwin mendapat Bunga"...macam itulah resamnya....

cheni said...

Kekuatan pada dasarnya sahaja tidak cukup..kena ada faktor lain juga iaitu individu / pemimpin. Kalau kuat pada dasarnya sahaja, sudah tentu Kerajaan PAS Terengganu dan Kedah tidak akan jatuh.

akulah69 said...

Kaduk sudah naik junjung????? PRU14, Klntn hati2... Yg mnjadi faktor memenangkan klntn adalah pengundi luar yg celik it dan celik akal, insyaallah. Klu sllu sangat bertelagah, org tak suka. Tak kira la, pas ker umno... Tgk di kedah... Jika byk isu, itulah padahnya. So, jgn keruhkan suasana di klate. Aura TGNA salah satu faktornyer...

Unknown said...

Kenyataan YB Mohd Amar " kekuatan PAS adalah kerana dasar dan bukan kerana kekuatan individu" bagi saya adalah ungkapan dari seorang pemimpin yang kurang faham erti perjuangan.YB Mohd Amar tidak boleh menafikan dalam sebuah perjuangan kita amat perlukan tunggak perjuangan. Tunggak perjuangan ini ibarat paksi yang menggerakkan ahli ahli berjuang berasaskan DASAR DASAR yang di gariskan oleh parti..Sejarah Islam membuktikan Islam tersebar meluas, sedikit sebanyak adakah kerana jasa tunggak perjuangan Khalid Ibn. Walid..Untuk melonjakkan perjuangan ketahap yang lebih tinggi kita amat perlukan satu tunggak individu yang boleh menjadi paksi perjuangan..Majunya Negara Cina kini dan tamaddun Cina dahulunya adalah kerana mereka mempunyai satu tunggak atau individu yang menjadi paksi perjuangan.
Untuk menidakkan perlunya ada paksi atau kekuatan individu dalam sesuatu perjuangan akan membawa maksud perjuangan itu tak akan kemana dan tak mungkin melonjakkan ketahap yang lebih tinggi..KALAU PERJUANGAN UNTUK PERIUK NASI DAN MENAMBAH HARTA KEKAYAAN INDIVIDU, PERJUANGAN INI TAK PERLUKAN TUNGGAK ATAU PAKSI PERJUANGAN. Cukuplah dengan bekerja keras sahaja,atau mengambil jalan ringkas seperti dilakukan oleh sesetengah pemimpin. Untuk Parti PAS melangkah jauh dan melonjak ketahap yang lebih tinggi kita amat perlukan seorang tunggak atau paksi pejuangan yang boleh membakar semangat perjuangan rakyat mengejar cita cita, dengan berasaskan dasar dasar parti yang telah ditetapkan.Saya rasa YB Mohd Amar keliru dalam metod perjuangan untuk mencapai cita cita tinggi yang diimpikan rakyat Kelantan.

kueh bakar said...

husam ni umpama jeneral perang, sebelum berperang duduk dibarisan depan. Mahu melawan askar yang kuat dan hebat.

Dia tahu dia susah menang dan akan kalah. Tapi dia mahu meniup semangat dan keyakinan pada 'peperangan2' yang lain bahawasanya musuh boleh ditewaskan. Ia perang psikologi yang berisiko tinggi.

tapi setelah balik berlumuran darah dari berperang, sampai di tanah tumpah, dia ditikam lagi sekali oleh kawan seperjuangan.

ia cerita benar yang tragis yang berlaku di mana-mana di dunia ini apabila melibatkan kuasa dan tahta.

kaka said...

lebih suka kenyataan Dato'Ahmad yaakob yg merendah diri..dan mengakui dia jauh sekali hendak di bandingkan dengan TGNA

lat said...

