Saturday, June 20, 2009

Gembira Pagi

Ahlan Wasalan, Salualanabi...

ALHAMDULILAH ... setitik cahaya kini sudah mula tersembur di hujung terowong bagi menyelesaikan insiden yang berlaku di Kota Bharu sehari dua lalu. Semalam katanya Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat telah berjumpa dengan timbalanya Datuk Dr Haron Din di Kuala Lumpur.

Pertemuan itu berlangsung di rumah Kelanan. Dalam pertemuan atas permintaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat itu katanya berlangsung dalam suasana mahabbah di antara keduanya. Pertemuan itu tidak disertai oleh sesiapa melainkan mereka berdua sahaja.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menjelaskan apa yang berlaku di Kota Bharu beberapa hari lalu yang telah memimbulkan kekalutan politik dan kekeliruan di kalangan ahli dan pen yokong Pas bersabit kenyataan kerasnya terhadap Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Kejadian itu mengejutkan banyak pihak dan ianya tidak wajar berlaku apa lagi membabitkan dua pemimpin Pas seorang bertaraf mursyidul dan seorang lagi timbalan presiden.

Difahamkan dalam pertemuan itu, Tuan Haji Nik Abdul Aziz menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya dalam konotasi yang sepatutnya difahami oleh ahli dan penyokong Pas. Beliau juga mengakui kenyataan kepada media itu dilakukan dalam keadaan tidak dapat dikawal dan berbaur sedikit rasa marah.

Sementara itu sehari sebelum ini Mursyidul Am Pas itu juga turut sama dikunjungi oleh Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta ahli jawatankuasa Dewan Ulama, Nik Zawawi Salleh di kediamannya di Pualau Melaka.

Dalam kunjungan atas kapasiti kedua mereka sebagai anggota keluarga itu, Tuan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjelaskan apa yang berlaku. Khabarnya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz memberi jaminan apa yang berlaku itu akan dapat diselesai dengan baik.

Pernyataan yang sama juga katanya dituturkan kepada Datuk Dr Haron Din.

Mudah-mudahan sahaja apa yang berlaku di Kota Bharu itu boleh diatasi dan keadaan akan kembali tenang semula. Adalah diharap apabila berlaku pertemuan ukhwah antara Mursyidul Am itu dengan beberapa pemimpin tertinggi dipilihnya akan menamatkan polemik mengenai indisden berkenaan. [wm.kl. 11:00 am 20/06/09]

10 comments:

ruang bicara faisal said...

saya kekadang naik heran juga

nik aziz dikenali sebagai seorang yg begitu alim,kuat pegangan agamanya,malah bergelar tok guru lagi.

sepatutnya org2 seperti ini tidak mudah termakan bisikan 'syaitan' yg sentiasa berbisik kpd beliau. dan sbg seorang yg beriman beliau septutnya juga tidak mudah melenting.

kalau tok guru pun syaitan boleh hasut,apatah lagi kita org biasa ini.

walahualam

zainalabidinahmad said...

Itulah masaalahnya bila "ulama" pun nak jadi, "politikus" pun nak jadi.Mengimbangi diri macam ahli jimnastik meniti tali,tergelincir juga sekali-sekala.Silap-silap boleh tersembam. Itu jam semua jadi sia-sia.

SEMUTAPIKINI.COM said...

Alhamdulillah,Semoga siar ini teru memberikan cahya kebaikan untuk kita semua.....takbir.!!!

Skuad Peninjau said...

Salam,

Saya harap lepas ni hal hal yang sudah tu buleh tutup buku lah.

Saya tak tahan tgk jemaah pas berpecah belah.
Inilah parti yg saya sayang sgt.

ruang bicara faisal said...

kpd : zainalabidinahmad

TEPAT ! TEPAT ! TEPAT SEKALI

apa yang anda kata

saya sokong 100 %

Fadzley said...

