Monday, June 21, 2010

Hanya Sebuah Firasat

Saya Tidak Fikir Asri Akan Sertai Umno?

DESAS desus bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai parti politik mendapat perhatian ramai termasuk kalangan pemimpin politik. Walaupun Asri menjelaskan beliau belum buat keputusan tetapi ia tetap menjadi perhatian. Semuanya bermula dan jadi heboh bila perkara Asri nak sertai Umno ini didedah oleh Setiausaha Kerja Umno, Abdul Raof Yusuf.

Menurut Raof, Asri akan sertai Umno bersama 100 orang cerdik pandai Islam termasuk yang berkelulusan Phd? Tarikhnya Jumaat ini bersempena dengan hari Umno akan mengadakan mesyuarat MT. Mungkin Najib Razak akan mengumumkan ketika itu? Kata Raof, Asri diberitakan akan menjadi ahli Dataran Merdeka dalam kawasan Bukit Bintang?

Melihat cara Raof menghebahkannya ia seperti benar akan berlaku. Tetapi dari sisi lain hebahan itu ada semacam tektik tertentu saja. Anihnya tidak ada pula tokoh-tokoh besar mengalu-alukan desas desus itu apakah ada orang Umno tidak berminat dengan Asri?

Ramailah juga orang mengajukan pertanyaan kepada saya apakah benar desas desus itu. Saya tidak dapat nak mengesahkan cuma mengikut perkembangan - desas desus itu menerusi portal berita saja. Adapun kali terakhir saya berjumpa dengan Asri ialah pada hari kematian Hassan Shukeri. Beliau turut hadir untuk menyembahangi jenazah Hassan.

Sementara menanti kehadiraan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, saya nampak Asri duduk di kerusi bersama Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin yang lain. Ketika dia berjalan nak masuk bawah bangsal tempat sembahyang jenzah dia ada berjalan ke arah saya dan bersalaman. Kami sempat bercakap sepatah dua, dan beliau menceritakan biliau biasa ziarah Allahyarham.

Semasa muktamar Pas di Kota Bharu dua minggu lepas beliau juga hadir. Menjadi tetamu pada muktamar Dewan Pemuda Pas dan juga tetamu VVIP pada muktamar penuh di Putik. Kehadiran di dua majlis itu menjelaskan secara politiknya beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Pas. Ada tanda-tanda beliau berminat dengan Pas.

Pun begitu kalau dia tiba-tiba nak sertai Umno tidak menjadi masalah. Tidak semestinya orang yang hadir pada muktamar Pas, menjadi tetamu kehormatan tidak boleh masuk Umno. Sedangkan pemimpin Pas sendiri ada yang masuk Umno. Mungkin juga Asri nak melihat bagaimana Pas bermuktamar. Ataupun dia hadir kerana menghormati jemputan. Atau pun merisik dan melihat sejauh mana penerimaan orang Pas ke atas kehadirannya.

Mungkin juga disebabkan kehadiran Asri itu maka Umno merasa gerun dan bimbang. Makanya sesuatu kena dibuat. Itulah Raof pun buat kenyataan yang Asri nak sertai Umno. Hubungan Asri dengan bekas MB Perlis Shahidan Kassim digunakan sebagai hujahnya. Shahidan juga mengatakan yang Asri mungkin pilih Umno. Sekali lagi hubung baik Asri dengan Shahidan tidak semestinya Shahidan akan menyertai Umno.

Semasa berlaku kes Asri ditangkap kerana mengajar tanpa tauliah saya berkesempatan berjumpa dengannya di sebuah rumah di Hulu Klang. Ada beberapa orang pengikutnya menyebut, kalau payah sangat nak ceramah dan mengajar buat mereka suruh Asri parti sendiri. Berdasarkan kata-kata itu boleh dianggap kalau Asri menyertai mana-mana parti pun sebagai helah atau dijadikan platform untuk beliau berdakwah saja. Pada saya tugas dan tanggungjawab Asri memecahkan beberapa persoalan dalam Islam lebih penting untuk beliau sertai parti kerana nak jadi Yang Berhormat.

