Showing posts with label Majlis Syura Ulama. Show all posts
Showing posts with label Majlis Syura Ulama. Show all posts

Sunday, January 13, 2013

Majlis Syura Ulama Pastikan HKR Tidak Terusik

PERINGATAN                                                                                                                     

Malam ini majlis syura ulama Pas dikatakan akan bersidang. Persidangan ini adalah rutin bagi jawatankuasa berkenaan berbincang dan mengambil pandangan dalam beberapa hal khasnya mengenai perkembangan yang terkini. Ia akan dipengerusikan sendiri oleh Mursyidul Am, Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara isu yang dijangka akan disentuh oleh majlis itu berhubung dengan isu yang sengaja dibangkitkan untuk pecah belah PAS iaitu Amanat Haji Hadi dan isu Kalimah Allah yang diungkitkan oleh Lim Gua Eng.

Media massa PB sedang menanti penuh minat kedua-dua isu ini. Justeru majlis syuara hendak harus berhati-hati dan bijak melayan media massa PB berhubung isu ini. Selepas himpunan kebangkitan rakyat (HKR) semalam media massa kini tidak ada isu lagi untuk menjadi lidah syaitan kepada UBN bagi memburuk-buruk dan memperorak-peranda Pakatan Rakyat.

Jadi mereka menanti isu baru. Apa yang dikehendaki ialah sikap atau keputusan oleh majlis syura terhadap dua isu itu. Mereka mahukan akan ada pendirian tidak sekata di antara ahli majlis syura. Dan paling diharap akan ada kenyataan berbeza di antara satu sama lain.