Friday, June 26, 2009

Takzim Jumaat

Iya Ke Rakyat Indonesia Marahkan Kita?

KELMARIN seorang rakan lama yang kerap berulang alik ke negara jiran Indonesia kerana urusan perniagaan rumah makan (restoran) menelefon saya. Saya sudah dapat mengagak kalau beliau telefon tentu ada cerita yang hendak dikongsikan. Dia adalah sumber maklumat tidak rasmi saya dalam hal-hal tertentu.

Kalau tidak ada cerita, jangan harap kawan ini menghubungi saya. Ketika sahabat saya, (juga sahabatnya) Khairel Annuar Ujang kembali ke Rahmatulah dua tiga minggu lepas, saya menghantar SMS memaklumkan, namun tidak dibalas. Saya kira dia sudah ghaib dalam gong gendang.

Tetapi bila dia menelefon semalam bermakna dia masih ok. Masih ingat dan masih ada cerita hendak disampaikan!

Seperti dijangkakan, dia melamporkan mengenai perasaan marah rakyat Indonesia mengenai beberapa kejadian atau isu yang berlaku di negara kita membabitkan rakyatnya. Ada tiga kejadian atau isu yang menjadi perhatian rakyat Indonesia dewasa ini.

Pertama, isu pragawati Monahara Odelia Pinot (foto) yang berkahwin dengan Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra kemudian minggat pulang ke pangkuan keluarganya. Kedua, ialah mengenai nasib malang dialami Siti Hajar seorang pembantu rumah yang didera majikan. Ketiga, ialah mengenai tragedi bangunan runtuh di Petaling Jaya yang mengorbankan tujuh warga Indonesia. Dan keempat ialah perebutan pulau Ambalat.

Menurut kawan itu isu-isu berkenaan cukup panas di Indonesia sekarang ini. Di mana-mana ia diperkatakan. Dalam media, tv dan sebagainya isu itu menjadikan bahan bualan panas yang mengasak jiwa dan hati rakyat Indonesia membenci Malaysia. Menurut kawan itu lagi kisah Monahara itu disiarkan khusus dalam satu saluran tv swasta di sana.

Menariknya lari, katanya kisah Moanahara dan Tengku Fakhry itu juga akan dijadikan filem. Penggambaran sudah pun bermula. Thrillernya sudah ditayang dipawagam dan saluran tv tertentu di Jakarta.

Hairan juga, isu Mohanara dan bangunan runtuh itu sepatutnya tidak menimbulkan kekalutan. Kedua kejadian itu adalah takdir. Soal Monahara dan Fakhry itu soal peribadi yang tidak perlu dipertikai dan diperpanjangkan. Demikian juga dengan keruntuhan bangunan lama di Petaling Jaya itu. Ia adalah bencana yang tidak dapat dielak oleh manusia di mana sepatutnya tidak dipersoalkan dan dijadikan sebab untuk memerli rakyat Malaysia.

Sepatutnya semua insaf dan tidak membangkitkan soal itu. Seharusnya kita lebih memahami hakikatnya dan pasrah. Lagipun di sebalik perkahwinan Mohanara dengan Fakhry kemudian berakhir dengan episod minggat itu tidak diketahui bagaimana punca dan keduduk sebenarnya. Kedua pihak nampak saling tuduh menuduh dan bersedia menggunakan mahkamah untuk mendapat pembelaan dan keadilan. Jadi kes ini sepatutnya tidak diheret ke dalam hati rakyat kedua buah negara apa lagi kalau ada pihak-pihak yang cuba mengkomersialkannya. Seeloknya kita perhati dan tunggu apa yang mahkamah putuskan.

Perihal betapa sensitifnya rakyat Indonesia ini bukan perkara baru sebenarnya. Ia selalu terjadi sebelum ini. Pantang ada kasus berhubung rakyat mereka, mereka akan terasa dan cepat menyalahkan Malaysia tanpa mengetahui hujung pangkatnya. Sedihnya mereka akan memperli rakyat kita. Ada kalanya perselisihan ini berpunca dari perkara kecil saja, tetapi boleh mengheret ke kancah membimbangkan.

