Pertarungan Nasharudin - Husam Sengit
SAAT ini pengundi bagi menentukan kepimpinan Pas bagi periode 2009 - 1011 sedang dijalankan. Pengundi bermula kira-kira jam 3:40 petang tadi. Kini proses pengundian sudah hampir selesai. Seramai 1,044 perwakilan yang layak mengundi telah dan sedang mengundi.
Pengundian memilih barisan pemimpin Pas ini adalah acara paling penting dan dinanti-nantikan. Kesemua jawatan penting kecuali presiden di pertandingkan. Seramai 84 orang calon terlibat dalam pertandingan pada muktamar kali ini.
Seperti mana umum mengetahui jawatan yang menjadi perhatian dan tumpuan ialah Timbalan Presiden yang melibatkan tiga calon, Nasharudin Mat Isa (penyandang), Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Kempen perebutan jawatan ini dikira sengit bila mana ia dikelompokkan kepada dua kumpulan. Satu calon mewakili golongan ulama manakala satu lagi golongan bukan ulama. Perhatian khusus diberikan kepada Nasharudin dan Husam Musa. Penyertaan Mohamad Sabu untuk merebut jawatann itu dilihat sebagai menjadi penentu atau penyumbang kepada salah satu daripada dua calon itu sahaja.
Nasharudin adalah penyandang manakala Husam pencabar. Pertandingan ini bagi Husam adalah satu usaha untuk mengubahkan kedudukannya berada di kerusi nombor dua dan seterusnya mengubah Pas ke arah lebih dinamik. Husam menyagarkan populariti beliau selama dua penggal memegang jawatan berkenaan.
Jika perkembangan awal masih kekal hingga ke saat ini, peluang Nasharudin untuk memenangi jawatan itu adalah cerah. Sekiranya jumlah pencalonan menjadi petunjuk sahih, ini bermakna Nasharudin mengatasi Husam dan Mat Sabu dengan kelebihan 10 hingga 15 % undi. Nasharudin mendapat 68 pencalonan, Husam 28 dan Mohamad Sabu 26 daripada 137 kawasan yang menghantar pencalonan. Sebanyak 37 kawasan tidak membuat pencalonan atau lewat menghantarkannya.
Sokongan terhadap Nasharuddin itu diramalkan tidak banyak berubah dari awal hingga akhir bahkan kemungkinan ia menurun pada saat-saat akhir!
Sebaliknya sekiranya berlaku perubahan kepada penyokong Mohamad Sabu apa lagi sekiranya berlaku swing disaat akhir kepada Husam ini mencemaskan Nasharudin. Bagaimana pun baik Husam atau Nasharudin sekiranya menang mereka dijangka memperolehi undi tidak lebih 80 undi.
Untuk jawatan Naib Presiden Pas pula yang melibatkan lima calon, Sallahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Mujahid Yusuf Rawa, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mohd Amar Nik Abdullah. Peluang kelima mereka ini juga terbuka. Bagaimana pun bekas Ketua Pemuda Sallahuddin diramalkan mempunyai peluang paling cerah untuk menang dengan undi terbanyak.
Tuan Ibrahim dijangka mudah akan mencuri salah satu tempat itu. Manakala kerusi ketiga menjadi persaing sengit antara Mahfuz, Mujahid dan Mohd Amar.
Walaupun mereka tidak dikelompokkan dengan mana-mana puak dan kumpulan namun aliran pengundian kepada Nasharudin dan Husam akan menentukan kedudukan mereka. Sekiranya Husam menang untuk jawatan timbalan, sudah pasti Sallahuddin, Mujahid dan Mahfuz akan terpilih sama sebagai Naib Presiden.
Sebaliknya sekiranya Nasharudin dikekalkan ini memberi peluang kepada Mohd Amar Abdullah mencuri salah satu tempat di jawatan berkenaan.
Difahamkan keputusan pemilihan akan diumumkan esok. Di sebelah pagi tadi Presiden Pas, Abdul Hadi Awang telah merasmikan. Dalam ucapannya selama 1 jam 20 minit beliau banyak menyentuh mengenai perubahan dalam Pas dan juga menggariskan beberapa agenda yang harus dilakukan Pemuda, Muslihat dan ahli Pas seluruhnya.
Di hujung ucapan beliau menekan supaya Pas terus memperkuatkan perpaduan di semua peringkat barisan teetinggi hingga ke peringakat cawangan, ahli dan kelab penyokong Pas. [klia. kl 5: 20 pm 05/06/09]

1 comment:
salam hormat !
saya ingin menjadi peramal dalam gelap,pertama gandingan pas for all lebih senonim diantara Ust nasa dengan mujahid rawa,manakala kemenangan Husam akan mempengaruhi salahuddin untuk diangkat sebagai naib dan dua orang lagi calaon tuan ibarahim tuan man dan mohd amar akan menjadi calon "favorite" kepada para perwakilan.
Post a Comment