Saturday, January 8, 2011

Hanya Sebuah Ilusi

Khairy Budak Cerdik Yang Akan Hilang

KETUA Pemuda Umno Malaysia yang tidak diikhtiraf kemampuan dan kemenangannya, Khairy Jamaluddin tidak mahu berkongsi rahsia pertemuan beliau dengan Presiden Umno, Najib Abdul Razak hari ini. Katanya biarlah ia menjadi rahsia beliau dengan Najib. Amboi...!

Memang itu hak Khairy dan beliau tidak perlu mendedahkannya. Tetapi adalah hak orang lain juga untuk membuat spekulasi apakah isi perbincangan di antara keduanya. Dalam masa lima minit pertemuan itu, selain Khairy menceritakan masalah dan potensi Parlimen Rembau yang diwakilinya, tentulah juga Khairy bertanya Najib mengenai kedudukannya dalam pilihan raya akan datang.

Ataupun Najib mungkin ada menyebut kepada Khairy yang menantu bekas perdana menteri itu harus berundur dalam pilihan raya akan datang. Atau Najib menggunakan bahasa isyarat atau bahasa tubuh untuk meminta Khairy berundur.

Kalau Najib menyebut secara terang juga tidak mustahil kerana isyarat dari Najib sebelum ini seperti tidak diendahkan oleh Khairy. Atau Khairy sekaan tidak mengerti dan peka kepada cara dan sinisme Najib berpolitik. Dalam sisi lain Khairy seolah ikhlas dan tulus, tetapi dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Saya tidak percaya kalau orang sepintar Khairy dia tidak tahu isyarat Najib.

Najib telah memberi beberapa isyarat kepada Khairy, di mana dengan isyarat ini sudah cukup kalau Khairy berundur dan melepas jawatan. Ataupun tukar parti. Tetapi Khairy tidak menerima isyarat itu ataupun tidak merasai ia satu 'kebencian' Najib kepadanya. Rada politik Khairy lemah menerima isyarat Najib yang dihantar dengan gelombang simbolik. Begitukah?

Umum tahu walaupun kemenangan Khairy merebut jawatan ketua pemuda kerana rasuah, tetapi beliau adalah ketua pemuda yang sah dari sisih undang-undang Umno. Tetapi hakikat itu ditolak hidup-hidup oleh Najib sebagai presiden Umno.

Dalam susunan kabinetnya Najib tidak menamakan Khairy sebagai menteri atau timbalan menteri. Paling mengejutkan Najib melantik pemuda yang kalah dengan Khairy untuk menjadi timbalan menteri. Itu satu pukulan maut buat Khairy. Tidak cukup dengan pukulan itu satu lagi tukul terkena ke kepala Khairy bila mana naib ketua Pemuda, Razali Ismail dilantik jadi timbalan menteri.

Apakah maksud semua itu? Iya tidak lain dan tidak bukan satu ejekan besar buat Khairy. Tetapi Khairy masih cuba menyejutkan dirinya, dengan mengatakan dia tidak perlukan jawatan untuk berkhidmat. Betulkan Khairy tidak mahu jawatan? Kalau benar begitu untuk apa dia bertanding dan bolehlah tanpa jawatan kami berkerja?

Bagaimana pun kenyataan kenyataan Khairy ke belakangan ini berbeza nada pula. Beliau menyatakan rasa tidak berminat dengan politik dan bercadang tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Ini menampak Khairy sudah menemui cermin yang benar untuk mempamerkan dirinya dan juga masa depannya.

Apakah beliau membuat kenyataan itu kerana beliau suduh sedar yang pisau politik sudah mendekati lehernya?

Sepatutnya beliau tidak menunggu lama untuk berbuat demikian. Alasan yang diberikan untuk membereskan tugas-tugas dan tanggungjawab yang beliau sedang laksanakan baru beliau akan bertindak (berundur) tindakan yang lewat dan tidak menggambarkan beliau peka mengenai dirinya sendiri. Khairy sepatutnya bertindak sebelum beliau dimalukan. Adalah silap kalau beliau mempercayai dalam politik ada keikhlasn, ada kejujuran dan juga kesetiaan. Permainan (game) dalam politik persis jerat yang tidak pernah melupai pelanduk.

Dalam satu pertemuan tidak disengajakan di satu majlis, saya sudah katakan sebelum ini kepadanya, yang beliau tidak akan diberi kerusi pada pilihan raya ke - 13 nanti. Betapa pun beliau tunjukkan kesetiaan dan berkerja kuat semua itu tidak akan dinilai dan sia-sia saja. Segala budi, pengakuan dan ba'iah Khairy dengan Najib tidak memberi apa-apa bekas.

Saya katakan kepada Khairy selagi Dr Mahathir masih hidup maka selama itulah Khairy akan terseksa dan beliau tidak akan diberikan laluan oleh Najib. Selamanya Najib akan menyuburkan politik Mukhriz Mahathir kerana Najib ada budi dengan Mahathir. Manakala Khairy pula anak yatim dalam politik dan tidak ada apa-apa budi mertuanya bagi Najib membolehkan Najib menjaga dan mempedulikan Khairy.

Perlantikan Mukhirz sebagai timbalan ketua Umno Kedah harus dibaca oleh Khairy. Beliau kena takut ke mana Mukhriz selepas ini. Dalam permerhatian saya, perlantikan itu adalah persiapan untuk Mukhriz jadi MB Kedah. Mukhriz akan merukah ke jawatan lebih tinggi termasuk timbalan presiden Umno menerusi jawatan berkenaan.