Saya masih ingat sewaktu belajar di Indoensia awal tahun 80-an bagaimana sepasang kekasih yang cukup intim boleh berpisah kerana isu kecil sahaja. Lelaki dari, Perak Malaysia manakala perempuan dari Medan, Indonesia. Puncanya ialah kerana berebut P Ramalee.

Ianya berlaku dalam santai sambil makan mee sut perut di Jalan Teaku Daud, di Medan. Si lelaki mengatakan P Ramlee adalah rakyat Malaysia dan seniman dari Malaysia. Manakala si perempuan pula mendakwa P Ramlee adalah rakyat Indonesia. Si lelaki mempertahankan, P Ramlee berasal di Pulau Pinang, berbangsa Aceh. Kata perempuan itu ya, Aceh itu adalah Indonesia, maka Malaysia tidak boleh sewenangnya 'mengambil' P Ramlee begitu sahaja.

Kata si lelaki Malaysia mana boleh dia adalah asli hak Malaysia, tidak ada sangkut paut dengan Indonesia. Si perempuan itu naik berang. Pertengkaran berlaku. Tiba-tiba perempuan jadi emosi 'bangat' membalikkan mangkuk mee sut perut. Habis meja basah dan bertaburan dengan mee.

Selepas itu si perempuan terus meninggalkan lelaki Malaysia itu! Terputuslah tali kasih mereka berdua.

Kisah ini adalah sekelumit kisah yang teramat kecil menggambarkan perasaan rakyat Indonesia yang kuat bersemangat patriotik dan tinggi sensitiviti kebangsaannya. Jadi kalau kisah yang kecil menyebabkan rakyat Indonesia boleh putuskan hubungan apa lagi kalau kes-kes besar yang melihat kepentingan bangsa dan negaranya makinlah ia meributkan.

Justeru, adalah elok kalau masalah-masalah kecil, personal yang disebut diatas tadi diberi penjelasan sejelas-jelasnya kepada kedua-dua rakyat negara itu agar tidak berlaku sengketa. Misalnya masalah Monahara dan Siti Hajar itu menuntut penjelasan lebih jelas dan berfakta. Dalam hal ini pihak media massa boleh memain peranan menjernihkan keadaan.

Sikap dan telatah rakyat Indonesia yang emosi mengenai isu itu tidak boleh disalahkan mereka juga. Mungkin mereka hanya mendengar laporan dan provokasi melampau sebelah pihak saja. Kalau mereka diterang duduk perkara sebenarnya rasanya sikap negatif itu tidak akan berterusan. Selalunya manusia jadi berang dan keliru bila maklumat tidak tepat! [wm.kl. 11:00 am 26/06/09]

5 comments:

Unknown said...

untuk berlaku sama rata & sama rasa macam rakyat Indonesia, bolehkah saya senaraikan semua kes jenayah yang rakyat Indonesia lakukan di negara ini sejak 1970-an. kebanyakannya rompakan dengan parang. ada mangsa yang mati di kampung saya, ada mangsa yang parah di klang, ada yang diragut di tepi jalan. bolehkah saya senaraikan juga kawasan-kawasan yang kediaman dan perniagaan yang didominasi rakyat Indonesia.
bolehkah saya senaraikan juga kes-kes rasuah yang terang2 di tepi jalan dan celah bangunan yang mereka lakukan kepada pihak berkuasa.

secara adilnya, Malaysia dan Indonesia mesti lihat secara adil dan matang. Jangan kerana kes2 kesalahan si penjenayah, maka hubungan dua negara dan hubungan dua bangsa ini dirosakkan.

lihat kepada mereka yang baik, mereka yang saling memberi sumbangan.