Assalamualaikum,
kepada ruang bicara faisal & lain2,
sesungguhnya tuan guru pun manusia juga. manusia x dapat lari daripada kesilapan. Syaitan yg ganggu dia tentulah daripada jenis general. bukan mcm kita daripada jenis prebet. yang penting ialah mengaku kesilapan. bukan mudah kita hendak mengakui kesilapan. itulah yg patut kita puji. sekadar renungan & teguran. Wallahu A'lam

TBO said...

salam

zainal abidin ni sekular mana ni mahaguru sekular kot

ayah said...

Tuan,

Kekadang kami ni orang biasa yang mengharapkan panduan dan teladan daripada mereka yang menganggap diri dan dianggap sebagai ulumak2 tersohor terkeliru juga dengan perlakuan dan pertuturan insan2 yang darjatnya lebih tinggi dari kami. Kami dituntut tertib dan berlaku semacam yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dan para alim ulamak.

Bila nak marah2 semua kampung dan pekan tahu tetapi bila dah tenteram semua tak tahu hanya yang dapat bayang bayang saja.

Itulah yang menyebabkan saya dan saya percaya ramai lagi umat Islam di negara ini berharap sangat ulamak jadi ulamak sajalah dan biarlah orang lain yang tak sebegitu pentingkan ketertiban hidup jadi poliTIKUS. Kita tak mahu terpaksa menggolongkan ulamak dalam kategori yang sama dengan poliTIKUS.

AYAH

supir said...

Sdr MSO, walau apa pun yang berlaku selepas ini, orang ramai sudah tidak kisah. Personaliti Ust.Nasa sudah tercalar. Maruah dia juga telah tercabar kerana menjadi MP Bachok. Perasaannya telah terguris sebelum ini telah ditambah pulak dengan tindakan Geng MP 10 PAS yang boleh dianggap 'kebodohan'.Apa sangat jasa mereka kpd PAS? Mereka boleh dianggap VIP dalam PAS. Pernahkah mereka merasa kepenatan membersihkan kawasan sblm ceramah dibuat? Dimanakah mereka semasa kami terpaksa kutip duit untuk mengadakan kenduri meraikan pemimpin PAS selepas ceramah? Berbanding ceramah mereka, kami lebih memahami isipati ceramah yang dibuat oleh arwah Ust. Bunyamin.
Bermulanya kekalutan dlm PAS sejak ada orang yg gilakan jawatan Timb.Presiden PAS. Mengapa 'dia' berdiam diri skrg? Gembirakah dia? Saya sebagai rakyat Kelantan dan bekerja dgn sebuah anak syarikat Kerajaan Kelantan amat mengenali perangai orang berkenaan. Semasa duduk di KL dulu saya amat meminati EXCO berkenaan, tetapi sejak balik Kelantan dan bekerja dgn syarikat kerajaan negeri, saya tak pernah lagi mengkagumi 'dia'. Ramai sahabat2 saya bersimpati dgn Ust.Nasha kerana memahami keikhlasan hatinya berjuang utk PAS.

supir said...

Sdr MSO, Saya amat menghormati Tn Guru Hj. Hadi sebagai hormatnya arwah guru saya dulu Hj.Abd.Rahman Sg.Durian kpdnya dengan memanggil beliau 'adinda'. Nasihatnya kpd saya, orang yang mengasihi orang alim tetap akan masuk syurga. Tn.Guru Dato' Presiden dan Prof. Dato Harun Din adalah diantara orang yang diberkati Allah dengan memberi peluang berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W dalam mimpinya.

Nasihat saya kepada Geng MP PAS 10 dan ketua mereka supaya hormatilah kedua-dua tokoh berkenaan. Kepada penyokong2 PAS, carilah kaset ceramah yang menceritakan mengenai perkara di atas. Arwah Pak Cu Hassan Lati pun bersependapat dengan pandangan Tn. Hj.Hadi mengenai UMNO/BN.