Justeru saya tidak kira Asri akan menyertai parti politik dalam masa terdekat. Kalau beliau benar menyertai Umno pilihan itu pada saya salah. Beliau tidak akan mampu untuk memperbaiki parti berkenaan. Begitu juga kalau penyertaanya bertujuan untuk memperkasakan Umno. Dalam perhatian saya penerimaa dan tafsiran kepentingan Melayu dalam minda Asri sama dengan penerima dan tafsiran Nik Aziz. Perjuangan Asri bukan kepada Melayu tetapi kepada masalah kekeliruan, bidayaah atau kurafat dalam Islam. Manakala mempercayai kepada Melayu itu sebagai satu-satu kuasa dapat menyelamatkan Malaysia juga saya kira kurafaat atau bidaah!

Kerana itu beliau tidak akan cari fasal dengan Umno. Begitu juga kalau beliau menyetertai Pas beliau juga tetap bermasalah. Tuduhan beliau sebagai penganut fahaman wahabi menyebabkan beliau akan ditentang oleh sebahagian ahli Pas yang kuat berpegang kepada mazahab. Kalau ada beberapa fahaman dan pembaharuan yang dibuat Nik Aziz pun dipersoalkan apa lagi kalau Asri bercakap sebagai ahli Pas.

Secara peribadi saya masih berpegang kepada nasihat saya kepada Asri sebelum ini agar beliau tidak menyertai mana-mana parti politik untuk mengekekalkan kehebatannya. Martabat dan wibawanya sebagai ulama akan tercemar kalau beliau menerjunkan diri dalam parti politik. Beliau akan terus disanjung dihormati oleh semua pihak jika beliau berada dalam keadaan bebas. Hari ini orang Umno tidak membenci Asri, orang Pas juga tidak membencinya dan orang PKR juga tidak mencemuhnya. Tetapi kalau beliau sudah menyertai mana-mana politik boleh akan dibenci dan akan dicemuhi.

Kalau beliau sudah menyertai Pas beliau tidak lagi akan dipanggil ke majlis-majlis Umno begitu juga kalau beliau menjadi ahli Umno. Politik Malaysia yang masih lagi belum tamadun, terbuka dan profesional sukar untuk sesuatu parti menerima pandangan dan hujah pihak lain. Malahan bukan saja untuk diudang memberi pandangan yang berkadas, hatta setakat untuk berada dalam satu majlis pun sukar.

Kalau boleh biarlah Asri kekal dengan kedudukan seperti hari ini, berkawan dengan semua pihak di mana cara ini juga memberi peluang beliau untuk berdakwah seluas dan sebebasnya. Kalau beliau membuat teguran atas kedudukannya sebagai bebas beliau tidak akan dilihat sebagai teguran politik dan mungkin diterima. Tetapi kalau sudah menjadi ahli parti teguran itu akan dianggap sebagai teguran politik walaupun ia adalah yang haq tetapi akan dianggap sebagai jahat. [wm.kl. 3:00 pm 21/06/10]

6 comments:

ANAFAKIR said...

Bagi sesiapa yg beramal dgn ilmunya,bagi sesiapa yg 'mengaji kitab' walaupun tidak banyak..pasti mereka akan memilih utk bersama pimpinan yg jelas dan nampak keIslaman mereka.Amalan seharian, cara berpakaian, perilaku dan sahsiah mereka lebih menjurus kepada Islam.Andai Dr. Asri memilih UMNO maka itu pilihan dia berdasarkan kajian ilmunya yg ilmiah.Dia org 'mengaji' mungkin ada kayu ukurnya sendiri.Andai dia memilih PAS..mudah-mudahan Allah memberkati niatnya utk membangunkan ISLAM di bumi Malaysia ni..apapun, kita kena berada dalam jemaah kerana itu sunnahnya.

Wan Kembang said...

1. Pada pandangan saya, posisi sekarang adalah terbaik untuk Dr Asri berdakwah...medan perjuangan adlah lebih luas...di Malaysia kebenaran dipengaruhi dengan sentimen politk...

2. Ttp saya tidak fikir Dr Asri begitu 'innocent' sekakadar untuk berdakwah dr kedudukan beliau sekarang... firasat saya, ketika saya mula mengikuti kuliah beliau sebelum terkenal dan jadi mufti, saya menganggap belaiu seorang berpotensi dlam politik..belaiu berupaya menarik tumpuan ramai.. saya mengagak beliau sebenarnya berminat dlam politik...

