Saturday, June 6, 2009

Keputusan Muktamar




Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden Pas

SEPERTI mana didugakan sejak awal Nasharudin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas untuk penggal ketiga, periode 2009 - 2011 apabila mendapat undi sebanyak 480 undi menewaskan dua calon lain, Husam Musa yang mendapat 281 dan dan Mohamad Sabu 261 undi.

Undi diperolehi Nasharudin lebih 10 undi daripada yang saya jangkakan beliau akan diperolehi 470 undi.

Kemenangan Nasharudin dengan meraih undi kurang 50% itu mengesahkan pertandingan merebut jawatan nombor dua parti itu begitu sengit sekali. Ia benar-benar mencabar Nasharudin. Jadi tidak hairanlah kalau blog dan protal berita tertentu telah membuat spekulasi sejak awal pagi mengatakan Nasharudin bakal kecundang.

Untuk tiga kerusi Naib Presiden pula, bekas Ketua Pemuda, Sallahudin Ayub menepati ramalan apabila menang dengan undi kedua terbanyak. Sallahuddin mendapat 824 undi. Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat undi terbanyak untuk kerusi berkenaan dengan mendapat 871 undi.

Manakala Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar meraih undi sebanyak 663 undi menempatkan diri disalah satu daripada tiga kerusi berkenaan. Percubaan Mahfuz untuk kali ketiga ini membuah hasil.

Seramai 18 ahli jawatankuasa yang terpilih pula ialah:

1. Mohamad Nizar Jamaluddin - 854 undi.
2. Idris Ahmad - 799 undi.
3. Kamaruddin Jaafar - 769.
4. Azizan Razak - 653.
5. Hassan Ali - 642.
6. Dr Mohd Hatta Ramli - 638.
7. Abdul Ghani Shamsuddin - 637.
8. Abu Bakar Chik - 622.
9. Hanifa Maidin - 619.
10. Amiruddin Hamzah - 606.
11. Dr Lo Lo Ghazali - 598.
12. Ghani Abdul Rahman - 584.
13. Zulkefli Mohamad - 576.
14. Syed Azman Syed Mohamad - 530.
15. Hashim Jasin - 522.
16. Mazlan Aliman - 513.
17. Taib Azmuddin Mohamad Taib - 504.
18. Mujahid Yusuf Rawa - 448.

Ulasan keputusan akan menyusul. [wm.kl. 10:30 am 06/06/09]

7 comments:

dewa said...

tahniah kepada Nasharuddin... Rasanya penulisan tuan haji ada memberikan sedikit impak kepada kekalahan YB Husam....

Alias Mohd Yusof said...

Ada hikmah yang tersirat disebalik kemenangan Nasharudin itu, kemenangan beliau dilihat sebagai menggambarkan sokongan kebanyakan pemimpin PAS kepada kerajaan perpaduan yang didokong oleh Presisen PAS ustaz Hadi.

Walaupun undian di internet atau di blog-blog banyak memberi sokongan kepada Husham tetapi ini tidak mencerminkan apa yang ada dalam kepala pemimpin-pemimpin PAS.

Kemenangan kumpulan pendokong kerajaan perpaduan ini sudah tentu akan memberi tekanan kepada DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Tanpa PAS, PR tidak boleh menjadi entiti politik yang kuat. Oleh itu PR pada masa akan datang tidak akan mengambil mudah peranan PAS dalam PR.

ruang bicara faisal said...

minggu lepas husam cakap besar.dia kata ezam ahli umno biasa tak layak berdebat dgn dia kerana dia naib pre pas.padahal dia takut ezam bogelkan dia.

Allah maha kaya,Allah maha besar. Hari ini husam dah jadi ahli pas biasa.

apoapojelah said...

Salam.

Boleh tak tuan selidik mengapa media MalaysianInsider dan Malaysiakini beriya-iya menolak Husam ke atas.

Sehinggakan dalam berita portal MalaysianInsider sebagai reaksi pertama keputusan pemilihan muktamar PAS, ia menyifatkan "In a blow to its Pakatan Rakyat partners, the conservative faction in PAS has triumphed". Saya rasakan usaha untuk masuk jarum ke dalam PAS ini, adalah all out effort dari musuh-musuh Islam, melalui proksi-proksi mereka di sini.

Mohon MSO ulas.
Wassalam

PUTRA MERDEKA said...

salam tuan mso.
husam akan masuk PKR!!!

a_z_ayief said...

Salam

Maaf la,bri pndgn tntg ni kt post ni.bg sy,truskn krna tuan ikhlas nk tegur husam.takkan la teguran hanya ktika ada pmilihan shja,slps pemilihan n husam kalah,maka dihentikan.jika bgitu,org akn pndg tuan mnulis n menegur tidak ikhlas.akan timbul aggapan tuan menulis utk berkempen bg yb nasa n nak jatuhkan husam.

Teguran mesti diteruskan tidak kra sblm n slps pemilihan.cuma mgkn bleh dtangguhkn crta husam buat masa skrg utk meraikan prasaan sedih husam akibat kekalahannya.tulis dulu kisah tokoh lain,slps kadaan dh reda,tulis smula smbgn cerita husam.itu lbh meraikan husam n meneruskan istqmh tuan dlm menegur husam.

Saya sygkn pas,sygkn husam n sygkn tuan.maka buatlah smuanya ikhlas utk menegur n memperingati stu lain.apapun,sy tetap berharap tuan,husam dpt duduk semeja dgn tuan guru utk selesaikan mslh ini.

Sekian

affandi said...

salam..
tahniah ke atas kemenangan ustaz nasharudin..spt yg diharapkn dan kepada dato husam moga beliau akan terus berusaha untuk mendapatkn keyakinan perwakilan di masa yg akan datang.
dg kemenangn ustaz nasharudin bermakna ketokohan beliau masih releven dan idea beliau masih boleh diterima pakai..