Apapun kita hormat kepada keputusan Khairy. Keseksaan batin politiknya hanya ditanggung oleh beliau. Kerana tanpa kuasa tidak ada lagi anak-anak ayam yang menderai langkahnya dan mereka juga tidak lagi berhimpun dalam majlis Khairy.

Mereka semua adalah anak ayam yang mencari makan, menanti beras tumpah. Bila Khairy memiliki lesong maka tidak ada beras yang mengecik keluar makan kelaparan anak-anak ayamnya. Anak ayam tidak ada nilai perjuangan. Mereka hanya bersultan perut dan poket saja. Bila poket kering mereka akan meninggal induk yang bertangan kosong.

Kalau beliau benar berundur satu kerugian kepada politik negara ini. Malaysia akan kehilangan seorang lagi budak cerdik, kecualilah Khairy meneruskan perjuangannya dalam PKR atau Pas, budak cerdik ini dapat menaburkan sikit baktinya yang dikumpulkan untuk dilambak dalam Umno itu. Sudahkah Khairy memikirkan semuanya? [wm.kl. **** 08/01/11]

4 comments:

deepblue said...

Sebagai mehran yg sama memerhati politik tanah air.. saya juga berkongsi kekecewaan jika Khairy berundur diri dr persada politik malaysia. Pada saya biarlah Khairy bertindak lebih matang, memperbaiki rentak tari politiknya dari menyembah kalah.
Siapa saja yg tajam pemerhatiannya, mengetahui beliau seorang yg bijak dan berkebolehan. Mengubah haluan politik tidak bererti khianati perjuangan tetapi perjalanan kita mendaki kedewasaan.
Jika menukar bahtera itu lebih memberikan ruang untuk beliau menyumbang bakat dan kebijiksanaan, mengapa tidak.
Suatu yg Khairi harus belajar dari Anwar selain menyumpah politik Anwar ialah ketabahan dan istiqomah yg ada dalam diri Anwar. Insyallah jika ini berlaku, lanskap politik negara sekali lagi diwarnai.

anakmabo said...

salam.
betul tu MSO..nmpk ada usaha utk menaikkan imej mukhriz dlm pemilihan umno nanti..mereka akn berhempas pulas bg memastikan mukhriz menang jawatan yg ditandingi sama ada ketua pemuda atau N.Presiden.

saya pasti khairi telah membuat analisis SWOT sblm mengeluarkn kenyataan ingin berehat dr politik. tetapi beliau harus ingt pantang seorang pejuang mengaku kalah dipertengahn jalan. beliau perlu menyertai PR utk mengukuhkannya di Negeri sembilan khasnya.

jika PR menang PRU13 nti tidak mustahil beliau adalah salah seorang pemimpin peringkat pusat atau negeri. insya Allah.

tp sebelum itu beliau perlu faham dasar parti yg ingin disertinya sebelum beralih arah. takut2 nti akn jd katak plak.

1Crony said...

Salam Tuan MSO. Memang rugi jika dunia politik kehilangan seorang yang berbakat dan berani berhujah seperti KJ ini. Walaupun beliau naik melalui mertua, tetapi bakat semulajadi beliau tidak boleh diperlekehkan. Berbanding Mukriz yang dilihat amat lemah, kurang berbakat serta kurang pintar, lantas berjawatan politik ditarik tocang oleh Najib bagi membalas budi Mahathir kerana berjaya menyingkirkan Pak Lah lebih awal dari masanya. Tapi bagi bangsa Malaysia, politik sebegini amatlah malang dan menjijikkan bilamana kuasa politik ibarat warisan mak bapak mereka yang punya. Melantik ikut suka hati atas dasar budi dan bukan atas kapasiti bakat dan kebijaksanaan individu tersebut. Sebagai contoh, Tun Mahathir yang bijaksana telah tolong berkempen dan menurunkan ilmunya kepada Mukriz (anak) yang kurang bakat dan kebijaksanaan berpolitik (kecuali berbakat besar dalam mengkritik Anwar). Tun Razak yang juga bijaksana dan berpandangan jauh telah mewariskan takhta politik beliau kepada Najib yang kurang berpendidikan sebagai anak bangsawan (belajar tak habis), korupsi serta kurang integriti di mata rakyat, semuanya bertujuan untuk kelangsungan dan warisan politik beliau.

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam Tuan MSO. "Cerdik !" ...kurniaan yang tak ada nilai dalam UMNO jika bercanggah dengan kecerdikan bos dan dasar keMelayuannya. Tun Dr. Mahathir terpaksa naik pentas kerana kecerdikannya bercanggah dengan Allahyarham Tunku. DS Anwar menjadi mangsa kecerdikan Tun Dr. Mahathir kerana kecerdikannya. Mungkin Khairi pun demikian ! Tentunya, kecerdikan ulamak TG. Nik Aziz, TG. Haji Hadi dan TG. Harun Din memahami al-Qur'an al-Hadith tidak ada nilainya. Nasib baik ada YMM Yang Di Pertuan Agung, boleh bertemu. Bertemu pun sudah cukup...dari 'ilham yang cerdik'. Kemuncaknya 'FATONAH' cerdik...adalah sifat Rasulullah SAW, bermanfaatkah kepada UMNO yang dianugerahi kuasa sejak tahun 1957 ? Kecerdikan mengikut persepsi UMNO hanya menguntungkan UMNO !. Terima kasih Tuan Haji MSO...MOhon sekelumit idea. Wallahu A'lam.