Friday, June 19, 2009

Susupan Petang

Apakah Rasionalnya 10 Ahli Parlimen Pas Buat Kenyataan

SAYA tercari-cari apakah keperluannya dan tujuan 10 orang ahli parlimen Pas membuat kenyataan bersama menyatakan pendirian mereka menolak idea kerajaan perpaduan di parlimen semalam. Apakah tujuannya?

Mereka yang terlibat membuat kenyataan itu, Khalid Abd Samad (Shah Alam), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamudden Mohd Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Kenyataan bersama itu menimbulkan sedikit tanda tanya. Apakah keperluan dan tujuannya. Sekiranya bertujuan untuk menyatakan sikap menyokong Nik Aziz Nik Mat yang menolak idea kerajaan perpaduan ummah sehingga tergamak menghalau Nasharudin Mat Isa dari Kelantan rasanya tidak berbangkit dan tidak perlu lagi kerana semua kalangan ahli parlimen Pas sepakat menolak idea berkenaan.

Semua ahli parlimen Pas tentu berpegang kepada keputusan muktamar di Ipoh seperti mana menjadi pegangan Nik Aziz yang bersetia dan berjanji untuk menguatkan Pakatan Rakyat. Jadi untuk apa lagi kenyataan sedemikian yang boleh menimbul pesepsi buruk kepada Pas?

Misalnya dengan hanya 10 orang saja menanda tangani pernyataan itu orang akan bertanya ke mana 13 orang lagi. Ahli Parlimen Pas sebanyak 23 orang? Apakah yang 13 lagi menyokong idea perpaduan berkenaan?

Kenyataan berkelompok itu juga tidak manis kerana ia menunjukkan kalangan ahli parlimen juga ikut sama berpecah macam para pengikut tegar Pas di bawah. Mereka juga berselisih pendapat walaupun bergelar ahli Yang Berhormat yang dianggap pemimpin.

Seharusnya tidak berlaku keadaan demikian. Jelas mereka yang mencetuskan idea mengadakan kenyataan bersama itu tidak tinggi diplomasi politiknya. Kurang semangat ukhwah sesama sendiri dan suka kepada perbalahan dan sengaja membuka perkara yang sudah hendak ditutup dengan motif tertentu. Cara mereka itu bukan menenangkan keadaan tetapi menambahkan lagi kecelaruan di kalangan ahli bawahan.

Kalau pun kalau hendak bermain politik janganlah sampai begitu rendah sekali mutunya. Kita sebagai ahli parlimen sepatutnya menunjukkan sikap rasional dan semangat ukhwah yang tinggi. Ahli parlimen bukan patut menunjukkan perangai-perangai buruk sebalik tunjuklah akhlak yang baik kerana mereka menjadi ikutan orang ramai.

Ahli parlimen sepatutnya menjadi contoh. Kalau ada pertelingkahan merekalah yang perlu mendamai ataupun melindungi masalah yang boleh memburukkan keadaan dan parti dari terbelek kepada umum. Dengan berbuat kenyataan begitu ia seolah membuka pekong di dada. Baik pihak UBN tidak nampak apa yang berlaku kini ia sudah semakin terang dan bersuluh dan sudah terbawa ke tangga parlimen pula. Sikap ini sungguh tidak bijaksana.

Kalau orang mengatakan Pas berpecah, Pas berpihak marah! Dikatakan cuba menimbulkan kecelaruan di kalangan Pas. Tetapi kalau pemimpin peringkat kelas lima bintang seperti ahli parlimen itu sendiri buat tak mengapa?

Memerhati kepada wajah-wajah dalam gambar kalangan 10 ahli parlimen yang membuat kenyataan itu tidak menghairankan. Wajah-wajah inilah yang sering kali ternampak sewaktu Anwar Ibrahim membuat kenyataan akhbar di rumahnya di Segambut. Mereka ini lebih berwala' kepada Anwar daripada Abdul Hadi Awang!

Mereka inilah yang saya katakan bila bunyi saja germercingan locing di rumah Anwar mereka akan berlari untuk mendapatkan Anwar sanggup tinggal pinggan nasi demi Anwar. Mereka akan berlari bagaikan anak ayam takutkan helang.

Semoga 12 lagi ahli Parlimen yang tidak bersama kumpulan ini akan meneruskan sikap profesional mereka, perangai buruk janganlah diikut. Kepada dua naib presiden Pas, Sallahudin Ayub dan Mahfuz Omar yang tidak termasuk dalam kumpulan ini diucapkan syabas kerana tindakan anda kali ini betul. [wm.kl. 3:45 pm 19/06/09]

10 comments:

Mujahidah said...

sengal la..dalam sesetgh perkara kita ni lebih baik diam dari mengulas dan tambah kecelaruan..tuan MSO cadangan saya apa kata utk isu ini kita pakat-pakat diam dan tunggu arahan rasmi parti..jangan kita kusutkan keadaan.wallahu'alam

affandi said...

salam
begitulah keadaan sebenar dlm pas,pas telah mengalmi proses belahan dedua satu kepada ustz hadi dan satu lagi terdorong kepada anwar ibrahim...
mungkin ini petnda yang baik kepada umno untuk menarik balik sokongn rakyat terhadap mereka
apapun sama2lah kita berdoa semoga parti pas terus menjadi parti yang dipercayai rakyat

Ibnu Ali said...

Nampak seperti mantan-mantan JIM mejoritinya.

Ustaz taib azamunddin pun terikut.. Sepatutnya ulama lebih pakar dalam masalah ijtihad dan khilaf. Tapi bila bersekongkol dengan mee celup takkan nak tumpang sekaki?