Salam,
Saya amat tidak setuju dgn pendapat YB Amar. TGNA merupakan ikon PAS dan tidak boleh dinafikan bahawa TGNA adalah kekuatan PAS. Mmg adat patah tumbuh hilang berganti ttp untuk membina kekuatan memakan masa dan faktor keyakinan memainkan peranan yg penting. TGNA bebas dari amalan korup, kronisma dan lebih penting integritinya tinggi. Setelah apa yg berlaku seolah ada permainan untuk singkir saingan , saya tidak ada harapan tinggi dengan pimpinan negeri . Ikhlas dlm perjuangan mestilah di zahirkan dengan perbuatan bukan hanya pandai berkata2.

mihwartarbawi said...

Sebelum parah. . beri masa 3-5 bulan kepada YB timbalan MB ini, kalu nampak makin parah, tukar dengan yang lain. Masih ramai yang berkaliber dan layak menduduki kerusi terebut.

Unknown said...

Dasar sesebuah parti dan individu yang menggerakkan parti perlu selari.Bagaimana nak mendapat bayang yang lurus kalau arcanya bengkok?

Ahmad said...

Saya bcadang utk buat undi rosak utk pru14 jika nik amar masih dok kluar statement mcm tu...tgk tok mat masa jd tmb...diam je..xda statement dr dia...aih baru je naik jd tmb..nik amar bckp mcm kaduk naik junjung doh...rasanya kalo gini perangai jeneral perang pas d klate...rasanya pas d pru14 tsungkur mkn pasir...

mamat zali said...

tahniah abe ti menjadi mata dan telinga rakyat, kritikan kearah memantap dan menyedarkan pemimpin dari terus terlajak. betul kekuatan parti kerana muafakat tetapi budi dan jasa orang lain perlu dikenang dan dihargai, sehebat mana pun kita walau menang 100 ribu majoriti pun kalau setakat 1 kerusi tak ada makna pun. jauhi cakap angkuh, banyakkan bekerja dengan lebih gigih, tambah baik yang mana perlu, itu yang rakyat tunggu dan mahukan

Unknown said...

Jgn terlalu ghairah mengeluarkan kenyataan2 yg boleh di eksploitasi oleh pihak lawan.. Sepatutnya muhasabah diri dengan apa yg berlaku di Kedah apabila pemimpin tidak sehaluan.. kesan nya kpd pengundi yg fedup.. Sebalik nya tumpu kan kpd kerja2 untuk bangun kan Kelantan. Cabaran terbesar barisan kepimpinan PAS Kelantan adalah untuk meneruskan dasar2 yg telah di rancang. Jgn sesekali nafikan peranan TGNA kerana tok guru bukan shj MB Kelantan ttp pemimpin peringkat nasional.. Digeruni dan dihormati pihak lawan dan kawan.. Begitu juga dgn dato husam.. Beliau juga pemimpin peringkat nasional.. Keberanian beliau bertanding di putrajaya membuat kan Ku Nan sedikit gentar.. Agak2 klu nik amar bertanding di putrajaya dlm pru 13, aura nya sama dengan husam tak?? Renung2 kan lah

Nor Hasin said...

Untuk makluman awekaste: saya dan isteri dah tukar tempat mengundi di shah alam utk pru 14 nanti. saya pergi ke spr pada 7/5/2013 selepas isu kltn ni timbul...

maw said...

kami diputrajaya beralih undi dari bn/umno kepada husam.beliau ada karisma,ketegasan prinsip,setiakawan dan ketokohan seorang pemimpin berjiwa rakyat.walaupun kami tidak pernah kenal beliau apatah lagi mendengar ceramahnya akan tetapi kami dapat merasai beliau adalah jeneral yang kami nanti nantikan.

Unknown said...

Ini kisah benar berlaku pertengahan tahun 90an ketika TGNA menjadi MB Kelantan. Ketika perjalanan pulang dari Perlis, rakan kami menghubungi TGNA melalui YB Husam, untuk bertemu dan berdailog. TGNA dan YB Husam bersetuju untuk berhenti di sebuah Sekolah Agama di Kedah walaupun tiada dalam jadual. Antara soalan ditanya, "jika TGNA tiada, siapa yang akan mengantikan memimpin PAS". Yang saya ingat, YB Husam berkata, "soalan seperti itu pernah ditanya zaman pada para sahabat dahulu... yakinlah Allah Maha Berkuasa, akan ada penganti..." Pada saya, penganti zaman itu diangkat dengan majoriti suara para sahabat berdasarkan ketakwaan dan dengan penuh keiklasan...