kita tidak lihat buruk kepada rakyat Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India, Filipina dan Nepal yang kaya raya mengumpul wang di Malaysia dan membawa pulang ke negara mereka, membeli tanah, membina rumah ibu bapa, menyekolahkan anak-anak. Malah jangan lupa ada warga Indonesia yang sudah memilik hampir seluruh pulau di kampungnya dengan mengumpul pendapatan dari Malaysia. Ramai rakyat Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan Nepal kini punya rumah keluarga sendiri di kampung dengan berkerja keras di negara ini. Semuanya kerana ada hubungan baik, saling bantu, percaya dan tahu dunia ini 1 saja, boleh dikongsi.

penjenayah tidak kira daripada bangsa dan warga mana mesti ditangkap dan dihukum seadilnya.

mangsa atau tidak, sama ada dari bangsa, agama dan warga negara mana mesti dilindungi daripada jenayah.

Sebab itu, apabila ada rakyat Indonesia dianiaya di Malaysia, kami sama-sama sedih dan mahu penjenayah dihukum.

Kalau kita lihat buruk penjenayah ikut negara dan agamanya, bagaimana kita mahu maju?

Boleh saja kalau saya hendak marah dan penuh emosi kepada seluruh rakyat dan negara Indonesia kalau membaca tulisan anti Malaysia di dalam blog, laman web dan akhbar (koran) Indonesia.

Tetapi betulkah saya kalau begitu lagaknya. Saya punya ramai teman dari Indonesia yang kini di Indonesia dan di MAlaysia. Pejabat saya sendiri ada waktunya dikunjungi warga Indonesia dan negara lain, meminta bantuan makan dan minum. Kami semua membantu sedaya upaya.

Janganlah terdorong, terpengaruh dan etrtipu dengan dalang besar yang memperalatkan kita supaya TEGANG dan BERMUSUH.

Tanpa kira bangsa dan agama, janganlah bermusuhan. Bersatulah menentang PERPECAHAN.

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

salam hormat !

Terdapat seorang sahabat saya yang mengupah kontrek membuat rumah kedainya yang berharga dalam jangkaan hanya seratus ribu sahaja akan tetapi olih kerana ketidak cermatnya mereka ini mengunakan meterial akhirnya kos barjet melebih diluar jangka satu kali ganda,jadi sahabat saya tadi menasihatkan supaya berhati hati jika mengupah kontrekter dari indon ini.

Adapun pengalaman saya sendiri pernah membawa mereka ini masuk kekongsi kongsi tempat mereka berkerja nun jauh dipendalaman tapi alhamdulillah tidak ada diapa apakan walaupun didalam poket saya ketika itu agak berisi dengan wang,jadi tidak semua mereka liar (jahat) dan ada yang bolih dibuat kawan.Jadi fikir betul betul...!

Frodo Baggins said...

Semangnya Masyarakat Indonesia agak sensitif dalam hal2 yang membabitkan Malaysia ... Media mereka mmg memainkan peranan besar dlm mengeksploitasi kebencian rakyat Indonesia ke atas Malaysia ...

sinach zawawi said...

mmg media yg mensesnasikan sume cite indo vs malaysia.media sana hanya mahukan cerita2 sensasi yg bleh menaikkan rating mereka..sikap media yg tdak bertanggungjawab inilah yg mengundang seribu satu masalah pd mesia dan indo.. tp slagi ingat,mesia dan indo ni saling memerlukan..xperlu kita menghangatkan lg benda yg ade..alhdamulillah so far kita d mesia xberapa ambil port ape yg diorg kecoh2kan..alhamdulillah ramai rakan saya dr indo still masih normal komunikasinye dgn kami..begitu juga buruh binaan yg ade kat kampung saya..still lg tgk astro gelak sama2 kat kedai.

tukang taip said...

dalam saat indonesia menghadapi piliharaya Presiden isu malaysia digunakan pelbagai pihak parti politik untuk meraih sokongan, di di saat sekarang orang indonesia seakan lebih rela hampir dengan amerika kerana adanya Obama yang dilihat ada kaitan dengan indonesia dan sanggup mengenepikan hubungan persaudaraan dengan malaysia. apabila saudara sendiri sudah dibenci semua perkara akan dibangkit...