Sang Kelembai Pakar Politik
SORE tadi Murai terserempak dengan Sang Kelembai. Agak lama juga Murai tak jumpa dengan beliau. Al maklumlah sehari dua ni sibuk sikit! Macam-macamlah cerita tersembur bila jumpa dengan si Kelmbai ini. Dan sapa tak kena Kelembai ni, semua orang politik mengenalinya. Sapa-sapa tak kenal, ibarat kata tidak lulus lagilah mengaji politik negara ini.
Perangai Kelembai ni kalau dia nak kata dia akan lancar terus. Mulutnya macam meriam buluh tidak ada filter. Dia tidak kira sapa, ketua cawangan ke atau pun menteri. Tak kena dia akan bedal. Pun begitu lancar mulutnya, namun hatinya baik. Boleh dibuat kawan.... tak sampai makan kawan! Bukan itu saja kalau dia bersalah dia rela meminta maaf dan tidak ego semacam.
Cerita punya cerita, terkeluarlah cerita beliau sudah diterima menyertai Umno semula 29 Mei lalu. Kelembai dipecat dari Umno 29 September 2006 kerana mengkritik Abdullah Badawi. Samada kebetulan atau tidak, hasil kritikan beliaulah menyebabkan Abdullah akhir terpaksa turun dari takhta perdana menteri.
Kelembailah yang membuka segala pekung Abdullah dan membuat gimik dan gelaran kepada Abdullah. Beliaulah yang menggelarkan kerajaan dua beranak kepada Abdullah kemudian dipopularkan oleh para anti Abdullah. Boleh dikatakan tiap-tiap hari dia kritik Abdullah tidak kira di mana dan di depan sapa saja. Dia pakai rembas semacam sahaja.
Mula-mula orang tidak percaya dan anggap dia sewel. Tetapi bila kerap sangat dan hujah yang diberikan makin jelas makin jelas, lama-lama orang percaya dan terikut pula dengan rentaknya mengkritik dan berusaha jatuhkan Abdullah. Idea politiknya bukan saja dipakai oleh parti Umno, tetapi parti termasuk Pas juga turut menggunakan khidmat sarafnya.
Kelembai ini hebat. Mengapa tidak. Sepatutnya tempoh beliau boleh diterima semula dalam Umno ada empat bulan lagi. Belum cukup edah dia sudah diterima menyertai Umno. Bukan itu saja dia diterima bersama kemasukan semula Mahathir dan isterinya ke dalam Umno pada 29 Mei lalu. Kelembai dipecat dari Umno 29 Mei 2006.
Kenapa Murai katakan Kelembai ni hebat. Kerana ada satu orang bekas ahli Umno yang kena pecat nak masuk semula dalam Umno susahnya macam nak masuk dalam penjara? Terkial-kial terhengeh-hegeh jual muka tetapi tak nak dibeli Umno. Habis cara dilakukan tapi tidak berjaya. Berpuluh broker digunakan untuk membawanya masuk tetapi masih belum berjaya juga.
Bukan itu saja, kononnya nak tarik Umno dia sanggup hentam pembangkang yang pernah memberi bayang perteduhan kepadanya. Tetapi malangnya Umno masih terbuka hati untuk menerimanya semula.
Apa yang Murai nak tergelak, katanya dia juga berdoa siang malam agar pintu hati Umnbo terbuka untuknya. Pantang masuk waktu dia akan mendirikan solat hajat meminta dia diterima semula dalam Umno. Pantang berjumpa masjid atau surau buruk dia akan naik dan sembahyang meminta agar dipercepatkan hasratnya menyertai Umno. Kadang-kadang kerana nak cepat sembahyang pun tak sempat ambil wuduk.
Bukan itu saja orang ini juga akan pergi ke mana Najib pergi. Sebelum Najib sampai di sesuatu tempat dia sudah pun tercokol, menanti Najib. Tunjuk muka kepada Najib. Dia ni sanggup tunggu Najib di pintu tandas sekali pun asal dapat bercakap dengan Najib dan bertanya mengenai nasibnya. Muka tak malu. Weh....weh... muka tak malu!
Kadang kesian juga Murai kepada orang ini. Inign Murai nak sarankan supaya dia kena belajar dengan Kelembai bagaimana dia boleh diterima dengan senang oleh Umno. Walaupun dia rasa hebat dan cerdik dari Kelembai tetapi bak-bak membuka pintu hati Umno ternyata Kelembai lebih pakar dan bijak dari orang itu perasaan dia hebat. Belajarlah dengan Kelembai...
Murai: Ada orang siasat Murai jadi ahli parti mana? Kenapa... nak pecat kot?
No comments:
Post a Comment