Sunday, June 14, 2009

Cermin Ahad

UBN Terus Melakukan Kesilapan Yang Sama

BIASANYA orang yang melakukan kesilapan yang sama adalah orang yang bodoh! Orang yang tidak bersekolah. Otaknya lembab dan bebal. Kurang sel! Orang cerdik tidak akan melakukan kesilapan lebih daripada sekali atau sekurang-kurangnya dua kali. Kesilapan kali pertama boleh dikatakan kerana kelemahan semula jadi manusia kerana dia adalah mahluk dicipta bukannya Pencipta.


Manakala kesilapan kali kedua kerana kesilapan pertama tidak diperbaiki disebabkan kelalaian ataupun kekurangan ilmu. Tetapi kalau melakukan kesilapan yang sama lebih daripada dua kali ternyata orang itu bodoh. Bodoh sengoti, kata orang Kelantan. (Tak faham sila telefon).


Apabila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed telah membuat janji untuk menjadikan kawasan Manik Urai sebagai anak angkat sekiranya UBN memenangi pilihan raya kecil 14 Julai nanti, ia satu janji dan strategi politik yang bodoh.


Kata Mustapa bila dijadikan anak angkat kawasan itu akan dibawa banyak projek. Pembangunan prasarana akan dibina di kawasan berkenaan. Maka akan jadi bermanik-maniklah Manik Urai!


Orang Manik Urai hanya mengangguk-ngangguk mendengar janji itu dan bila sampai di rumah mereka akan tersenyum sendiri dan akan dikongsi dengan bini dalam selimut, geli hati dengan janji Menteri MITI itu. Mustapa sudah silap bila menabur gula yang sama kepada kumpulan semut yang sudah ‘celika’ dan tahu akan tujuan gula itu ditabur. Orang Manik Urai bukan bodoh. Mereka sudah celik mata dan 'celik' telinga.


Cara janji Mustapa itu juga cuba merendahkan taraf pemikiran dan politik orang Manik Urai. Walaupun mereka duduk jauh di pedalaman tetapi mereka tahu apa yang berlaku di sekitar dunia luar. Apa lagi mengenai politik yang merupakan sebahagian menu sarapan pagi mereka di kedai-kedai kopi yuang berderetan di Manik Urai. Benar mereka tidak tahu mengenai pasaran saham Hong Kong, Jepun, London atau Amerika, tetapi mereka tahu bagaimana denyut nadi politik Pas dan Umno. Jantung politik Pas dan Umno Kelantan sentiasa dalam dada mereka.


Mereka tahu dan kenal siapa dia Annuar Musa. Apa yang Annuar pernah lakukan. Apa dosa-dosa besar dan dosa kecil Annuar. Dengan siapa Annuar digossipkan. Begitu juga mereka tahu dan kenal siapa dia Husam Musa. Bahkan kalau disebut baju petak-petak merah pun mereka sudah kenal wajarnya. Itulah menunjukkan orang Manik Urai sangat ‘makrifah’ dengan dunia politik siasah.


Janji sebegitu bukan yang baru bagi UBN. Janji itu adalah perulangan janji-janji lama yang meloyakan. Di mana-mana ada pilihan raya, janji-janji lunak begitu berlori-lori ditaburkan. Masa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Pasir Mas akhir tahun 2006 dulu itulah juga janji yang ditaburkan. Mulut itu jugalah yang mengukir janji berkenaan. Kalau Pengkalan Pasir dimenangi UBN, kawasan itu kononnya akan dimajukan segala prasarana akan dibawa ke situ.


Mendengar segala janji ditaburkan pada masa itu seolah seluruh kawasan Pengkalan Pasir akan padat dan penuh dengan projek. Seolah-olah seluruh jalan di kawasan itu bukan lagi diturap dengan tar tetapi diturap dengan gansa dan perak. Tiang lampunya diperbuat dari testil. Setiap orang di Permatang Pasir bukan lagi pakai baju pagoda tetapi pakai baju besi...


Tetapi apa jadi selepas UBN memenangi kawasan berkenaan? Nah, tegok dan pergilah jenguk sendiri. Pengkalan Pasir masih menjadi pengkalan yang berpasir dan dilanduni air bila hujan lebat turun. Longkang masih tersumbat dan jalan belum sempurna sepenuhnya. Apa yang ada kini nasib baiklah kerajan Pas yang sesak dan miskin lakukan. Kalau harapkan kepada UBN habuk pun tadak!


