Monday, June 14, 2010

Belasungkawa

Ustaz Hassan Shukeri Kembali Ke Rahmatullah!

[kemaskini] 5: 15 pm Jenazah Hassan Shukeri kini telah berada di rumahnya di Taman Melawar. Sedia menanti di perkarangan rumahnya untuk memberi penghormatan terakhir kawan rapat, sanak saudara terdekatnya. Beberapa pemimpin Pas, juga turut kelihatan. Antara mereka yang awal tiba ialah Kamarudin Jaafar, Khalid Samad, Dr Hayati Othman.

Turut kelihatan Hanifa Maidin, cikgu Ishak Surin, Subky Latif. Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa juga kelihatan. Bekas kawan sepejuangan Allahyarham dan jirannya, Nakhaei Ahmad juga turut kelihatan. Orang ramai dijangka terus berkunjung ke rumah Allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir.

Dipercayai kunjungan orang ramai khasnya ahli dan penyokong Pas akan berterusan sehingga eosk. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Penasihat PKR Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin Umno juga dipercayai akan ikut sama menziarahi sebagai memberi penghormatan terakhir.

Hassan Shukeri seorang yang lemah lembut dan pandai menghormati kawan dan lawan sudah pasti akan dikenang. Pemergiannya satu kehilangan besar buat Pas. - MSO


BARU sekejap tadi saya menerima perkhabaran dukacita yang amat sangat, Ustaz Hassan Shukeri, 71 telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 2:00 petang ini. Menurut anak sulung Subky Latiff, Dang Fatihah yang menghubungi saya sekejap tadi Hassan meninggal di Hospital Selayang. Jenazahnya masih berada di sana.

Hassan turut menghadiri muktamar Pas ke 56 di Kota Bharu tiga hari lalu. Beliau bersama Subky Latiff pulang malam tadi. Disebabkan kesesakan jalan raya mereka sampai di Kuala Lumpur sekitar jam 10:00 malam.

Pagi tadi Hassan mengadu sakit dada dan dimasukkan ke wad ICU di hospital Selayang.

Semasa di Putik - tempat berlangsungnya muktamar saya sempat bersalaman dan bertanya khabar mengenai dirinya. Potret yang tertera ini adalah potret beliau terakhir yang saya rakam dicelah-celah orang ramai. Menjadi amalan saya setiap kali muktamar saya akan merakam seberapa banyak wajah pemimpin Pas untuk kegunaan saya.

Hasaan merupakan satu-satu tokoh Pas sezaman dengan Datuk Asri Muda yang masih aktif dan terus memberi sumbangan idea dan fizikal kepada Pas. Disebabkan ketokohannya, namanya semacam senonim dengan Pas. Sepanjang hajatnya beliau memegang berbagai jawatan penting termasuk selaku Timbalan Presiden Pas adalah jawatan tertinggi. Buat masa ini beliau adalah ahli Majlis Syura Ulama dan juga anggota Dewan Senat.

Paling menyerlah dan boleh dianggap tugas dan pengorbanan besar beliau ialah semasa memegang jawatan Setiuasaha Agung. Beliau juga dikenali dengan pakar perlembagaan Pas. Manaka pujian untuk beliau ialah Allahyarham tetap dengan Pas walaupun rakan-rakan seangkatan dengannya banyak yang mengikuti jejaki Asri Muda meninggalkan Pas. Catatan mengenainya akan menyusul sedikit masa lagi. Al Fatihah. [wm.kl. 2:20 pm 14/06/10]

4 comments:

mzpharmacy said...

Alfatihah.Semoga roh ustaz Hassan dimasukkan ke dalam golangan roh pejuang2 Islam sama sperti roh Ustaz Fadhil Noor.Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.Ustaz Hassan mengabdikan dirinya untuk perjuangan Islam.Apakah diri kita juga pejuang Islam atau sebaliknya?

eelobor said...

Salam takziah buat keluarga Allahyarham, Al-Fatihah. Semoga beliau di tempatkan bersama orang2 yang beriman.

melikapakjangak said...

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Belaiu adalah antara tokoh Pas yang tidak pernah saya sasarkan kritikan sama ada melalui tulisan di akhbar, majalah atau buku mahu pun melalui blog.

Ini adalah kerana sikap dan peribadi Allahyarham seakan tidak ada ruang untuk ditegur dan dikritik.

Semuga rohnya dikumpul bersama roh para solehah dan lubang kuburnya akan menjadi antara taman-taman syurga.

Ku ingat Taqwa said...

Al-fatihah buat allahyarham yang banyak berkorban untuk PAS. Mungkin ramai yang tidak tahu lambang bulan pada bendera PAS adalah hasil ilham beliau.