Unknown said...

awekaste, kalau tak mau balik mengundi di kelantan, minta tukar IC dan daftar mengundi di kawasan selangor utara.

stopa said...

kepada pemimpin yang menang jgnlah angkuhan dan tidak amanah kerana kami peyokong bawahan ini bekerja untuk pati tanpa upah malah duit kami yang habis jadi kalau menang jagala amanah dengan baik jangan sombang dan angkuh buat spt yang yang dikata

Unknown said...

x payahmarah sgt nik amar ni budak br nak naik. dia join pas klate pun masa pas dah mkn hasil. jd dia x th susah senang masa mula2 nak mng dulu. dia duk sibut ngajar teori ko bdk un jah

Unknown said...

...Buleh undi yg banyak dlm parti dan PRU tidak menjanjikan kita menjadi pemimpin yg baik jika akal tidak panjang dan mulut tidak berus... Kemahiran buat tamsil ni byk dari pengalaman.Nya kohor-kohor belajar la tu ustaz kalu nak dok lama dlm exco gakkkk...

TRANSLATION said...

Salam saudara mso...catatan yang bernas,..tapi mengikut pandangan ambo, kita patut bagi TMB Kelantan kepercayaan untuk mentadbir kelantan dan membina kekuatan PAS. walaupun statement yang di buat itu ada ralat sikit,pada hemah ambo, Nik Amar bukanlah nak memperkecilkan aura TGNA tapi sebagai peringatan kepada ahli PAS semua bahwa selagi kita berjuang atas dasar yang PAS bawa iaitu AL Quran, Hadis dan Ulama sebagai penyambung lidah nabi, disitulah kekuatan sebenar perjuangan Islam..Namun persoalannya mampukah MB, TMB dan Exco2nya mengikut acuan dan piawaian yang diletakkan oleh TGNA iaitu ITTIBA' SUNNAH?...MENJADI SUNNAH YANG HIDUP

apis said...

Bile org x layak meenerima jawatan penting..mula lah keluarkan statement yg x bagus seperti itu...kami akan menilai, jika pentadbiran baru mengamalkan kronimisme..kami akan menukar pilihan pada PRU14...berjuanglah kerana ALLAH bkn kerana pangkat...kami tahu track record yg amalkan kroni...org yg amal kroni x layak ada dlm PAS

Unknown said...

Kepada Dato' Nik Amar, gunalah hak berfikir sebelum menggunakan hak untuk bersuara.

Banyak maruah dan air muka masuk ke longkang kerana lidah. Jadi, peliharalah aktiviti lidah dgn sebaik mungkin - penuhi dgn nasihat dan wisdom sebagaimana amalan TGNA.

Unknown said...

Sblm PRU13 lagi ramai teman2 di Putrajaya dahpun menyatakan hasrat utk menukar tempat mengundi pada PRU14 atas sbb Husam, bila jadi lagu ni, nampak gayanya anak Kelate di Putrajaya pakat tukar tempat mengundi belakolah jawabnya, sebab PAS perlukan Husam di Parlimen, bg ambo, amno tetap di Kelate,sebab faktor YB Ust Halim dan Ust Nik Abduh, kalau ak, ambo pun pah Putrajaya juga. Bg team pimpinan baru di Kelate, hati2 dan laksanakan amanah ng sebaiknya, elakkan kenyataan2 seperti Nik Amar ni, kalau tokse jadi serupo Kedah gak, beringatlah wei, rakyat Kelate loni cerdik belako, kami syg Kerajaan PAS selagi mana ianya istiqamah, tetapi PAS juga perlu mendengar pandangan akar umbi, terutamanya mohon tendang awal2 individu yg meminta2 jawatan. Maaf jika terkasar bahasa.