3. Firasat saya.. Dr Asri mempunyai jiwa orang politik yg 'terperangkap' dlam seorang tokoh intelek agamawan... Beliau mempunyai naluri sbg org politik.. beliau juga spt TG Nik Aziz, spt Anwar Ibrahim... setiap ideologi beliau dan langkah beliau yg utamanya kerana dakwah pada masa yg sama secara tidak sedar adalah strategi politik beliau (setuju dgn Dr Yusri, ABIM)

4. Saya tidak fikir beliau akan putus masuk UMNO hjung minggu ini... yg saya pasti apabila beliau betul bersedia untuk masuk politik, beliau tak akan pilih PAS, ttp UMNO dan pengumumannya akan dibuat pada masa yg beliau rasa terbaik, wallahualam..

Ibni Ismail said...

Salam..
Memang berada di zon berkecuali ini lebih selamat dan mudah. Tetapi mengenali Dr. MAZA ini, saya yakin beliau seorang yang berani menongkah arus utk pertahankan keyakinan beliau. Memilih jalan selamat semata mata utk memudahkan beliau melelapkan mata diwaktu malam adalah bukan sifat beliau.
Jika beliau memilih untuk berjuang, saya yakin pilihannya adalah UMNO kerana:-
1.lebih sukar berdakwah kepada ahli PAS dari berdakwah kepada ahli UMNO.
2. Lebih bermunafaat kerana UMNO parti no 1 di barisan pemerintah dibandingkan PAS hanya parti no 3 di PR.
3. Program dakwah beliau akan lebih lancar kerana memperolehi bantuan terutamanya bantuan kewangan.
4. Beliau faham risiko jika gagal di UMNO. Keluar dari UMNO akan menyebabkan luka yang lebih dalam pada UMNO dari luka pada DR. MAZA sendiri. UMNO akan pasti penuhi kehendak beliau.
5. Di PAS beliau hanyalah ulama kecil. Dr. Harun Din pun dianggap kecil apatah lagi beliau. Beliau pastinya dapat 'baca' ttg isu ni. Sedangkan di UMNO, beliau pastinya jadi 'Ulama Besar'

ANAFAKIR said...

Andai ingin berjuang kerana Islam jgn fikirkan keuntungan pada diri..tapi kena fikirkan keredhaan Allah.Risiko menegakkan Islam di akhir2 ni mmg besar.Para Nabi dan Rasul berjuang 'atas bara' pada setiap saat.Ada yg dibunuh dan terbunuh semata-mata memperjuangkan akidah dan keimanan ummah.Dr. MAZA tentu lebih arif.Jika inginkan glamour, keuntungan semerta dan jangka pendek, keuntungan peribadi maka beliau jauh dari layak utk dipanggil ulamak.Dia mesti faham duduk perkara bukanya fikirkan nama dan pengaruh.

Unknown said...

Kalau lah benar DR maza jatoh ketan
gan umno ,apayg akan di justifikasi
oleh bloger2 umno YG kalau ikut istilah tuan MSO mereka berotak
kemetut dlm bab falsafah perbizaan pendapat dlm ajaran islam.bagi mere
ka wahabi kalau boleh dinamakan wah
abi atau salafi itu keluar dari ahli sunnah.ia seolah2 ludah kelangit, dari kafir kpd islamlah kerana masok umno.oleh itu isu islam dan ajaran bagilah kpd ahli nya.tak usah lah bloger2 umno menyibut dlm hal2 falsafah pemikiran islam.sepatut nya mereka
membetulkan apa yg di musnahkan pimpinan umno dlm isu2,pembaziran
wang felda,pkfz,kapalselam,injin kapalterbang,apco,rahsia pdrm,sim
e derbi,keterisan dan pembaziran wang rakyat,kemiskinan penduduk luar bandar,dll isu2 tertungak yg tidak di lupai oleh rakyat... ,

Ts Abdul Shokor Abd Talib said...

Sebagai orang Islam kita mestilah meletakkan Islam sebagai keutamaan.

Lihatlah apa yang terjadi kepada Firdaus, MaShitAh dan Jamil Khir apabila mereka menyokong UMCO, adakah mereka menjadi orang yang lebih baik atau sebaliknya.

Kalau nak bersihkan tong taik kena dibuat dari luar, suapaya kita dapat menjaga kebersihan diri, kalau dibuat dari dalam sudah pasti kita akan terpalit dan bergelumang dengan tahi.

Camana pun kalau dunia menjadi rebutan, silakan... Kalau anda benar yakinlah kami akan sentiasa bersama anda, jika sebelakinya tunggulah penginaan yang pasti dari ALLAH.