Kenapa diorang naik tocang pulak? Sementelah TG Nik Aziz nak buat perjumpaan ukhuwwah, mereka pulak membelakangkan ketua2 mereka.

Dr Dzul mulanya saya respect, tapi bila dah bersekongkol nih. Hilan respect saya pada dia.

Juga kepada Dr Mujahid, sejarah dia di Mesir takkan dia nak ulangi perangai yang sama bila dalam PAS?

Dr Mariah yang dilantik pres pun, naik tocang?

Mereka mengatakan ianya bukan agenda PAS dan tidak pernah dimesyuaratkan oleh mana-mana Dewan Harian atau Majlis Syura.

Jika ianya begitu, mengapa pula mereka bertindak demikian? Lainlah jika ianya dah diputuskan atau dimuktamadkan oleh pimpinan. Inilah bahananya bila membelakangkan ketua dalam bertindak.

Dengan secara tidak langsung tindakan ini merendahkan-rendahkan idea dan kredibiliti ketua mereka Presiden PAS sendiri. Kurangnya hikmah kebijaksanaan mereka dalam hal ini.

Kalau nak menyokong ijtihad Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan menolak idea kerajaan perpaduan sekalipun, tak perlu rasanya buat acara begini di Parlimen.

Ianya seperti "ingin memadamkan api, tetapi disimbahnya dengan minyak tanah yang disangka air".

a_z_ayief said...

Salam.

Sy cma nk kata, sy nampak mcm ada tangan panjang dari PKR n DAP cuba memandu hala tuju PAS.

Sy setuju kata MSO bhwa ada MP PAS lebih berwala'kan Anwar dr Tn Gru Haji Haji.mengapa nak nyalakn semula api yg sudah trkawal. Tok Guru Nik Aziz bkn ke nak buat perjumpaan bersama TGHH n Ust Nasa utk nak redakan kadaan.

Adakah 10 MP ni tdk mahu pimpinan kita bersatu? Mahu lihat mereka terus brpecah utk kepentingan 'org yg nak jadi PM'?

Sy doakn perjumpaan ukhuwah tu berjaya dan rahmat perpaduan pimpinan kita terpancar hsl dr prjmpaan trsebut.

Sekian

batunisan said...

perkara yang berlaku dalam pas sari 2 ni memang amat memalukan... telah menjejaskan penghormatan kawan dan lawan.. umno dan pkr tentu gembira dengan senario ni...umno telah melihat rancangan untuk memecahkan gandingan pr telah mula berkesan... pkr pulak tersenyum sendirian apabila pemimpin pas telah terbukti tiada yang layak untuk diketengahkan sebagai ketua pr apabila presiden pas sendiri tiada yang sudi berwala...

aku sendiri terkejut pabila tok guru sendiri boleh melatah macam budak2... agaknya dah sampai masa kepimpinan pas pulak yang perlu ditukar ganti... sebagaimana yang berlaku dalam mca dan umno serta ppp kini telah mula berjangkit ke dalam pas pula..

dicadangkan kedua2 tok guru meletakkan jawatan dalam parti tapi dikekalkan dalam majlis syura..
biarlah presiden dan timb presiden serta mursyidul am pas digantikan dengan orang lain bagi mengelakkan pas terbelah dua...

siti said...

salam,
saya setuju dengan mujahidah. Kita sama-sama tutup sekejap isu ini yang menyebabkan masyaraakt hilang kepercayaan kepada PAS. Hilang kepercayaan akan diikuti dengan hilang sokongan. Manik Urai makin dekat bergitu juga dengan PEMILU 13.

serupasekala said...

SAYA BERPENDAPAT.

SEMUA BLOGGER HENDAK BERHENTI MENULIS BERKAITAN UG.

KITA SERAH PERKARA INI KEPADA YANG BERHAK DALAM PARTI UNTUK MENGURUSKANNYA.

SELAGI BLOGGER MENULIS BAB ITU SELAGI ITU KISAH UG TAK HABIS HABIS.

LEPAS SATU TIMBUL SATU BILA NAK HABIS.

PSE.

Mohd Helmi Mukhtar said...

Dalam umum sibuk berbicara tentang UG, suka saya cadangkan agar UP (Unity Party) dibuat antara PAS, OKR & DAP. Tiada lagi perbalahan antara anggota PR. Tiada lagi puak Erdogan & Ulamak. Tidak perlu menjemput 'org luar' untuk bersama kita sedangkan dalam Pakatan sendiri ahli asyik bertelagah!

Kuyan79 said...

rasanya ayat-ayat 'cinta' yang saudara mso kenakan pada 10 ahli parlimen ini memang tepat mengena batang hidung mereka...

tak usahlah berlakon lg..orang semua tahu yang 10 orang ni adalah orang kuat anwar yang gilakan pangkat dan jawatan...

tak nak tengok orang melayu bersatu padu.lebih suka tgk orang melayu berpecahbelah sbb nak sangat ko jawatan..mcm orang UBN jgk...

harap Pas reject la orang-orang ni...nama ajer ahli parlimen Pas tapi ikut telunjuk Anwar

anaklangkawi said...

Setuju apa yg MSO ckp.. & kebanyakan pendapat rakan2.. Ust harun din ada berckp tentang kepatuhan kepada pemimpin.. perbuatan seperti ini seperti menikam ketua dgn pisau dibelakang.. yg sedih ulama terkenal baling pun senada.. nampaknya 10 Ahli Parlimen PAS lebih berpaksikan DAP & PKR..