[kemaskini] Sudah jelas dan berjawab, tiada Adun di Selangor yang mengumumkan perletakkan jawatan pagi ini. Salah seorang pemimpin muda PKR Selangor telah menjelaskan dalam satu kenyataan pagi ini, berita mengatakan Adun Selangor akan letak jawatan tidak benar.
Kata pemimpin itu berita itu palsu dan ia disebar menerusi pesanan ringkas SMS malam tadi. Bagaimana pun Adun berkenaan tidak hadir dalam sidang akhbar pagi ini kerana dikatakan menghadiri satu mesyuarat lain. - mso 12:56
Sehingga jam 9:41 ini belum ada kesahihan mengenai desas desus Adun Selangor ini yang hendak meletak jawatan. Pembantu peribadinya ketika dihubungi tidak tahu menahu mengenai maklumat berkenaan.
Pembantu itu juga tidak mengetahui ke mana menghilannga Adun berkenaan. Beberapa orang wakil rakyat Selangor yang ditanyai mengenai perkara ini juga tidak tahu. Apakah ia hanya gimik?
Apapun pejabat Adun berkenaan akan menjadi tumpuan pagi ini. mso: 9:41
Seorang Adun Selangor yang menjadi perhatian dan sasaran golongan redikal dua tiga hari lepas katanya akan membuat kejutan pagi ini dengan mengumumkan perletakan jawatan. Belum dipastikan apakah Adun itu akan melepaskan kerusi yang disandang kini ataupun jawatan dalam kerajaan dan parti.
Katanya pengumuman akan dibuat pagi ini di pejabatnya di Shah Alam.
Sekiranya benar berlaku perletakkan jawatan Adun berkenaan ia akan membuka satu lagi polemik dalam politik Selangor. Peristiwa itu akan dipergunakan oleh UBN untuk terus menyerang Pakatan Rakyat.
Apakah ini sebahagian lagi daripada episod pihak tertentu yang hendak menggoncangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor? [wm.kl.8:25 am 12/01/11]
No comments:
Post a Comment