PENGUMUMAN oleh Anwar Ibrahim mengenai kemasukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim ke dalam PKR menepati bayangan sebelum ini yang bekas ahli Umno itu akan memilih PKR untuk meneruskan perjuangan politiknya dan membantu Pakatan Rakyat menumbangkan UBN. Anwar mengumumkan kemasukan Zaid dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini.
Sudah pasti dengan penyertaan Zaid (foto) itu ia sedikit sebanyak memberi sumbangan tenaga profesional ke dalam Pakatan Rakyat, khasnya PKR. Memang sesuai dan kena dengan latar belakang dan semangat perjuangan Zaid beliau memilih PKR, bukan Pas maupun DAP.
Zaid selepas dipecat dari Umno kerana sikap vokalnya mempertahankan demokrasi telah menunjukkan minatnya kepada PKR dengan menghadiri beberapa majlis anjuran Pakatan Rakyat termasuk tampil dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Penanti yang baru lalu.
Sudah tentu sebagai rakan Pas dalam Pakatan Rakyat, Zaid juga akan turut turun ke Manik Urai pada bulan hadapan berkempen bagi memastikan calon Pas.
Penyertaan bekas ahli Parlimen Kota Bharu itu sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati para penyokong Pas yang kecewa amat sangat dengan tindak tanduk ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tikit Pas tetapi akhirnya 'menungging punggung' kepada parti Islam itu.
Bagi PKR sendiri seperti mana ulas Anwar, Zaid akan turut memberi kepakaran yang beliau ada untuk menyemarakkan lagi perjuangan PKR. Untuk memastikan peranan Zaid meluas dalam PKR beliau akan dilantik menjadi ahli MPT parti berkenaan.
Umno sudah pasti akan memberi ulasan negatif atas penyertaan Zaid itu namun apa yang pentingnya penyertaan itu seperti ujar Anwar ia satu penghormatan kepada PKR yang semakin mendapat kepercayaan rakyat kini.
Kepada Zaid Ibrahim diucapkan selamat berjuang demi rakyat. [wm.kl. 6:15 pm 13/06/09]
4 comments:
Salam, Semuga warga PR terubat sedikit dengan kemasukan ZI dlm PKR. Memang kepakaran beliau dinanti2 walaupun bukan sedikit pimpinan PR dlm bidang perundangan,ttp lain orang lain pendekatannya.. selamat berjuang ZI.
Salam Persaudaraan
Semasa PAS ingin melakukan hukum Hudud dulu,bukan UMNO yang halang, tetapi orang yang tegar membawa perkara ini ke Mahkamah adalah siapa??. Bangga betul dia dengan firma guaman ketika itu.
Kini, tiada apa yang perlu dibanggakan dengan Zaid, beliau pejuang demokrasi? Atau sekadar pelengkap parti Sosialis?
Keadilan bukan bermaksud demokrasi, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Buat sesuatu bukan kerana rakyat tetapi hidup, amal dan pekerjaan kerana Allah Taala.
Apa kata PAS?
Sekadar Renungan.
Salam MSO
Baguslah penolak Hudud dah masuk PKR. Habis semua cerita menolak hudud dahulu masa UMNO tak keluar lagi. Semua dah bersih ya.. suci dah kot...
Bunyi macam saya orang BN. Tapi takdelah.. cuma terkenang tulisan MSO, politik ini kotor...
Sengih sendirian.
Memang benar Zaid Ibrahim pernah menentang PAS. Tapi kita jangan lupa Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Azmin Ali dan sebilangan besar pemimpin PKR yang juga bekas pemimpin UMNO juga pernah memusuhi PAS. Begitu juga sebilangan pemimpin PAS sendiri seperti Bekas SU Agung PAS Dato Kamarudin Jaafar yang dulunya Ketua UMNO Tumpat, Dr Hassan Ali bekas orang kanan BTN yang kini Pesuruhjaya PAS Selangor dan lain-lain. Kita bagi peluang kepada Zaid Ibrahim untuk bersama Pakatan Rakyat. Kalau dia belot macam Ibrahim Ali kita "pancung" la.
Post a Comment