Strategi berjanji tetapi tidak tunai tidak diterima rakyat lagi. Cara Mustapa lakukan salah. Ia tidak akan mengubah pendirian orang Manik Urai. Orang Manik Urai tidak pun akan merasa terhibur dengan janji-janji demikian. Mereka juga tahu hanya seminggu dua ini sahaja pembesar negeri singgah di kawasan mereka. Selama ini mereka sunyi dan hidup di kalangan mereka sahaja. Tiada ada mana-mana pembesar yang berkunjung ke tempat mereka jauh sekali untuk duduk-duduk bersembang di atas jemburan atau tangga.


Kerana itu mereka tidak merasakan orang lain sebagai pemimpin mereka, melainkan Allahyarham Ismail Yaacob atau Pak Su Weil saja. Kerana Pak Su Weillah yang bersiang bermalam dengan mereka. Apa orang nak bilang pada Pak Su Weil, tetapi Pak Su Weillah hero mereka. Pak su Weillah tempat menggantung harap!


Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang, seorang anak raja yang berjiran dengan kawasan mereka, seorang pakar ekonomi dan hampir-hampir nak jadi Perdana Menteri, mereka tidak pun merasakan Tengku Razaleigh adalah pemimpin mereka.


Ramzi Abdul Rahman, Ketua Umno Bahagian Kuala Krai ada rumah tinggi atas bukit di Jelwang, mereka tidak merasakan Ramzi sebagai pemimpin mereka. Ataupun Zulkefli Yaacob bekas Adun Guchil (ada Mercedez putih) dan sepupunya Abdul Latif Abdul Rahman yang juga Ketua Pas Kawasan Kuala Krai juga mereka tidak merasakan kedua ustaz itu sebagai pemimpin mereka. Yang mereka lihat dan ingat sebagai pemimpin dan tokoh mereka hanya Pak Su Weil. Sebab itu Pak Su Weil tidak pernah kalah dan boleh menang sampai lima kali. Walaupun Pak su Weil terbaring dalam ward tetapi masih menang sebagai timbalan ketua Pas Kuala Krai.


Kenapa keadaan jadi begini. Kerana selama ini tidak ada mana-mana orang nak pedulikan mereka. Nasib mereka dibiarkan dengan mereka sesama mereka saja uruskan. Kalau ada sesekali datang menjenguk pun kerana ada tujuan lain bukan ikhlas untuk bertanya khabar mengenai kehidupan mereka.


Jadi bila tiba-tiba seminggu dua ini baru ada pemimpin tergila nak singgah dan bertanya berapa harga pot (getah sekerap) sekarang, atau durian berbuah atau tidak, atau datang untuk bagi benih ikan keli, ia tidak memberi bekas. Mereka sudah tahu pertanyaan itu hanya menanam tebu di bibir mulut saja.


Kalau hanya seminggu dua ini baru ada pemimpin turun nak belajar toreh getah ia tidak juga merujakan mereka. Mungkin tupai, kera, musang genggalung dan 'kangka' binatang macam beruk tetapi kening putih bergerak secara melompat sahaja yang terkejut bila ada timbalan menteri tiba-tiba pergi toreh getah.


Mungkin segala unggas dan haiwan itu berfikir bahawa keadaan ekonomi negara ditangan Najib Razak ini sudah terlalu teruk sangat sampai timbalan menteri pun terpaksa mengambil upah toreh getah di Manik Urai!


Kalau Mustapa dan mana-mana pemimpin ikhlas dan suci hati nak bangunkan Manik Urai atau kawasan luar bandar jangan tunggu bila ada pilihan raya. Mustapa boleh jadikan mana-mana saja kawasan yang daif, ketinggalan untuk dijadikan anak angkat. Bila diambil anak angkat selepas ada pilihan raya jelas sangat ianya tidak ikhlas dan tindakan bermotif politik jangka pendek dan segera yang bodoh.


Jangan haraplah UBN akan mencapai kemenangan dengan cara itu. Melainkan kalau awal-awal lagi UBN jadikan anak angkat seluruh kawasan dimenangi Pas, mungkin ia akan membawa keuntungan kepada UBN. Bila ada pilihan raya kecil mereka tidak payah susah-susah lambakan janji manis, rasuah dan pasang papan tanda baru mengenai projek itu dan projek ini. Bila mereka sudah lama dianakangkatkan mereka sudah merasa dan bila ada pilihan raya mereka terus pilih UBN.


Jadi kepada Mustapa dan pemimpin UBN lain janganlah merendahkan minda orang Manik Urai dengan janji-janji molok begitu. Bawalah pendekatan dan pendidikan politik yang boleh mendidik jiwa dan minda. Dan cubalah belajar berpolitik daripada orang kampung yang jujur, ikhlas dan tidak mengharap apa-apa benda keduniaan melainkan Allah. [d'kota kl 11:15 am 14/06/09]

6 comments:

othman ahmad78 said...

hehe..tergelak besar ambo baca entri tn hj kali nie.sindiran derek ko muko puok-puok to'pa. kalo diorg tok pehe lagi tak tau la.

