Tuesday, June 1, 2010

Ulasan Petang

Pembetulan Kebinet, Mengecewakan Khairy dan Senator Boy

ROMBAKAN (sebenarnya pembetulan bagi saya) kabinet dilakukan Najib Razak lewat petang ini sekali lagi menyaksikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus kempunan untuk menjadi menteri bila menantu bekas PM itu tidak disenaraikan sebagai jemaah menteri.

Begitu juga gembar-gembur mengatakan orang bertanggunjawab meluluskan judi perlawanan bola sepak piala dunia Awang Adek Hussein kononnya akan dilantik menjadi menteri penuh, juga tidak kesampaian. Desas desus mengatakan Ahmad Shabery Chik akan digugurkan juga tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya apa yang berlaku Najib hanya membetulkan kabinetnya dengan menggugurkan Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan dengan memasukkan Kong Sho Ha untuk mengambil alih tenpat bekas presiden MCA yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan itu dua bulan lalu.

Kedudukan Cho Ha sebagai diganti oleh Chor Chee Heung yang sebelum ini adalah Timbalan Menteri Kewangan yang cuba ditonjolkan sebagai orang bertanggungjawab dalam meluluskan judi bola sepak. Saya tidak fikir pertukaran Chee Heung itu kerana hukuman ke atasnya yang ditonjolkan sebagai insan bertanggungjawab meluluskan lesen judi itu.

Dalam pembetulan kabinet itu juga naib presiden kanan PPP, Senator Maglin Dennis D'Cruz dilantik menjadi Timbalan Menteri Penerangan Komunakasi dan Kebudayaan. Perlantikan Denis D Cruz ini dilihat sebagai persiapan sekiranya M Mugiah yang kini bermasalah di dalam PPP terlucut jawatannya sebagai Presiden yang kini berebut dengan M Kayveas.

Kemasukan Maglin itu sebagai mengganti Heng Seai Kie.

Calon MIC untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor yang ditolak oleh Umno, G Palanivel pula dilantik sebnagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti. Perlantikan Palanivel ini dilihat sebagai pemenuhi janji - kompromi antara MIC dengan Umno semasa pertelingkahan untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kesan dari 'perbalahan' Umno dengan MIC telah memberi keuntungan kepada MIC apabila selain dari mendapat kerusi Hulu Selangor MIC juga dapat satu lagi kerusi Timban Menteri.

Seorang wakil dari SUPP Richard Riot pula dilantik menjadi timbalan menteri luar negeri. Perlantikan Riot sebagai mengganti tenpat dikosongkan mendiang Robert Yew yang meninggal dunia baru-baru ini.

Anak Presiden MCA, Chua Tee Young pula dilantik menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Perlantikan ini dilihat sebagai latihan untuk anak Chua Soi Lek itu belajar politik untuk bergerak lebih jauh.

Dua lagi Naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Pembetulan kabinet hari dilihat sebagai memenuhi kehendak parti komponen BN sahaja dan ia tidak melibatkan menteri-menteri Umno. Apakah tiada perubahan anggota menteri dan timbalan menteri melibatkan Umno itu menunjukkan prestasi mereka semuanya baik dan memuaskan.

Mungkin apa yang paling mengejutkan dalam pembetulan Kabinet ini apabila tidak disenaraikan Senator Boy sebagai anggota kabinet. Sebelum ini budak-budak senator boy telah menjaja ke seluruh negara hingga ke Bachok dan Gua Musang kononnya senator boy akan dilantik menjadi anggota kabinet.

Beliau kononnya akan di letak di Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan khas untuk menjaga kaum belia dalam negara ini . Kesimpulannya pembetulan kabinet dilakukan Najib hari ini benar-benar mengecewakan penyokong Khairy Jamaluddin dan senator boy (Ezam Mohammad Noor).

Kedudukan ini menepati apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa Najib tidak akan melakukan rombakan Kabinet melibatkan anggota menteri Umno kerana ekoran kedudukan parti itu kecil buat masa ini. Situasi ini menyebabkan Najib tidak mempunyai banyak pilihan melainkan mengekalkan menteri, timbalan menteri yang sedia ada. Beliau juga tidak akan menukar ganti menteri dan timbalan menteri Umno bagi mengelakkan timbul suasana tidak senang kepadanya. Sesungguhnya Najib sangat takut kepada kecelaruan. [wm.kl. 6:30 pm 01/06/10]

7 comments:

azman kamarul said...

Salam mso...sebenarnya umno memang banyak kecelaruannya.....lihat saja apa najib buat setakat ini tentang isu di Gaza.....bacul.

Shaharudin said...

Tuan MSO, saya kerap mengunjungi laman web ini dan boleh dikatakan saya juga salah seorang peminat tulisan dan buah fikiran Tuan. Cuma apa yang saya perhatikan, setiap topik ada kesalahan ejaan atau typo. Kadang-kadang saya menyampah juga bila terpaksa baca typo ni...makin lama makin banyak pula typo Tuan..harap-harap Tuan MSO belum nyanyuk.

mso.im said...

Saya pohon berbanyak maaf kepada Shahrudin kerana membikinnya menyambah kerana kesalahan ejaan dalam posting saya. Saya sudah jelaskan kesalahan ini tidak dapat dielakkan. Kerja yang saya lakukan ini (berblog) tanpa ada suntingan dan editing, buat seorang saja. Saya sudah jelas lama sebelum ini dan nasib baik sebahagian besar penjenguk saya tidak ada masalah dengan kelemahan semula jadi saya ini. Cuma apa yang dapat saya syorkan kepada sdr untuk tidak menyampah jangan baca blog saya dan sila ke blog lain yang ejaan betul dan teratur. Itu saja.
Seperkara lagi untuk pengetahuan penjenguk yang mungkin tak sedari, banyak perkataan yang saya gunakan dalam blog perkataan dailek Kelantan. Perkataan ini bukan salah eja, tetapi memang ianya dieja begitu. Harap maklum.
Sekali lagi saya phon maaf.

rozman said...

Salam tuan MSO,

Buat apa tuan minta maaf dengan orang seperti ini... ini adalah contoh terbaik pemikiran orang melayu 1 malaysia... orang lain sibuk membicarakan soal yang lebih besar, dia pula mempersoalkan mengenai kesalahan ejaan dan gaya bahasa...
kalu ikut bahase klate....dio ni mabuk air sejuk kut...

penjejak.mimpi said...

Salam.

Tuan MSO, saya adalah diantara ribuan pengunjung tetap blog ini. Masalah kesilapan ejaan pada saya adalah lumrah kerana biasanya kita sebagai blogger menulis sementara idea kunjung tiba. Sementelah pula tuan MSO menulis berseorangan; tiada siapa yang membantu untuk menyemak ejaan dan membuat editing.

Harap tuan MSO tidak berkecil hati dengan teguran pengunjung-pengunjung blog ini. Mereka menegur kerana suka membaca coretan dan tulisan tuan.
Saya tidak menyokong sesiapa dalam hal ini. Teguran itu penting cuma cara menegur itu kurang sesuai.

Apa pun, harap tuan MSO akan terus menulis.

Sekian, terima kasih.

Hishamuddin said...

salam Pok Mso..
sedikit pembetulan...rombakan ini melibatkan seorg MP umno iaitu Datuk Razali Ibrahim. Rasanya dia ni dulu timb. menteri belia dan sukan.

Ikut Suka Saya said...

Tuan MSO

Bagaimana pula dengan kedudukan YB Johari Baharom dan YB Senator Hamzah Zainudin? Depa ni dipindahkan ke Kem lain atau digugurkan?

Terima kasih.