Monday, June 1, 2009

Membuka Bangkai

Tiga Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan
Digantung Tugas

TIGA pegawai kanan kerajaan negeri Kelantan masing-masing telah digantung tugas beberapa hari lalu. Penggantugan tugas mereka secara serta merta itu dikatakan ada sangkut paut dengan penemuan kes tuntutan melampau oleh pihak tertentu yang berjumlah RM39 juta dalam tempoh dua tahun dari 2006 hingga 2008 terhadap beberapa agensi kerajaan negeri.

Penggantungan tugas itu juga dikatakan untuk membolehkan satu semakan ke atas akaun kerajaan negeri Kelantan yang disyaki berlaku penyelewengan.

Tindakan drastik itu diambil sebaik sahaja Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra dilantik menjadi Pemangku Sultan ekoran kegeringan ayahandanya Sultan Ismail Petra. Sultan Ismail kini dirawat di Singapura dan keadaanya beransur pulih.

Sebelum ini blog ini ada melaporkan mengenai kemungkinan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dilakukan beberapa pegawai kerajaan negeri yang berselindung di sebalik pihak istana.

Tuntutan-tuntutan itu dikatakan berhubung dengan kontrak menyelia dan membekal peralatan ke istana Kelantan termasuk pemasangan lampu 'berjerabu' di istana di Kubang Kerian yang mencecah harga jutaan ringgit dan tidak munasabah.

Penyelewengan itu menyebabkan timbul pesepsi buruk ke atas pihak istana Kelantan yang kononnya memberi lampu hijau kepada pihak tertentu berhubung tuntutan berkenaan.

Penyelewengan terbongkar apabila Tengku Mahkota Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk 'menyiasat' bagi mengambil maklum mengenai kejadian itu. Tengku Mahkota dikatakan tegas dan prihatin dalam hal ini kerana baginda tida mahu berlaku pembaziran dan pengkhianatan.

Kemungkinan sekiranya Tengku Mahkota tidak berbuat demikian penyelewengan yang melibatkan tuntutan puluhan juta ringgit wang rakyat itu masih belum terbongkar. [wm.kl. 9:00 am 01/06/09]

4 comments:

limin said...

dato s..
dato k..
dato i..

adakah mereka yg dimaksudkan dlm posting tuan mso..

kiasfansuri said...

Salam, saudara dah baca komen tulang besi, laman web malaysianwaves bertajuk Baru Saya Tahu Kenapa MSO Marah Sangat Dgn Husam Musa. Agak keras tulisannya kepada saudara.

zeme said...

Salam Tuan Hj MSO,

Bilamana manusia mempunyai kuasa, manusia akan cepat jadi pelupa akan apa itu dosa. Amanah rakyat, setinggi-tinggi tanggungjawab yang perlu dijaga sebaiknya. Jangan kerana kuasa dan amanah ditangan, dijadikan medium untuk turut minum air sambil menyelam.

Wang, Tanah waima Daerah sekalipun habuannya akan membuatkan manusia cepat lupa dan alpa pada amanah rakyat yang diberikan. Maka jagalah amanah kewangan sebaiknya, lindungilah berkat tanah sesuburnya serta sejahterakan kemakmuran daerah agar terus terpelihara untuk kebaikan rakyat bersama-sama.

Wasalam.

NH Shah Alam said...

Tahniah kepada Tengku Mahkota Kelantan.

Kami seluruh rakyat kelantan mendoakan agar Tuanku dipanjangkan usia dan dapat memerintah kelantan dengan seadil-adilnya.

Saya pernah mendengar yang Tuanku cuba untuk memakai Jubah dan kopiah sebagai tanda protes terhadap satu program keramaian yang penuh dengan tarian dan nyayian.

Syabas Tuanku...
Daulat Tuanku...


- NH Shah Alam -