RBF Online said...

salam mso

sedikit pembetulan

p/raya kecil di pasir mas dulu bukannya DUN PERMATANG PASIR tapi PENGKALAN PASIR. klau tak silap saya tempat ni tak jauh dari kg halaman mso ja. mungkin mso masih teringatkan kerusi pas yg di permatang pasir dalam parlimen pmtg pauh.

umno pernah berjanji pasal nak buat jambatan keretapi di pasir mas dlm prk pgkln pasir dulu. dan jika tidak silap saya projek tersebut telah pun dibuat. pasal janji2 lain tu saya tak pasti.

satu ja saya nak kata kpd mso. umno kelantan sekarang ini drp atas sampai ke bawah semuanya buduh. tak pandai strategi politik. semua sibuk hal masing2. umno kelantan jika ingin maju perlukan seorang ketua yg boleh full time di kelantan. tendang keluar ja ahli2 yg parasit. biarlah terjadi pemberotakan dlm parti pun. lama kelamaan ianya akan pulih jua.

saya setuju dgn saranan mso agar kerajaan bn menjadikan dun angkat semua dun yg dipegang oleh pas. adakah idea sebegini mudah pun susah nak difikirkan oleh mereka. saya rasa lebih baik mso yg menjadi peng perhubungan umno kelantan.

situasi sekarang org kelantan geli geleman dgn umno. tapi pemimpin umno boleh buat dek ja. sampai sekarang pun saya tak nampak apa master plan mereka utk menghindari org kelantan terus geli geleman dgn umno.

berapa ramai pemimpin umno kelantan ada blog dan website ? benda semudah ini pun mereka tak boleh pikir.

saya yakin 100 % baik umno atau pas mereka tak akan jumpa pun calon sehebat pak su wil di manek urai. siapa yg dapat calon begitu mereka akan menang. umno lebih kpd memilih calon yang ada kelayakan akedemik utk diketengahkan. pada saya itu tak guna. janji org tu itu boleh membaca ,menulis,baik,rendah diri,suka menolong org ramai walaupun dia penoreh getah sekalipun org itu patut diangkat sebagi calon.

tun ghaffar baba pengajian tak tinggi pun,lulusan maktab ja. tapi beliau berjaya.kerana beliau ada semua sifat itu.

anwar ibrahim pun bukan belajar tinggi sgt.setakat lulusan kesusteraan melayu saja di um tapi tak pernah kalah juga dlm pru.

buat apa pilih calon yg ada sijil dan ijazah berjela2 tapi kalah dlam prk.

kesimpulannya,pas bukan kuat sgt pun dikelantan,tapi kerana umno kelantan buduh.

sesetengah adun pas dikelantan bukan peduli rakyat pun. nak minta tong sampah dlm kampung pun tak dapat2. tapi menang juga. kerana apa ? kerana umno buduh.

90 % kepimpinan umno kelantan harus ditendang jika ingin mencapai kemenangan dalam pru akan datang.

Unknown said...

Assalamualaikum,"saudara faisal mengatakan 90% pemimpin umno kelantan hendaklah ditendang keluar kalau umno hendak merampas balik kelantan".
Saya rasa kenyataan ini adalah tidak tepat kerana sekiranya 90% daripada pemimpin di tendang keluar nescaya umno akan dan lumpuh tidak dapat bergerak lagi dan secara automatiknya umno akan mati terus.
Bagi saya hanya segolongan kecil sahaja yang bermasalah dan masalah hanya dapat diatasi jika pucuk pimpinan dapat memilih diantara kaca dan permata asli.
Tugas besar ini hanya dapat dilaksanakan jika pilihan dibuat setelah beristikharah dan bermunajat kepada Allah.
Selamat berjaya dan selamat bercerita kepada tuan haji mso

abah said...

faisal..

pembetulan utk saudara..jambatan merentasi keretapi di pasir mas bukan umno yg buat..tapi kerajaan pas kelantan yg buat...harap maklum

RBF Online said...

t.kasih saudara rozaimin

saya letak 90 % itu sebagi nak tunjuk ramainya pemimpin umno kelantan yg tak boleh pakai.

bairkan umno lumpuh seketika dan bina yg baru walupun memakan masa yg lama. daripada tersu mempertahankan yg tak boleh pakai dan membebankan.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Kawe pernah jadi oghe Kelate tapi lo ni jadi oghe Nogori (Parents migrate ke Melaka). Tapi bini masih oghe Kelate (Tanoh Meghoh). Bilo balik Kelate dok bual dgn oghe kampung, meme demo tu kiro cumo napok bule sajo.... Bowokla janji or gapo-gapo pung, demo tu tetak napok bule yah..... Payoh la puok dacing nok mene di Klate....