Friday, January 14, 2011

Susupan Malam

Saya Tidak Percaya Tetapi Kena Percaya

TENGAH hari tadi saya menerima SMS dari Mat Maslan yang memaklumkan satu sejarah baru berlaku di kawasannya di Benut, Johor. Sukar untuk saya mempercayai akan sejarah itu baru bermula. Tetapi kerana beliau sendiri yang kirim dan terlibat dalam sejarah itu maka saya kena percaya.

Begini tulis Mat Maslan; "Sejarah tercipta di Benut Pontian pagi ini 14/1/11. Maybank pertama dalam pejabat Pos dilaksana di Benut. Kawasan Benut belum ada bank, berjaya ada bank dengan keadaan syenergistic coporetion dan win-win. Saya rasmikan dengan ada sekali DS Wahid Omar CEO Maybank D Syed Faisal CEO Pos Malaysia.

"Pos ada 700 seluruh negara dan Maybank ada 400. Sebanyak 400 Pos tak ada Maybank, jadi dalam masa tidak berapa lama Maybank akan ada 800 cawangan. Satu tranformasi bijak sana."

Fahm ke? Apa yang Mat Maslan Felda ini nak cerita ialah mengenai kewujudan bank di Benut. Saya tidak percaya kalau selama ini Benut tidak ada bank seperti mana kata Mat. Saya ingat Benut sudah lama ada bank semacam itu.

Johor kubu Umno yang dikira kaya sepatutnya sudah lama bank dengan keadaan syenergistic wujud. Tetapi rupa-rupanya baru wujud hari ini. Mungkinkah kalau Mat Maslah tidak menjadi wakil rakyat kawasan itu bank seumpama itu tidak wujud lagi.

Wah hebat sungguh Mat Maslan, berjaya tubuh bank dan dia juga merasmikannya. Jarang anak Melayu dan wakil rakyat Melayu mendapat peluang seperti Mat Maslan mencipta sejarah.

Tahniah kepada Mat Maslan kerana berjaya menempah sejarah di Benut? Mudah-mudahan selepas ini akan jadi menteri penuhlah Mat! Mat oh Mat! [wm.kl. 11:45 pm 14/01/11]

2 comments:

Jashamsulnizam said...

Selama hampir 54 thn parti perikatan@BN memerintah M'sia trmasuk lah di kawasan kecil di Benut baru hari ni ader bank dan pejabat pos beroperasi... kenapa tak 10, 20, 30 ke 40 tahun dulu?... sebelum Mat Maslan, YB2 yg dulu semuanya buat apa?... Adun2 xpernah dtg kawasan ke?... heran bin ajaib... Kalau sy jd Mat Maslan dah tentu sy malu nk sms pekembangan trbaru yg berlaku dikawasan parlimennya...

Unknown said...

Salam, Inilah Ahmad Mazlan yang saya dan ramai lagi kawan2 kenal. dia juga bekas SU Politik Tok Pa Menteri Kewangan. Pun tak dak bank di Benut. Saya tidak terkejut Ahmad akan terloncat2 dan ketawa gembira bila dia resmikan program2 kecil bagini, kerana itulah Ahmad Mazlan ! Sila tanya MPs dari Johor, siapa yang suka dia. Good luck PM, Ahmad tu Ketua Penerangan UMNO.